12 Disember, 2011

Secawan Neslo

Malam semalam, saya telah menelan secawan Neslo panas yang dibancuh oleh ibu sebelum beradu. Rasa air itu sungguh enak dan mengasyikkan. Tetapi saya tidak mahu menceritakan keenakkannya di sini. Sebenarnya, saya perasan sesuatu tentang air campuran susu, gula dan gandung itu. Air itu tidak bercokacak lama apabila digoncang. Tidak seperti air biasa. Tiba-tiba sahaja saya terfikir mahu kongsikan perkara ini dengan para pembaca.

Apa yang saya cuba kaitkan sebenarnya adalah orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Boleh anda teka apa yang saya cuba maksudkan? Sebenarnya, Air Neslo mengandung bahan lain yang berhasiat dan seluruh isi air nya adalah pekat. Saya ibaratkan kepekatan itu dengan ilmu pengetahuan dan cawan yang mengisinya adalah manusia. Seandainya seseorang itu berilmu, dia tidak mudah gentar apabila dicabar seperti Neslo yang kurang berkocak apabila digoncang cawannya. Sebaliknya seseorang yang rendah ilmu pengetahuannya akan takut dan gementar apabila diuji seperti air biasa yang tidak berhenti-henti berkocak.

Ini sahaja yang saya ingin kongsikan. Sebelum terlupa, Tulisan saya yang sebelum ini sebenarnya berkaitan dengan kediaman saya yang sering terganggu dengan ganguan seperti menekan loceng pintu berkali-berkali tanpa sebab, bermain bola sepak di hadapan rumah saya dan sering menendang bola masuk ke rumah. Ini belum termasuk membaling batu dan meninggalkan sampah di kawasan rumah saya.
Sekian sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan