28 Disember, 2011

Pulih daripada penyakit kronik

Beberapa hari yang lalu, Pak Cik saya sekali lagi datang ke Kuala Lumpur untuk membuat rawatan terakhir selepas pembedahan jantung. Saya berasa sangat bersyukur kerana doktor menyatakan beliau telah stabil dan pembedahannya telah berjaya merawat penyakitnya, iaitu salur darah tersumbat.

Beberapa bulan yang lalu, Pak Cik hampir-hampir bertemu ajal berikutan keparahan penyakit itu. Menurut ibu, 3 salur darah utama telah tersumbat dan mengakibatkan beliau tidak dapat bertindak seperti orang biasa. Ibu juga menyatakan bahawa beliau sering mengeluarkan najis yang bercampur darah. Tubuhnya pula terlalu kurus dan tidak bermaya untuk berdiri apatah lagi berjalan.

Setelah beliau dicadangkan untuk mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur, beliau telah berjaya dipulihkan dengan satu pembedahan. Melalui peristiwa ini, saya telah berjaya menyaksikan betapa pentingnya kesihatan kepada kita. Pak Cik juga berpesan kepada kami sekeluarga bahawa tubuh yang sihat harus dipehara elok-elok terutamanya dari segi pemakanan. Dalam tulisan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor yang mengerah tenaga mental dan fizikal untuk merawat Pak Cik saya yang sakit tenat itu sehingga pulih.

19 Disember, 2011

Pantun Rasuah (Sindiran)

Sepuluh sen pun tidak cukup,
sudah betis mahukan peha.
Tamak jadikan panduan hidup,
hidup berpaksikkan wang dan harta.

Sudah betis mahukan peha,
kerana tamak tak takut mati.
Hidup berpaksikkan wang dan harta,
jawat tugas tidak diperduli.

Kerana tamak tak takut mati,
katanya rasuah adalah takdir.
Jawat tugas tidak diperduli,
adil disorok zalim dipamir.

Katanya rasuah adalah takdir,
gembira di dunia akhirat tak apa.
Adil disorok zalim dipamir,
wang disembah Tuhan dilupa.

Gembira di dunia akhirat tak apa,
tidak takut llepak di neraka.
Wang disembah Tuhan dilupa,
makan rasuah berasa bangga!

Berada dalam kepungan

Kisah bermula
Sultan Dewa sakti telah berangkat dengan segala angkatan hulubalangnya yang garang lagi gagah perkasa. Titah baginda, "Wahai hulubalang-hulubalang sekalian, adapun Beta ini tidak tahu bertarung bermain senjata. Maka, kalianlah yang memelihara beta ini daripada sebarang kecelakaan. Barang siapa yang tidak berani petaruhkan nyawa, maka akan beta turunkan tulah yang terlalu besar kekpadanya." Dengan perkataan itu, segala hulubalang-hulubalang pun terlalu takutlah. Kata hati masing-masing, "Jikalau tidak aku jaga Sultan seorang ini elok-elok, maka tempiasnya akan mengancam keluargaku. Lebih baik nyawaku dipetaruhkan untuk baginda daripada keluargaku tergadai."
Tidak beberapa lama, sekumpulan pemberontak kecil mengepung Sultan Dewa Sakti dengan lengkap bersenjata. Bilangan mereka tidak ramai dan kepungan mereka sangat lemah. Secara spontannya, hulubalang-hulubalang bertindak menyerang penderhaka Sultan itu dengan garangnya. Sekali serang sahaja, penderhaka itu tewas. Maka, sultan seorang ini pun berkatalah dalam hati "Sungguhlah berada dalam kepungan ini adalah yang terlalu selamat. Akan beta gunakan kepungan ini untuk menentang musuh yang mengusir beta kelak."
Seperti yang dijangkakan, Sultan Balewar Paksi dari negeri Indera Gemala Besi datang melangar negeri Kurna Gambar Bergangga. "Ampun tuanku beribu-ribu ampun. adapun balah tentera yang terlalu besar dari Indera Gemala besi (IGB datang melangar negeri kita ini,") Laksamana Kial Menggigit datang menghadap dengan wajah yang sangat gementar sekali. "Wahai Laksamana, kerah semua tentera mengepung negeri kita ini dan jangan beri peluang kepada musuh. Sesiapa yang engkar, maka akan beta turunkan bencana yang terlalu besar kepadanya dengan keluarga sekali," titah baginda dengan penuh ketegasan. Seperti yang dititahkan, hulubalang-hulubalang dan segala balah tentera yang gagah lagi berani pun mengepunglah negeri Kurna Gambar Bergangga itu menentang musuh.
Serba mula, kedua-dua pihak samar-samar sahaja dan tidak menampakkan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Tidak lama kemudian, tentera IGP itu pun mula memakan benteng pihak musuh seperti harimau makan kambing lakunya. Kata hati balah tentera Sultan Dewa Sakti, "Sekiranya aku membelut, aku akan dijatuhkan tulah. Tetapi jika aku tidak belut, aku mungkin akan dibunuh dan keluargaku juga akan teruk dikerjakan. Lebih baik aku membelut." Kesannya, mereka yang membelut ini pun menyerah kepada Sultan Balewar Paksi dan menjadikan negeri Kurna Gambar Bergangga seteru walaupun mereka memakai uniform negeri itu. Akhirnya, Sultan Dewa Sakti yang terkepung dengan angkatan sendiri, tidak dapat melarikan diri lagi. Maka, mangkatlah baginda dalam strateginya sendiri.
Kisah berakhir.

14 Disember, 2011

Kisah plastik (Pembungkus Makanan)

Kini, tiba giliran plastik pembungkus makanan pula memulakan hujah tentang kehidupannya yang penuh dengan kesensaraan. Nasi dan lauk serta macam-macam sampah lain mengalihkan perhatian mereka kepada plastik yang sudah dikotori dengan sos cili dan batang lidi. Pada mulanya, nasi (dalam Tulisan Kisah Hidup Nasi) sahaja yang berasa hidupnya penuh dengan kesedihan. Setelah memasang telinga memerangkap suara plastik, nasi bertambah simpati pula dengan kisah kehidupan plastik yang tidak kurang sedihnya.

Plastik lahir di sebuah kilang pembuatan plastik pembungkus makanan. Plastik mempunyai ahli keluarga yang ramai dan mereka sentiasa bersama-sama dalam sebuah bungkusan yang tebal yang dipanggil mereka bapa. Bapa sangat tebal dan kuat jika dibandingkan dengan mereka. Setiap hari, bapa menyatakan bahawa kehidupan sebagai plastik adalah panjang dan sentiasa berada dalam satu kitaran bulatan. Ini kerana mereka merupakan keturunan Turmoplastik yang boleh dicairkan dan dibentuk semula. Setiap kali mereka dibuang, (dalam tong sampah kitar semula), maka kehidupan mereka yang seterusnya akan bermula, sebagai plastik juga. Tetapi, bagi plastik pembungkus makanan itu, kehidupan sebagai plastik yang terlalu panjang sangat membosankan. Membosankan kerana terpaksa mengulangi perkara yang sama bagi setiap kali kitaran.

Satu hari, plastik pembungkus makanan telah dikeluarkan oleh pegerai makanan segera untuk mengisi kentang goreng panas dan bebola ikan yang dicucuk dengan lidi. Pada saat terakhir dia melihat bapa, plastik berpengalaman itu sempat tersenyum dan mengucapkan selamat menempuh kehidupan yang penuh dengan manis pahit di dunia.

Kini, sejumlah kentang dan secucuk bebola ikan sudah pun dimasukkan ke dalam plastik dengan ditemankan cecair merah yang menyelerakan. Orang muda yang membelinya mengantungkan senyuman sahaja (tersenyum kerana makanan dan tidak ada kaitan dengan plastik) sambil menikmati hasil yang ditukarkan dengan wang ringgit. Inilah kali pertama plastik melihat manusia tersenyum. (Pegerai yang menjual hanya bermasam muka sepanjang masa bersama plastik). Fikir plastik, dia telah membahagiakan orang lain. Di sudut hatinya, (Walaupun tidak berhati), plastik sangat gembira dan dia sudah mula faham mengapa bapa sangat seronok dengan kehidupannya yang berulang-ulang tanpa berasa bosan.

Setelah pemuda itu menghabiskan makanannya, plastik itu dicampakkan di dalam tongsampah (Rumahnya) yang tidak ada lebel dengan simbul kitar semula seperti mana yang pernah dikatakan oleh bapa. Tetapi plastik tidak menghiraukan semua itu. Dalam hatinya, setiap manusia akan mengitarsemulakan plastik. Plastik dimasukan ke dalam tong sampah yang mengisi beraneka sampah lain, bukan plastik sahaja. Setelah mendengar Kisah Kehidupan Nasi, barulah dia tahu bahawa kehidupannya akan tamat di situ sahaja. Hidupnya terlalu pendek dan tidak sempat menadah pengalaman seperti mana yang dinyatakan oleh bapa. Kini, giliran nasi, lauk, tin biskut dan macam-macam lagi memujuk plastik yang menangis tidak berair mata itu.

(Sekadar untuk menyeru ilham!)

12 Disember, 2011

Secawan Neslo

Malam semalam, saya telah menelan secawan Neslo panas yang dibancuh oleh ibu sebelum beradu. Rasa air itu sungguh enak dan mengasyikkan. Tetapi saya tidak mahu menceritakan keenakkannya di sini. Sebenarnya, saya perasan sesuatu tentang air campuran susu, gula dan gandung itu. Air itu tidak bercokacak lama apabila digoncang. Tidak seperti air biasa. Tiba-tiba sahaja saya terfikir mahu kongsikan perkara ini dengan para pembaca.

Apa yang saya cuba kaitkan sebenarnya adalah orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Boleh anda teka apa yang saya cuba maksudkan? Sebenarnya, Air Neslo mengandung bahan lain yang berhasiat dan seluruh isi air nya adalah pekat. Saya ibaratkan kepekatan itu dengan ilmu pengetahuan dan cawan yang mengisinya adalah manusia. Seandainya seseorang itu berilmu, dia tidak mudah gentar apabila dicabar seperti Neslo yang kurang berkocak apabila digoncang cawannya. Sebaliknya seseorang yang rendah ilmu pengetahuannya akan takut dan gementar apabila diuji seperti air biasa yang tidak berhenti-henti berkocak.

Ini sahaja yang saya ingin kongsikan. Sebelum terlupa, Tulisan saya yang sebelum ini sebenarnya berkaitan dengan kediaman saya yang sering terganggu dengan ganguan seperti menekan loceng pintu berkali-berkali tanpa sebab, bermain bola sepak di hadapan rumah saya dan sering menendang bola masuk ke rumah. Ini belum termasuk membaling batu dan meninggalkan sampah di kawasan rumah saya.
Sekian sahaja

10 Disember, 2011

Kemarahan Saya Yang Lama Terpendam (Meja logam sudah berkarat)

Amaran, tulisan ini tidak senang untuk dibaca. Kalau tidak kental iman dan kesabaran, nescaya akan menjadikan syaitan sebagai rakan. Kalau boleh, janganlah baca.
Tulisan bermula!
Rumah merupakan kediaman untuk kita berlindungi daripada ancaman cuaca, binatang buas dan jenayah (mana-mana yang lain dapat diterima). Dalam tidak sedar, rumah juga merupakan prisai perlindungan daripada ganguan pihak lain. Sekiranya sesiapa yang suka diganggu ketenteraman tempat yang didiaminya, TINGGALKANLAH KOMEN kerana andalah manusia yang paling janggal. Oh mungkin tidak. Mungkin saya patut kata makluk Tuhan yang paling JANGGAL daripada segala yang paling JANGGAL!!!!!! Sedangkan Jin, Jembalang, Balan-balan, penunggu, binatang-binatang dan makluk-maklukk lain pun akan MURKA apabila diganggu.

Hakikatnya, MANUSIA yang dikurniakan akal "()" pun tak tahu BERFIKIR!!!!! SUNGGUH M.E.N.Y.D.I.H.I.K.A.N...

Oh, satu lagi, kalau dikurniakan kekuatan nescaya berlakukan penindasan! Oh, begitulah manusia menghargaai pemberian TUHAN rupanya!!

Melalui tulisan ini, saya harap mana-mana yang berada di luar sana yang termakan pedas tulisan saya berubah sikap dan bukan menaruh dendam ingin membunuh, memarang, merogol, meragut, meliwat, menukul, tunjuk samsing, hargai kekuatan yang dikurniakan dengan (pertunjukan), memaki hamun dan seakan-akan diri sendiri tidak bersalah!!! Sesungguhnya, siapa yang melakukan kesalahan harus bertanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan bukan melahirkan kesalahan dan buang tepi longkang, tinggal di Bas stop, tinggal untuk orang jaga, tinggal dalam LRT, sumbat dalam jamban atau mana-mana cara yang kreatif untuk kepentingan diri sendiri. Cakap pasal kreatif, manusia ini sebenar sangat kreatif tapi entah kenapa ada yang tak nak guna kreativiti itu ke arah yang baik! Mereka tak nak gunakan skill mereka yang dikurniakan itu di atas litar yang halal tetapi sanggup petaruhkan amanah Tuhan dengan menelan apa yang diklafisikasikan sebagai haram.

Mungkin para pembaca sekalian berasa saya tidak matang dan JAHILIA tetapi sedarkah anda bahawa mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini tidak lut dengan kata-kata dan teguran? Sekiranya saya menegur tak kira cara baik atau buruk, mereka akan mula tunjukkan KESYUKURAN mereka kepada Tuhan! Jadi, inilah cara yang saya rasa paling baik untuk saya mendedahkan segala yang tersirat di dalam hati.

Ingat para pembaca, tulisan ini hanya tulisan saya seorang sahaja dan jangan amalkan konsep kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Jangan pula memandai mengatakan semua OKU penglihatan tidak tahu kesopanan dalam menulis Blog.

Kepada rakan-rakan saya yang mengendalikan blog, jadikanlah saya sempadan dan jangan sesekali celupar seperti saya. Tidak ada faedahnya. Akhir kata saya meminta maaf kepada para pembaca kerana tulisan saya kali ini sangat meransang kemarahan. Kalau marah kepada saya, mungkin pembaca sekalian boleh menggunakan bahagian komen blog saya untuk melakukan apa yang pembaca mahu. Saya akan terima apa sahaja komen yang anda tinggalkan. Terima kasih kerana masih memilih meja logam sebagai bahan tatapan pembaca.
(Sekadar untuk melepaskan kemarahan yang sekian lama terpendam)

09 Disember, 2011

Selepas SPM

Pada 6 hari bulan Disember, saya telah menamatkan kertas SPM saya yang terakhir iaitu kertas Ekonomi Asas (EA). Siapa sangka hari itu juga hari terakhir saya berada di asrama Aspura dan SMPK Setapak. Setelah habis kertas EA, saya terasa sangat gembira seakan-akan boleh bebas dari segala masalah. Perasaan saya itu tidak bertahan lama kerana kini saya berasa hilang matlamat pula.

