31 Disember, 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Tidak lebih daripada 5 jam lagi, 2012 akan ditambahkan dengan 1 anka, lalu anka dua yang terakhir akan berganti tiga. Sepanjang tahun ini, banyak perkara telah berlaku seperti tahun-tahun sebelumnya. Yang berkaitan dengan bencana alam seperti taufan di Amerika, yang berkaitan dengan pemergian tokoh-tokoh penting seperti bekas Presiden parti gerakan, Dato Lim Keng Yaik, yang berkaitan dengan peperangan yang masih berlaku di kawasan timur tengah, yang berkiatan dengan ramalan hari kiamat dalam kalandar Mayan, dan macam-macam lagi peristiwa yang tidak tahu bagaimana untuk dikatagorikan.

Sekarang, peristiwa-peristiwa ini sudah pun berlalu dan peristiwa-peristiwa yang akan datang sudah menanti di nun sana, iaitu 2013 yang tidak berbatu jauh dari kita. Berlallunya 2012 tidak bererti berlalunya segala peristiwa manis pahit sepanjang tahun ini tetapi lahirnya satu lagi guru yang memberi gambaran kepada apa yang boleh manusia lakukan di atas muka bumi ini. Sejarah yang sudah menjadi ilmu ini tidak boleh diabaikan. Kerana mereka yang mengabaikannya akan dihukum dengan melakukannya. (George Santayana).

Selamat sejahtera kepada para pembaca yang masih sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke laman blog yang tak seberapa ini. Dengan kesempatan yang ada (walaupun masih terlalu awal), ingin sekali saya mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang mengenali saya dan saya kenali. Tidak diabaikan juga mereka yang tidak kenal saya dan mereka yang tidak saya kenali. Semoga kita yang bakal berada dalam tahun baru ini akan menjadi insan yang lebih baik daripada diri kita yang semalam. Oh ya, semenjak kebelakangan ini, saya sedikit kehilangan idea dalam penulisan. Bukan itu sahaja, saya juga kehilangan daya pemikiran yang bernas. Ini menjadikan saya sangat sukar untuk menghasilkan tulisan dengan tempoh yang singkat dalam peperiksaan mahupun Blog. Kesannya, situasi skrip jawapan peperiksaan 'Bahasa Ingeris dalam komunikasi' yang telah saya goreng tempoh hari diibaratkan seperti telur di hujung tanduk disamping meletakan markah yang bakal saya terima di atas pagar antara syurga dan neraka (kalaulah surga dan neraka itu berjiran, hahahaha).
Alamak, terpesong pulak!

Kepada mereka yang bakal menerima keputusan SPM dan STPM, semoga kecemerlangan yang akan anda gengam. Kepada Parti-parti politik di Malaysia, semoga undian-undian halal yang setimpal dengan kewibawaan pucuk kepinpinan masing-masing akan diperoleh dalam pilihan raya yang bakal mendatang. (macam-macamlah penulis ni)
Selamat tahun baru 2013.

(Sekadar ucapan)


20 Disember, 2012

OKU penglihatan PMR Cemerlang 2012

Apa yang ditanam, itulah hasil yang dipetik. Itu adalah hukum alam yang kekal dan tidak akan berubah. Tetapi, sekiranya yang ditanam itu tidak ditempatkan di tempat yang sepatutnya maka penamanan benih itu tidak ada bezanya bagai mencurah air ke daun keladi atau membakar kain sutera.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang sangat saya hormati. Untuk pengetahuan semua khususnya golongan yang senasib dengan saya, seorang lagi pelajar cemerlang PMR (dari SMPK Setapak) telah lahir pada akhir tahun ini. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Teh Yong Shing; yang mendapat 7 A dalam keputusan PMRnya. Sepanjang pengalaman saya bersahabat dengan beliau, kecekapan dalam IT adalah salah satu ciri dominannya. Beliau juga merupakan antara blogger OKU penglihatan yang paling muda di Malaysia.

Kepada saudara Teh Yong Shing, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan. Semoga anda akan memperoleh kecemerlangan demi kecemerlangan pada masa hadapan.

Kepada anda yang berminat untuk melawat laman Blog beliau, silalah berkunjung ke
http://tehyongshing.blogspot.com/


Diari memory

15 Oktober
Aku tiba-tiba sahaja teringat saat-saat kecil, dimana aku ini masih seorang yang bertegur sapa, mesra dan tulus. Pada saat itu, aku seakan-akan kenal dan berkawan dengan semua yang berada di sekeling. Selagi aku masih boleh berkata-kata, selagi itulah mulut kecil waktu itu akan menyusun perkataan-perkataan. Tidak sempurna namun itulah komunikasi namanya. Hari ini, aku hairan dengan perkembangan diri ini. Orang kata hari esok harus lebih baik daripada hari semalam. tetapi aku yang semakin matang ini semakin jauh dengan istilah "komunikasi". Apakah semakin dewasa seseorang itu, semakin tertutup jadinya? Aku sentiasa buntu, mengapa wujudnya sempadan pada saat aku mahu mula membuka topik perbincangan atau berkomunikasi dengan orang lain.

23 Oktober
Hari ini, aku terlihat seorang budak lelaki berari anak, memeluk ayahnya dan mencium ayahnya dengan tangan yang mengengam hadiah. Mungkin hadiah semperna kejayaannya dalam pertandingan di taskanya. Mesra, sungguh mesra. Aku mula berasa sebak dalam hati. kerana aku sudah tidak dapat lagi melakukannya. Malahan perbuatan itu sungguhlah janggal walaupun aku mengharapkannya dalam senyap. Aku teringat juga waktu kecil, aku pernah lakukan yang sama, dan senyum dan tawa ibu bapa terlalu mudah untuk dilihat. Kalau boleh, aku mahu lagi melihat senyum dan tawa itu.

1 November
Aku mula terfikir adakah aku harus menjadi aku yang kecil? Aku yang masih mentah dan segar. Aku yang mampu menceriakan environment keluarga. Kerana aku yang sekarang tidak lagi dapat melakukan yang begitu. Saat-saat kecil dahulu, aku banyak kali berkata yang aku nak cepat dewasa dan boleh jadi bapa macam bapa saya. Aku nak berkahwin dan dapat anak. Nak memandu kereta besar. Tapi aku yang kini sudah dewasa sangat rindukan saat-saat dimana aku sedang meluahkan perkataan-perkataan itu. Aku boleh bebas menangis kalau sedih. Ibu boleh pujuk, boleh belai sampai aku berhenti menangis. Bapa boleh dukung aku. Main permainan sorok-sorok, dan baca cerita fantasi sampai aku lena. Malangnya, semua itu sudah menjadi sejarah.

10 November
Hari ini, hujan turun dengan lebat sampai kawasan yang rendah habis banjir. Aku memerhatikan mereka yang bergelar kanak-kanak bersama ibu bapa mereka. Memegang tangan dan ada yang berada dalam pelukan, berpindah dari tempat yang habis basah itu. Kasih sayang kekeluargaan jelas dipamirkan. Di satu sudut yang lain, anak muda sekadar 12 tahun memegang neneknya semasa berjalan. Kedua-dua mereka berbual dan ketawa. Mesra, sungguh mesra. Aku pula?

15 November
Hari semalam akan terus bertambah dan hari esok akan menjadi semakin berkurangan. Ini adalah hakikat yang tiada perubahan. Serindu mana pun aku kepada sejarah kemanisan, kemanisan itu tetap tidak akan kembali mewarnai realiti hari ini. Kerana itu sudah lama berlalu. Sangat melucukan bukan? Semasa kita berada di daratan, langit yang kita impikan. Kononnya langit itu lebih indah. Apabila langit itu kita kecapi, darat pula yang kita rindu. Darat yang penuh dengan warna, tidak seperti langit yang hanya biru, putih, kuning dan kelabu. Darat yang penuh dengan bunga, haiwan dan bahan galian, tidak seperti langit yang hanya terkandung awan.

(Sekadar menyeru ilham)

16 Disember, 2012

Fitnah dalam Media Massa

Tahukah anda bahawa fitnah itu akan memakan diri anda sendiri dalam dunia Media Massa? Media Massa yang telah dimaksudkan ialah buku, akhbar, majalah, siaran radio dan TV, filem serta media yang paling popular iaitu, internet. Ingat, facebook pun tergolong ya.

Terdapat 2 jenis fitnah yang melibatkan media massa iaitu:
1. Fitnah lisan, (Slander)
2. Fitnah bertulis, (Libel)

Ha, mari kita lihat fitnah mana yang lagi hebat.
Fitnah lisan (FL) lahir daripada sebutan mulut manusia. FL boleh happen di mana-mana dan boleh bermain sorok-sorok. Mungkin boleh diputarbelitkan daripada fitnah kepada salah faham, salah tafsir atau tiada niat untuk mengancam pihak yang disasarkan. Kalau tuan punya badan yang buat FL di media massa, yang menjadi mangsa FL itu boleh melancarkan serang balas dengan mengenakan saman (CUKUP-CUKUP!!).

Fitnah Bertulis (FB) bukan facebook; adalah fitnah dalam bentuk tulisan. Ada orang menyatakan mata lidah lebih tajam daripada mata pedang. Tetapi, kenyataannya, Mata pena atau mata printer lagi tajam berbanding mata lidah (dalam media massa sahaja). FB sangat hebat sehingga boleh melalaikan pelapis bangsa daripada kerja yang harus mereka kerjakan. Game satu hal, Gambar seksi dan tidak senonoh satu hal, dan macam-macam lagilah masalah jenayah siber. Ops, tersalah terang pulak. FB (fitnah bertulis) ini muncul dalam bentuk tulisan dan repotasi mangsanya akan teruk dijahanamkan. Sebagai pertukarannya, sesiapa yang melahirkan FB akan TERUK-TERUK disaman oleh mangsa yang kena FB tu. (lebih hebat berbanding FL).

Hmm, Kalau anda terkena FL mahupun FB, terus saja saman tuan punya perkataan (media massa tersebut atau tuan yang bertanggungjawab). Tapi, kalau kes itu dibawa masuk mahkamah, mungkin tuan punya FB/FL boleh menang hujah/bicara sebab peguam upahannya yang hebat bermain perkataan. Walau bagaimana pun, anda harus pastikan/buktikan lima perkara sebelum anda saman yang buat fitnah tu sekiranya anda tergolong atau layak menjadi mangsa kenyataan fitnah tersebut. Perkara-perkara yang dimaksudkan ialah:
1. Dia (mangsa fitnah) telah diancam oleh kenyataan tersebut.
Ini bermaksud repotasi dan nama baik mangsa fitnah terancam secara langsung mahupun tidak langsung. Kesannya, mangsa mungkin kehilangan pelluang pekerjaan, dipandang serong, diragui masyarakat dan hilang punca pencarian.
2. Dia telah dinyatakan dalam kenyataan (walaupun bukan nama)
Bukan semua kenyataan fitnah bersifat aktif dan dituju secara langsung kepada nama. Fitnah juga muncul dalam bentuk pasif iaitu melalui maksud tersirat, simbolik dan objek. Jadi, selagi fitnah itu berkaitan dengan mangsa walaupun bukan dengan namanya, fitnah itu tetap kesalahan yang boleh mengundang saman.
3. Kenyataan fitnah telah disiarkan/diterbitkan dalam media massa.
Memandangkan FL dan FB berkaitan dengan media, kenyataan palsu itu haruslah diterbitkan atau disiarkan dalam media massa. Sebenarnya, fitnah dengan menggunakan media masa sangat serius kerana kenyataan itu tersebar luas dan mencapai sejumlah penonton yang besar bilangannya.
4. Media massa yang bersalah (penyaran tanpa siasatan)
Kenyataan palsu yang telah disiarkan media massa tidak pun disiasat sebaliknya terus disiarkan. Kecuaian ini boleh mengundang saman yang mengorek wang tukang fitnah sebagai pampasan si yang diFitnah.
5. Kenyataan (fitnah) yang telah muncul dalam media massa adalah kepalsuan.
Nama pun fitnah, sudah tentulah sesuatu yang salah. Jika mangsa itu kata kenyataan itu fitnah tapi kenyataannya kenyataan itu nyata, bagaimana si mangsa itu nak menang bicara?

Oh ho...Jaga-jagalah anda di luar sana. Fikirlah sekali dua-dua sebelum buat apa-apa pada media massa anda wahai blogger, facebooker dan sejenis dengannya. Kalau kenyataan atau berita yang bakal anda poskan tidak anda pasti, janganlah siarkan sebaiknya. Bahaya!!

Ok, sampai sini sahaja buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi di tulisan yang akan datang.
(sekadar berkongsi)

05 Disember, 2012

Saat-saat menantikan ketibaan peperiksaan

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang sangat saya hormati. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kerana laman ini agak kurang aktif semenjak kebelakangan ini. Untuk pengetahuan anda semua, saya akan berhadapan dengan peperiksaan semesta yang kedua bermula 27 hari bulan 12 tahun ini. Tempoh yang kurang daripada sebulanlah yang menjadi bekalan waktu mengulang kaji saya. Walau bagaimana pun, semesta kedua ini tidaklah selancar semesta lalu. Hal ini kerana salah satu subjek yang ditawarkan pada tahun ini sangat-sangat memerlukan deria 'penglihatan'. Subjek yang dimaksudkan adalah "introduction to Electronic Publishing", iaitu subjek yang besar kaitannya dengan penerbitan secara digital. Dalam subjek ini, semua pelajar diuji dari segi teori dan praktikal iaitu teori yang berkaitan dengan penerbitan digital dan cara menghasilkannya.

Dari segi bahagian teori, ianya tiada beza dengan corak pembelajaran yang lain (kurang bermasalah), tetapi bahagian praktikal pula memerlukan daya kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan bahan penerbitan yang menarik untuk dilihat dan bererti untuk penontonnya (sedikit bermasalah). Antara output yang harus dihasilkan dalam sesi praktikal ialah
1. Menghasilkan kulit majalah
2. Menghasilkan Brochure (sejenis alat untuk menyebarkan maklumat)
Kedua-dua tugasan ini haruslah dilengkapkan menggunakan Program (software) yang khusus iaitu Adobe InDesign kerana aplikasi inilah yang direka khas untuk menghasilkan bahan seperti yang tertulis di atas. Memandangkan software tersebut tidak beberapa mesra dengan (screen reader) applikasi bercakap di komputer saya, maka saya terpaksa mengorbankan lebih banyak masa untuk melengkapkan kedua-dua tugasan tersebut. Selain itu, reka bentuk yang baik, kesesuaian warna, kejelasan gambar/tulisan dan kekurangan pengalaman saya dalam mengendalikan software keluaran Adobe menyukarkan lagi kerja saya. Namun begitu, tugasan tetap tugasan dan saya perlu melengkapkannya juga.