Pada tahun 2012 yang akan datang, saya akan mengikuti kursus komputer di St. Niclus Home untuk mengisi ilmu! Keputusan ini juga disokong sepenuhnya oleh ayah dan ibu selain rakan-rakan.

Sejak saya pulang ke rumah, saya cuba menyebukkan diri dengan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian dan memasak (masih belajar untuk bermesra dengan sudip). Ibu juga sangat gembira untuk mengajar saya. Semalam, saya telah menyentuh sudip untuk memasak kerang dengan bimbingan ibu yang sentiasa disisi saya. Sudah tentu bukan saya yang masak sepenuhnya. Bagi saya, memasak itu sesuatu yang menarik dan seronok. Kalau saya boleh memasak, saya rasa saya sudah boleh berdikari sepenuhnya! Oh, mungkin belum lagi sebab saya belum ada sumber pendapatan!

Kepada rakan-rakan setingkatan, hargailah masa bersama keluarga sepanjang cuti ini. Sesungguhnya, masa-masa ini mungkin hanya wujud sekali sahaja dan tiada versi ulangan pada masa hadapan. Kepada guru-guru yang sangat saya hormati dan kasihi, sekali lagi saya ucapkan Jutaan terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Saya ingin meminta Sejuta keampunan kepada semua guru atas kesalahan saya yang sengaja atau tidak di sengajakan. Sesungguhnya, saya bukan seorang murid yang baik dan sentiasa mengharapkan tunjuk ajar. Semoga guru-guru yang saya sanjung akan terus berjuang dengan tabah untuk melahirkan model insan yang produktif dan berdaya maju. Tetapi, apa yang lebih penting ialah kesihatan. Saya berharap cikgu-cikgu semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dari semua segi walaupun sibuk dengan amanah yang wajib dikerjakan.

Sekian sahaja tulisan saya buat kali ini. Semoga saya akan menulis lagi pada masa hadapan!

29 November, 2011

Meja logam berehat seketika!

Setelah saya memegang gelaran "Calon" SPM, saya sudah meninggalkan gelaran murid SMPK. Itulah yang dikatakan oleh rakan-rakan saya yang lain. Pada saya, saya masih murid! Sebenarnya sudah lama saya menahan diri untuk menulis blog tetapi kali ini tidak terhalang pula. Kalau saya tidak menulis kali ini, saya tidak tahu bila lagi saya ada peluang. Cerita tentang SPM, saya tidak mahu menetapkan matlamat yang tinggi-tinggi kerana saya tidak mahu diri saya hampa dengan matlamat yang tidak tercapai itu. Ini tidak bererti saya tidak mahu berusaha. Setakat ini, saya rasa sangat besyukur kerana saya masih dalam keadaan sihat dari segi fizikal mahupun mental. Mungkin inilah dikatakan berkat daripada doa. Seperti biasa, saya tidak gementar semasa menghadapi peperiksaan. Soalan peperiksaan juga tidak terlalu susah (Jika saya sudah bersedia) dan tidak juga terlalu senang(Jika saya belum bersedia). Harap-harap, 3 subjek yang bakal saya habiskan ini akan menjadi mudah!

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan JUTAAN terima kasih kepada semua guru yang mendidik saya dengan segala ilmu Tuhan, dan tidak ketinggalan juga pengorbanan masa dan tenaga untuk menjadikan saya berilmu. Mungkin saya sudah terlewat untuk mengucapkan yang demikian tetapi saya percaya guru-guru pasti menerimanya. Bukankah begitu? Semoga apa yang cikgu-cikgu doakan untuk kebaikan semua pelajarnya akan menjadi kenyataan. Terima kasih yang sama juga saya ungkapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Sesungguhnya, kalian semua (Ibu bapa dan guru guru) merupakan tonggak semangat saya untuk terus mengejar apa yang saya ingin kejar. (Macam ayat drama pula!!!) Uuppsss, saya rasa saya perlu berhenti sekarang.

Akhir kata, szaya harap saya boleh menulis lagi selepas ini!

01 November, 2011

Pengalaman demi pengalaman

Pada Sabtu dua minggu yang lalu, saya dan rakan-rakan tingkatan 5 yang lain telah mengikuti sekumpulan pelajar sekolah kami ke UPSI. Tujuan kami pelajar tingkatan 5 bukan belajar membuat tembikar seperti kumpulan yang kami sertai itu tetapi kami pergi ke sana atas tjuan melawat dan mengenali UPSI dengan lebih mendalam. Kami telah dipandu oleh Cikgu Amalia, bekas pelajar di pusat pengajian tinggi tersebut.

Perjalanan merentasi sempadan negeri Selangor dan memasuki negeri kelahiran saya, Negeri Perak itu seperti biasanya memakan masa yang lama.. Kesempatan ini seperti biasanya saya manfaatkan dengan tidur yang lena. Setelah tiba di sana, Kami telah menyerbu tandas untuk melepaskan uria-uria dalam badan kami yang sudah lama terpendam dalam perjalanan. Seterusnya, kami telah diberi Nasi Lemak dan air sebotol untuk (sarapan) bagi pelajar yang belum sarapan manakala pelajar yang telah mengambil sarapan hanya memantapkan lagi isi dalam perut masing-masing. Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke persekitaran UPSI sementara pelajar yang mengikuti kursus pembuatan tembikar teruskan dengan urusan mereka.

Mula-mula, kami melawat ke dewan budaya UPSI tetapi malangnya tutup. Kami terpaksa berpindah ke tempat lain iaitu melawat ke taman pameran Arca di mana hasil-hasil penuntut UPSI dalam jurusan seni dipamirkan. Di sini, kami berkesempatan menangkap gambar-gambar bersama rakan-rakan setingkatan dengan bertemankan hasil seni tersebut. Memandangkan masa yang diperuntukkan sangat terhad, kami terpaksa beredar ke tempat lain bagi meneruskan lawatan ke UPSI itu walaupun saya masih belum puas membelek hasil seni itu.

Seterusnya, kami melihat primis yang dikenali sebagai klinik kaunseling sebelum menuju ke perpustakaan. Sebenarnya, ini adalah pengalaman kali pertama saya melihat primis kaunseler sebesar dan secantik itu! Walau bagaimana pun, kami tidak mendapat rezeki untuk memasuki primis tersebut.

Destinasi terakhir kami di UPSI ialah perpustakaannya. Perpustakaan itu terlalu besar dan kaya dengan sumber rujukan. Seakan-akan kedai buku yang besar gerangannya. Apa yang saya kagum ialah keadaannya yang sangat selesa untuk menelaah pelajaran kerana keadaan dalam gedung ilmu itu sangatlah menenangkan. Selain buku sebagai pendeta bisu, Bahan-bahan lain seperti sumber rujukan audio dan vidio juga disediakan. Tempat duduk juga disediakan dengan banyaknya. Jadi, mahu cari tempat untuk membaca bersendirian tampa ganguan dengan kehadiran orang lain mesti boleh kita lakukan! Untuk mengelakkan kecurian dan mengeluarkan bahan perpustakaan tampa kebenaran, beg tidak boleh dibawa bersama. Tetapi, terdapat rak khas yang boleh kita gunakan untuk meletakkan beg tersebut dan ianya semestinya selamat kalau kita tidak membawa barangan mewah di dalamnya.

Seterusnya, kami bertolak ke Sungkai, Perak Untuk menghiburkan diri dengan air. Setelah kami tiba di sana, kami telah diberi keistimewaan oleh pihak pengurusan. Walaupun seronok dan berasa tidak besabar-sabar untuk mandi kolam air panas, Solat Zohor tidak boleh ditangguhkan. Pelajar Muslim telah bersolat dahulu sebelum kami bersedia bermesra dengan kolam yang ditawarkan di sana. Untuk pengetahuan semua, tiket kemasukan hanya beharga 10 Ringgit sahaja dan kita boleh bermain di tempat tersebut sesuka hati kita (dengan berpeaturan). Kami menuju ke kolam air panas dahulu dengan dikawal En. John. Inilah pengalaman pertama saya merendamkan kaki, betis, peha, perut, dada, lehir dan kepala ke dalam kolam air panas yang tertadah di luar dari besen mandi. Pada mulanya, saya terasa air itu tidak beberapa mesra tetapi setelah lama menyesuaikan diri, terasa suam dan sangatlah selesa. Pada detik itu, saya menghayati setiap keselesaan yang ada disamping bermain perang air dengan rakan-rakan yang lain. Penat, memang penat setelah mengerah tenaga untuk mengocakkan air kepada rakan-rakan yang lain.

Selanjutnya, kami beredar ke kolam bersuhu biasa. Kali ini, kami sudah tercampur dengan orang awam yang terdiri daripada pelbagai kaum, umur dan agama. Saya berkesempatan bermain papan gelongsur berseorangan dan berjemaah bersama rakan-rakan! Ini juga pengalaman saya yang pertama di mana kami bergelongsur 3 orang serentak! Saya juga dapat menikmati urutan air yang sudah tersedia di sana. Urutannya keras tetapi tidak menyakitkan. Kalau nak lepaskan tekanan, tempat itu boleh menjadi satu pilihan yang aidil.

Sekitar jam 4:41 petang, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Walaupun berasa penat tetapi pengalaman ini sangat beharga. Sebenarnya saya sangat besyukur kerana diberi keistimewaan oleh pihak pengurusan di pusat rekreasi di Sungkai itu. (Maaf sebab saya tak tahu nama tempat itu) Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih atas pemberian yang telah diberikan. Semoga tempat itu akan terus dilawat oleh pelancong dari penduduk Malaysia mahupun pelancong luar. Sepanjang hari itu, guru-guru pengiringlah sebenarnya yang paling penat. Sudah tentu pemandu bas juga penat memijak minyak dan brek bas! Di sini saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak guru-guru dan pihak sekolah kerana telah memberikan peluang yang sangat lumayan ini. Saya juga berasa sangat bersyukur kerana mendapat pengalaman demi pengalaman melalui aktiviti ini.

Saya percaya rakan-rakan yang lain juga seperti saya, berasa gembira.

31 Oktober, 2011

Peransang semangat!

Pagi tadi, semua pelajar tingkatan 5 yang mendapat gred AA tidak kira A+, A atau A- dalam percubaan SPM mendapat suntikan semangat daripada pihak koperasi sekolah. Koperasi sekolah telah memberikan kupun sebagai tanda penghargaan kepada kejayaan parajar yang telah membuktikan usaha mereka dalam bidang pendidikan khususnya. Kupun ini hanya boleh dimananfaatkan dalam koperasi sahaja tetapi pemberian ini sudah terlalu lumayan bagi saya kerana koperasi sekolah sudah mantap dari segi peruncitannya.

Semoga pemberian ini akan menjadi galakan kepada para rakan tingkatan 5 mahupun pelajar lain untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik.

Kepada koperasi sekolah, jutaan terima kasih saya ucapkan. Sesungguhnya pemberian ini sungguh bermakna buat saya dan semestinya rakan-rakan sepejuangan yang lain. Kupun ini akan saya gunakan sebaik mungkin!

24 Oktober, 2011

Majlis semperna bulan bahasa

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan satu majlis sambutan semperna bulan bahasa. Majlis ini sangat istimewa kerana guru-guru Bahasa Melayu akan berlakon, menyanyi dan menunjukkan demostrasi tentang kaedah yang menarik untuk memahami Kompenan sastera (KOMSAS). Seawal 7:30 pagi, kami terus memulakan majlis itu iaitu sejurus selepas perhimpunan pagi. Semua pelajar tidak kira tingkatan 5 mahupun pelajar tingkatan lain berhimpun di gelangang serba guna untuk melibatkan diri secara langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Mula-mula sekali, Cikgu Zinaida memulakan majlis dengan memperkanalkan guru-guru yang terlibat dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang waktu tersebut. Seterusnya, majlis teruskan dengan guru-guru membuat demostrasi tentang kaedah menarik untuk mempelajari (KOMSAS).
Kaedah-kaedah yang dimaksudkan ialah:

1. Kerusi panas
-Seorang akan memilih watak dan mengandaikan dirinya seperti watak tersebut. Kemudian, watak tersebut akan duduk di atas sebuah kerusi dan terdapat beberapa orang akan berdiri bertentangan dengannya untuk menyoal beberapa soalan yang berkaitan dengan watak tersebut. Jawapan akan diberikan bedasarkan perwatakan watak tersebut dalam cerpen atau drama yang telah dipilih.
2. Balang kaca
-Seorang akan memilih satu watak seperti mana kerusi panas tetapi watak ini akan dikepung dan pelbagai soalan akan ditanyakan. Individu tersebut tidak perlu menjawab sebaliknya melakukan aksi untuk menjawab setiap soalan yang ditujukan.
3. Teater pencerita
-Orang yang terpilih dikehendaki memegang watak tersebut dan melakonkan dan menghayatinya seakan-akan dialah watak dalam sesuatu cerpen, drama atau prosa.
4. Mestamu
-Melagukan sajak atau puisi
5. Teater pembaca
-Membaca dengan intonasi yang sesuai dengan watak yang dipilih tanpa melibatkan aksi (Tidak seperti teater pencerita)
6. Dekon
-Melakukan aksi untuk menunjukkan maksud sesebuah puisi seperti sajak sementara seseorang yang lain mendeklamasikannya.
7. Mono drama
-Seorang watak akan bermolog dengan penuh intonasi dan membayangkan dirinya seakan-akan watak tersebut dan memberikan imej bedasarkan perwatakannya.
8. Sidang meja bulat
-Satu perbincangan tentang sesebuah cerpen atau drama atau prosa yang melibatkan sekumpulan manusia. Seorang akan menjadi pengerusi dan bertanyakan soalan kepada ahli penanya.

Seterusnya, majlis ilmu ini telah diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu puisi. Kali ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 berkesempatan menunjukkan bakat masing-masing dengan mengetuai nyanyian yang telah dibahagikan oleh Cikgu Zi tempoh hari. Nasib baik tiada berlaku kesilapan yang ketara. Kalau tidak, seperti ketam mengajar anak berjalanlah! setelah tamatnya nyanyian tersebut, kami mendapat nasi lemak dan air percuma. Ops, terlupa nak ambil gambar nasi lemak pula!

Secara keseluruhannya, majlis ini telah menyedarkan kita betapa pentingnya kita, generasi kini untuk mengekalkan budaya dan kedaulatan bahasa kita sendiri. Kalau bukan kita yang membela, siapa lagi?

20 Oktober, 2011

Rantai VS Susu?

"A chain is as strong as it's weakest link"Seutas rantai adalah sekuat pautannya yang paling lemah.

Pernahkah anda membaca peribahasa Bahasa Ingeris tersebut di mana-mana? Peribahasa ini telah saya belajar daripada En. John, guru Ingeris kelas saya. Pada mulanya, dia menyuruh kami cuba menekanya tetapi tiada seorang pun daripada kami berjaya menekanya. Akhirnya, dia telah memberi contoh kepada kami bahawa peribahasa itu bermaksud setiap kumpulan adalah sekuat ahlinya yang paling lemah. Apa yang dikatakan oleh peribahasa itu sebenarnya sangat menarik bagi saya. Cuba kita kaji ayat ini. Rantai akan putus apabila ditarik tetapi bahagian yang manakah akan menyebabkan putusnya rantai itu? Sudah tentulah pautannya yang paling lemah.

Menurut beliau lagi, peribahasa ini juga mengambarkan struktul sesebuah karangan. Contohnya, sebuah karangan yang mantap akan dicalarkan dengan satu ayat atau isi yang tidak mantap. Ini bererti kami harus menjaga setiap isi-isi yang akan ditampilkan dalam setiap tulisan kita agar keseluruhan tulisan itu menjadi lebih baik dan releven. Dalam kehidupan kita sendiri, kita dapat lihat bahawa falsafah peribahasa ini seakan-akan maksud peribahasa Melayu "Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga." Apa yang saya cuba sampaikan bukan maksudnya yang sama tetapi keadaan tertentu yang menyebabkannya seakan-akan sama maksud. Sebagai contoh, seorang ahli keluarga melakukan perkara twerkutup, maka habislah seluruh keluarga dicaci dan dihina. Mungkin sekali moyang yang sudah lama bersemadi di dalam keranda pun terima tempiasnya apatah lagi cucu-cicik yang bakal lakhir! Dalam peribahasa kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga, anak ahli yang menconteng arang kemuka keluarga itu diiibaratkan seperti nila yang merosakan susu. Keadaan ini menunjukkan bagaimana seorang yang membuat sesuatu keburukan akan mencemarkan maruah seluruh kelluarganya. Dalam peribahasa Bahasa Ingeris ini pula, anak itu digambarkan sebagai pautan yang paling lemah yang akan memutuskan keseluruhan rantai keluarga. Ini juga telah mengambarkan organasasi keluarga itu lemah kerana telah gagal mendidik anak tersebut. Selain itu, masyarakat akan membuat kesimpulan bahawa institusi keluarga itu memiliki keperibadian seteruk ahlinya yang paling buruk itu.

Oleh yang demikian, cubalah kita lakukan yang baik dan menjauhi yang buruk agar kita tidak menumbang kepada putus rantai atau rosaknya susu yang sedang kita 'join'!
(Sekadar untuk mengisi masa lapang)

Terima kasih

Semalam, semua pelajar di sekolah saya mendapat makanan percuma! Nak tahu apa makanannya, lihat lah gambar di bawah!

Sebenarnya, Maruku campuran ini telah disumbangkan oleh pihak yang saya tidak pasti siapa. Apa yang saya tahu, Cikgu Jais yang mengedarkannya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbangkannya. Muda-mudahan, Tuhan akan memurahkan rezikinya.

Sedapnya Maruku!!!

18 Oktober, 2011

Sudah lama saya tidak kehilangan ilham untuk menulis blog. Hari ini, saya terasa terlalu lapang dalam kepala. entah apa yang saya mahu kongsikan. Sekiranya saya kehilangan ilham untuk menulis dalam peperiksaan, bagaimana jadinya ya? Nasib baik karangan dalam peperiksaan ada arahan dan tajuknya. Kita dikehendaki menuruti kehendak soalan sahaja dan markah sudah tentu akan kita dapat. Selain itu, bahasa juga harus mudah difahami disamping tulisan yang cantik, kemas dan bukan seperti cakar ayam. Menulis blog pula tidak mempunyai tajuk yang khusus. Bergantung kepada kita sendiri. Apa yang kita mahu tulis boleh sahaja ditamparkan di dinding laman blog kita asalkan tidak melangar peraturan. Sekiranya bertajuk, maknanya ialah berperaturan. Sekiranya tidak bertajuk atau berarahan, maka tiadalah peraturan yang khusus.

Memandangkan SPM semakin hampir, saya terasa semakin sibuk. Kerja sudah tentu bertambah banyak dan kelas tambahan juga akan kerap diadakan atas tujuan memantapkan ilmu untuk menentang SPM nanti. Apa yang saya risau bukan ilmu pengetahuan atau kesibukan tetapi pengurusan emosi. Sesungguhnya, pengurusan emosi yang kurang baik akan menjejaskan prestasi kerana saya pernah mengalami kejatuhan akibat daripada emosi yang kurang stabil. Sehebat mana kita sekali pun kita akan tewas. Ini adalah kesan daripada emosi yang tidak tenang. Sebagai contoh, rakan saya yang selalu menang bermain catur dengan saya kalah semasa dalam pertandingan peringkat zon Keramat kerana dia gagal menguruskan emosinya. (Saya tidak menipu!)

Terdapat banyak cara untuk menguruskan emosi. Tetapi bukan semua cara boleh digunakan dengan berkesan. Hal ini kerana perwatakan setiap orang berbeza-beza dan cara menguruskan tekanan juga mengikut kesesuaian. Mungkin cara Kekasih alam menguruskan tekanan adalah dengan cara menulis blog (Coretan iklas untuk semua) manakala cara saya menguruskan tekanan adalah dengan mendengar muzik pancar ragam dan muzik instrumantal.

Sekiranya kita kehilangan punca untuk menguruskan emosi, bagaimana cara untuk kita kembali tenang? Sesungguhnya, persoalan ini terlalu sukar untuk saya jawab kerana saya bukan seorang pengurus emosi yang baik. Tetapi, kita boleh berjumpa dengan orang yang kita selesa untuk menceritakan segala isi yang ingin kita kongsikan sebagai langkah untuk mengurangkan kesan negatif emosi kita. Kalau tiada rakan atau orang yang boleh kita ceritakan, sukarlah sedikit. Walau bagaimana pun, kita masih boleh memilih untuk melakukan kerja yang kita suka seperti hobi dan perkara yang kita suka tetapi bukan ke arah kejahatan. Kalau kita tiada perkara yang digemari atau hobi, atau mungkin dihalang daripada melakukan hobi, susahlah sedikit.

Cara yang paling baik untuk menguruskan emosi adalah mengunakan pendekatan agama seperti melakukan ibadah, bersembahyang atau apa-apa perbuatan yang serupa. Kalau agama pun kurang kita pegang atau percaya, susahlah sedikit. Oh ya, saya tidak tahu tajuk apa yang saya harus berikan kepada tulisan buat kali ini. Kalau ada cadangan bolehlah cadangan kepada saya.
(Sekadar untuk menulis sahaja)

13 Oktober, 2011

Bersahabat

Mengapakah kita sukar untuk mencari seorang insan yang begelar rakan baik? Mengapakah sikap rakan yang lain sering sahaja tidak sesuai kepada kita? Atau mungkin sebenarnya mengapakah sikap kita yang tidak sesuai dengan rakan kita? Sebenarnya, perkara sebegini terlalu kompleks. Pada pendapat saya, kita boleh ringkaskan apa yang kompleks walaupun sebenarnya hubungan persahabatan ini terlalu rumit. Fomular yang paling ringkas yang boleh saya cadangan ialah kita kenal rakan kita dan rakan kita kenal dengan kita. Bila kita bersamanya, kita rasa selesa dan begitu juga dengan rakan kita.

Dari sudut kita sendiri, kita cuba sedaya upaya mencari rakan yang dikatakan teman sejati dengan menaruh satu piawai kepada kualiti seorang rakan baik. Pada masa yang sama, orang lain juga telah menetapkan kualiti seorang rakan baik seperti mana kita lakukan. Semestinya piawai itu berbeza-beza. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Oleh yang demikian, kita mahupun mereka tidak pernah jumpa seorang rakan yang dikatakan baik kerana tiadanya kemahuan serentak seperti mana berlaku di dalam sistem barter.

Selain itu, kita berusaha menjadi yang terbaik kepada orang lain disamping mengharapkan pulangan daripada apa yang dikatakan dengan istilah rakan itu. Pada masa yang sama, orang lain juga begitu. Apabila mereka tidak mendapat balasan yang sepatutnya mereka dapat seperti mana perasaan kita juga, sekali lagi tiada keserentakan berlaku. Hasilnya, hubungan persahabatan tidak terjalin.

Secara keseluruhannya, tiada keseimbangan yang berlaku antara apa yang diharapkan dengan apa yang diterima. Faktor ini telah mengakibatkan hubung jalin itu tidak pernah sempurna. Pada pendapat saya, Kita harus cuba memahami daripada meminta atau mengharapkan apa atau menetapkan kreatiria rakan baik kepada kita. Hal ini kerana terlalu mengharap akan mengakibatkan kekecewaan. Sebaliknya, kita boleh cuba untuk memahami rakan kita yang kita rasa berpotensi menjadi rakan baik kepada kita. Memahami ini termasuklah mengambil kkisah, menunjukkan perhatian dan bertolak ansur. Sekiranya rakan itu membalas dengan menindas dan memijak kepala, janganlah jadikan dia rakan baik. Kalau rakan itu memberikan respon yang baik dengan membalas perbuatan kita tanpa diharap, dia adalah sebenarnya rakan yang sejati. Semestinya kita memahami orang lain adalah dengagn cara yang iklas tanpa mengharapkan balasan dan berharap yang terbaik untuk rakan kita.

Sebenarnya, cara ini hanya boleh digunakan secara umum sahaja untuk mencari rakan sejati dan bukan sesuai dalam semua keadaan. Cara yang saya cadangan ini juga bukan pasti menjamin anda senang mencari seorang rakan yang baik tetapi mengurangkan kesukaran untuk mencari rakan karib yang boleh berkongsi dengan anda. Harapan saya, pembaca sekalian akan bertemu dengan rakan baik yang benar-benar "Baik" untuk diri pembaca sendiri. Sesungguhnya, rakan baik adalah aset yang paling beharga dan bernilai untuk diri kita seperti mana keluarga kita.

Bukan senang nak cari mereka!

12 Oktober, 2011

Jawapan pantun teka-teki

Adakah jawapan anda sama seperti yang telah saya cadangan di sini?

Bijak bestari lagi fatanah,
ilmu isap mengalahkan pendita.
Soal bahasa dijawabnya usah,
kalau tahu apa alatnya.
(Kalkulator)
Sebenarnya, alat ini sangat pantas mengira sehingga mengalahkan manusia yang berpangkat prof walaupun alat ini dicipta oleh manusia sendiri. "Soal bahasa dijawabnya usah" bermaksud alat ini tidak menjawab apa-apa soalan yang berkaitan dengan bahasa walaupun pakar dan pantas dalam pengiraan.

Jatuh menyembah ertinya hina,
terbit tinggi mulia negeri.
Jikalau tuan pencinta negara,
jawaplah soalan pemantun ini.
(Bendera)
Seperti yang kita tahu, bendera adalah salah satu lambang negara. Sekiranya bendera dikibarkan tinggi-tinggi, maka bererti mulialah negerinya. Sebaliknya, bendera itu dipijak-pijak atau dijatuhkan ke bumi, maka perbuatan itu dikatakan menghina negeri tersebut.

Adapun ciptaan yang Maha penyayang,
kebalnya mengalahkan tulang dan besi.
Tidak lut keris sang hulubalang,
tekalah teman batu sejati.
(Batu belian)
Batu ini merupakan bahan yang paling keras di bumi. Siapa penciptanya?

Bergigi enam sang jentera,
dimamah kertas tak pernah puas.
Adapun keras tubuh perkasa,
cubalah teka sejenis perkakas.
(Brailler)


Alat ini merupakan mesin menulis bagi orang buta. Alat ini diperbuat daripada besi. Jadi, saya telah masukan perkataan "Gagah" dalam pantun saya. Untuk pengetahuan, alat ini hanya mempunyai 6 titik untuk membentuk huruf, simbul, singkataan suku kata dan penanda wacana.

Tersebutlah sebuah negeri,
terlalu maju ilmu pengetahuan.
Adapun negeri tidak bertepi,
tekalah medium kepelbagaian.
(Internet) Bolehkah kita mengukur keluasan internet dalam km persegi? Internet akan menjadi sumber mencari maklumat selain berfungsi sebagai laman sosial, perniagaan dan macam-macam lagi pada peringkat global.

Panas sejuk bukan masalah,
bila disuruh buat sahaja.
Selera makan sangat dasyatlah,
apakah jentera penhancur dunia.
(Alat pendingin hawa)
Alat ini merupakan alat yang boleh menghasilkan udara sejuk. Tetapi jangan lupa bahawa enjen yang dipasang di luar primis turut menghasilkan udara panas! Pembebasan gas CFC pula merupakan elemen "penhancur dunia" kerana CFC akan menghapuskan ikatan 3 atom oksigen di lapisan Ozon. Lapisan yang menipis ini akan memberikan peluang sinaran UV masuk dengan berleluarsa!

Tersebutlah air harum kasturi,
menjadi teman orang bergaya.
Topeng kepada orang takmandi,
tekalah bahan pemikat jelita.
(Minyak wangi)
Sudah tentulah jawapan ini mudah untuk diteka.

Sudah puas teman meneka,
sudah tentu mahu jawapan.
Pintu apa yang masih terbuka,
untuk orang kembali beriman.
(Pintu taubat)
Seperti apa yang saya tahu, pintu taubat akan ditutup pada hari kiamat. Pintu ini sentiasa terbuka untuk umat manusia insaf dan terus menjauhi perbuatan keji yang diinsafkan itu.
Inilah antara jawapan yang saya cadangkan. Kalau ada yang lebih kurang dengannya, sudah tentu boleh diterima. Berjayakah anda menjawab semuanya?

06 Oktober, 2011

Pantun teka-teki

Bijak bestari lagi fatanah,
ilmu isap mengalahkan pendita.
Soal bahasa dijawabnya usah,
kalau tahu apa alatnya.

Jatuh menyembah ertinya hina,
terbit tinggi mulia negeri.
Jikalau tuan pencinta negara,
jawaplah soalan pemantun ini.

Adapun ciptaan yang Maha penyayang,
kebalnya mengalahkan tulang dan besi.
Tidak lut keris sang hulubalang,
tekalah teman batu sejati.

Bergigi enam sang jentera,
dimamah kertas tak pernah puas.
Adapun keras tubuh perkasa,
cubalah teka sejenis perkakas.

Tersebutlah sebuah negeri,
terlalu maju ilmu pengetahuan.
Adapun negeri tidak bertepi,
tekalah medium kepelbagaian.