Kepada anda yang dikurnyakan penglihatan yang baik, hargilah penglihatan anda kerana ia sangat penting dalam banyak perkara. Deria penglihatan sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian kita. Kepada anda yang senasib dengan saya, kuatkanlah semangat untuk terus mengejar kejayaan walaupun kesukaran yang tertentu sudah pasti menunggu di masa hadapan.

Oh, nampaknya macam dah lari tajuklah!!
(sekadar berkongsi)

24 November, 2012

Sebagai penonton dan yang ditonton

Apa khabar kepada anda yang sedang berkunjung ke Halaman MejaLogam? Semoga dalam keadaan yang terbaik sehendaknya. Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana membiarkan Laman ini kosong tanpa pembaharuan. Dalam tempoh ini, saya telah mempelarajari banyak perkara baharu dan juga pengalaman yang baru. Untuk pengetahuan semua, untuk kali pertamanya saya telah membuat kajian melalui statisik. Selain itu, saya juga mempelajari cara untuk mengumpul data dalam (survey). Sesungguhnya, pengalaman (survey) ini sungguh pahit tetapi pahitnya adalah sebuah kemanisan. Sama konsepnya seperti peria. yang dimakan pengemar peria! Contoh yang terbaik ialah pengemar peria tidak menyatakan bahawa peria itu pahit, sebaliknya lazat dan manis-kering rasanya.

Sebelum saya memesongkan tulisan ini terus lari daripada fokusnya, adalah lebih baik saya berpatah balik kepada tajuk yang telah tertulis di atas. Sebenarnya, tajuk ini juga ada rasionalnya dengan pengalaman saya. Hal ini kerana saya telah menjadi penonton dan ditonton dalam auditorium yang sama. Sebenarnya, tujuan saya berada dalam auditorium itu adalah untuk persembahan pancar ragam muzik tradisional Cina. Persembahan/concert itu sebenarnya telah diadakan pada Sabtu yang lalu di dewan auditorium Bangunan Tun Tan Siew Sin, K TAR. Terdapat 2 sesi persembahan yang berlangsung pada hari tersebut iaitu sesi sebelah petang (2p.m.) dan sebelah malam (7.30p.m.). Tetapi saya hanya beraksi pada sebelah petang dengan Erhu saya dan menjadi penonton (duduk di tempat penonton dengan tanpa tiket) pada sesi malam. Itulah yang digambarkan dalam tajuk saya sebenarnya. Tiadalah yang menarik sangat tetapi saya berasa ianya menarik. Pertamanya, saya dapat saksikan apa yang berlaku di belakang pentas, penuh dengan kesibukan. Seterusnya, saya dapat menghayati persembahan yang berlangsung sebagai seorang penonton yang biasa tanpa merasakan sebarang tekanan. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam persembahan itu dapat saya hayati. Itulah sebab utama saya berasa pengalaman ini unik.

Selain pengalaman ini, saya juga ada satu lagi pengalaman yang menarik berkaitan dengan persembahan yang sama. Pengalaman ini adalah atas kecuian saya sendiri. Untuk pengetahuan semua, saya masih bertanggapan bahawa Sabtu yang lalu hanyalah Raptai semata-mata. Apa yang lebih dasyat, saya yang sudah ditempatkan di atas pentas (berpakaian lengkap) masih bertanggapan sebegitu. Persepsi itu hanya berubah setelah ramai penonton telah mengambil tempat masing-masing di dewan tersebut. Pada detik itu, gementar yang bukan kepalang mula terasa pada diri saya. Maklumlah, saya berbekalkan tanggapan yang salah.

Secara keseluruhannya, saya berasa gembira kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang membuat persembahan khususnya. Kalau boleh, saya mahu lagi peluang seperti ini (walaupun sangat-sangat memenatkan kerana perlu korbankan masa untuk membuat latihan) pada masa hadapan.

Oh ya, Sebelum saya menutup tulisan yang ringkas ini, izinkan saya menghadiahkan Jutaan terima kasih saya kepada Jurulatih saya, Jia Liang dan para rakan yang menyokong, melatih dan memberi peluang untuk saya bermain alat muzik bersama dalam satu kumpulan panca ragam yang besar.

(Sekadar berkongsi)

05 November, 2012

UCAPAN BUAT CALON SPM & STPM 2012

Sijil merupakan bukti. Tanpa sijil ibarat kehilangan identiti. Walaupun nampak macam tak aci, itulah realiti. Tanpa sijil, kemana cari bukti? Bagaimana kebolehan kita diyakini? Kewujudan sijil adalah perlu sebagai kayu pengukur reputasi. Selamat sejahtera kepada para pembaca yang sangat-sangat saya hormati. Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan selamat menjawab SPM dan STPM kepada semua calon peperiksaan sama ada yang saya kenal mahupun yang tidak saya kenal. Semoga anda semua akan berada dalam keadaan yang terbaik semasa menjawab peperiksaan.

Sebenarnya, pada saat-saat yang genting ini sudah tidak sesuai lagi menghabiskan banyak tenaga dari siang sampai ke malam. Tenaga yang sudah kehausan akan mendatangkan mudarat seperti selesema, batuk dan yang lagi kronik, demam. Walaupun penyakit ini merupakan penyakit yang ringan-ringan belaka, kesan negatifnya sudah cukup untuk mengganggu reputasi anda semasa menjawab soalan. Ini merupakan kesihatan fizikal! Tetapi kesihatan mental juga perlu dijaga. Hal ini kerana mental yang sudah tecemar akan menghapuskan terus kesemua kebolehan anda. Lebih bahaya berbanding masalah kesihatan bukan?

Kepada adinda yang tersayang, cubalah yang paling baik dan atasilah kakanda yang tidak sempurna ini. Kecapilah apa yang lebih daripada kakanda kecapi. Jadikanlah diri adinda seorang insan yang membanggakan. Khususnya kepada Ayahanda dan Bonda! Kanda percaya Dinda Mesti Boleh Punya!! Yakin, Boleh!!! (ops, haha, ini untuk adik kandung saya. hahahaha)

(Sekadar Ucapan)

01 November, 2012

Mendapan dan air mata kesedihan

Sesungguhnya dunia ini dipenuhi air mata kesedihan, kekesalan, kekecewaan, kehampaan, kegelapan, tangisan dan putus harapan. Air mata ini tidak berhenti mengalir. Tidak pernah berhenti daripada terus mengalir dan percayalah, tidak akan berhenti mengalir.

Air mata ini luahan emosi. Luahan yang menghanyutkan segala mendapan kesedihan. Mendapan-mendapan yang membawa kengkangan dalam kehidupan. Siapa yang mahukan kesedihan? Tiada orang yang mahu. Tetapi seni kesedihan itu mengasyikkan. Sekali sedih, kesedihan itu harus terus mengalir seperti air mata yang sedang menangis. Seperti kegembiraan, kesedihan juga memerlukan perkongsian. Kesedihan juga mahu dikongsikan kepada semua isan ciptaan. Bukan disimpan dan diperam. Malangnya, kesedihan sentiasa dalam keadaan yang menyedihkan kerana bukan semua mengalu-alukan kehadirannya. Akhirnya, sedih yang tidak dapat dikongsikan tadi pun menjadilah sesuatu yang dipaksa untuk diterima orang. Sedih tadi mahu mendapat perhatian tetapi dengan paksaan. Dengan kekerasan. Dengan cemburu dan hilang pertimbangan. Bahayanya boleh memakan diri dan orang lain.

Peka dengan orang bersebelahan. Peka dengan mereka yang kita sayang. Peka dengan sahabat mahupun rakan. Peka kepada semua yang ada pertalian persaudaraan. Anda akan sedar bahawa mereka sedang menangis. Sedang sedih, keciwa, hampa, dan hilang gembiranya. Tidak semua mereka gemar menunjukkannya. Tapi semua mereka memerlukan perhatian. Bukan mudah untuk seorang yang sudah sedih dan hilang pertimbangan untuk memutuskan keputusan yang waras. Jadi disinilah kita memberi sokongan. Janganlah kita yang menambahkan beban. Kerana kita saling memerlukan. Dan percayalah bahawa kita juga berpotensi berhadapan dengan kesedihan dan juga mengalami kejatuhan. Sedih kita perlu dikongsi. Begitu juga sedih orang perlu kita dalami. Apabila kita mendalami kesedihan mereka, kita sebenarnya sedang belajar lebih tentang mereka. Jika mereka tangguhkan bantuan, janganlah berkeras tetapi berikan masa. Beri tahu mereka bahawa mereka bukan keseorangan dan sudah tentu air mata akan mengalir dengan tiada paksa. Air mata yang tidak membawa bersama mendapan. Air mata yang merdeka daripada sebarang kesedihan. Air mata yang menjadi simbolik perasaan terharu, iklas seperti mana keiklasan tangisan sebuah kesedihan.

(Sekadar menyeru Ilham)

Sepingan nasi putih beserta lauk

Sepinggan nasi putih, tanpa lauk sebagai dampingan, tawar, tiada tarikan. Sepinggan nasi putih yang sama ditambah kuah, rasanya akan lebih menarik kerana pengaruh masin manis, masam manis, dan pedas-pedas cili api. Sepingan nasi putih bukan lagi tawar tetapi berubah mengikut pengaruh aroma kuah yang dimasak bersama rempah ratus Nusantara yang mencuit perhatian. Sepinggan nasi putih yang berkuah itu ditambah pula sayuran segar, sungguh ranguk dan berair, bak sentuhan embun pagi, lembut dan menenangkan. Sepinggan nasi yang berkuah ditemani kesegaran hasil peluh pekebun menambah corak dan warna, aroma dan cita rasa, menjadikan setiap kunyahan lebih dinamik dan bermakna. Sepingan nasi yang sama ditambah pula potongan daging yang lembut lagi halus isinya menjadi pemangkin keenakan hidangan. Sepinggan nasi yang berkuah, dampingan sayuran segar kini bersama daging berempah dan beraroma dengan semula jadinya. Sepinggan nasi bukan lagi hidangan yang calang-calang tetapi hidangan yang lengkap dengan pelbagai unsur. Sepinggan nasi yang sama telah menyatukan elemen-elemen yang pelbagai dan kaya dengan keunikan yang tersendiri dan membentuk sepinggan hidangan nasi campur yang meransang selera makan. Sepinggan nasi yang bukan calang-calang ini sering sekali mudah didapati di sekitar bandar raya, sekitar taman perumahan, keliling kampung dan juga dapur rumah kita. Sepinggan nasi campur yang istimewa ini kerap sekali menghiasi meja makan dan sering sekali dikongsi bersama keluarga dan dikongsi antara lidah, gigi, gusi, lelangit, mulut, hidung dan mata. Sepinggan nasi ini tidaklah istimewa sangat pun sebab sudah kerap kali dijamu tetapi realitinya, ia tetap sesuatu yang istimewa.

Apa khabar kepada anda yang sedang mengunjungi MejaLogam Blogspot? Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat dan sejahtera sehendaknya. Untuk sulung kalinya, saya telah menghasilkan tulisan yang saya tidak tahu bagaimana mahu mengklasifikasikannya. Tulisan ini lahir hasil daripada pengalaman saya memakan nasi putih bersama beberapa lauk yang sangat biasa, tidaklah mahal dan cukup lazat sekali apabila dijamu. Walaupun nasi putih bertemankan beberapa jenis sayur / daging dan juga kuah sesuatu yang sudah terlalu biasa dan umum, keistimewaannya tetap teserlah. Malah, mengalahkan Chicken Chop dan Mi Itali. Mungkin sekali Pizza dan Ayam goreng Kentaki.

Bagi saya, keenakkan nasi bertemankan lauk sangat sihat dan cita rasanya lebih dinamik. Jauh sekali untuk saya berasa bosan untuk makan. Walaupun semua lauk boleh berubah-ubah, nasi tetap akan kekal. Bukan sebagai watak utama tetapi sebagai penyempurna hidangan. Seperti hikayat dan cerita, watak utama sangat banyak dan pelbagai tetapi watak jahat tetap akan ada untuk menghalang watak utama. (apalah yang dia ni merapu.'.'.'). Oh ya, saya lebih suka nasi putih saya ditemani sayuran segar daripada daging halus yang lembut dalam kunyahan. Sebab sayur tidaklah muak walaupun dimakan secara berterusan. Jika anda seorang pengemar Daging, mungkin anda tidak akan berhadapan dengan pengalaman seperti saya. Seperti yang kita sedia maklum, proses penghadaman manusia untuk daging adalah selama 3 hari lamanya den dalam tempoh ini, banyak sayuran dan buah-buahan sudah menjadi najis dan berhijrah ke mangkuk jamban. Pada masa yang sama, kadar karbon dioksida yang terhasil daripada pemakan daging adalah lebih banyak berbanding pemakan sayur. Jadi, inilah sedikit pengetahuan saya tentang nutrisi makanan. Tetapi kita tidak salah untuk memakan daging. Malahan, ada sesetengah pihak bertanggapan bahawa "vegetarian's diets" adalah kurang sihat. Sebelum saya menamatkan tulisan buat kali ini, saya ingin sekali bercadang kepada anda yang kurang gemarkan sayur, "Cubalah untuk rasa keenikan daging Ikan kalau tak dapat cintakan sayur.". Paling kurang, daging Ikan tidaklah muak sangat bagi saya!

(Sekadar tulisan)

Sajak Pada Takdir

Tunduklah dan patuh
kerana inilah takdir
yang sudah tetap
yang tidak berubah

Janganlah mencabar fitrah
kerana mencabar serupa
mencabar Yang Maha Esa
dan tiada manfaatnya
melainkan tulah
yang memakan roh dan jiwa.

Percaya pada takdir
jangan persoalkan
baik mahupun buruk
kerana segala-galanya
ada kerana.

Namun begitu
yang manakah takdir
yang manakah fitrah
yang manakah harus
terima diganti bantah?

Bukan naluri remaja
tetapi naluri manusia
yang lurus dibengkokkan
yang jernih dikeruhkan
yang elok diburukan
yang terang dimalapkan.