Panas sejuk bukan masalah,
bila disuruh buat sahaja.
Selera makan sangat dasyatlah,
apakah jentera penhancur dunia.

Tersebutlah air harum kasturi,
menjadi teman orang bergaya.
Topeng kepada orang takmandi,
tekalah bahan pemikat jelita.

Sudah puas teman meneka,
sudah tentu mahu jawapan.
Pintu apa yang masih terbuka,
untuk orang kembali beriman.

Mudahkan teka-teki yang saya reka!
Jawapannya saya akan hantar pada masa yang akan datang.

05 Oktober, 2011

Sedang saya tekun membasuh pakaian

Semalam, sedang saya tekun membasuh pakaian, saya telah didatangi seorang pelajar yang ingin membasuh pakaian juga. Walau bagaimanapun, saya tidak tahu siapakah dia yang sebenarnya walaupun semua pelajar di sekolah saya telah saya kenali. Dia juga tidak memberikan sebarang klu kepada saya untuk meneka. Jadi, saya hanya terus terdiam sahaja begitu juga dia. Setelah diperhatikan lama, saya perasan bahawa dia adalah Ahmad Danial, salah seorang rakan pengendalian blog golongan OKU seperti saya. Tetapi, saya takut juga kalau-kalau orang lain. Malulah saya. Saya mengambil keputusan untuk terus mendiamkan diri.

Dalam tempoh itu, bunyi berus kami sahaja yang bertarung dalam kamar basah tersebut. Saya terus berfikir jika saya terus mendiamkan diri, sudah tentu saya tidak bercakap dengan siapa-siapa dan terus membasuh pakaian dengan melayan fikiran sendiri sahaja. Sebelum saya sempat mengambil keputusan untuk menegur Ahmad yang tidak saya pasti, dia sudah terlebih dahulu menegur saya kerana mengenali suara yang terlepas dari peti suara saya. Ternyatalah dia Ahmad Danial. Seterusnya, perbualan kami terus rancak sambil mengerjakan pakaian kotor masing-masing.

Melalui peristiwa ini, saya telah dapat melihat dengan jelas tentang sesuatu perkara. Perkara yang dimaksudkan ialah sekiranya kita tidak mahu untuk mencuba, maka kita tidak akan tahu. Mungkin sekali, kita akan dapat mencuba sesuatu yang sebenarnya sangat sesuai dengan kita jika kita melonggarkan sempadan diri kita. Siapa tahu!

Seindah kata, manfaat bersama!

Pernahkah pembaca blog meja logam membaca satu tulisan yang bertajuk usaha sama meja logam / kekasih alam? Kali ini saya ingin meneruskannya lagi. Oh, sudah tentu bukan cerita tajuk itu lagi. Sebenarnya, kerjasama ini adalah salah satu bentuk perkongsian ilmu khususnya dalam Bahasa Kebangsaan kita. Saya dan rakan saya, kekasih alam akan menerbitkan cacatan kami dengan menampilkan peribahasa beserta huraian maksudnya. Dengan cara ini, semua pembaca akan memperoleh mananfaatnya. Sudah tentu saya juga mendapat faedahnya. Saya dan rakan blogger saya akan memilih dua peribahasa (1 dari meja logam dan 1 dari kekasih alam) untuk diterbitkan dalam blog masing-masing. Kedua-dua peribahasa tersebut sudah tentu mempunyai persamaan dari pelbagai aspek. Jadi, kalau nak tahu peribahasa yang kami terbitkan, lihatlah blog saya dan blog kekasih alam. Walau bagaimanapun, kami sangat-sangat meminta maaf kerana lambat untuk menulis artikal pengenalan ini. Kami akan cuba terbitkan 2 peribahasa yang pertama secepat yang mungkin agar pembaca-pembaca sekalian tidak tertunggu-tunggu. Sebelum terlupa, kami telah bersetuju untuk memilih nama "Seindah kata, manfaat bersama" sebagai Ikon projek ini. Seindah kata merujuk kepada peribahasa yang indah sementara manfaat bersama merujuk kepada kebaikan pembaca-pembaca. Sudah tentu kami pun mendapat faedahnya. Akhir kata, anda boleh membaca pengenalan yang sama tapi berbeza di blog kekasih alam!

29 September, 2011

Meja/kerusi 2

Meja dan kerusi tidak boleh berkomunikasi secara langsung tetapi sifat riak yang ditonjolkan cukup untuk kedua-kedua pihak memahami sifat bangga diri yang melampau antara satu dengan yang lain. Meja terus dengan pendiriannya, kerusi terus dengan pendapatnya, tiada pun pihak yang berganjak dan bertolak ansur.

Tidak lama kemudian, tuan punya eset sudah datang sekali lagi dengan membawa makanan dan seorang tetamu. Kedua-dua manusia itu duduk di atas kerusi dan meletakkan makanan di atas meja.

"Kerusi yang cantik dilayan dengan hina!! Memang padan dengan nama, ciri dan fungsi." Meja bermonolog dengan bongkak sementara kerusi masih tidak faham denan bahasa meja itu.
"Kau tahu tunjuk riak, aku pun tahu! Kau makilah aku dengan bahasa meja kau, aku tak hairan kerana aku lebih diperlukan oleh manusia bukan seperti meja yang perasan hebat tetapi tidak begitu berguna." Giliran kerusi menunjukkan belangnya meninggalkan meja penuh dengan seribu tanda tanya. Apa yang pasti, kedua-duanya sedang mempromosikan diri mereka dengan bongkak.

Kalau nak layan meja dan kerusi ini, tak habislah tulisan saya! Mari kita lihat meja dan kerusi di realiti kehidupan kita pula. Meja sebenarnya lebih menjadi perhatian ramai sementara kerusi pula tidak sepopular itu. Contohnya,
"Kepada para peserta pertandingan deklamasikan sajak, sila datang ke meja pendaftaran."
Sepanjang hidup saya yang selama 18 tahun ini, saya tidak pernah dengar orang mengunakan kerusi sebagai kata ganti nama bagi kawasan pendaftaran.
"Kepada peserta pertandingan mendeklemasikan sajak, sila datang ke kerusi pendaftaran sekarang."
Pelikkan bunyinya! Di restoran pula, orang akan bertanya meja mana yang kita hendak duduk. Perkataan kerusi tidak wujudpun sedangkan bilangan kerusi lebih banyak dibandingkaqn dengan meja.

Dalam konteks kerusi, manusia seakan akan engan menyebutnya. Bukan sebab ada mejapun. Contohnya,
"Encik duduk di tempat 1.A. dalam bas Transnasional."
Perkataan kerusi kadang-kala tidak mahupun digunakan oleh manusia. Pelikkan! Dalam bas tiada meja pun tetapi kerusi kadang-kala tidak mahu disebut. Nasib baik manusia masih menggunakan istilah KERUSI untuk pilihan raya. Kalau tidak, sedihlah kerusi!

Walau bagaimanapun, kerusi lebih popular dibina. Seperti mana yang saya nyatakan, kerusi lebih banyak digunakan oleh manusia. Di dalam bas, tak ada meja. Di dalam kereta api, meja bukan keperluan. Dalam dunia orang kelainan upaya, tiada istilah meja roda untuk orang yang cacat kakinya. Itulah dia perbezaan antara kerusi dan meja.

Sesungguhnya, setiap benda mempunyai kebaikan dan keburukannya. Seperti manusia juga.
(Sekadar untuk bermain dengan fikiran sahaja.)

28 September, 2011

Gerak Gempur Bahasa Melayu dan Sejarah

Pada 24 hari bualn september, saya dan rakan tingkatan lima yang lain telah menyertai pProgram Gerak Gempur Bahasa Melayu dan Sejarah. Oh, sebenarnya pelajar tingkatan tiga pun ada dalam program yang sama. Kami bertolak pada pukul tujuh suku pagi dan bersama-sama kami, En. Fikree, Pn. Zinaida, Pn. Liana, Cik Faziha, Pn. Shuhada dan Pn. Farida. Kami yang bertolak dengan kenderaan sekolah telah tiba Laman Bestari setengah jam ke atas daripada waktu kami meninggalkan sekolah. Saya sempat tidur dengan sangat selesa di atas bas.

Setelah tiba, Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelajar tingkatan tiga dan pelajar tingkatan lima dan menuju ke tempat masing-masing. Program dimulakan dengan GerakGempur Bahasa Melayu di bawah pengurusan Puan Zinaida, Guru Bahasa Melayu merangkap Guru Panitia Bahasa di sekolah saya. Saya dan rakan-rakan setingkatan telah menerima ilmu yang berkaitan dengan teknik memjawab soalan kertas satu dan sebahagian daripada soalan kertas dua. Antara ilmu yang saya peroleh termasuklah:
Kertas 1 bahagian b
a. Isi haruslah disusun secara kronologi iaitu dimulakan dengan isi pokok soalan.
b. Isi haruslah mantap dan menepati soalan.
c. Susunan huraian yang kurang baik akan menjjejaskan markah apatah lagi untuk mendapat cemerlang.
d. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan kita dengan cara mengenal pasti isi-isi bagi setiap 5 soalan pilihan yang dibekalkan.
Kertas dua
a. Bagi soalan menentukan kesalahan Imbuhan dan ejaan serta soalan menentukan kesalahan tatabahasa dan istilah, JANGAN mengklasifikasikan kesalahan. Ini kerana klasifikasi yang salah menghilangkan markah.
b. Baca berulang kali untuk mengenal pasti kesalahan.

Ini adalah sebahagian yang saya rasa sangat penting untuk dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Pn. Zinaida juga menekankan bahawa sesuatu karangan yang baik haruslah dirangkakan dahulu (untuk mendapat gambaran awal). Karang yang cemerlang juga bukan hanya bergantung sepenuhnya dari segi bahasa tetapi juga susunan isi mengikut tema soalan.

Setelah tamat sesi yang pertama, saya dan rakan-rakan yang lain telah menyertai makan tengah hari bersama-sama rakan tingkatan 3 yang berada di Dewan Surau Terapung iaitu sebuah primis yang diperbuat daripada kayu. Apa yang unik tentangnya ialah primis ini dibina separuh berada di atas air. Lauk-pauk yang kami nikmati sangat menyelerakan tetapi sedikit pedas bagi saya!

Setelah tamatnya solat zohor, kami kembali meneruskan aktiviti kami iaitu gerak gempur subjek sejarah. Kali ini, saya tidak menggunakan komputer riba seperti gerak gempur Bahasa Melayu. Cikgu Liana, guru sejarah tingkatan 5 bestari telah mengendalikan program menimba ilmu tersebut. Cikgu Zakaria tidak turut serta kerana urusan negara katanya. Tetapi, Cikgu Zakaria tidak pernah untuk lupa datang memberi ilmu dalam kelas tambahan sejarah pada Rabu malam Khamis sekiranya tiada kenkangan. Kembali kepada gerak gempur sejarah. Cikgu Liana sekali lagi telah menekankan bahawa subjek sejarah ini boleh dipelajari dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan sejarah. Teknik ini ternyata berkesan kerana pelajar-pelajar yang mendapat A+ dalam subjek ini belajar daripada soalan-soalan yang dihantar oleh Cikgu Zakaria melalui e-mel. Selain itu, Cikgu Liana turut menyatakan bahawa terdapat beberapa bab yang popular dalam kertas SPM sejarah tetapi saya tidak mahu menyatakan bab yang mana dalam tulisan ini kerana saya sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Saya tidak mempunyai maksud bahawa Cikgu Liana menyampaikan sesuatu yang tidak benar kerana tiada guru yang mahu pelajarnya menerima kegagalan dalam peperiksaan! Melalui cara penyampaian Cikgu Liana, saya merasakan bahawa dia sangat bersungguh-sungguh mahu kami berjaya. Sudah tentu bukan beliau seorang sahaja guru yang begitu!

Setelah tamat sesi gerak gempur tersebut, kami pulang dengan ilmu pengetahuan dan kepenatan. Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk tidur di dalam bas. Secara keseluruhannya, saya berasa sangat berterima kasih kepada semua guru yang terlibat kerana merekalah saya memperoleh ilmu yang berguna. Tidak lupa juga kepada pihak sekolah yang mengizinkan kami semua menjalankan aktiviti ini di luar kawasan sekolah. Semoga ilmu yang kami peroleh ini akan kekal dalam ingatan sehingga SPM sekurang-kurangnya.
Terima kasih para guru!

27 September, 2011

Blogger Baru!

Selamat sejahtera kepada para pembaca. Baru-baru ini, saya sebuk dengan hal lain sehingga projek kerjasama kekasih alam dengan meja logam sedikit tergendala. Tapi tak apa sebab saya akan cuba untuk mencuri masa untuknya. Sebenarnya, itu bukan isi utama dalam tulisan kali ini. Merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin memperkenalkan blogger baru dalam kalangan OKU cacat penglihatan. Nama beliau Dennis Teo Wei Xiang, seorang pelajar cemerlang tingkatan 4 tahun ini. Beliau telah menamakan blognya dengan Mata Emas. Nak tahu lebih lanjut tentang tulisannya, layarilah blognya melalui laman www.mataemas.blogspot.com.


Kepada Dennis, selamat datang ke dunia maya! Oh, saya dah curi ayat Kaveinthran pula! Semuga awak akan terus memiliki minat untuk menulis dan janganlah rasa bosan dengan blog awak sendiri. Saya percaya awak boleh!

22 September, 2011

Usaha Sama Mejalogam/Kekasihalam

Selamat sejahtera kepada para pembaca. Baru-baru ini, saya dan rakan blogger saya merangkap rakan sekelas telah mengadakan satu perbincangan secara tak langsung. Rentetan daripada perbincangan tersebut, maka tercetuslah satu idea yang pada pemikiran kami adalah bernas untuk pengisian di dada laman Blog kami. Mungkin anda tertanya-tanya apa yang saya dan rakan blogger saya rancangkan. Sebenarnya, saya dan rakan blogger saya telah bersetuju untuk mengendalikan projek kerjasama antara laman blogg. Secara kasarnya, projek ini menrupakan siri rancangan penerbitan bahan yang dilakukan serentak dari dua laman blog secara berepisod. Walau bagaimanapun, setiap rancangan yang ingin dijayakan pasti berhadapan dengan pelbagai halangan dan kesulitan. Menyedari hakikat ini, saya dan rakan blogger saya telah menyemai benih harapan agar projek usaha sama kami ini bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam dan terputus di tengah jalan. Oleh hal yang demikian, sokongan padu daripada para pembaca amat kami dahagai agar kami dapat mennjayakan projek yang bakal memberikan manfaat kepada kami dan rakan-rakan pelajar yang lain kelak. Oh, mungkin untuk semua!

Nak Tahu apa projek yang dirancangkan? Nak tahu apa manfaat yang bakal kita peroleh bersama? Ikutilah laman blog http://www.mejalogam.blogspot.com & http://www.kekasihalam.blogspot.com dari semasa ke semasa untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

14 September, 2011

peperiksaan percubaan SPM!

Dalam sekelip mata sahaja, peperiksaan percubaan SPM sudah berlalu seminggu dan 3 hari. Saya telah jawab 8 daripada 9 kertas yang saya daftarkan. Susah? Tidak beberapa kalau saya membaca. Senang? Tidak beberapa juga kerana saya benar-benar kurang membaca. Hahaha!! Cara penulisan "hahaha" ini sebenarnya saya belajar daripada saudara kekasih alam. Lari tajuk lagi!

Sebenarnya, peperiksaan kali ini saya tidak berasa gementar. Barang kali bukan SPM yang sebenar. Seingat saya, PMR yang saya tempuh dahulu pun tidaklah gementar sangat tetapi, kalau menantikan keputusan yang bakal keluar, hai....! Gementar yang susah untuk diceritakan, walaupun ujian biasa dan mungkin kuiz biasa dalam kelas.

Kadang-kala, saya berasa keputusan yang saya peroleh adalah nasib. Ini kerana ilmu yang saya ada masih belum setanding dengan markah yang saya peroleh. Mungkin pendapat saya sahaja.

Saya rasa sudah sampai masanya saya berusaha untuk mencari tarikan atau pemikat untuk saya terus maju dalam pelajaran saya. Kalau boleh, saya boleh lihat rasa enak karipap pada masa hadapan dengan memakan kuih buah Melaka pada hari ini. Harap-harap saya bukan kata kosong walaupun saya banyak kali bersikap hangat-hangat tahi ayam.

Kepada rakan-rakan yang lain, saya berharap anda semua akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Jangan jadi macam saya yang HAI.....! Banyak pula saya mengumpat diri saya ini. Jangan takut semasa peperiksaan. Biar takut untuk dapat result agar tidak kelang kabut semasa menempuh peperiksaan. semuga rakan-rakan yang menempuh peperiksaan UPSR, PMR mahupun SPM akan mendapat keputusan yang padan dengan usaha, kepintaran dan ilmu yang rakan-rakan semua miliki. Rasuahlah kalau nak tambah dosa!

08 September, 2011

Makian, Tangisan dan Senyuman

Pernahkah anda mendengar orang memaki hamun atau mencarut? Bagi anda, makian mana yang paling berbisa? Maki dengan kuatkah? Maki
dengan suara garau? Maki dengan suara halus tapi dengan intonasi yang tajam dan nipis? Makian yang dihasilkan oleh seorang yang sering
mencarutkah? Makian orang yang berdarah sejukkah? Makian orang Barat, orang Timur atau yang lain? Pada saya, orang yang tidak memaki atau
mencarut melafaskannya akan mengalahkan segala carut yang ada. Mungkin makian itu seperti terpendam setelah sekian lama. Setelah bebas dari mulut, kepuasan gelombang peti suara manusia yang paling ghairah dan bererti dapat dibentuk dan mengambarkan eksprasi yang paling berkesan

Bagaimana pula dengan tangisan? Menangis yang macam mana yang paling sedih? Nangis teresak-esak, tangis yang senyap di dalam hati, tangis sebak yang kuat meraung atau tangis yang mengalirkan air mata tetapi ditapis oleh jiwa sekuat-kuatnya? Pada saya, tangis yang paling sedih ialah
tangis yang sekali-sekala, tangis yang menahan perasaan, mahu diluah tetapi tidak terkeluar, barangkali menyaksikan orang yang tersayang hilang atau mengorbankan dirinya di hadapan kita. Tangis itu lebih hebat apabila kita dapat dengar bahawa aset yang hilang itu menyatakan pesanan dan harapan kepada kita.

Tangis dalam apa jua bentuk juga sebenarnya menyedihkan hanya keadaan yang mencorakkannya lebih sedih daripada yang lain. Tetapi berbeza
dengan senyuman. Senyum yang paling bermakna dan paling gembira adalah seseorang yang memendam senyuman atau tidak gembira dalam suatu masa yang lama mengukir semula wajah agar kembali tersenyum. Pada saya, Senyuman itu paling gembira kerana berjaya menawan emosi yang mendung dan mengubahnya menjadi cuaca yang cerah-ceria.
Mangarut pula saya!!

Tak apala. Saja nak kongsi pendapat saya. Tapi, senyum yang selalu jika ditambahkan nescaya lebih bererti dan lebih gembira berbanding senyuman yang dapat mengundurkan kesedihan atau kemurungan seratus peratus. Bak kata pepatah, sedikit sedikit lama-lama jadi bukit.
(Jangan lupa, senyum pun sama konsep macam maki hamun juga!!!)

Jadi, jangan maki hamun selalu tetapi senyumlah selalu.

05 September, 2011

Sejarah hitam Concorde

Tahukah anda bahawa sejarah manusia pernah mencatatkan suatu ciptaan yang sangat mengkagumkan? Hasil tersebut mampu bergerak melebihi 2200 km per jam iaitu dua kali kelajuan bunyi. Ciptaan ini telah dinamai "Concorde", yang diberi oleh British. Paada asalnya, nama untuk kepal berkelajuan tinggi itu hanya dieja dengan C O N C O R D tetapi wokal E telah ditambahkan atas tujuan menghargai sumbangan negara perancis yang bekerja sama dengan British untuk menyempurnakan jentera pengangkutan ini. Walau bagaimana pun, kenderaan ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 2003 lagi. Sepanjang kapal terbang supersonik ini berkhidmat, terdapat satu kemalangan yang dasyat berlaku.

Trajidi dasyat yang dimaksudkan dalam sejarah Concorde ialah peristiwa Pesawat Air France 4590 Concorde terhempas di Negara Prancis iaitu di Charles de Gaulle International Airport. Peristiw ini sekaligus telah menghancurkan rekod keselamatan penerbangan Concorde yang terpelihara selama 25 tahun. Trajidi yang berlaku pada 25 Julai tahun 2000 ini telah mengorbankan 113 nyawa iaitu 100 orang penumpang, 9 kru pesawat tersebut dan 4 orang awam. Seperti yang dicatatkan dalam artikal Wikipedia, mejoriti nyawa yang terkorban adalah orang jerman iaitu seramai 96 orang daripada 100 penumpang.

Seterusnya, kita melihat peristiwa ini dengagn lebih terperinci lagi. Pesawat Air france 4590 concorde ini sebenarnya mahu membawa muatannya dari Charles de Gaulle International Airport hingga ke destinasinya iaitu John F. Kennedy International Airport di Amarika Syarakat. Pesawat yang berlepas pada 4 40 petang itu musnah hanya dalam 120 saat sahaja kerana berlaku kebakaran pada bahagian sayap kiri pesawat tersebut. Menurut pegawai yang bertugas di menara kawalan pada waktu itu, Gilles Logelin, Pesawat itu mula kelihatan terbakar di bahagian belakang sayap kiri setelah kenderaan udara itu mencapai kelajuan 328 km per saat. Beliau telah memberi isyarat kepada kepten Marty, juru terbang pesawat tersebut tetapi keadaan pada masa itu sudah tidak selamat untuk terusmemberhentikannya kerana pesawat tersebut memerlukan sekurang-kurangnya 300 km untuk berhenti sedangkan landasan pelepasan hanya tinggal 200 km sahaja. Kesannya, Kapton Marty terpaksa menerbangkan pesawat tersebut untuk mencari cara yang lain menyelamatkan keadaan ini.

Menurut ditektif siasatan, Enjin 2 pesawat tersebut telah dimatikan Kapton Marty apabila menerima isyrat daripada alat penggera yang terdapat dalam karpit. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila Enjin 1 juga kehilangan fungsi kemudiannya. Kesannya, Kapten Marty terpaksa menggunakan segala ilmu dan pengalamannya untuk mengawal keseimbangan pesawat tersebut. Cabaran juru terbang yang berumur 54 tahun itu menjadi lebih hebat apabila sayap kiri pesawat mulai cair berikutan suhu yang terlalu tinggi pada pembakaran di bahagian bawah sayap tersebut. Nasib yang seperti jatuh ditimpa tangga ini menyebabkan juru terbang antara bangsa ini terpaksa tunduk kepada takdir bahawa dia tidak mungkin selamat. Pesawat itu terhempas di Les Relais Bleus Hotel setelah hilang kawalan di atas udara.

Apakah puncanya? Mengapakah ia mesti berlaku? Siapakah yang perlu dipersalahkan? Sebuah pakatan penyasatan telah ditubuhkan untuk menyelesaikan segala persoalan yang timbul. Menurut laporan siasatan mereka, punca pembakaran adalah merupakan kesan daripada letupan tayar. Penyataan ini telah disokong dengan cebisan getah yang seberat 4.5 kg yang ditemui di tepi landasan. Kesan hentakan pada permukaan luar tangki minyak juga telah dikaitkan dengan letupan tayar tersebut. Mereka berpendapat bahawa kebakaran ini adalah diakibatkan oleh hentakan serpihan letupan getah yang bergerak pada momentom yang tinggi. Pada masa yang sama, para penyasat turut menyatakan bahawa litar pintas yang berlaku pada bahagian belakang juga menjadi pemangkin kepada pembakaran. Litar pintas tersebut dipercayai berlaku akibat daripada serpihan letupan tayar yang tersesat ke dalam sistem pengwayeran di bahagian belakang. Kombinasi keadaan ini menyebabkan Pesawat itu menjadi bebola api yang terbang. Persoalannya, Mengapakah Tayar Pesawat Air France 4590 Concorde boleh meletup pada saat-saat yang penting itu? Pihak penyasat juga berjaya menjawab persoalan tersebut. Tayar tersebut meletup dan menghasilkan gangguan kepada pesawat lain hanya kerana terpijak di atas sebatang logam yang diperbuat daripada Aloi dengan 435 mm. Menurut mereka lagi, logam itu merupakan salah satu bahagian daripada Pesawat Continental DC 10 yang berlepas 5 minit sebelum concorde itu berlepas.

Kesan daripada peristiwa itu, British Airlines dan Air france telah memberhentikan perkhidmatan penerbangan concorde untuk tujuan pengubahsuaian. Antara perubahan termasuklah dinding tangki yang lebih tahan hentakan, Taya yang lebih tahan tekanan dan sistem wayar yang lebih kukuh. Usaha-usaha ini sebenarnya adalah sebagai langkah untuk meneruskan perkhidmatan penerbangan super sonik ini dalam kalangan kita. Malangnya, kos penyelengaraan terlalu tinggi sementara permintaan untuk penerbangan tersebut semakin berkurangan. Sebagai langkah yang bijak, perkhidmatan ini telah diberhentikan. Penerbangan yang terakhir jatuh pada 24 bulan Oktober tahun 2003. Mungkin peristiwa inilah yang merupakan permulaan bagi suatu pengakhhiran riwayat perkhidmatan Concorde

Berdasarkan peristiwa ini, kita telah melihat betapa parahnya kesan sekiranya kita lalai dengan sesuatu perkara. Jadi, Marilah kita membaiki diri dengan menjauhi kelalaian. Sesungguhnya, kelalaian inilah yang akan menjahanamkan sesuatu perkara sekiranya kita sentiasa mempratikkannya.

No Body Will Know, No Body!

Terima kasih kepada Cikgu John kerana membantu membaiki tulisan saya. Kepada para pembaca, inilah short story yang saya gunakan semasa pertandingan menulis esei peringkat sekolah. Selamat membaca.

No Body Will Know
by Tan Ee Beng

Mr. Ziest is finally sealed in a brownish-black stone. At that moment, all the wizards hang a happy smile on their faces but not Ethraegn, a young wizard of about 10 or 11. The young boy is angry with everybody. He hates everyone there. Why can’t the Administration of Wizards Department stop this? Why should Mr. Ziest be punished? Many questions cloud his mind all of a sudden. Probably he is still young and do not understand many things. One thing for sure, he is sad with everything that has happened.

Ethraegn then goes to Phizard Jungle as usual to practice his magic skills. But this time, he is accompanied by the unpleasant feelings that make him unable to concentrate on what he wants to do. In the depth of his mind, he recalls the first time he met the left-handed wizard on a bright evening when he failed to handle his spell and almost fell victim to his incompetence. With excellent skills that the Mr. Ziest possessed, Ethraegn was saved from bad injury.

"Hi, little boy, are you all right?" A kind voice came out from the thin lips of an old gentleman with a beautifully carved walking stick on his left hand.
"Yes... I'm all right. Thank you for your help, Mister..."
"Mr. Ziest. And, what is your name?" He replied in a soft tone.
"I'm Ethraegn, and thank you for saving my life. I thought I was finished just now," A crooked smile appeared on the little boy's face. Both of them moved together and sat under a big tree.

Suddenly, Ethraegn remembered that he had heard the name of "Ziest" before but he could not pinpoint when and where.
"Mr. Ziest, can I ask you a question?" asked Ethraegn.
"Yes, why not!"
"You must be someone famous?" The man smiled at him. In his mind, the question sounds a little funny.
"Not really. But why do you ask it?"
"I have heard the name many times before although I had never seen the person himself."
"Ziest Yeugreet, the owner of Bright Blade magic stick." he enlightened Ethraegn.
The boy was pleasantly surprised and could only reply after a few seconds.
"Oh! I remember now! So, you are the wizard with the highest rank in Louphedia and the one who has mastered all the skills in the Louphedia Spells Book, right?"
He felt very happy sitting so close to him. The man smiled again.
"Could you be my teacher and teach me some skills? And share with me all your experience in wizardry, and...and" The boy was getting more excited.
"Slowly boy. I will tell you everthing you want to know." Ethraegn had never enjoyed a whole day like that before.

Ethraegn stops from his reverie. He looks around, clutching his magic stickfirmly. Slowly, he chants some spell and a yellow light emanates from his stick. The light strikes and burns a small tree in front of him.
"Why must he be punished? Why?" His heart cries heavily. He weakly drops onto the yellowed dry grass. The wind passes over his face and sprinkles some drops of rain on his cheeks. It is a sunny drizzle.

"Mr. Ziest! You are surrounded. You had better surrender to us. If not, you will be treated harshly." Mr. Greeskai, the captain of Special Duty Forces barked a serious warning to Mr. Ziest who had just come out from his fortress.
"What is happening, Capten Greeskai? Please explain it properly?" Mr. Greeskai’s army were standing by to launch an assault, and yet Mr. Ziest did not have a clue.