Dikurniakan akal
tetapi bernafsu
dikurniakan ilmu
tetapi buntu
diberi panduan
dipersoal sempadan
diberi ingatan
didengar hasutan

Bukan mudah
tunduk patuh
bak boneka
dan tidak mudah
menerima istilah
kerbau dicucuk hidungnya.

Juga tidak mudah
diri kita
mahupun mereka
senang menelan
takdir dan kekal
tunduk dan patuh
larangan dan sempadan
peraturan dan undang-dang.

kerana wujudnya
tidak suka tidak gemar
tidak puas tidak bebas
dan bbermacam corak
pemikiran dilema.

Keadaan
Pahit diatasi manis
pedih diatasi pelali
fakta diatasi dongeng
realiti diatasi fantasi
tidak kenal berhenti
mengusir pegangan

(Sekadar bekarya)

18 Oktober, 2012

Ilmu Baru Saya tentang Erhu.

Apa khabar kepada para pembaca yang sedang mengunjungi Halaman MejaLogam? Semoga dalam keadaan sihat dan sejehtera disamping kegembiraan. Untuk pengetahuan semua, saya sedang melibatkan diri dalam pancaragam Muzik Cina, (Chinese Orchestra) dan berperanan sebagai pemain Erhu. Walau bagaimana pun, masih terlalu jauh untuk saya bermain bersama-sama mereka yang membuat persembahan di atas pentas.

Pada masa yang sama, saya berpeluang belajar ilmu baharu berkaitan dengan Erhu daripada seorang "senior" yang juga seorang pemain Erhu. Saya telah mempelajari cara yang betul untuk mengikat Qian Jin pada Erhu dan saya mendapati cara ikatannya sangat unik. Malang sekali, saya tidak tahu bagaimana untuk terangkan langkah-langkah tersebut dalam ayat. Pada masa yang sama, saya juga telah didedahkan tentang langkah penyelaras kenyaringan bunyi dengan mngunakan ikatan benang selain daripada menggunakan penyelaras. Cara ikatannya tidaklah seperti qian jin tetapi tidak boleh diikat terlalu ketat. Ikatan itu harus kuat dan tidak mudah tertanggal. Kedudukan ikatannya adalah pada bahagian atas daripada ikatan qian jin dan harus berasingan mengikut tali. Tidak seperti Qian Jin yang diikat 15 lilitan atau lebih, dan 5 lilitan atau keatas pada kedua-dua tali di bahagian lehir Erhu, ikatan penyelaras ini adalah sedikit dan sekadar untuk mengubah kenyaringan bunyi sahaja.

Untuk bunyi Erhu yang sangat kuat sehingga boleh menganggu jiran bilik sebelah beradu, terdapat alat pengecil suara yang khusus untuk Erhu. Alat ini mengepit pada plastik yang terletak di atas kulit Sawa dengan tujuan mengurangkan getaran. Apabila getaran hasil geseran rerambut busur berkurang, bunyi Erhu pun pelahanlah. Malang sekali, pengecil suara ini tidak boleh dilaras macam pembesar suara. Bunyi Erhu akan dipelahangkan sebanyak 90% dan tidak lagi mengganggu orang lain semasa anda beraksi pada lewat malam.

Oh, ya. Sebelum itu, ingin saya bercerita tentang benang yang digunakan untuk mengikat Qian Jin. Sebaiknya, janganlah gunakan benang yang nipis. Tepal tak apa tapi janganlah tebal sangat. Tentang panjangnya, ukuran yang disarankan adalah satu depa orang dewasa. Sebenarnya, ukuran ini sudah lebih daripada cukup. Jadi, janganlah risau kalau tangan anda bukan panjang sangat macam tangan saya. (tangan panjang bukan bererti kuat mencuri tau). Seterusnya, tali itu akan mengikat lehir Erhu dengan 2 tali Erhu. Nak cerita caranya, masih seperti ayat saya di atas tadi, susah nak digambarkan pada ayat.

Sebelum tamatkan tulisan kali ini, saya ingin meminta maaf kepada anda yang sedang membaca kerana saya tidak dapat menulis sekerap bulan lalu. Kalau nak tahu lagi tentang erhu, teruslah membaca MejaLogam. (macamlah MejaLogam ni pandai sangat pasal Erhu.)

(Sekadar berkongsi)

Kerigian

Mengapa harus memaksa lalang berhenti mengikut arus angin? Sedangkan lalang itu tidak mampu untuk berlawan arus. Biarlah lalang bebas, bukan sifatnya untuk tegak dan kukuh, kental dan kritikal, berpendirian yang satu. Dan Jauh sekali mahu lalang tegas tanpa dicabar angin.

Apabila lalang yang pandai melentur itu telah dikeraskan, maka lalang itu akan menjadi keras bak kelembutan. Tidak boleh setanding dengan dahan mahupun ranting. Kelenturan yang asalnya dikurniakan sudah disia-siakan. Sifat keras yang hendak dicapai pula kurang menjadi. Ibarat yang dikejar tak dapat, yang terkandung keciciran. Kerugian. Kerugian.

Mengapa sifat lentur yang semula jadi ini harus dikeraskan? Mengapa bakat ini harus dibiarkan karat dan mereput? Mengapa pemberian-Nya tidak dapat dimanfaatkan sebaliknya dibiarkan pasif dan tertutup? Kerugian. Kerugian.

Siapa yang tidak mahu diiktiraf? Semua daripada kita memerukan pengiktirafan. Bukan mahu menunjuk tetapi mahu dihargai. Tetapi kenyataannya, bukan semua kebolehan semula jadi dapat digilapkan dengan sebaik mungkin. Tidak dapat digilap kerana tidak diberi peluang, tiada wang, tiada persekitaran yang sesuai, tiada pengiktirafan dan limitasi masa. Sekiranya faktor-faktor ini tidak wujud, bakat semula jadi itu masih tidak diaktifkan dengan sebaik mungkin, kerugian. Kerugian.

Kerugian demi kerugian berlaku dalam semua peringkat masyarakat, di semua kawasan, pada setiap masa dan pelbagai bentuk. Kerugian-kerugian ini akan terus wujud kerana limitasi yang lahir dari banyak aspek. Ramai daripada kita berhadapan dengan kerugian tersebut. Malahan, ramai daripada kita berasa sangat kurang senang dengan kerugian tersebut. Salahkan keadaan ke? Salahkan orang ke? Salahkan dunia ke? Salahkan takdir ke? Salahkan Ilahi?

Sesungguhnya, kerugian yang lahir daripada sesuatu yang disengajakan adalah serugi-rugi kerugian. Biarlah semula jadi walaupun ia rugi daripada sengaja berubah dan membawa bersama kerugian.

(Sekadar menyeru ilham)

08 Oktober, 2012

Aku tak suka Lipas

Aku cukup takut dengan lipas. Kau tahu, waktu aku kecil dulu, lipas berehat dalam bajuku. Selepas aku memakainya, mulalah berasa sesuatu yang sangat tidak selesa bergerak mengeletek belakangku. Aku penik. Aku mengelupur. Tapi lipas masih singgah pada bajuku. Entah apa yang lipas cari dengan baju tu.

Kenangan yang pahit itu menjadi model bahan ketawa rakan sebaya. Malah, aku juga menjadi mangsa buli mereka jika lipas berada berhampiran dengan aku. Jadi, aku cukup takut dan tak suka dengannya. Aku tak tahu mengapa makhluk tu mesti mudah dijumpai di rumahku. Yang lagi mustahak, mengapa lipas mesti melahirkan trauma dalam hidupku? Mengapa habitat lipas lebih kurang sama dengan manusia? Mengapa spesis lipas boleh bervariasi dari zaman beribu-ribu tahun dahulu sehingga tidak pupus pada hari ini?

Dalam mata sesetengah orang, lipas tu macam kucing di Malaysia. Boleh dibela dan dijaga sehingga besar. Panjang sampai 2 inci. Nasib baik aku bangsa Malaysia yang rakyatnya bencikan lipas. Kalau tak, habislah aku kena buli dengan lipas berdesir Madagascar rakan. Mungkin adik sendiri.

Lipas di Malaysia pula boleh terbang. Spesis yang dinamai Lipas Amerika ini cukup menakutkan. Boleh terbang tak apa sangat. spesis biasa yang Paling Besar pula tu. Lipas ni pantas berlari dan mengerikan. Yang dewasa boleh panjang sampai 4 cm. Geli geli geli!!! Besar dalam sais dah cukup bagus sebab susah nak masuk bilik aku tapi badan yang leper buat hal pulak. Dah leper macam tu, bawah pintu pun lut. Kenapalah lipas Amerika ada sayap? Kalau tak ada lipas macam lipas German kan bagus.

Kalau nak bunuh, memang tak habis. Dah lepak kat rumah, panggil pula lipan datang bersama. Tapi Lipan bagus sikit kerana lipan makan lipas. Tapi Lipan pun sama juga macam lipas, geli geli geli. Belambak pasang kaki. Aku tak suka lipaslah!!!!!!!!! Lipan pun tak suka

Selamat sejahtera kepada para pembaca MejaLogam Blogspot. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu berkaitan dengan lipas. Sebenarnya, lipas bukanlah serangga yang teruk sangat pun. Paling kurang, lipas makan sisa makanan manusia yang bersepah di merata-rata tempat. Sebagai cleaner percumalah katakan. Tapi, jangan sesekali beri peluang untuk lipas bersiar-siar di kawasan letak makanan. Sebab lipas bawa bersama kuman pada kakinya dan kuman-kuman ini boleh mengakibatkan keracunan makanan. Jadi, berjaga-jagalah semasa anda makan atau sakit perut dan cirit birit sepanjang hari.

(sekadar berkongsi)

Diari habuk 8 oktober

Saya tiada rumah. Nomat, macam orang zaman batu. Siapa sangka yang saya ini akan terus hidup di muka bumi ini dengan keadaan tanpa arah. Saya tidak tahu siapa saudara-mara, siapa rakan sebaya, siapa ibu bapa dan siapa sebenarnya saya. Saya saksikan bagaimana anak kucing dijilat ibunya. Saya menyaksikan manusia bercakap dengan lembu peliharaannya. Saya saksikan sisa bangkai ikan mereput dan menjadi sumber khasiat pokok mangga yang tumbuh sihat sejahtera. Saya juga saksikan sampah yang dikatakan tidak berguna itu dikitar semula. Mereka kembali diperlukan dan berguna, tidak seperti saya. Dalam hati sentiasa tertanya-tanya, mengapa saya wujud jika saya tiada peranan di dunia?

Hari ini, saya singgah di meja. Mungkin sehari dua, mungkin seminggu dua, mungkin setahun dua dan mungkin sedekat dua. Atau mungkin lagi lama. Kalau hari ini saya dihalau, esok lusa pun akan dihalau juga. Kerana saya tidak dimiliki bagi sesiapa. Tiada pun mereka yang hairan dengan kewujudan saya. Yang hairan pun hanya Khalifah bumi sahaja. Itu pun bila saya menjadi banyak bertenggek di kawasan kediaman mereka. Kalau dah hairan, ada yang buat tak tahu. Tapi ramai daripada mereka akan menghalau saya. Sebab mereka tak suka saya pun.

Semasa saya sedang baring malas di atas meja yang cukup sarat dengan bahan bacaan, saya dengan tiba-tiba ditiup kipas angin dan akhirnya terlekat pada pelekat kertas. Mulai saat itu, saya tidak terbang lagi walaupun angin mula bertiup kencang mahupun sayu. Kalau terbang sekali pun, saya akan bersama pelekat itu. Walaupun pelekat tak mahupun saya, justeru marah kepada saya kerana hilangkan fungsinya, saya tidak dapat terbang lagi. Mungkin inilah rumah saya. Rumah ini hanya nama sahaja dan tiada hubung kait dengan tempat yang seharusnya saya diami. Pelekat marah sangat sebab saya telah melemahkan fungsinya. Pelekat pun jadi tak berguna macam saya, barangkali?

Sementara terlekat dengan pelekat ini, saya sudah fikir lebih jauh. Kerana suatu hari nanti saya tahu saya akan kembali nomat semula. Sampainya hari itu, saya masih habuk yang tidak diperlukan dan tiada erti untuk sesiapa. Biarlah saya terus terlekat di sini. Terus dimiliki oleh pelekat yang tidak mahukan saya daripada pergi merantau, mencari sesuatu yang bernama tiada.

(sekadar menyeru ilham)

30 September, 2012

MejaLogam berehat seketika

Apa khabar kepada anda yang sedang melawat Laman MejaLogam? Semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera. Untuk kali ini, saya tidak menulis bahan yang baharu untuk tatapan / pendengaran anda pun. Tetapi hanya nak (sedih) beri tahu bahawa saya akan berhenti menulis buat seketika. Hal ini kerana saya akan berhadapan dengan minggu yang sebuk dengan peperiksaan pertengahan dan beberapa perancangan perbentangan yang sangat memakan masa. Semoga anda akan kekal melawat laman ini pada masa hadapan dan terus melawat tanpa bosan. Maaflah kerana terpaksa meninggalkan tanggungjawab saya sebagai pengurus laman maya ini buat seketika. Sesudah minggu yang sibuk ini berakhir, saya akan kembali hidupkan Laman ini. Nantikan ya!
**Skema betul lah penulis MejaLogam ni!!

(Sekadar tulisan)

23 September, 2012

saja nak tulis

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca. Untuk pengetahuan semua, saya telah memasuki semesta ke 2 dalam cause PR saya di TARC. Melalui minggu sulung ini, saya telah diberi pengetahuan serba sedikit tentang apa yang bakal saya pelajari. Memang menarik subjek yang ditawarkan tetapi nampak gayanya lebih susah sedikit.hahahah... Mudah-mudahan, saya akan dapat menempuh cabaran baharu ini. Oh ya, kepada para sahabat yang bakal menempuh SPM, sudahkah anda menetapkan target anda untuk keputusan yang bakal terhidang pada tahun hadapan? Target tinggi-tinggi tak mengapa tetapi jangan cakap kuat-kuat sebab orang akan salah tafsir dan kata kita (poyyo) hahaha. Sebaiknya, target sederhana tinggi tetapi buat lebih daripada target itu. Sudahkah anda menyediakan diri anda untuk menjawab SPM? Jika jawapan bagi soalan tadi adalah belum, anda harus bermula dari sekarang. Masih ada masa lagi! Gunakanlah saat-saat terakhir ini untuk menjawab lebih banyak soalan-soalan SPM yang lalu agar dapat menyesuaikan diri dan secara tidak langsungnya mengulangkaji juga.
Semoga semua berjaya seperti apa yang diharapkan, malah lebih baik lagi!!