" Let me tell you some thing: You are the only one who has mastered the spell book. Nobody could do it. That means you have already exceeded the normal wizard's ability. As a result, you shall be eliminated to prevent bad things from happening to the citizens of Louphedia. And now that you already know my aim for being here, allow me to do my duty." The captain, with the help of all his followers cast magic spells to trap him but with the great powers he had acquired, Ziest managed to escaped.
"You are wrong! I am harmless. Please trust me. Although I have mastered all the spells in the book, I never use it for the wrong purpose," he tried to explain.
At that time, the three official wizards of Louphedia arrived.
"No body can confirm that. Nobody! shouted the captain. You have become a monster because your high magical abilities can destroy anything you wish. You may think it is too early for me and my army to catch you now, but how can we be sure? Perhaps your skills will be extremely developed tomorrow and then nobody can ever control your actions again. You have to give yourself up to me now!"
All the wizards nodded in agreement with the statement. Seeing that made Mr. Ziest depressed. Looks like everyone in Louphedia thinks he is harmful to the nation, although all he wanted to do was to create many good things for the people.
"If it is what you desire, just do it," Mr Ziest sighed heavily. Without mercy, he was then sealed in a brownish-black stone by the Special Duty Forces.

"Ethraegn! Ethraegn!" A voice suddenly awakens him from his trance.
"Don't be sad. It is fine," A voice he recognizes instantly stimulates his emotions. Spontaneously he turns to the source of the voice and looks at it.
"Mr Ziest! Is it you?" He cries for confirmation.
"It is not important anymore. But what captain Greeskai has done is whathe thinks is good for our nation. So, you should not be sad," replied the voice softly.
"But how? You are a kind man and I know it." Tears begin to flow like rain.
"Nobody will know that, but it’s enough that you do." The voice disappears altogether with the rain in the wind.

"Good bye, Mr Ziest."
Daya Ilham Ee Beng (dengan bantuan En. John dari segi tatabahasa dan klausa kata)

25 Ogos, 2011

Lawatan ke Muzium Negara

Pada minggu yang lalu, saya dan rakan perpustakawan telah mengadakan satu lawatan sambil belajar yang ringkas ke Muzium negara semperna Minggu Pusat Sumber sekolah. Kami seramai 18 orang pelajar dan 2 orang guru peniring telah bertolak pada kira-kira 9 pagi dengan bas sekolah. Setelah kami tiba, kami disambut oleh seorang pegawai berbangsa India di sana. Beliau sangat menjaga kami semasa kami dalam perjalanan memasuki pintu muzium dari tempat letak kereta.

Pemandangan pertama yang berjaya saya saksikan di luar muzium itu ialah sebuah kapal karam buatan manusia. Panjang kapal itu kira-kira 10 meter panjang dalam dipenuhi dengan batu-bata di dalamnya. Walau bagaimanapun, lawatan kami bukan fokus kepada kapal tersebut tetapi isi kandung yang berada dalam muzium tersebut. Sebelum kami memasuki tempat yang penuh dengan ilmu sejarah itu, kami telah diberi taklimat serta sedikit sejarah muzium itu. Tapak bangunan tersebut merupakan bekas tapak muzium Selangor. Muzium Selangor yang lama itu pernah menjadi mangsa bom semasa peperangan. Kesannya, banyak bahan arkeologi telah musnah.
Alamak, lari tajuk pula! Seterusnya, lawatan kami diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk bergerak ke 4 gereli utama yang terkandung dalam muzium yang dirasmikan pada 31 Ogos 1963. Kumpulan saya telah bergerak ke geleri kerajaan lama Melayu. Dalam geleri ini, terdapat 2 bahagian utama iaitu Kerajaan Melayu yang dipengaruhi agama Hindu-Buddha dan pengaruh agama Islam. Bukti kehadiran agama Hindu telah dibuktikan dengan kewujudan Candi Lembah Bujang. Apa yang berjaya saya dan rakan merasa ialah sebuah batu yang diperbuat daripada batu granik yang dinamai Makara, sebuah batu yang diukir dengan bermacam-macam corak seperti haiwan dan tumbu-tumbuhan. Menurut peggawai yang bertanggungjawab kepada kumpulan saya, batu itu terletak di pintu masuk rumah ibadat penganut agama Hindu.Seterusnya, kumpulan saya telah bergerak ke bahagian kedua dalam geleri tersebut iaitu kerajaan Melayu setelah kedatangan Islam. Seperti yang kita sedia tahu, Kesultanan Melayu Melakalah yang paling terkenal. Saya dan rakan-rakan yang lain berkesempatan menyentuh perahu sago iaitu perahu kecil yang membawa muatan ke tongkang atau kapal pesisir pantai yang tidak dapat sampai ke pelabuhan. Kayunya sedikit terkopak dan permukaannya kurang licin. Ia masih mempunyai corak kayu semula jadi yang terdapat di atas permukaannya. Selain itu, saya telah diberi peluang untuk melihat singahsana Sultan Melaka. Salah seorang daripada rakan saya, Kavinthran bertanya tentang fungsi 3 anak tangga di bahan yang penuh dengan sejarah itu. Pegawai yang memimpin kami telah memberi tahu bahawa anak tangga yang pertama di singgah sana adalah untuk pembesar-pembesar. Selain sementara anak tangga ke dua adalah untuk dayang-dayang yang bersedia untuk memberikan layanan kepada Sultan seperti menuangkan air atau mengipaskan sultan. Anak tangga yang ke tiga iaitu anak tangga yang tertinggi adalah untuk kera bat diraja seperti pemaisuri putera dan puteri. Kami juga berkesempatan untuk menyentuh "lela", sejenis meriam untuk meruntuhkan tembok. Badan meriam tersebut diperbuat daripada tembaga mampat dan pelurunya menggunakan batu. Tembakan dihasilkan melalui letupan belerang untuk memaksa batu (peluru) ditembak ke arah sasaran.

Untuk sesi yang seterusnya, kami telah dikumpulkan dalam satu bilik untuk sesi mengenali artifak yang telah dibawa. Bahan yang pertama yang kami sentuh ialah meriam tembaga kecil. Antara ciri utamanya adalah diperbuat daripada tembaga yang bewarna keemasan, terdapat 4 roda yang sebesar kira-kira saiz 50 sen dan lebar 2 cm, badan meriam yang panjang kira-kira 15 cm dan boleh dilaras ke atas dan ke bawah. Meriam yang sekecil ini sudah tentu tidak sesuai untuk berperang. Tetapi, ia juga boleh menembak. Bunyi tembakan yang dihasilkan adalah untuk menandakan isyarat kepada sesuatu kecemasan atau sesuatu berita. Macam locing kecemasan! Selain itu, meriam ini juga menjadi bahan untuk pertukaran seperti wang. Hebatkan.

Bahan kedua yang kami sentuh adalah bakul berduri. Bakul ini berbentuk silinder dan dindingnya penuh dengan duri. Kaum yang mengasaskannya adalah orang asli yang dikenali sebagai Temuan dan Mahmeri. Bakul itu dianyam dengan baun pandan sementara duri-duri pada dindingnya dipercayai dicucuk oleh sesuatu yang tajam dari dalam. Duri ini juga dipercayai berfungsi sebagai penghalang kepada semangat jahat yang mahu merosakkan bahan yang terletak di dalam. Tetapi bahan apa? Jawapannya, benih-benih buah.

Ada dua bahan lagi yang saya belum nyatakan. Kalau nak tahu, lihatlah blog saya walaupun saya masih kurang aktif dalam penulisan blog.

04 Ogos, 2011

ISI hati meja/kerusi

Kerusi-kerusi mewah baru sahaja dibeli oleh orang kaya dan ditempatkan di dalam ruangan makan rumah mewah tersebut. Meja makan mewah yang sudah susut nilai itu sedikit cemburu dengan permukaan kayu kerusi yang licin lagi berkilat yang ditempatkan di sekekilingnya. Walau bagaimana pun, meja tersebut kembali bangga apabila melihat tuannya duduk di atas salah satu kerusi tersebut. Dia terlalu gembira kerana secantik dan semewah mana kerusi itu, akhirnya dihinggap punggung manusia juga. Padanlah dengan ciri-ciri dan fungsi kerusi yang sepatutnya diduduk manusia. Kalau nasib tidak baik, segala kentut dan air bisul pun menjadi pengunjung kepada permukaan kerusi tersebut.

Bagi meja, (meja dalam tulisan ini sahaja) darjatnya lebihh tinggi kerana manusia menggunakan meja untuk meletakkan bahan-bahan yang berguna seperti makanan, buku yang merupakan sumber ilmu, barang kemas, bahan hiasan dan bahan lain yang lebih berdearjat dan bukan seperti punggung! Dalam peradapan manusia pun menghanggap duduk di atas meja itu dihanggap kurang sopan. Sekiranya ada kanak-kanak yang duduk di atas meja seperti Dirinya, kanak-kanak tersebut akan dihukum oleh ibu bapanya atau paling kurang dimarahi oleh mereka.
"Bukankah darjat aku lebih mulia?" (ISI hati meja)

Karusi baru sahaja ditempatkan di sekeliling meja yang sedikit lama itu. Kerusi-kerusi berasa sedikit malu kerana didampingkan dengan sebuah meja yang sudah kelihatan sedikit calar sedangkan kerusi masih baru dan berkilat. Terasa mahu maki sahaja tuannya kerana mencucukkan bunga ros di atas tahi lembu ibaratnya. Tetapi segala keangkuhan kerusi hilang serta merta setelah punggung tuannya yang lebar itu berlabuh di atas dirinya. Karusi sudah hampir terasa dirinya hina kerana dilayan sebegitu. Tetapi, apabila tuan memuji kerusi itu sangat selesa untuk diduduk, perasaan angkuhnya terbit semula.

Walau pun kerusi diduduk manusia, tetapi penggunaannya dalam kehidupan khalifa bumi ini lebih meluas. Contohnya, kerusi akan menjadi sasaran orang yang penat berjalan. Karusi juga membantu orang yang mengalami kecacatan kaki untuk bergerak. Adakah orang akan mencari meja kalau penat berjalan atau cacat kakinya? Sudah tentu tidak. Meja yang kononnya tinggi darjatnya tidak berjaya mengaplikasikan fungsinya untuk membantu manusia. Jadi, setinggi mana darjatnya sekalipun meja mungkin hanya bahan letak barang manusia dan bukan tempat bantu manusia.
"Akulah yang lebih berguna" (ISI hati kerusi)

Hargailah sementara masih ada

Selepas cuti pertengah tahun, kelas saya telah terputus bekalan elektrik dan dipercayai kesan daripada kilat yang dasyat semasa cuti sekolah. Kesan tersebut tidak tamat dalam beberapa hari tetapi berpanjangan sehingga mengambil masa 7 minggu. Puaslah lampu dan kipas berehat. Pada masa inilah kami merasai pengalaman baru iaitu ber-PNP dalam gelap dan panas. Sekiranya cuaca mendung, pelajar rabunlah yang menjadi mangsa. Sebagai manusia yang berakal, kami tidak terus duduk diam dan menunggu badan dipenuhi peluh. Kami menjalani proses pembelajaran secara nomat. Macam orang paleolitik pula.

Sepanjang tempoh tersebut, kami menyedari betapa pentingnya kipas dan lampu. Kehilangannya benar-benar terasa. Memang menjadi adat kehidupan bahawa sesuatu barang atau hidupan tidak akan dihargai sehinggalah baran atau hidupan tersebut hampir hilang atau terus hilang. Sebagai contoh, pernahkah anda mencari barang x tetapi y pula yang muncul? sebaliknya bila kita memerlukan y, x pula sibuk muncul. Dari situasi ini, barang x yang dinantikan itu hilang pada saat yang kami memerlukan tetapi bukan y. dengan erti lain, barang y tidak dihargai sangat jika dibandingkan dengan x. Walau bagaimanapun, barang y yang hilang kemudiannya terasa kepentingannya setelah menyedari kita memerlukannya. Pada masa ini, barang x tidak senilai dahulu.
Kesimpulannya, hargailah setiap apa yang kita miliki sekarang kerana apa yang kita ada mungkin akan membantu kita pada masa hadapan! Apabila tibanya saatnya nanti, anda tidak akan tercari-cari barang yang mengalamani kenaikan kepentingan untuk diri anda sendiri

02 Ogos, 2011

Selamat menempuh peperiksaan percubaan PMR

Pada hari esok, peperiksaan percubaan PMR akan dilangsungkan. Sesungguhnya, pepereksaan bukan sesuatu yang menyusahkan. tetapi sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Salah satunya adalah tiadanya kerja rumah!!! Bukankah waktu petang dan malam anda lebih lapang? Gurau sahaja.

Melalui peperiksaan, kita boleh menguji kemampuan kita dalam pengetahuan yang telah kita terima daripada para guru. Sekiranya hebat pencapaian kita, maka tidak sia-sialah titik peluh guru kita mendidik kita. Tidak ketinggalan juga usaha kita. Bak kata pepatah, apa yang ditanam, itulah hasil yang dipetik. Kepada rakan-rakan tingkatan 3 yang sudah bersedia, saya mengucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar. Kepada yang belum bersedia, ambil peluang ini untuk mengenal pasti kelemahan diri dan berusaha untuk memantapkannya. Masih belum terlewat. Akhir kata, semoga semua rakan-rakan tingkatan 3 khususnya rakan sepejuangan di SMPKS dapat menjawab dengan baik selaras dengan pengetahuan yang anda miliki.

Selamat menjawab!!!

01 Ogos, 2011

Laporan ke Genting Highland

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan satu lawatan ke Genting Highland di bawah subjek Bahasa Ingeris. Rombongan yang diketuai oleh Encik John dan disertai oleh 26 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring itu bertolak dari sekolah sekitar jam pukul 8.30 pagi dengan cuaca yang dingin. Sepanjang perjalanan, kami telah dihiburkan dengan drama yang dimainkan di dalam bas. Hampir semua pelajar gembira dan menunjukkan reaksi yang baik kepada aktiviti yang bakal kami jalankan di puncak sebuah gunung yang penuh dengan pelancong sepanjang tahun.

Kami berhenti di Genting Strawbery Leisure Farm iaitu ladang Strobari yang terbesar di Malaysia. Walaupun kami disambut dengan cuaca yang lembab, suhu di sana masih tidak terasa kesejukkannya. Barang kali tidak berada di puncak! Di pintu masuk, kami telah dipasang iaitu antara yang rabun (B2) dengan yang tidak berpenglihatan, (B1). Kami juga diberi taklimat secara ringkas tentang struktul ladang tersebut termasuklah kedudukan tandas, ladang, tempat makan dan kedai-kedai cendera mata. Setelah kami ditampal dengan pelekat atau lebih dikenali sebagai tiket masuk, kami dihalalkan masuk untuk melawat sahaja walaupun kami sebenarnya boleh memetik buah tersebut untuk dinikmati. Sudah tentulah apa yang dipetik harus dibayar mengikut berat. Setelah kami puas memandang, barulah kami diberi izin untuk memetik buah-buah tersebut. Untuk pengetahuan, setiap 100g akan dikenakan caj sebanyak 6 Ringgit Malaysia bukan Rupiaah atau Dolar Amarika. Setiap pasang dibekalkan satu bakul dan sebilah gunting untuk memetik buah tersebut.

Setelah menjelaskan bayaran, kami membawa strobari tersebut dan bergerak ke tempat makan dan duduk menikmati sarapan yang telah guru bawa bersama mereka iaitu nasi lemak sambal sotong. Ada juga antara kami yang membeli ais krim strobari (RM 2) di sana. Sesungguhnya, ianya sangat menyegarkan! Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan setelah puas makan sarapan untuk aktiviti yang seterusnya iaitu kemahiran dalam Bahasa Ingeris. Kami diberikan sebuah artikal untuk dibaca dan difahami segala isi kandungnya. Perkataan yang baharu kami belajar juga dibentangkan beserta ayat contoh sebagai salah satu cara pembelajaran.

Aktiviti diteruskan dengan membeli belah di kedai-kedai berhampiran. Tetapi harga yang ditawarkan oleh pekedai tidak beberapa sesuai dengan corak harga barangan di kawasan biasa. Barang kali sasaran pasarannya ialah orang putih yang berambut perang atau orang berjanggut tebal, beserban dan berjubah.

Perjalan kami tidak terhenti di situ. Kami berkesempatan melawat ladang cendawan. Sudah tentu kawasan tersebut gelap gelita sahaja kerana fungi tidak hidup jika bersahabat dengan matahari. Apa yang lebih menarik ialah terdapat papan tanda yang menceritakan hasiat cendawan tersebut apatah lagi namanya. Selepas itu, kami sekali lagi dihimpunkan untuk menjalanankan aktiviti yang terakhir iaitu membuat bantal dengan menggunakan benang, gabus, kain merah dan hijau dan manila kad. Seperti biasa, beberapa kumpulan telah dibentuk untuk menjalankan aktiviti tersebut. Kami diberikan tunjuk ajar sebelum melakukannya.

Sekitar jam 3 petang, kami pulang dengan kenangan yang pada saya manis. Sebenarnya, saya terasa sangat kagum dengan pengasas Genting Highland kerana berjaya membuka tanah yang sehebat ini. Saya juga kagum dengan kehebatan-Nya yang telah mencipta pemandang yang terlalu indah di lereng bukit tanah tinggi tersebut. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, kita harus bersyukur dan cuba sedaya upaya untuk memelihara keindahan ini sehingga anak cucu kita boleh merasainya. Ingat, alam sekitar ini bukan kita warisi dari nenek moyang tetapi kita pinjam dengan anak cucu kita!

Jamuan Makan Beradap

Sekolah saya telah mengadakan jamuan makan bradap buat kali ke-2 pada 28 Julai. Sudah tentu ramai tidak pasti apa sebenarnya objektif majlis

itu apatah lagi diadakan di sekolah saya yang menempatkan orang kelainan upaya seperti saya. Sebenarnya, makan beradap ini merujuk kepada

makan secara bersopan dengan mengunakan peralatan pemakanan (sudu, garfu dan pisau) yang sedang hangat digunakan oleh semua restoran yang

formal. Walaupun kami mengalami kesukaran dalam mengunakan peralatan tersebut kerana tiada sentuhan secara langsung, tetapi kami boleh

berlatih untukng menggunakannya. Sebenarnya, saya berasa hairan juga kerana ada dalam kalangaan rakan saya yang boleh memakan dengan

menggunakan sudu dan garfu tanpa menumpahkan makanan keluar daripada pinggan.

Sebenarnya, majlis ini akan diadakan sebanyak 3 kali setahun. Semua pelajar terlibat dan tidak ada pengecualian. Kami diberi penerangan tentang

majlis ini oleh ketua waden, En Ahmad Zaini sebelum memulakan santapan. Antaranya termasuklah adap susun atur peralatan memakan dan adap

semasa memakan. Kami tidak diizinkan untuk menggunakan tangan memegang makanan kerana dihanggap tidak sopan. Kami juga disuruh

kurang bersuara semasa makan dan digalakkan keluar serentak bersama-sama penghuni meja yang sama selepas meminta izin. Setelah doa makan

dibaca, kami menikmati makan yang enak di sedia terhias kemas di atas meja.

Sesungguhnya, jamuan yang memberi mananfaat kepada kita ini tidak mencapai objektifnya sekiranya kita tidak melaksanakannya mengikut

peraturan yang telah ditetapkan.

Buah Melaka dan Karipap Dalam Pinggan yang sama

Apabila sepinggan yang berisi kuih (Buah Melaka dan Karipap), kuih yang manakah yang akan anda pilih? Kalau saya, saya akan pilih untuk makan Buah Melaka terlibih dahulu dan teruskan dengan Menjamah kariPap. Tetapi kenapa? Ini kerana karipap lebih sedap jika dibandingkan dengan Buah Melaka (Pada Saya Sahaja). Saya juga ajukan soalan yang sama kepada ramai pelajar dan semua yang ditanya memberikan respon yang sama dengan saya tetapi bukan Khrisman. Walau bagaimana pun,kesemua jawapan yang mereka berikan itu bertonggakkan satu alasan iaitu kerana mereka akan habiskan makanan yang kurang menarik dahulu. Kesimpulannya, semua orang mengamalkan prinsip bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dalam pemakanan.

Jika kita kaitkan dengan kehidupan kita, kita perasan bahawa sesetengah daripada kita mengamalkan konsep bersenang-senang dahulu dan dikemudiankan dengan bersusah-susahan. Contoh yang terbaik ialah seorang pelajar malas belajar dan menjadi sampah pada masa hadapan. Mengapakah prinsip bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian tidak boleh diadaptasikan dalam kehidupan sebaliknya hanya digunakan di atas pinggan kuih yang berisi dua jenis pengisi perut sahaja?

Pada pendapat saya, ini kerana karipap dan Buah Malaka boleh dilihat dan boleh dibaya serta-merta rasa keenakkannya. Sebaaliknya, Susah senang dalam kehidupan sukar dibayangkan dan sudah tentu tidak boleh dilihat kerana sesuatu yang abstrak. Sekiranya susah senang kehidupan boleh dirasa, dilihat dan dibayangkan kesedapannya, saya percaya ramai daripada kita akan memilihh untuk melakukan kerja yang susah dahulu dan diteruskan dengan kesenangan.

Bukankah semua orang bergitu?

29 Mei, 2011

Cadangan Ahmad

Segala isi dewan mesyuarat telah mengalami satu kejutan yang amat basyat. Pengerusi mesyurat hanya ternganga-nganga setelah menerima cadangan yang agak berlainan itu. Setiausaha yagn tadinya mahu tertidur terus segar dan menjadi sirius. Tak jadi tidur pula!
"Kau biar betul, Ahmad!" Syed Mustafa mula menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap cadangan Ahmad itu. Mengeleng-geleng kepalanya.
Semua pihak menunggu keterangan daripada Ahmad berikutan daripada cadangannuya yang dihanggap mengarut itu.
"Sebenarnya, cadangan saya berasas. Ini juga akan menyebabkan syarikat kita untung! Percayalah!" Ahmad sedikit tersenyum.
"Ahmad, kau jangan main-main! Model kita juga yang menghidupkan peniagaan ini. Nanti lingkok kau nak tanggung model kami?" Anuariza sedikit beremosi semasa melafaskan kata-kata itu.
"Saya tak akan tanggung apa-apa sebab kita mesti untung punya. Apa salahnya kalau kita cuba fikir dari aspek lain! Aspek yang akan mendatangkan wang!" Ahmad kini lebih galak tersenyum.
"Tolonglah Mad, saya betul-betul tak tahu apa yang awak fikir. Mana orang nak beli kotak? Tak cukup dengan yang itu, awak kata nak gantikan penjualan komputer dengan binatang kulit yang orang tak pandang sebagai bahan jualan syarikat. Tak masuk akal" Pak Badin sudah mengeluh.
"Lagi pun, tak kan lah kita nak jual kotak sahaja? Kalau begitu, buat apa kita tubuhkan syarikat komputer ini? Tak cukup dengan yang itu, awak kata nak jual kotak harga tinggi-tinggi. Macam mana nak untung?" Ruhaiza mula mengeluarkan pendapat. Mahal pendapatnya.
"Saya tak kata kita tak keluarkan komputer. Kita cuma jual kotak kosong tetapi buat komputer sekali."komputer yang kita tawarkan kepada mereka Ahmad terus tersenyum. Adakah anda rasa nak pukul sahaja Ahmad tu?!
"Sebenarnya, kita jual kotak ni bagus. Sebabnya, ia memang bagus!" Terbahak-bahak Ahmad ketawa setelah tamat bercerita.
"Mad, jangan buat saya bertindak kasar. Awak main-main ya! Biar saya ajar awak macam mana adap dalam mesyuarat." Jusoh meradang. Membara api kemarahannya. Kalau rebus telur, nescaya masak!!!
"Sabar, Jusoh, Bawa bertenang. Sekarang saya bercakap yang sebenar. Saya sirius. Saya serius." Ahmad sudah takut dengan kemarahan orang lain!
"Sebenarnya, saya nak jual kotak. Kalau orang taknak beli, saya buat promosi. Tapi apa promosi yang boleh kita buat? Komputerlah jawapanya. Memandangkan syarikat kita menghasilkan komputer, kita boleh jadikan ia sebagai bahan perangsang kepada nafsu pembeli. Pendek kata, beli kotak RM 1000 hingga RM3000 dan percuma komputer." Ahmad kini memberi keterangan yang entah apa-apa pula.
"Habis tu apa bezanya dengan jualan kita yagn sebelum ini? Sama sahaja macam kita jual komputer." Syed Mustafa mula menyampah dengan Ahmad.
"Awak ni memang tak kenal apa itu serius dan apa itu main-main." Soleha pula berkata-kata dengan nada yang marah setelah lama terdiam. Mungkin baru putus cinta. Siapa tahu!
"Sebenarnya tak sama. Kalau kita jual komputer, komputerlah subjek utama. Kalau kita jual kotak, kotaklah subjek utama." Anda tahu apa maksudnya? Mari kita dengar apa yang dia nak cakap seterusnya.
"Ini bermakna kotak yang dijual mengalami kerosakan, pelangan boleh hantar kepada kita untuk dibaiki. Sebab kotak adalah barang yang dijual dan komputer hanya barang percuma! Bukankah worenti jualan komputer lebih merugikan kita jika dibandingkan dengan kotak? Kotak rosak, gantilah dengan yang baru, TAK RUGI BESAR!!! Kalau pelanggan worenti komputer, kita tak layan sebab itu barang percuma! Sebab barang percuma selalunya tak boleh diworenti! Baguskan cadangan saya!!!"

Aduhai! Teruk betullah Ahmad tu. Kalau benci Ahmad, tinggalkanlah komen. Jangan jadi Ruhaiza yang mahal pendapatnya!
(Hanya untuk TUJUAN menghiburkan hati sahaja. Jangan ambil serius tau!)

Fikirkanlah

Apabila manusia dilahirkan di atas muka bumi ini, manusia mempunyai kebebasannya untuk melakukan apa yang dikehendaki oleh dirinya. Pada masa yang sama, manusia tidak pandai menguruskan kebebasan yang dikurniakan. Untuk mengelakkan kebebasan ini menjadi salah satu medium penghancur keharmonian kehidupan sejagat, peraturan telah wujut sebagai satu garis pandu untuk memberi tahu manusia di manakah sempadan kebebasan yang mereka ada. Peaturan alam ini turut dikenali sebagai AGAMA.

Walau bagaimana pun, agama ini ada banyak jenis. Dari zaman pra sejarah hinggalah sekarang pun kita boleh menjumpai macam-macam jenis agama. Yang menghairankan ialah apabila manusia terlalu taksuk dengan peraturan yang dikenali sebagai agama ini sehingga mengunakannya sebagai salah satu elemen semangat assabiah. Lebih mengecewakan lagi apabila manusia sanggup membunuh sesama sendiri untuk menunjukkan kehebatan agamanya sendiri walaupun agamanya itu tidak menggalakkan peperangan.

Apabila satu pihak mula mengancam satu pihak yang lain, nescaya pihak yang diancam itu tidak membodohkan diri untuk diancam sebaliknya pihak tersebut akan mempertahankan dirinya. Apabila berlanjutan, keadaan ini, banyak nyawa terkorban dan saudara-mara si mati itu pun akan menghanggap kematian tersebut harus dibela dengan nyawa pihak yang mengancam. Kesannya, perang yang pada asalnya hanya mempertahankan hak itu menjadi perang yang emosional di mana tenteranya membawa perasaan yang bertemakan dendam ke medan petaruhan nyawa itu.

Perang berlanjutan dan dendam bertambah mendalam. Dalam tidak sedar, fakta sejarah pun bervariasi mengikut sudut pandangan pihak mereka sendiri. Hilang jugalah fakta sejarah yang sebenar! Perang tidak juga selesai walaupun banyak nyawa sudah hilang di dalam medan perang. Sehingga bila? Berapa banyak perjuangan lagi yang sia-sia? Berapa lama lagi manusia yang bergelar tentera harus mati katak bergitu sahaja? Pemimpin pula hanya menambahkan minyak di atas api yang sedia membara. Mereka hanya memandang sesuatu pekara dari aspek yang langsung tetapi ada cara dan keputusan yang lebih futuristik yang boleh mereka gunakan selaku jalan penyelesaian.

Fikirkanlah dan pertimbangkanlah apa-apa yang lebih releven dengan keadaan dan jangan sesekali bertindak mengikut perasaan dan emosi. Harus diingatkan bahawa agama bukan bahan yang menghancurkan dunia tetapi satu peraturan sempurna yang menjamin keharmonian kehidupan. Jangan salah tafsir dengan kemuliaan agama dan mencemarkan kemuliaannya dengan membunuh pihak yang tidak memberi ancaman kepada kita.

(pendapat Ee Beng semata-mata)
Betulkan saya dengan memberikan komen sekiranya catatan ini sudah keterlaluan!