(Sekadar perkongsian)

Bayangan bayang-bayang

Apabila bayang-bayang wujud, bererti disitulah cahaya. Cahaya memberi bayangan kepada kita bahawa setiap daripada sasaran sinarannya berwarna, berparas rupa. Kisah bayang-bayang memberi tahu kita bayang-bayang hilang bersama cahaya. Tetapi sebenarnya, bayang-bayang menjadi lebih besar tatkala cahaya tiada. Sebenarnya, bayang-bayang bukan wujud akibat wujudnya cahaya tetapi, bayang-bayang wujud kerana ketiadaan cahaya.

Selamat sejahtera kepada para pembaca yang sangat saya hormati. Terima kasih saya ucapkan kerana masih meluangkan masa untuk membaca tulisan di Laman MejaLogam. Sebenarnya, saya sering membayangkan sesuatu dengan mengunakan logik akal (common sense). Malangnya, bukan semua perkara tepat dengan apa yang dikatakan logik akal itu. Sebagai contoh yang terbaik, dalam ilmu psikologi, sesuatu hipotesis tidak boleh dilakukan dengan mengunakan logik akal sahaja. Sebaliknya, bukti harus dikemukakan secara saintifik. Sama juga dengan sesuatu yang kita pernah baca atau dengar. Dimulakan dengan bayangan atas apa yang dibaca. Seterusnya, fikirkannya. Akhir sekali, kaji berasaskan bukti yang ada. Tetapi, kerana terlalu bergantung kepada bukti dan saintifik, limitasi berlaku. Sesungguhnya, banyak perkara tiada jawapannya. Kerana terlalu susah untuk dijawab, kerana tidak kukuh jawapan, kerana terlalu banyak kontroversi, kerana terlalu banyak pemikiran dan pendapat, kerana terlalu banyak halangan dalam konteks ilmu dan peralatan dan terlalu jauh dengan norma masyarakat.

Ada sesetengah soalan tidak perlu dijawab pun. Tetapi bukan semua jawapan adalah tiada jawapan. Seperti ciptaan yang lain, semuanya mempunyai limitasi, jadi tiadalah perlu mencabar di luar kemampuan diri. Jadi, kepada mereka yang menantikan jawapan yang tidak muncul-muncul itu, hampalah anda dan terus diseksa pertanyaan mengapa, bagaimana, dan sebagainya.

Kisah Bayang-bayang yang wujud kerana cahaya hanya bayangan semata-mata.

(Sekadar menyeru ilham)

19 September, 2012

Bersyukur?

Kau/hang/kamu/anda/kalian/dia/mereka/depa/kawe ni tak tahu bersyukurlah! Kalau jadi insan yang bersyukur, kita gembira dan terima dengan apa yang ada di sisi kita. Jangan meminta yang terlalu banyak dan jauh sesekali untuk kita belajar tamak. Kalau dah tahu syukur itu adalah nilai yang bagus, kenapa kita tak terus mengamalkannya? Kita harus bersyukur dengan apa yang sedia ada! Tetapi, kenapa ada yang masih bising kata air tak bersihlah, berbaulah, tak dapat berniagalah, sekolah/guru tak cukuplah, tak dapat alaunlah, tandas tak bersihlah, tak selamatlah, gula,minyak, beras, dan banyak keperluan asas mahallah sabsidi kuranglah, serta banyak lagi rintihan yang mengambarkan kita yang tidak bersyukur? Rumah dah ada, boleh tinggal, cukuplah. Air boleh guna cukuplah! Masih sesuap nasi untuk hidup cukuplah! Dah boleh terus hidup cukuplah! Masih boleh hidup pun sudah cukuplah!!! TOLONG Belajar Bersyukur!!

Adakah penyataan di atas menepati maksud kesyukuran yang sebenar? Tanya saya, saya pun pening. Nak kata ya, tak juga nak kata tak, macam ya pun ada. Oo, penyataan di atas hanya penyataan merdeka dan tiada hubungan persaudaraan dengan semua yang masih hidup, yang tidak hidup atau pun yang telah mati. Jauh sekali bertindak sebagai propaganda yang menghasut pemikiran orang atau membangkitkan kemarahan kerana termakan dengan tulisan. Harus diingatkan ini hanya "[{()}]" semata-mata. Tapi, tolong gunakanlah perkataan "tak bersyukur" pada situasi yang sepatutnya agar perkataan ini tidak jauh daripada maksudnya yang asal.

Sekali sekala, hujah yang bertemakan nilai kesyukuran ini digunakan sebagai alasan untuk menentang mereka yang membela hak sendiri. Bagi saya, hak harus dibela dan tiada hubung kait dengan kesyukuran dan kesyukuran tidak berhak untuk membataskan/menghakis/menengelamkan hak seseorang individu, sekumpulan masyarakat, sebuah organisasi yang sama kepentingan, sesebuah kerajaan dan semua hidupan. (mana-mana masyarakat lain yang harus diberikan hak juga boleh diterima). Cuba bayangkan jika kita mahu makan nasi sepinggan tetapi dipaksa makan nasi sesuap atas alasan (kesyukuran dan jangan tamak atau "- harus belajar bersyukur dan menerima apa yang sedia ada.". Seronokkah kita? Sukakah kita? Puas hatikah kita? Adilkah mereka?

(Sekadar tulisan)

Fikir positif dan gunakan dengan positif

Jatuh tersungkur mendidik kita berdiri lebih tegak. Kalah teruk membuka pintu kemenangan kelak. Pengalaman pahit melahirkan daya penolak. Kritikan membina menempatkan kita di puncak.

Setiap perkara yang negatif membawa kepada yang positif. Mungkin patut kata setiap yang negatif menjadi toping kepada yang positif. Namun begitu, perkataan "setiap" harus digugurkan pada ayat di atas kerana bukan semuanya yang negatif adalah toping.

Memang bagus jika fikiran yang positif sentiasa menjadi pegangan kita. Jadi, perkataan "setiap" itu boleh diletakkan semula dalam dua ayat tersebutlah. Bukan mudah boleh berfikir sewaras itu, dan bukan senang untuk mengunakan kewarasan itu pada tempat yang waras. Dengan erti lain, bukan senang berfikir positif. Tetapi sekiranya sudah dapat berfikir sedemikian rupa, susah pula mengaplikasikannya.

Fikiran yang positif meleraikan kekusutan. Fikiran yang positif mewujudkan persefahaman. Fikiran yang positif mengelakkan pertempuran. Fikiran Positif kunci kesejahteraan. Namun, fikiran yang positif bukan semudah melepaskan angin dari --, (harum). Semestinya bukan mudah juga untuk menggunakannya. Mungkin patut disamakan dengan api. Bila kecil, dia kawan. Bila besar, juga kawan. Bila sangat besar, juga kawan? Atau jika besar, sudah jadi lawan? Bila besar, jadi lawan. (aduhai, pening pening bahasa, pening lagi penulisnya). Sebenarnya, fikiran yang positif perlu dalam diri kita tetapi gunakanlah kelebihan itu pada tempat yang betul. Tidak mungkin seorang pahlawan gagah lengkap bersenjata ditugaskan untuk menggunakan senjatanya yang tajam terhunus memotong bawang dan sayur di dapur. Tidak mungkin seorang tukang masak Barat mengunakan kemahirannya membuat Mi Itali untuk memasak Mi Bandung dan jauh sekali seorang perenang berenang di udara, di darat dan di angkasa. (agak-agaklah Bro!) Biarlah kita memajukan diri dengan menyerap apa yang baik dan GUNAkannya dengan cara yang betul agar kesan yang maksimum dapat dicapai.

(Sekadar tulisan)

14 September, 2012

Tetamu Abu, Joyah

Alkisah, tersebutlah sebuah kisah entah hari berapa dan bulan berapa, di mana keluarga Pak Abu dilawati keluarga sepupunya, keluarga Mak Joyah. Maka, dikemaskanlah rumah itu bak istana gerangannya dengan hiasan bau-bauan yang indah-indah. Setelah sudah, maka tibalah Mak Joyahnya dengan anak beranak berserta laki tuanya dengan penuh tertipnya. Serba mula, Pak Abu pun berikanlah kerusi yang sedap-sedap beserta layanan VIP lakunya dengan bicara kononnya Mak Joyah penat datang berjuta pelaung jauhnya. Lagi mereka anak beranak sudahlah bersepupu dan tetamu pula. Lalu, malulah Mak Joyah dengan dilayan sedemikian rupa. Tidak berapa lamanya, manisan dan air mawar dihidanglah. Manis gula, manis di hati, tersenyum di muka, penuh berseri. Mak Joyah pun merahlah mukanya, malu-malu kucing. Lalu diperkatakanlah kepada Pak Abu yang mesra itu, "Hai Abu, tak payahla macam tu. Malulah aku. Tuan punya kerusi yang sedap ni, aku duduk. Air yang manis-manis ni, aku yang minum. Anak-beranak kau macam mana? Isteri-isteri kau macam mana? Kau pula macam mana?". Lantas tersenyum besarlah Pak Abu yang berbini tiga itu lalu berkata-kata. Begitulah bicaranya, "Tak apalah, anak-anak aku minum air biasa sudahlah. Lantai tu kan boleh duduk juga. Isteri-isteri aku tak kisah pun. Buatlah macam rumah sendiri.".
"Oh, begitu... Terima kasih lah. Abu. Aku duduk dan minum dulu ya!" Lantas, air pun diteguk dan kerusi pun diduk dan disandarlah.

Shahadan, bicaralah kononnya setahun pun berlalu sudah. Mak Joyah anak-beranak datanglah ke rumah Pak Abu. Maka, disambut mesralah oleh Pak Abu seperti masa-masa dahululah. Dilihatnya kasut dan selipar terlalu banyaklah bertempiaran. Lalu disoal Mak Joyah. Beginilah bunyinya, "Abu, rumah kau ada ttetamu lain ke?". Pak Abu pun senyumlah dengan manis lalu berkata, "Anak aku yang paling sulung dan keluarganya dah balik dari bandar. Katanya nak bercuti kat kampung.". Setelah sudah dengan berkata-kata, Mak Joyah pun disambutlah ke dalam rumah dengan mesranya. Tikar dibentang dan kuih dihidang. Air suam-suam demam bertakung bercawan-cawan dihidang bersama untuk Joyah sekeluarga. Maka, tiadalah puas hati Joyah itu dengan muka merah-merah. Lalu, diumpatlah yang duduk di kerusi yang sedap dengan air yang manis itu dengan sepenuh hatilah. Begini marahnya, "Hai celaka anak Abu, Aku juga tetamu. Bukan kau saja tetamu. Dulu, aku dapat semua tu tapi sekarang? Chis, Kerusi tu aku yang punya dan air manis tu aku yang punya!!!". Lalu dihampirilah Pak Abu lalu berkata -kata, "Hai, Joyah, maaflah, air manis dah habis. Kerusi pun tak cukup. Maaflah.". Namun, tidak mengapa di mulut joyah, panas berbahang dalam hatinya.
Begitulah mulutnya yang tidak berkata bahasa hatinya.

(Sekadar tulisan)

Hari tua

Apabila sampai ke hari tersebut, dunia sudah tidak seerti yang kita kenal dahulu. Erti yang dahulu indah bercampur hodoh, bahagia bercampur zalim, manis disalut pahit, gembira berpasang sedih, kejayaan bersisikan kejatuhan, semuanya nilai-nilai kehidupan yang menarik. Sesudah tua dan tiada arah yang hendak dituju, hidup ibarat warna kelabu, kabur tak terlihat hadapan mahupun belakang, yang jelas hanya teman, bernama kesyunyian.

Saat itu, segala-galanya tiada lagi perlu, hanya perhatian anak cucu, hanya rumah yang damai untuk dihuni, hanya makan dan minum cukup dan lebih tiada perlu. Hidup itu hanya dihabiskan duduk selesa, tidur dengan lena, dan yang selebihnya sudah lebih daripada cukup. Daya sudah kurang... Hati hendakan gunung, tenaga sekepal tanah. Apakandaya?

Tibanya hari itu, kita akan berehat kerana kita dalam sejarah sudah pun kuat menghabiskan daya tenaga. Jadi berehatlah, jangan agrasif lagi. Hari ini rehat untuk menunggu hari esok yang rehat juga dan hari esok adalah penunguan hari rehat yang seterusnya sehinggalah hari esok yang terakhir itu. Penatlah berehat! Tetapi rehat perlu kerana sudah pun penat.

Selamat sejahtera kepada para pembaca. Jangan hairan dengan tulisan ini. Ini hanya tulisan yang saya tulis setelah berkata-kata dengan nenek saya yang sudah berumur itu dan tulis bedasarkan perasaan saya semasa berkata-kata dengan beliau. Tulis pun membabi buta sahaja. Hahahaha. Tetapi, saya harap sesiapa yang tua kelak, janganlah jadi macam tu.

(Sekadar tulisan)

Penghawa dingin dan kepanasan

Dalam saat kepanasan itu, mereka berlindung di bawah pepohon yang rendang lagi segar dengan bayu dingin, menikmati keindahaan ciptaan-Nya. Itu kisah dahulu di mana dunia ini masih kekal dengan pohon rendang, Rimba yang tenang dan air jernih yang mengalir menuruni gunung, mengalir bercabang, membentuk pelbagai bentuk polar saliran yang menarik dan mengalir terus ke laut. Hari ini bumi kekal tanpa pemandangan yang tulin lagi. Kerana manusia yang bersalah? Hari semalam telah menjadi sejarah dan bertindak seperti pendeta, mendidik khalifah bumi maju ke hadapan. Pembangunan mengambarkan kemajuan dan kemurnian akhlak mengambarkan kemajuan. Kedua-duanya bersatu membentuk ketamadunan. Hutan pohon berganti hutan batu, Hutan rimba berganti lautan manusia. Lantas, panas diseru, lautan bertambah luas dengan ais kutub yang sedang menangis menahan kepanasan.