Earth hour

Penasan global adalah antara masalah yang telah timbul setelah manusia tidak menjadi khalifah bumi yang sepatutnya. sebagai tanda, manusia menerima kesan ke atas masalah yang telah ditimbulkan nya oleh mereka sendiri. Walau bagaimana pun, generasi kini sedang cuba memupuk kesedaran dalam diri agar kesilapan itu tidak berlanjutan dengan melancarkan beberapa aktiviti seperti Earth Hour. Di sekolah, kami warga SMPK Setapak tidak terkecuali dengan aktiviti ini kerana sokongan kami ke atas pelaksanaannya masih panas membara dan tidak pernah putus. Kami telah menggelapkan bilik-bilik kami dan cuba merasaai nikmat dalam kegelapan (bagi mereka yang berpenglihatan sederhana sahaja). Secara tidak langsungnya, kami telah membantu sekolah menjimatkan penggunaan elektrik buat malam tersebut. Kami bermula menutup segala sumber cahaya itu sejak pukul 7 petang lagi dan menghidupkan semula pada senja keesokkan harinya. Kesanggupan kami menjalankan aktiviti ini dengan tempoh yang lebih panjang adalah kerana kami ingin menunjukkan bahawa kami sangat menyokong dan menggalakkan pelaksanaannya. Walaupun aktiviti ini hanya satu aktiviti yang mudah sahaja, tetapi ia sangat bermakna kepada kita semua kerana ini adalah antara cara untuk kita menunjukkan keprihatinan kita kepada alam sekitar.

Tukang Sapu

Pada hari Selasa yang lalu, saya telah terlanggar sampah yang dibawa oleh seorang pekerja pembersihan berbangsa Indonesia di sekolah semasa sesi persekolahan. Peristiwa ini berlaku atas kecuaian saya juga. Semasa saya berselisih dengannya, saya terlalu menghampirinya. Sejerus selepas saya memberi selamat kepadanya, saya terus telanggar plastik hitam sampah yang dibawanya. Tetapi apa yang membuatkan saya terkilan adalah dia meminta maaf yang banyak-banyak dan berulang-ulang kali serta bertanyakan saya "Adik tidak apa-apa?" kepada saya. Hal ini telah membuatkan saya terasa sedih dan sedikit terharu. Pekerja itu sebenrnya tidak bersalah pun tetapi dia bergitu menyalahkan dirinya. Peristiwa ini telah menyedarkan saya bahawa keperibadian pekerja tersebut sangat merendah diri dan bersopan santun. Jika dibandingkan dengan pegawai yang berpangkat tinggi yang sombong, saya berasa pekerja pembersih itu jauh lebih mulia walaupun dia bekerja menguruskan sampah sarap dan najis di tandas.

Sesungguhnya, tugas pembersih ini sangat berat kerana mereka harus memastikan seluruh kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih. Cuba bayangkan kalau kita membersihkan seluruh sekolah setiap hari termasuklah semua tandas tidak kira lelaki atau perempuan, guru lelaki atau guru perempuan, setiap kelas termasuk semua tingkatan, semua bilik khas di sekolah. Saya percaya ramai daripada kita kurang sanggup melakukannya kerana tugas tersebut terlalu berat. Walau bagaimanapun, mereka adalah salah satu masyarakat yang sanggup melakukan sedemikian. Mungkin ini kerana desakan kewangan yang membuatkan mereka menjadi kuat seperti yang kita lihat pada hari ini.

Melalui tulisan ini, saya berharap rakan-rakan sekolah lebih hormat kepada pekerja pembersihan ini. Mereka bukan sahaja membersihkan kekotoran yang kita hasilkan tetapi melayan kita dengan bersopan. Adakah kita harus membalas kemuliaan mereka dengan menambahkan kerja dan berat beban mereka? Saya berharap rakan-rakan SMPK cuba sedaya upaya bertindak lebih automatik apabila melihat kekotoran yang boleh kita atasi sendiri.

Teruslah bersemangat untuk bekerja wahai kakak tukang sapu!!

19 Mac, 2011

www.kekasihalam.blogspot.com

Hari ini, warga cacat penglihatan telah mempunyai rakan baru dalam aktiviti penulisan dalam blog. Namanya ialah Razlan bin Ibrahim Mukhtar. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang pintar dalam akademik dan aktif dalam kokulikulum. Kini, beliau sedang menuntut ilmu di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dan berada di tingkatan 5. Beliau seorang yang sentiasa ceria dan sangat mesra untuk berbicara. Kalau berminat untuk mengetahui tentang diri beliau dan penulisannya, bacalah blognya yang dinamai "www.kekasihalam.blogspot.com"

Kisah rumput

Petang itu, padang rumput masih penuh dengan peperangan. perang antara rumput pendek dan rumput panjang. Bukan kerana dendam tetapi cemburu. Rumput pendek sangat marah kerana rumput panjang telah menutup cahaya Mata Hari. Lalu, kesemua rumput pendek menunjukkan protest kerana hak mereka
untuk mendapat cahaya tidak boleh diabaikan bergitu sahaja.
"Kami rasa kamu, rumput panjang telah terlalu melampau." Salah sehelai rumput tua yang pendek mengetuai laungan hati rumput pendek yang lain.
"Kami juga rasa kamu telah melampau." Kali ini sehelai rumput panjang muda pula mewakili suara hati rumput panjang sekalian. Suara-suara halus, garau dan macam-macam lagi bercampur aduk membentuk kekecuhan. Sejurus selepas itu, perang pun berlakulah! Perang yang tidak seperti manusia yang banyak mengorbankan tenaga, nyawa dan sumber tetapi perang yang banyak menghabiskan air liur walaupun rumput sebenarnya tidak boleh mengeluarkan air liur.
"Rumput sekalian, kalian tolonglah bawa bertenang!" Tiba-tiba, suara belalang menguasai keadaan. Lantas, semua rumput pun berpaling ke arah belalang, pemakan rumput yang handal itu.
"Kalian dengarlah perintah hamba ini. Kalau kalian terus menjerit, penyelesaian pun akan takut dan lari. Akhirnya, penyelesaian akan merajuk dengan kalian." Entah kuasa apa yang menyebabkan sekalian rumput panjang dan pendek tidak takut kepada belalang seperti biasanya.
"Tetapi kalau kami berdiam, rumput panjang akan rampas semua cahaya. Macam mana kami nak makan?" rumput pendek marah. Suara melaung dari kedua-dua pihak kembali mencemarkan keadaan.
"Kalian bawa bertenang! Bawa bertenanglah! Jangan ikutkan perasaan!" Belalang cuba menenangkan keadaan. Belalang yang tabinya mahu bersantap pun termasuk dalam masyarakat rumput tersebut.
"Hai belalang, jika kau cukup arif, kau selesaikanlah masalah kami!" Laung suara rumput yang berada di celah-celah kekusutan suara itu. Sinis bunyinya.
"Wahai rumput sekalian, kalau bergitu, benarlah kalian tidak hendakan penyelesaian. Biarlah kalian terus bertenkar dan penyelesaian merajuk dan membawa diri." Sirus suara belalang yang termakan kata-kata suara sinis tadi.
"Habis, kau, belalang boleh panggil penyelesaian datang?" Sinis juga suara itu. Selalunya, rumput tidak berani bersindir-sindiran dengn belalang. Tetapi kali ini lain pula jadinya.
"Tak apalah, kalau itu pilihan kalian, hamba ini berundur diri sahaja." Belalang bersuara kesal bercampur hampa.
"Janganlah bergitu, belalang. Kalian rumput, berilah peluang kepada belalang." Suara garau simpati daripada pihak rumput pendek. Secara tiba-tiba, semua rumput sependapat pula. Mana-mana pihak rumput pun diam dan memberi perhatian termasuklah yang menyindir.
"Baiklah. Kalau bergitu, kalian boleh panggil semula penyelesaian." kata belalang dengan suara yang gembira.
"Apa yang harus kami buat?" Rumput panjang yang tua bersuara sejurus selepas belalang tersenyum puas. entah apa yang disenyumkannya.
"Kita bermusyawara untuk mencari penyelesaian. Apa kata kalau rumput pendek ceritakan apa yang menggangu kehidupan rumput pendek sekalian." Belalang seperti pengadil pula.
"Sebenarnya, kami tak puas hati dengan rumput panjang yang rampas cahaya daripada kami," Rumput pendek yang paling panjang meluahkan ketidakpuasan hatian.
"Kami rasa kami tidak melampau seperti mana yang digambarkan oleh rumput pendek. Cahaya itu kan barang percuma. Semua rumput boleh guna. Tak kena bayar pun. Kalau cahaya itu percuma, kenapa kami dikatakan merampas cahaya pula? tambahan pula, kalau rumput pendek nak cahaya, ambil sahajalah. Apa susah!" Rumput panjang yang paling panjang berhujah dengan rasa marah. Semua rumput panjang ghairah dan bersorak-sorak. Pada masa yang sama rumput pendek sekalian kecuh juga. kecuh kerana tidak puas hati dengan penerangan rumput panjang itu.
"Bawa bertenang, rumput-rumput sekalian." Suasana kembali aman.
"Sekarang, berilah giliran kepada rumput pendik berbicara." Belalang kembali berperanan.
Kami tidak kisah pun rumput panjang ambil cahaya tetapi bukankah melampau namanya kalau sudah masuk kawasan kami. Rumput panjang kan ada kawasan sendiri. Tapi kenapa tamak sangat sampai nak ambil cahaya di kawasan kami? Satu lagi. Kalau kata barang percuma, rumput panjang boleh habiskan tanpa mempedulikan rumput lain?" Rumput yang paling pendek pula bersuara lantang.
"Sekarang, rumput panjang yang nampak bersalah." Belalang membuat kesimpulan sendiri.
"Siapa kata kami bersalah! Dan rumput pendek sekalian! Tidak tahu sesuatu baik jangan buat macam tahu," kata rumput panjang yang paling pendek pula.
"Apa maksud kamu?" rumput pendek yang paling pendek kehairanan.
"Kalau kalian nak tahu, rumput panjang buakn sengaja nak masuk ke zon rumput pendek. Ini semua disebabkan pokok besar yang berada atas kami ini telah menutup cahaya daripada sampai kepada kami. Kalau kami tidak masuk ke zon rumput pendek, kami tak boleh hidup." Rumput panjang yang paling pendek bersuara sayu. Ada juga rumput pendek yang simpati dengan nasib rumput panjang.
"Tapi, bukankah kamu rumput panjang sudah panjang? Kalau begitu, sudah tentu kalian rumput panjang sekalian ini dapat cahaya, bukan? Sebenarnya, kerana kalian rumput panjang yang datang daripada keturunan yang kurang ajar!" Rumput pendek yang palin panjang cuba mempertahankan ideologinya.
"Kami pun sama keturunan dengan kamu,rumput pendek." Rumput panjang yang paling pendek masih bersayu-sayu suaranya.
"Habis itu kenapa kalian rumput panjang tidak seperti kami?" Belalang hanya memerhatikan keadaan itu dari tepi. Rumput pendek menyoal soalan itu tanpa berselindung.
"Ini kerana kami terpaksa berusaha lebih gigih untuk mendapat cahaya. Oleh yang demikian, kami paksa diri untuk tumbuh dengan panjang dan bukannya kami nak rampas cahaya." Rumput panjang menjawab sementara belalang menganguk tanda faham.
"Tak mungkin. Kita rumput yang sama keturunan.Macam mana kau rumput panjang boleh kata macam itu. Kalau dah sama, mesti saiz pun lebih kurang. Ini tidak. Kalian jauh lebih panjang. Inikah namanya sama KETURUNAN!!?"Rumput yang pendek masih tidak berpuas hati.
"Kan hamba sudah nyatakan tadi, kalian rumput panjang paksa diri untuk tumbuh panjang." Rumput panjang yang paling pendek membalas.
"Ah, kau pembohong!" Rumput pendek membuat hipotesis sendiri.
"Sebenarnya, kalian rumput pendek tidak nampak kami bersusah tetapi nampak kami bersenang. Kami sebenarnya tidak senang untuk panjang tetapi kerana desakan yang memaksa kami untuk meneruskan hidup dengan cahaya." Rumput panjang yang lain pula memperkukuhkan kata-kata rumput panjang yang paling pendek itu.
"Baguslah! Berusaha untuk diri sendiri dan mengambil hak orang lain!" Sinis pula Sang rumput pendek.
"Mestilah. Kami pun nak hidup juga." Kata rumput panjang yang muda.
"Hidup dengan mengorbankan rumput lainkah cara kau sekalian rumput panjang teruskan hidup?" Belalang mengangup bersetuju dengan rumput pendek pula.
"Kalau bergitu, mana penyelesaiannya?" Burung pipik menyampuk secara tiba-tiba. Belalang tersentak lalu berubah pula rentaknya. Lantas, belalang mengangakan mulutnya dan menggigit sehelai rumput panjang disisinya."Hai belalang, bukankah kau nak bantu kami cari semula penyelesaian? Ini makan kami pula!" Rumput panjang yang paling panjang kembali bersuara. Tiba-tiba, sekalian rumput pun berpaling ke arah belalang. Masing-masing dengan perasaan masing-masing. Ada yang takut, ada yang marah dan ada yang sudah bersedia untuk dimakan. Belalang tersenyum dan diikuti dengan tawa yang terlalu terbahak-bahak tanda gembira.
"Bukankah Hamba ini telah membawa kepada penyelesaian? Kalian rumput pendek mahu rumput panjang jadi pendek dan sekarang, hamba ini sedang menyeru penyelesaian kembali." Kata belalang penuh lagak.
"Kau jahanam belalang! Ini penyelesaian jenis apa! Ini tidak adil kepada Rumput panjang!" Hampir kesemua rumput panjang meradang. Yang takut berubah tidak takut pula.
"Lepas ini, hamba ini akan makan daun di pokok pula. Bila daun sudah tiada, cahaya pun sampai kepada kalian rumput panjang. Bukankah ini namanya penyelesaian?" Terang belalang sambil berpindah kepada rumput panjang yang lain.(meninggalkan rumput panjang yang sudah pendek dalam kesakitan)
"Ini tidak adil! Ini tidak adil!!!" Rumput-rumput panjang semakin amarak dengan belalang.
"Rumput pendek tak perlu buat pengorbanan tapi kami pula yang dijadikan bahan bertolak ansur. Kenapa?" sambung rumput panjang.
"Ini sebab kalian rumput tidak dapat mencari penyelesaian. Hamba hanya membantu. Kalau hamba tidak ada, nescaya kalian masih berperang." Belalang terus mengigit rumput panjang yang lain. Rumput pendek yang lain terasa marah pula.
"Hai belalang, kau jangan ambil kesempatan ke atas rumput panjang. Kau ingat kami ini bodoh! Kau hanya mahu jadikan ini sebagai alasan untuk kau makan kaum rumput seperti kami. Tidak cukup dengan itu, Kau tamak dan mahu pula makan daun pokok pula. Kau celaka belalang." Rumput pendek mula meradang. Secara tidak sengajanya rumput pendek dan panjang berkawan pula.
"Kalian rumput takguna! AKUini mahu membantu, kalian mencelakakan AKU pula. Sekarang lihat! Siapa yang celaka!" Belalang mula bertindak memakan rumput pendek dan panjang. Burung pipit hanya menyaksikan sandiwara semula jadi itu dengan hati yang suka. Suka kerana belalang yang belagak akan dimakannya nanti.