Pada abad ke-21 ini, penghawa dingin menjadi duri dalam daging manusia. Daging sedap di makan tetapi pedih apabila duri membenam lelangit, lidah mahupun gusi. Itulah jentera yang sering dipanggil pendingin hawa itu. Selalunya, kalau panas, apa yang kita biasa lakukan? Tekan alat kawalan, hidupkan jentera yang sejukkan rumah kita, panaskan rumah hijau yang sedia panas lagi berbahang. Ya, tidak lain tidak bukan alat kuat makan bil elektrik itu, "aircon". Sedang kita menikmati kedinginan yang sangat mengasyikkan, pejalan kaki di luar sana sedang panas. Oh, mereka pun akan balik bilik mereka, hidupkan "aircon" mereka untuk sejukkan diri, panaskan orang lainlah. Mungkin mereka kata, "Orang ada aircon, aku tak ada ke?". Maka, kayalah syarakat penghawa dingin itu!

Apabila bahang dirasai, bukan sahaja manusia tetapi haiwan pun akan mencari pelindungan. Jadi, hidupkan Air con tak salah sepenuhnya. Tetapi Gas CFC yang terlepas ke atmosfera akan memecahkan cantuman 3 zaraf Oksigen (3O) atau nama umumnya ozone Layer dengan secara tak sengaja, juga tidak langsung menipiskannya. Semestinya pemanasan global tidak ada hubung kait yang rapat dengan Air con tetapi pemanasan global ini diakibatkan oleh peratus gas karbon dioksida dalam atmosfera semakin banyak. Gas cantuman satu zaraf karbon dan dua zaraf oksigen ini berkemampuan untuk memerangkap haba seperti batu konkrit di bandar metropoletan. Kesannya, pulau tanpa tanah pun wujudlah. Pulau haba nama diberi! Namun begitu, motor air con yang berada di luar sana tu pun sebarkan haba (yang digunakan oleh sesetengah pihak untuk keringkan baju semasa musim tengkujung.) dan sekali gus menyumbang kepada kepanasan selain kenderaan bermotor dan pokok yang berkurangan menabung haba.

Ingin sekali menikmati penghawa dingin yang tulin. Saya percaya bukan saya seorang tetapi semua.

(Sekadar menyeru ilham)

08 September, 2012

Sehari bertambah sejam

Sedar tidak sedar, sehari pergi bergitu sahaja. Sehari yang pergi itu melahirkan sehari yang baharu. Sehari yang sama panjangnya. Hanya 24 jam sahaja. Pabila kerja tidak dapat dilangsaikan kerja itu akan dikreditkan pada akaun hari ini (yang bakal begelar semalam) dan didebitkan pada akaun hari esok (yang bakal begelar hari ini). Ada dalam kalangan kita berasa masa yang sehari itu tidak cukup dan pernah juga ada dalam kalangan kita berasa sehari mengandungi lebih daripada 24 jam adalah sesuatu yang bagus, kerana masa sudah bertambah!

Jika lebih satu jam dalam sehari, seorang penulis boleh memanfaatkan masa itu untuk karyanya. Jika sehari ditambah satu jam, seorang guru boleh berehat setelah penat menanda hasil kerja pelajarnya. Jika bertambahnya 60 minit untuk sehari, seorang peniaga boleh menunggu lebih ramai pelangan untuk datang mencurahkan rezeki kepada mereka. Jika 3600 saat ditambahkan pada masa yang 24 jam itu, nescaya seorang pelajar dapat mengulang kaji lebih banyak bahagian yang dia lemah. Jika wujudnya pukul 13 dalam sistem masa di dunia, nescaya seorang penjenayah yang bakal mati digantung dapat melihat dunia dengan lebih lama.

Tetapi, satu jam yang ditambah itu membawa bersama beban juga. Kerana satu jam ditambah, waktu bekerja seorang penulis bertambah. Kerana 60 minit itu, seorang guru perlu bekerja lebih satu jam kerana masa bekerja pun mungkin ditambah setengah jam seperti beban kerjanya yang ditambah. Seorang peniaga perlu menambah kos overhead kerana waktu beroperasi pun telah ditambah secara tidak langsungnya. Tidak kurangnya seorang pelajar kerana memikul beban pelajaran yang bertambah akibat masa yang bertambah itu. Bagi penjenayah yang bakal digantung, bertambahlah satu jam perasaan takutnya untuk mati pada keesokkannya.

Bukan satu jam ditambah dalam sehari akan meringankan beban. Tambah beratus-ratus jam pun masa kekal tidak cukup. Mungkin sehari pada masa itu seperti sebulan lamanya, sebulan seperti setahun lamanya. Dengan erti lain, nama sahaja yang berubah tetapi nilainya masih sama. Mungkin pada masa dimana sistem masa telah dipanjangkan, yang berubah hanya bilangan hari jadi manusia!

(Sekadar tulisan)

Sajak ingin sekali aku kembali memijak

Mungkin aku sudah
tinggi bak angkasa
jadi didukung bersama
angkuh, ego beserta bongkak.

Dahulunya,
angkasalah yang ku kejar
kerana di sana
kononnya
serupa surga yang indah lagi selesa.

Normah manusia
yang baik
bertuankan mereka
yang buruk
tinggal berbaki
kepada diri.

Kerana itulah
darat hijau berselit
biru, kuning, merah, ungu
dan mungkin emas dan perak
tiada pun hebat
bak langit angkasa
yang biru, putih dan kelabu itu.

tatkala diri itu tinggi
tinggilah jiwa setinggi langit
maka mabuk diseru arak
sebuah kejayaan.

aku berasal dari tanah
jasatku terapung disokong darat
kukuh kerana berkaki dua
ke langit sekali pun
merangkak mula
dari gumpalan
tanah begelar darat.

Aku di langit
dengan kemewahan kejayaan
terus pandang ke angkasa

Ingin sekali
aku kembali memijak
tanah yang lembut
dan menyegarkan itu.

(Sekadar berkarya)

31 Ogos, 2012

Syair Kemerdekaan

sebaya bapa seorang pemuda.
angka Lima beransur lima
Berumur lima puluh lima
merdeka sudah negara kita.

Ini negara tanah bertuah.
tak kanlah hidup sedekat dua
Kukuh kerana taat dan setia
Padu kerana berjiwa bangsa

Kibar bendera tinggi melayang
Merah putih jalur gemilang
Simbol bersatu generasi cemerlang
biru kuning raja dijulang.

Negara majmuk indah harmoni
kerana bersatu menjadi kunci
pecahnya padu negara mati
Sesudah lerai sukar dicari.

Mengapa kukuh mengapa berdaulat
mengapa aneka sehati bulat
kerana sepakat kerana muafakat
kerana aneka bukan mudarat

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55.
(Sekadar berkarya)

Media massa , penerangan secara ringkas

Media massa merupakan medium komunikasi yang mendedahkan khabar berita pada skala penonton/pendengar yang besar. Tidak hairanlah jika berita pembunuhan kejam yang berlaku di negara jiran boleh diketahui kita, jiran kita, rakan-rakan dan keluarga kita, masyarakat sekeliling kita dan manusia yang berada di sempadan lain. Terdapat 7 jenis industri media massa yang telah dikenal pasti iaitu industri buku, Akhbar, Majalah, Radio, Televisyen, Industri perfileman dan internet.

Industri buku merupakan media massa yang paling lama wujud di atas permukaan bumi ini. Walaupun buku merupakan media massa yang memiliki penonton yang paling sedikit berbanding enam yang lain, pengaruh media massa ini cukup hebat dan lebih besar daripada saiz penontonnya. Akhbar merupakan media massa yang menyampaikan berita kepada umum. Suatu ketika dahulu, akhbar tidak diterbitkan sekerap hari ini dan harganya juga tidaklah murah. Tetapi, setelah Encik Benjamin Day memperkenalkan Penny Press, harga surat khabar telah dikurangkan sehingga semurah 1 penny. Apa yang menarik tentang Penny Press ini ialah buat kali pertamanya kos penerbitan surat khabar disokong oleh industri pengiklanan. Kesannya, surat khabar pun ada iklanlah sehinggalah hari ini! Majalah pula merupakan media massa yang bersifat khusus. Majalah memiliki penonton sasaran sama ada remaja, wanita, kanak-kanak, golongan bapa dan beberapa golongan lagi yang boleh dijadikan sasaran syarikat penerbitan. Tidak seperti akhbar yang bersifat umum, syarikat pengiklanan yang mempunyai sasaran pasaran yang sama dengan sasaran pembaca majalah lebih cenderung mengiklankan produk/perkhidmatannya pada majalah berbanding akhbar. Seterusnya, kita pergi kepada Industri penyaran Radio. Percayakah anda bahawa generasi moyang radio memerlukan pakar untuk mengkoordinasikan siaranya? Setelah evolusi yang berlaku ke atas perkembangan radio, reka bentuk yang lebih mesra pengguna telah diperkenalkan. Seperti akhbar, radio memerlukan industri pengiklanan untuk terus bertahan dengan penjualan masa pengiklanan kepada industri yang mewah itu. Pada awalnya, Radio mendapat sambutan yang hebat dan rancangan yang disiarkan juga dapat mencengkam perhatian umum. Tetapi setelah TV wujud, habis semua penonton dirampas. Industri penyaran Televisyen merupakan industri yang mewah. Industri ini untung banyak, belanja pun banyak dan yang paling bahaya, industri ini tidak beberapa stabil lebih-lebih lagi terpaksa bersaing dengan internet. TV juga bergantung kepada industri pengiklanan untuk terus hidup. Jadi, jangan marah jika iklan lama sangat kat TV tu. Selanjutnya, Motion Picture atau industri perfileman. Industri ini paling hebat di Hollywood. Tetapi, industri ini mempunyai sejarah yang hitam pada suatu ketika dahulu? Mahu tahu yang lebih lanjut, besabarlah dan nantikan catatan yang akan saya terbitkan nanti. Industri ini tidaklah seperti TV, Radio, majalah dan Akhbar yang memperoleh sebahagian besar pendapatannya melalui industri pengiklanan. Industri ini mendapat pendapatannya melalui penjualan CD, DVD, jualan tiket panggung wayang dan Box office. Berikutnya, kita akan ketahui lebih lanjut berkaitan dengan internet. MejaLogam merupakan media massa. www.enciksantai.blogspot.com merupakan media massa. www.kekasihalam.blogspot.com juga merupakan media massa. Hebat tak mereka? Hahahaha, tak hebat pun.... Hahahahahaha. (gurau, cuma gurau) Mahu tahu yang lebih lanjut berkaitan dengan internet, nantikan juga catatan yang akan datang.

Sekali sekala, MejaLogam boleh berfitnah. Akhbar juga boleh berfitnah. Majalah juga boleh berfitnah. Radio juga apa kurangnya. TV pun boleh tahan. Buku pun tak kalah dan filem pun sama aja... Kalau media massa menerbitkan/memaparkan fitnah ke atas anda, pergilah anda membunuh diri!!! (pilihan yang paling bodoh). Anda sebenarnya boleh saman industri/syarakat/media massa tersebut. Tetapi kalau nak menang dalam perbicaraan dan menjana pendapatan dengan bayaran ganti rugi, pastikanlah anda memiliki 5 perkara berikut.
1. Anda yang difitnah
2. Anda dinyatakan dalam kenyataan fitnah (walaupun bukan dengan nama)
3. Kenyataan fitnah itu telah diterbitkan/disiarkan
4. Media massa tersebut yang bersalah atas fitnah tersebut
5. Kenyataan fitnah yang diterbitkan/disiarkan adalah kenyataan yang palsu (fitnah)

Baiklah, dah penat typing ni. rehat kejap....
(Sekadar berkongsi)

Guru vs murid, suara hati yang terpendam

"Aku mahu jadi guru yang mesra murid tapi mereka tak mengizinkan."
"Aku mahu jadi murid yang baik tapi cikgu yang paksa saya jadi jahat."
"Setiap manusia ada kelemahan tapi kenapa murid tak ambil yang jernih tapi gemar telan yang keruh?"
"Semua orang ada keburukan tapi kenapa guru macam tak pernah hargai kebaikan saya?"
"Aku mahu murid-muridku bekerja keras."
"Aku mahu cikguku menjadi guru yang baik."
"Muridku malas."
"Cikguku sial."
"Muridku kurang ajar."
"Guruku tak pandai ajar."
"Untuk apa aku bekerja keras? Mengapa mereka tidak faham?"
"Untuk apa kerja rumah banyak sedangkan masa untuk aku belajar sendiri sudah kurang?"
"Aku lemah lembut, murid pijak kepala, aku tegas, murid pancitkan tayar."
"Aku buat latihan, guru koyak, suruh buat semula. Aku tak buat, denda-denda-denda."
"Bagaimana aku nak beri tahu mereka yang aku mahu latih mereka agar berjaya?"
"Bagaimana cikgu tu nak puas hati dengan saya?"
"Aku tertekan dengan kerja sebagai guru."
"Aku stress dengan semua tekanan yang guru berikan"
"Mereka tak mahu terima bagaimana aku mahu ajar?"
"Guru tu kami tak suka, bagaimana kami nak dengar dia ajar?"
"Murid tak pernah pertimbangkan isi hati seorang guru."
"Guru tak pernah faham keadaan seorang murid."
"Yang mereka tahu, protes, mengumpat dan melawan."
"Yang mereka tahu hanya denda, tambah kerja, marah tak tentu pasal."
"Mengapa?"
"Mengapa?"

Jika keadaan di atas berlaku, nescaya output yang tidak baik akan berlaku pada sebuah institusi pendidikan. Jangan belek baju orang jika seluar sendiri terkoyak. Sebaliknya, belek baju orang, jahit seluar yang terkoyak

(Sekadar menyeru ilham)

19 Ogos, 2012

Ucapan Raya

Selamat sejahtera kepada semua pembaca MejaLogam yang sangat saya hormati. Dengan kesempatan yang ada, ingin saya ucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam di Malaysia (jika boleh, seluruh umat Islam di dunia). Semoga dengan kedatangan perayaan ini, segala salah dan silap, yang disengajakan atau tidak sengajakan dapat dimaafkan dengan keiklasan hati yang paling tulin. Kepada semua, jagalah keselamatan sepanjang perayaan ini dan gunakan peluang yang ada untuk kembali mengukuhkan perhubungan persaudaraan sesama keluarga. Kepada mereka yang sudah terlalu stress, regangkanlah hati dan cuba menghayati detik-detik indah bersama keluarga dan saudara mara. Kepada mereka yang sudah ghairah dengan perayaan, jangan lupa diri sehingga terapung di langit, seperti hikayat pula! Semua sambutan kali ini akan menjadi suatu memori yang indah untuk dikenang dan manis untuk disimpan.
Iklas dari si penulis MejaLogam!

Bagus

Ada mereka yang fikir mereka sudah cukup bagus, jadi tiada perlu dengar yang belum cukup bagus. Mereka kata "kau fikir kau dah bagus sangatlah!", jadi yang tidak bagus itu pun perlulah diam dengan bagus. kalau dah bagus dengan diam, baguslah bagi mereka yang memikirkan diri mereka itu bagus. Sudah menjadi fitrah bahawa semua perlu mengikut dan mencontohi yang bagus. Kerana yang tidak bagus bukan sesuatu yang bagus untuk dicontohi. Semua mereka yang bagus sudah tentu bagus dalam sekurang-kurangnya satu perkara. Natijahnya, yang kurang bagus haruslah menjadikan mereka bagus seperti mereka yang diiktiraf sebagai mereka yang bagus. Persoalannya, yang kurang bagus mesti tunduk kepada yang bagus walaupun yang kurang bagus memberikan pendapat, pandangan dan kritikan yang bagus? Yang kurang bagus tiada hak untuk tidak bersetuju dengan yangkurang bagus dalam mereka yang bagus? Baguskah begitu? Keadaan ini tidak lagi bagus untuk bergelar bagus kerana yang bagus itu bukan bagus sangat pun. Mereka hanya bagus dengan ilmu, bagus dengan pengalaman, bagus dalam teknik, bagus dalam pemikiran tetapi malangnya kurang bagus dalam akhlak dan perangai. Biarlah mereka terus berlagak dengan bagus mereka? Tak bagus macam ni.

Wang oh Wang

Wang merupakan pengukur nilai barangan dan perkhidmatan secara umumnya. Disebabkan sistem pertukaran barang (sistem barter) mempunyai banyak kelemahan, sistem wang telah mengambil alih. Wang dapat selamatkan banyak masalah yang dihasilkan oleh sistem barter malahan berjaya mewujudkan beberapa bidang baharu di dunia seperti Ekonomi, pelaburan, perbankan dan beberapa contoh bidang lagi yang mempelbagaikan sektor pekerjaan. Secara keseluruhannya, sistem wang lebih sistematik dan lebih adil berbanding sistem kuno (barter) yang dipraktikkan.

Jika sistem wang begitu menarik, generasi yang memiliki dan menggunakannya turut unit sepertinya juga. Selalunya, pemegang wang dikuasai dengan beberapa imosi yang bersifat paradoks seperti takut bercampur berani, kezaliman bercampur simpati/kemanusiaan, dan nafsu bercampur keimanan. Unikkan emosi yang berbeza kutub dapat bercampur bersama! Dimulakan dengan berani bercampur takut atau takut bercampur berani. Pemegang wang (bukan semua tetapi kebanyakkan) takut wang mereka kekurangan. jadi, mereka berani buat apa sahaja demi mengatasi ketakutan itu. Mereka berani bekerja teruk-teruk, bekerja lebih masa, melakukan lebih daripada satu pekerjaan dan sanggup memikul kepenatan yang diakibatkan oleh pekerjaan mereka. Ini merupakan fenomena yang positif dan tiada bezanya dengan istilah survival. Tetapi takut ini juga mewujudkan keberanian yang memimpin ke arah keburukan. Contoh yang sering boleh kita dengar adalah berita jenayah yang melibatkan wang. Asalnya, seseorang mungkin tidak berani melakukan dosa seperti pecah amanah tetapi takut hilangnya wang,atau tidak cukup wang, mereka dengan selambanya mengurai amanah secara pelahan dan seni, mengantikan istilah "memecahkan". Beranilah dengan kata lain.

Paradoks seterusnya adalah kezaliman bercampur simpati/kemanusiaan. Apabila wang menjadi tuhan dalam hati mereka yang berstatus tuan kepadanya, wang berfungsi lebih hebat lagi dengan membutakan kemanusiaan dan menyalakan kezaliman tetapi kemanusiaan yang buta itu tidak mati dibunuh. Kezaliman ini termasuklah penindasan dan pengabaian. (tak payahlah cerita pasal membunuh atau menyeksa atas dasar wang ). Kemanusiaan ini pula termasuklah pendermaan dan melakukan kebajikan. Memandangkan kemanusiaan ini buta gerangannya, pendermaan ini pun buta juga seperti tuan yang bertuhankan hambanya. Ini merupakan contoh yang kritikal dan sudah tentu mereka ini bukan semua pemegang wang.

Yang terakhir adalah nafsu bercampur keimanan. Sudah tentu kita sedia maklum bahawa pemegang wang best memuaskan nafsu dengan wang tetapi pada masa yang sama mengunakan wang untuk mengukuhkan keimanan. Rasanya yang ini tidak perlu dicerita panjang kerana ini lebih bersifat umum.

Tidak boleh dinafikan kadang kala wang menimbulkan kepalsuan selain wang itu sendiri dipalsukan. Kerana wang, mereka (sesetengah pemegang wang) boleh berbohong kepada roh diri sendiri, boleh berbohong kepada orang di persekitaran, boleh berbohong kepada masyarakat dan boleh berbohong kepada negara mahupun dunia. Antara pembohongan ini termasuklah cinta, kesetiaan, keiklasan dan beberapa nilai positif yang boleh difikirkan. Tidak juga boleh dinafikan terdapat monolog dalaman yang berbunyi "ada wang, ayang ayang. Tak ada wang ayang melayang.", "Ada wang, kaulah kawan. Tak ada wang tempat kau longkang.", "Sanggupku korban kalau tuan berwang, Sanggupku kencing kat tuan yang temberang." dan macam-macam lagi monolog yang boleh difikirkan. Pembohongan-pembohongan ini semuanya mewujudkan kepalsuan yang berpunca daripada? Wang.

Banyak pula saya bercerita tentang perkara-perkara negatif!
(Sekadar tulisan)

12 Ogos, 2012

Keunikan Erhu

Pelihara tradisi, tegakkan identiti!
Selamat sejahtera kepada para pembaca yang sangat-sangat saya hargai. Tulisan saya kali ini akan membincangkan tentang keunikan ciri-ciri Alat tradisional Cina, Erhu. Senarai keunikkan di bawah ini adalah rujukan saya di beberapa laman web yang sudah saya lupa alamatnya dan pendapat peribadi saya sendiri. Harap-harap para pembaca tertarik untuk membacanya!

Tidak seperti alat muzik bertali yang moden, Erhu tidak mempunyai tanda pemisah yang menjadi sempadan sesuatu not. Sebaliknya, sempadan itu bergantung sepenuhnya kepada kecekapan pemain itu sendiri. Pemain Erhu haruslah masak dengan kedudukan yang ada agar mereka dapat bermain dengan melodi yang tepat dan tidak sumbang didengar orang. Jarak-jarak tersebut sebenarnya telah pun dikenal pasti tetapi tiada petanda yang mengambarkannya sahaja. Jadi, latihan semestinya perlu untuk melatih kecekapan tersebut.

Dari segi teknik menekan pada tangan kiri, Erhu adalah yang paling unik kerana talinya tidak perlu ditekan sehingga rapat kepada lehirnya seperti guitar dan violin serta juga alat muzik tradisional cina yang lain seperti pipa. Pemain hanya perlu menyentuh tali tersebut dengan kadar tenaga yang sedikit tetapi padu untuk mengubah kenyaringan bunyi yang terhasil sahaja.

Pada masa yang sama, Erhu juga merupakan salah satu alat yang sangat fleksibel kerana ia boleh disesuaikan dengan saiz tangan pemainnya. Ops, jangan terkeliru dengan ayat ini. Badan Erhu sebenarnya tidak berubah saiz tetapi Qian Jin, iaitu tali yang mengikat tali erhu dengan lehirnya boleh diubah jarak mengikut panjang tangan penmainnya. Jarak ini diukur dengan cara berikut:
1. Siku si permain ditempatkan di atas peti bunyi dan sejajar dengan lehirnya.
2. qian jin ditempatkan pada paras hulu ibu jari (bahagian percantuman ibujari dan tapak tangan.
3. Qian jin diikat dengan rapi dan pastikan kedua-dua tali erhu bersentuhan.
Jadi, tiadalah masalah untuk seseorang pemain yang kecil tapak tangannya bermain erhu! Hal ini kerana apabila tangan seseorang itu pendek, jari jemari juga secara logiknya pendik juga. Tetapi apa rasionalnya dengan kelebihan erhu dan apa yang dikatakan dengan penyesuaian pemainnya itu? Jawapannya ialah jarak sempadan antara not. Seperti yang saya pernah terangkan pada tulisan sebelum ini, semakin dekat kawasan yang ditekan dari peti bunyi, semakin nyaringlah bunyi yang terhasil. Untuk pengetahuan semua, qian jin merupaan garis pemisah antara zon yang boleh ditekan dan zon kawasan yang tidak boleh ditekan. Jika qian jing diselaraskan dengan tangan sipemain yang pendek, zon yang boleh dimain menjadi pendek juga. Secara langsung, sempadan antara not menjadi singkat dan mudahlah untuk si pemain yang pendek jarinya menekan not-not tersebut! Inilah flexibility yang saya maksudkan. Unik bukan?

Semoga tulisan ini membawa manfaat walau sekecil kuman sekalipun. Maafkan saya sekiranya tulisan ini sedikit memeningkan kerana penguasaan Bahasa saya masih tidak mantap. Harap-harap pembaca menyukainya.

(Sekadar berkongsi)

Ditemani kesunyian

Sunyi pun datanglah menyerpa mereka yan sedang keseorangan itu. Disoalnya sunyi, kepada yang seorang itu, "tidakkah kau benci kepada aku?". Maka dibalasnya yang seorang itu, "Kadang kala, kaulah sahabatku. Sahabat yang terbaik." Sunyi pun sering datanglah menyerpa yang seorang itu dengan selalulah. Tetapi, sahabat yang dikadang-kalakan itu hanya berfungsi sebagai sahabat tatkala teman tidak diperlukan. Teman juga sahabat, sahabat yang senilai kesunyian. Dalam kesunyian mahupun berteman, mereka akan salin berganti sebagai sahabat bagi yang begelar manusia itu.

Tiada sesiapa pun dapat hidup tanpa teman. tiada juga sesiapa dapat hidup tanpa kesunyian. Terlalu sunyi menakutkan, tiada teman menenangkan. Sunyi mahupun riuh, kedua-duanya diperlukan. Maka, diceritalah suatu hari yang tiada tahu bila, dimana mentari masih bersinar bermula menghembus cahaya menerangi Barat, sunyi pun terus bersahabatlah dengan yang seorang itu. Detik itu sungguh menenangkan. Ada masa untuk bernafas dengan perlahan. Tiada ganguan, tiada pertanyaan, tiada kesibukan. Yang ada hanya kesunyian. Detik yang penuh penghayatan itu pun dicemarlah oleh sunyi kepada yang seorang itu, "Kau tidak berasa sunyi?". Maka dibalas yang sedang merasa itu, "Telah aku katakan bahawa kaulah sahabat ku. Kini, aku berasa tenang, tiada ganguan. Tetapi, sampainya masa, aku akan pergi berteman juga.". Kata-kata itu benar seperti istilah "Kadang kala". Selagi sunyi diperlukan, sunyi bertemanlah. Sebaliknya, seseorang berteman, sunyi akan kekal dalam kesunyian, tanpa berteman lagilah. Sunyi sedar yang seorang itu akan tinggalkannya dan kembali berteman. Jadi, tiada perlulah kesunyian melanda jiwa, mengoncang emosi dan menjadi tema perasaan untuk masa yang panjang. Sampai masa, sunyi akan berada dalam kesunyian.

Tidak beberapa lama sunyi kesunyian, sunyi kembali berteman. Kata yang seorang itu, berteman melukakan. Tiada erti untuk terus ditikam, sakit, dan menyeksakan. "Sunyilah sahabat ku," itulah monolog hati yang dikecewakan teman itu. Sunyi pun datang menerpa, menguasai emosi dan perasaan yang memerlukan itu. Sunyi pun berbisiklah kepadanya, "Hai sahabatku, kau masih memerlukan teman, Tiada manusia yang hidup dalam kesunyian. Mereka hanya hidup berteman, bertemankan kesunyian dan bukannya dalam kesunyian." Maka, yang seorang itu pun bertemanlah. Kerana hanya mereka yang tidak tahu takutnya dalam kesyunyian akan berada dalamnya, dan bukan bertemankannya. Mentari pun pelahan-lahan meninggalkan tahtanya dilangit, memberi kuasa untuk bulan dan bintang dan begitulah hari yang bakal mendatang.

(Sekadar tulisan)

03 Ogos, 2012

Further about Erhu: A breifing about its playing technique

Pelihara tradisi, tegakkan identiti
Selamat sejahtera kepada para pembaca. Tulisan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada foleo Koko saya di tarc. Jadi, dalam bahasa Ingerislah. Nak tahu teknik yang ada, bacalah (teknik yang terlalu ringkas) ini!
Erhu is one of the Chinese popular music instrument which survive until now. Since this instrument requires a regular education, Erhu possess a lot of skills of playing. Generally, the playing techniques are divided in to two main section, which is the left hand techniques and the write hand techniques. Before we discuss further, let us see about the basics of it.
Basically, Erhu is a string instrument which a little similar to the violin. Erhu consists of a pair of vertical strings which attach to the tuners and the bottom of the sound box, a bow with hairs placed horizontally between the strings, a tuner for each strings, a neck and a sound box which covered with Python skin. The Erhu player (who play while sitting) require 1/3 region of the chair sitting space. The sound box placed on the top of the left thigh while the left hand hold the neck lightly with 45 degrees from the player’s body.
The left hand technique is basically pressing the strings in order to perform different notes. The nearer the pressing region on the strings to the sound box, the higher the pitch produced. There are specific points for every note according to the key. Unlike the violin, Erhu does not have any bar to differentiate the tone. As a result, a certain period of training is required to improve the accuracy. Besides pressing the strings, there are several advance skills which are finger sliding skills, vibrato technique and changing the position. Those techniques are used to create various wonderful sound.
The right hand plays a very important role. The technique is basically about pushing and pulling the bow. The energy required must be extremely balance and very fluent in order to produce a clean and clear sound. It cannot be too light, yet cannot too strong. To fully master these two basic skills, we must train frequently for a very long time. For the advance player, the energy of the hand controls can be manipulated to adjust its volume. It’s also can perform the emotion of the melody itself. Hopefully, my writing provides at least a little values to you, MejaLogam readerS!

(just for sharing purpose)

Kesan sebuah kesan: Kesan yang dilupakan

Tulisan hati
Kadang-kala, mereka lupa akan kesan dan terus melakukannya. Lupa itu disengajakan, mungkin tidak disengajakan? Mengapa harus teruskan walaupun sudah tahu kesan yang dilupakan itu? Kerana yakin bahawa lupakan kesan itu adalah penawar kepada kelakuan. Tindakan adalah berasaskan pemikiran. Tetapi, kelakuan mencerminkan tindakan, dan tindakan mencerminkan pemikiran. Mereka tahu, kita juga tahu. Kesan akan datang kerana diseru sebab. Ini adalah sebenar-benar keadilan. Mereka mahupun kita percaya kepada kesan tetapi kepercayaan itu diragui, mungkin diabaikan. Diragui kerana percaya kesan itu akan berubah walaupun mustahil berubah. Diabaikan kerana kesan itu benar sehingga tidak dapat boleh diterima. Fenomena ini mewujudkan kepelbagaian reaksi, reaksi yang tiada benar atau palsu tetapi waras atau sewel. Setiap alasan dan tindakan mereka benar atas sudut pandangan mereka, tetapi bukan kebenaran umum yang waras dari sudut pandangan-Nya. Benar tetap benar tetapi benar yang tidak waras, atau bukan kebenaran nama sebenarnya. Semua orang mencari, mengejar, memburu secebis cahaya yang tiada malap ditelan kegelapan, membuat tafsiran yang menjadi panduan, malangnya bukan semua itu bererti seperti yang bererti itu. Mereka yang sedar akan terus tertanya-tanya, mungkin terseksa dalam tanda tanya. Tidak mahu terperangkap. Tidak mahu diseksa tanda tanya. Wajarlah mereka memilih jalan, dengan melupakan kesan yang mereka tahu benar itu. Memang mereka sudah sesat dari awal lagi jika terus berjalan tanpa mengambil tahu kesan. Tetapi mereka mahu lali, tidak mahu tahu walaupun ada daripada mereka sudah tahu, kerana kesan itu sangat kabur dalam terang. Mereka yang terapung ini adalah mereka yang paling menyedihkan, tiada gengaman yang mendatangkan keyakinan. Hanya gengaman ilusi yang dihanggap benar sahaja terus digengam, erat tanpa berkenan dengan kesan, tanpa mempedulikan kesan dan melupakan kesan. Kesan telah pun dilupakan kerana kesan daripada sebuah kesan.

(Sekadar tulisan hati)

Secebis tulisan: Erhu

Pelihara tradisi, tegakkan identiti!

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca MejaLogam. Sebelum teruskan dengan isi tulisan, tahukah anda apakah itu Erhu? Erhu merupakan salah satu alat muzik tradisional Cina yang popular sehingga hari ini. Kadang-kala, ia juga dikanali sebagai "Chinese violin".

Seperti Violin, Erhu menghasilkan bunyi melalui geseran antara tali Erhu dan rerambut busurnya. Tetapi, terdapat banyak perbezaan khususnya dari segi ciri fizikalnya dan teknik memainkannya.

Sebelum bercerita tentang perbezaan itu, mari kita lihat apa yang ada pada Erhu itu sendiri. Terdapat 3 bahagian utama pada ciri fizikal Erhu iaitu peti bunyi, lehir dan penyelaras tali. Dimulakan dengan peti bunyi. Diringkaskan, terdapat persamaan antara reka bentuknya dengan gendang yang menggunakan kulit haiwan. Cuma yang berbeza ialah peti ini lebih kecil, berbentuk segi enam, (kadang-kala segi 8 dan jarang-jarang berbentuk bulat) dan menggunakan kulit sawa. tulin, (bukannya kulit lembu)! Kulit ini menutup sepenuhnya permukaan peti tersebut dengan kadar kecekangan tertentu dan sekepeng plastik dan kain (gulungan kecil) akan ditempatkan di atasnya untuk menahan tali yang melintasinya. Kepingan plastik dan kain itu tidak boleh dilekat pada kulit tersebut kerana ia akan mempengaruhi kualiti bunyinya. Kulit tersebut boleh dikatakan tahan tekanan tetapi tidak kebal dengan bahan yang tajam seperti (fikirkan sendiri) hahahahaha!!!

Ingat, kulit ini nyawa Erhu. Kalau pecah kulit, matilah Erhu!

Seterusnya, kita pergi kepada lehirnya. Sebelum itu, ingin saya tekankan bahawa tulisan ini tidak mantap! Jadi, jadikanlah tulisan ini sebagai pengetahuan umum sahaja dan jangan sesekali digunakan sebagai bahan rujukan. Bahagian ini seperti bahagian alat muzik bertali yang lain tetapi terdapatnya perbezaan yang besar iaitu lehir ini hanya lehir yang biasa, kurus dan lurus, licin dan tiada tanda-tanda untuk mengasingkan bunyi notnya seperti violin dan guitar. (alahai, bagi contoh pulak).

Terdapat tali yang dikenali sebagai Qian jing bertindak sebagai pengikat antara tali erhu dan lehirnya. tetapi bukanlah ikat rapat sangat antara tali dengan lehir. Jaraknya haruslah lebih kurang lebar ibu jari tangan(kiri atau kanan sama aje). Di bahagian atas lehir ini, ditebuk 2 lubang yang serupa saiznya untuk dijolok penyelaras talinya.

Kalau dah sentuh pasal penyelaras, kita lihat teruslah apa itu penyelaras tali!
(Peringatan, tulisan ini hanya pengetahuan penulis semata-mata. Bahan rujukan tidak disertakan. Fakta diragui dan tidak sesuai menjadi bahan rujukan tulisan rasmi. Kalau nak tahu sekadar ala kadar, teruskanlah bacaan anda). Tidak seperti Guitar, penyelaras Erhu tidak mempunyai makanisma yang menggunakan gerigi (bukan semua erhu). Penyelarasnya hanya 2 batang kayu yang biasa di mana ia berbentuk cone yang tumpul bucunya. Terdapat lubang kecil yang muat untuk tali Erhu menembusinya di bahagian tepi muncung cone tersebut. Penyelaras ini akan disumbat menembusi lehir Erhu dan akan menampakkan bentuk + jika dipandang dari sudut tepi. Penyelaras berbentuk Cone ini membolehkannya tersumbat pada lehir dan dapat menahan tenaga potensi (potential energy) tali erhu/mengelakkan daripada lari tune. (penerangan yang buruk!)
Seterusnya, kita akan lihat bagaimana pula ianya di tune. Pada asasnya, Erhu mempunyai 2 tali, iaitu tali luar (lebih halus) dan tali dalam(lebih tebal). Tali luar di tun pada note A semetara dalam tune pada note D. (rujukan Wikipedia/didikan MR. Quah Ching Loong), Instructer of ASCC1122 Chinese Music Instrument – Erhu in TARC. Tali-tali itu telah dipanggil tali luar dan tali dalam kerana posisinya semasa dimainkan adalah sebegitu. Tali yang hampir dengan pemainnya digelar tali dalam dan begitu lah tali yang satu lagi. Mahu tahu yang lebih lanjut, teruskanlah bacaan anda pada lain hari.

(Sekadar berkongsi)

27 Julai, 2012

Cerpen: "Tidurlah sayang, hari esok masih menunggu."

"Tidurlah sayang, esok masih menunggu." Pesanan ayah yang masih tertanam dengan begitu mendalam dalam memoriku. Kini, aku sudah pun hidup separuh dekat. Kehidupan ku sudah ditemani oleh ahli baru, mengantikan ayah, ibu dan abang. ya, isteri dan anak-anak ku. Aku juga sedar bahawa aku akan tidur tidak berapa lama lagi. Tidur tanpa hari esok, tidak seperti mana yang dikatakan Ayah suatu ketika dahulu. Sekarang, aku mula memahami secebis kata yang diluahkan olehnya. Ianya begitu ermakna setelah aku tidur dan bangun pada hari esok setelah lahirnya kata-kata itu.

Ayah merupakan seorang tentera darat yang berpangkat leftenan. Beliau sungguh gagah. Tubuhnya tegap dan padad dengan ketulan otot yang berkilat. Sungguh bergaya jika berpakaian seragam dan lengkap dengan senjata. Semenjak dari kecil, beliau sering menceritakan kisah-kisah perjuangan tokoh dunia tidak kira perjuangan dari segi fizikal atau pejuangan dari segi mantal.

Ayah berkata, mereka yang sanggup berjuang adalah kerana tertanamnya perasaan ingin mengubah sesuatu. Tetapi apakah yang mendorong ke arah perubahan itu? Katanya, kasih sayang adalah salah satu daripadanya. Kerana kita sayangkan sesuatu, kita tidak mahu kehilangannya. Kerana tidak mahu kehilangannya, kita sanggup hilang kerananya. Itulah yang ayah hujahkan.

Pada malam itu, aku masih teringat wajah ayah seperti biasa, mempamirkan senyuman yang amat mesra dan menenangkan. Katanya kepada ibu yang dalam tangisan, dia akan pulang, pulang dengan kebahagian kepada keluarga. Aku masih tidak sedar apa yang bakal berlaku walaupun kata-kata itu terlebih dahulu sudah memberikan gambaran. Imbas mukalah katakan. Setelah ibu mula tenang, kami sekeluarga bersama-sama bermakan malam dengan begitu mesra, tanpa aku sedar apa yang bakal berlaku pada esok ari.

Malam itu juga, aku tidak dapat tidur lena. jadi, aku pun seperti biasa meminta ayah menceritakan kisah perjuangan tokoh dunia yang terkenal. Tetapi, kali ini, ayah mengunakan nama aku dan dikarangnya sebuah cerita. Kisah seorang anak tentera yang kelak menjadi seorang yang berjasa kepada tanah airnya. Cerita ini berbeza dengan kisah yang sebelum ini. kisah pejuang ini tidak diceritakan sampai habis. Sebaliknya, ianya berakhir dengan "tidurlah sayang, esok masih menunggu.". Ayah seperti biasa membelai rambut lembutku dan memberikan ciuman pada dahiku sebelum aku tidur. Aku lalai dengan belaiannya sehingga aku terlelap dengan begitu lena.

Esok sudah melangkah, menziarah semua penghuni yang menyedut nafas di muka bumi ini. Gelarannya bukan lagi esok tetapi hari ini. Aku telah ditinggalkan ayah. Ditinggalkan buat selama-lamanya. Aku sedih. Aku sangat sedih kerana aku masih belum puas bersama ayah. Aku masih mahu ayah melihat sendiri bahagian sambungan tokoh berjasa yang mengunakan nama aku itu. Tetapi ayah sudah tiada lagi. Sambungan itu akan dilihat oleh ibu pula, mungkin? Hari demi hari berlangkah pergi. Aku semakin dewasa dan kisah tokoh itu pun berkembang dengan rancak. Kisah itu tidak sehebat mana. Tokoh berjasa itu hanya seorang guru, pendidik bangsa yang tidak seberapa. Tetapi aku bangga dengan tokoh itu. Paling kurang, tokoh itu memberi sumbangan kepada negara.

Kata ayah benar. aku harus tidur dengan lena. Hari esok masih ada, menunggu aku untuk berjaya. Tetapi, kejayaan tokoh itu sebagai mereka yang berjasa adalah kerana keyakinan ayah. Setelah hari yang tiada esok itu tiba, aku juga akan berkata kepada anak-anak ku bahawa "tidurlah sayang, esok masih menunggu". Akan ku pulang, pulang dengan kebahagian kepada mereka.

(Sekadar berkarya)

26 Julai, 2012

Secebis fomular, Smlm < Hrn < Esk

Hari ini harus lebih baik daripada hari semalam. Hari esok harus lebih cemerlang daripada hari ini.
Semalam < harini ni < Esok

Selamat sejahtera kepada para pembaca yang masih sudi meluangkan masa untuk membaca tulisan saya di Laman MejaLogam. Terlebih dahulu, ingin saya bertanya, adakah pembaca berpegang kepada konsep di atas? Sekiranya jawapan anda adalah "ya", anda layak mendapat pujian kerana mahu menjadi insan yang semakin maju dan cuba hindari keburukan. Tetapi, janganlah gunakan konsep ini pada situasi yang bakal anda baca nanti.

Konsep yang sesat
1. "Amir! sini kau! Kenapa kamu masih gagal dalam subjek Mathematic?"
"Saya dah lebih baik daripada semalam. Dulu saya dapat 0 dan kini saya dapat 1. Dan esok saya dapatkan 2."
"Tetapi kamu masih gagal kalau kamu bermatlamatkan markah yang 2 itu!"
"Kalau saya cemerlang, dapat 100, saya tidak dapat maju lagi."
2. "Kita harus cipta bom yang lebih hebat lagi. Bom yang dapat memusnahkan semua musuh kita tanpa berperang lagi."
"Ya, semalam kita dah ada bom atom. Hari ini kita dah ada bom neuclear dan esok, kita harus lebih maju, cipta bapak bom neuclear!"
3. "Semalam, saya dah lari 100 km tanpa henti. Hari ni, saya dah lari 102 km tanpa henti dan saya akan lari tanpa henti 104 km esok."
"Hari ni pun dah separuh mati. Apatah lagi esok? Jangan paksa diri."
"Saya harus menjadi lebih baik daripada semalam."

Kesimpulannya, fomular mengira isi padu spera iaitu 4 per 3 darap pie darap jejari bulatan (radius) kuasa 3 tidak boleh digunakan untuk mengira luas permukaan kubus, panjang darap lebar kali 6. Sebabnya lembu tidak boleh mengembek dan kambing tidak boleh menguak. Gunakanlah konsep ini serasional yang mungkin atau jadikan konsep ini sejahanam yang mungkin. Tepuk dada, tanya selera.

(Sekadar tulisan)

Isi Hati: Ketakutan

Takut?
Siapa yang tidak takutkan takut? Semua orang sebenarnya penakut, atau mereka takut digelar pengecut. Mereka takut dicela, jadi soroklah perasaan takut itu kerana takut orang tahu mereka sebenarnya penakut. Siapa yang mahu sentiasa dalam ketakutan? Tiada penakut yang suka ditakutkan. Tetapi ada juga penakut yang suka takutkan penakut kerana mahu lihat keseronokan. Mungkin juga mahu hindar perasaan takut itu? Sebenarnya, mereka yang telah takutkan penakut juga takut kepada ketakutan. Mereka takut suatu hari nanti, hari yang menakutkan itu tiba, dimana mereka yang telah ditakutkan itu menjadi mereka yang bukan penakut lagi.

Takut itu perkara yang biasa. Sentiasa takut mengingatkan kita supaya berbuat kebaikan. Takut yang keterlaluan melahirkan trauma, dan takut yang berpanjangan menjadikan hidup serupa tiada makna. Takut akan berhenti? Atau takut tidak patut berhenti? Saya mula takut berfikir tentang ketakutan. Malahan, takut yang ketakutan yang saya alami menjadi sangat menakutkan kerana berpanjangan. Tiada perlu takut sekiranya takut tidak diperlukan. Tetapi takut-takut kalau hilangnya ketakutan menjadikan kita takut akan penyesalan.

Jangan takut, jangan takut, takut tidak akan berpanjangan, atau takut akan menjadi lali apabila sering kita ditakutkan. Mungkinkah begitu?

(Sekadar tulisan hati)

21 Julai, 2012

Peperiksaan dah dekat rupanya.

Selamat sejahtera para pembaca. Maafkan saya setelah lebih kurang 3 minggu saya tidak sertakan apa-apa tulisan dalam blog ini. Untuk pengetahuan semua, semesta pertama saya di TARC akan tamat lebih kurang sebulan lagi. Ini juga bererti peperiksaan pun sudah hampir.

Memandangkan saya tidak dapat menulis tanpa mengunakan alat sokongan, saya telah menulis surat permohonan kepada pihak TARC tentang keperluan saya semasa menjawab peperiksaan nanti. Hasilnya, saya telah mendapat masa tambahan 45 minit dan menjawab mengunakan komputer yang telah pihak kolej sediakan di bilik korentin.

Di sini, ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa pihak iaitu SMPK Setapak (bekas sekolah saya) yang telah sudi membantu dengan mengemukakan surat pekeliling dan jadual masa tambahan untuk golongan kelainan upaya semasa menjawab peperiksaan awam seperti SPM dan pihak TARC yang telah meluluskan permohonan saya. Semoga saya dapat menjawab dengan sempurna.

(Sekadar berkongsi)

Indera Bijaksana

Alkisah, maka tersebutlah seorang laki-laki yang terlalu bijak sana. Maka, katamlah segala kitab pendeta dengan masa terlalu singkatnya. Tiadalah terbanding segala isi negeri itu. Maka, laki-laki itu pun amat dikasihilah kedua orang tuanya itu. Diberilah nama laki-laki itu Indera Bijaksana oleh oranglah. Maka, Indera Bijaksana pun terlalulah megah tatkala didewakan oranglah!
Shahadan, maka tersebutlah suatu hari yang tiada tahu bila, Indera Bijaksana berjalan seoranglah. Terlihatnya segala isi hutan belantara itu. Maka, tiadalah gerangan yang tiada dalam kepalanya. Segala isi disebutnya jelas tiada salah lagilah. Tatkala, terlihatlah laki-laki itu seorang tua yang sakit terlalu dasyatlah. Maka, dihampiri yang tua tidak bermaya itu. Maka disapanya, "Wahai orang tua, sakitmu akan aku sembuhkan sekelip mata." Maka yang tua itu pun lihatlah wajahnya. Maka tiadalah terdaya untuk berkata-katalah kepada Indera Bijaksana itu. Maka, disentuhnya tubuh orang tua itu dengan penuh tertib. Maka, hilanglah sakit itu bagai berlalu dibawa angin. Maka, terlalulah kagum tiada terkata apa orang tua itu. "Hai orang tua, sakitmu diseru kakimu yang terkilas itu. Baiklah jangan berjalan rapat dengan akar agar tiada ditimpa kecelakaan." Maka, terlalu hairanlah yang tua itu mendengar Indera Bijaksana berkata. Semuanya benar tiada palsu.
Maka, Indera Bijaksana pun terus berjalanlah. Maka terlihatlah sebuah sungai terlalu besarlah. Maka adalah seorang nelayan memancing dengan terlalu marah. Maka ditanyalah Indera Bijaksana itu kepadanya. "Wahai nelayan, tiadalah perlu bermarah-marahan. Ikan tidak datang tanpa umpan." Maka, nelayan itu pun marahlah kepadanya dengan garangnya. "Aku sudah habiskan banyak umpan. Aku berikan cacing, aku berikan ikan kecil, semua tidak menjadi. Kau berambus dan jangan memandai." Maka diberitahulah Indera Bijaksana yang umpan itu bukan cacing, bukan ikan kecil tetapi umpan perhatian. Maka diceritalah segala buruk cela nelayan itu yang sudah takutkan isi sungai itu dengan garang gerangannya. "Hai nelayan, tiadalah ikan itu mahu datang jika kemarahanmu sudah tukar perhatian ikan itu dari umpanmu." Maka, tiadalah mahu nelayan itu mendengar. Maka terlalulah benci akan indera Bijaksana itu. Maka dicela nelayan itu secela-celanya. "Kau yang bodoh, tiadakah kamu tahu akulah yang paling bijaksana dalam negeri ini? Kau yang tiada ilmu lagi sombong. Hai celaka, kau fikir kau sudah cukup bijaksana sebagaimana aku?" Maka ditinggalkanlah nelayan itu.
Shahadan, maka Indera Bijaksana pun datanglah kembali ke sungai terlalu besar itu hari kemudiannya. Maka teringinlah Laki-laki itu melintas sungai. Dilihatnya ada dua jejambat sama rupa. Maka, dilihatnya tiada beza pun. Indera Bijaksana pun berfikirlah dalam hatinya, "Sesungguhnya, yang aku lintas ini selamatlah mana pun.". Dia pun melangkahlah. Maka dipijaknya jambatan yang kanan itu. Shahadan, ditegurlah Nelayan tempoh hari itu dengan kuatnya bagai tagar di langit. "Hi orang muda, tiadalah selamat jejambat itu dipijak. Pijaklah yang kiri itu nescaya kamu akan SELAMAT!". Maka difikir Indera Bijaksana itu, "Baiklah aku ikut nelayan itu." Maka, berpatahbaliklah Indera Bijaksana itu memijak yang kiri itu. Maka tersenyumlah Nelayan itu dengan gembiranya lalu ditawanya sekuat-kuat hati. Maka, Indera Bijaksana pun berlangkah kembali memijak yang kanan itu. "Hai nelayan yang celaka, kau cuba mahu kenakan aku?" Bisik laki-laki itu dengan merah padam di mukanya. Shahadan, Indera Bijaksana pun jatuhlah ke dalam sungai dan basah kuyuplah. "Hahahaha, Ikan besar! ikan besar!" Maka tiada tertahanlah gembira nelayan itu mendapat rezeki besar, tiadalah dipandang Laki-laki basah kuyup itu.
itu.

(Sekadar berkarya)

30 Jun, 2012

Bagaimana, maka

Apabila sebuah puisi dilihat sebagai cantuman huruf, maka puisi itu hanyalah cantuman huruf semata-mata
Apabila puisi yang sama dilihat sebagai cantuman ayat, maka puisi itu tidak lebih daripada cantuman ayat.
Apabila puisi itu dilihat sebagai hasil seni yang bererti, maka puisi itu pun berertilah sebagaimana sebuah hasil seni

Apa yang dapat anda tafsir? Sebenarnya, tiga ayat di atas ini hanyalah kiasan semata-mata jika anda melihatnya sebagai kiasan. Jika anda mentafsirnya sebagai ayat yang ditulis bersahaja, jadi, tiga ayat ini hanyalah sekadar tulisan yang bersahaja. Kalau ayat-ayat di atas ini ditafsir sebagai sesuatu yang memiliki maksud tersirat, mungkin ayat-ayat ini akan lebih bererti dengan maksud tersirat. Tetapi bagaimanakah maksud itu dicari? Maksud tersebut boleh dikaji dengan logik akal. Maksud tersebut boleh menjadi simbolik, dan maksud tersebut juga boleh menjadi pemikiran dan pendapat individu atau respon yang lahir selepas penghayatan. Tetapi maksud-maksud tersebut tidak piawai pun. Sangat serabut. Tiada yang pasti betul atau salah. Jadi fikirkan pun tiada feadah. Walau bagaimanapun, jika ayat-ayat tersebut dilayan sebagai ayat, maka ayat itu hanya beerti sebagai sebuah ayat sahajalah. Sekurang-kurangnya, ayat-ayat tersebut dicarikan maksudnya yang dikatakan tidak berpiawai itu. Ayat yang bermaksud dengan tidak pasti itu lebih baik daripada ayat itu bererti setakat cantuman huruf yang membentuk perkataan, cantuman perkataan yang menbentuk frasah, cantuman frasa yang menbentuk ayat dan bererti setakat itu.

Pening membacanya? Jangan risau tentang maksud yang hendak saya sampaikan. Hanggaplah ini adalah cantuman ayat-ayat yang membentuk perenggan!

(Sekadar tulisan jika ianya ditafsir sebegitu)

29 Jun, 2012

Diari Pesakit

29 March
Saya berkenalan dengan dia. Dia tu seorang pesakit cancer, macam saya. Tapi, dia sangat ceria. Ceria seakan-akan tiada apa pun yang berlaku ke atas dirinya. Dia kata untuk apa nak sedih? Kalau sedih, sehari pun akan berlalu begitu sahaja. Kalau gembira, sehari itu pun akan berlalu jua. Lebih baik gembira daripada bersedih! Kata-kata itu benar-benar memberi perubahan kepada saya. Sebelum tiba hari tersebut, saya terasa malang, sedih dan hilang harapan dengan kehidupan. Cancer tiada ubat penawar. Usia akan dipendekkan. Tidak sempat untuk saya membalas jasa ibu bapa. Hahahaha. Kelakar benar. Sebelum saya sakit, tidak pula saya fikir tentang sikap biadap saya dengan orang tua. Mungkin sakit ini membuka peluang saya mendapat pahala! Hahahaha. Tapi, saya masih sangat berharap untuk kembali sihat. Jadi, gembiralah sentiasa. Mudah-mudahan saya boleh pulih.

2 April
Saya mungkin ada peluang! Doktor kata jika saya sentiasa dalam keadaan gembira, sel cancer mungkin menjadi sedikit terbantut aktivitinya. Ini telah menjadikan saya mahu menjadi lebih gembira. Kalau saya pulih, dapatlah saya buat banyak benda lagi. Sebab umur saya mungkin lebih panjang. Waktu itu, saya boleh balas jasa ibu yang penat membesarkan saya. Saya boleh membalas jasa ayah yang penat bekerja untuk besarkan saya. Sebenarnya diari, saya pernah mengintai ibu menangis dalam dagapan ayah. Ayah turut tumpas pada saat itu. Mereka menangis buat kali pertama di hadapan mata saya. Mengapa menangis saya tak tahu. Tapi tangisan itu adalah selepas saya sakit cancer. Mungkin ada kaitan dengan saya yang sakit ni kut. Tak apalah. Kalau saya terus gembira, Cencer akan hilang. Ayah dan Ibu tak payahlah nak sedih lagi.

14 April
Hari ni merupakan hari jadi saya yang ke 12. Satu majlis yang besar telah diadakan semberna ulang tahun kelahiran saya ini. Semua orang datang memberi ucapan hari jadi dan disertakan dengan semoga pulih dengan segera. Semua rakan sekelas saya juga datang untuk sama-sama meraikannya. Mereka semua bertanya tentang keadaan saya dan menyediakan macam-macam hadiah yang menarik. Antara hadiah yang paling saya suka adalah bola sepak yang berkualiti, dihadiahkan oleh Shafree, rakan karib saya. Dia kata kalau saya dah pulih nanti, saya dan dia akan bermain di padang kat taman sebelah nanti. Fight dengan kumpulan Bob. Saya akan tunggu sampai hari tu.

20 April
Saya jumpa dengan dia lagi. Tapi kali ni, saya jumpa sepintas lalu sahaja. Dia masuk wat dan bunyi macam serious sahaja. Dalam hati, saya teringin nak tahu apa keadaan dia sekarang. Sepatutnya, dia akan lebih baik. Dia yang mengajar saya perlu gembira sentiasa. Tak apalah. kalau ada rezeki, saya akan jumpa dan sembang lagi dengan dia. Semoga dia akan terus pulih.

24 April
Berkat doa, saya telah dapat sekali lagi bertemu dengannya. Saya dapat sembang dengan dia juga. Pada mulanya, dia seperti biasa, gembira dan sentiasa senyum. Tapi, tidak beberapa lama, dia menangis pula. Bila saya tanya, dia kata dia takut mati. Dia benar-benar takut mati. Saya pun jadi hairanlah. Kalau dia gembira macam tu, sel cancer sepatutnya lemah dan dia akan pulih. Ni, dia kata macam dia akan mati tak lama lagi. Setelah lama kami bersembang, tenyata benar. Doktor dah kata dia hanya tinggal masa sebulan sahaja. Saya juga menjadi takut secara tiba-tiba. Saya juga takut kalau doktor kata saya hanya tinggal sebulan lagi untuk hidup. Tolonglah jangan berlaku macam tu.

1 May
Hari ini, dia dah pergi. Pergi selama-lamanya. Dia pergi lebih awal daripada apa yang doktor cakap. Saya bertambah takut. Kalau doktor cakap sebulan, mungkin saya akan mati dalam tempoh yang lebih awal. Saya tak dapat tidur. Tak dapat gembira lagi. Kalau macam tu, macam mana saya nak main bola dengan Shafree? Saya masih belum dewasa dan belum boleh balas jasa ibu dan ayah. Kalau saya mati, ibu dan ayah akan menangis lagi. Saya tak nak semua ni berlaku. Tuhan, tolonglah saya.

7 May
Hari ni, saya jumpa dengan doktor lagi. Nasib baik dia tak kata saya tinggal sebulan lagi. Sebelum pergi jumpa doktor, saya sangat takut kalau doktor kata macam tu. Waktu saya sembang dengan doktor, dia kata dia bukan Tuhan. Kalau dia kata sebulan, belum tentu sebulan. Mung kin lebih, mungkin kurang. Jika saya terus gembira dan lalui kehidupan seperti biasa, tak fikir perkara yang mengarut seperti akan mati tak lama lagi, saya akan menjadi gembira. Kalau gembira, saya akan pulih. Macam tulah kut. Atas nasihat itu, saya cuba kembali gembira, tak fikir berapa hari. Saya percaya saya akan pulih. Semoga macam tu lah.

(Sekadar berkarya)