Memaparkan catatan dengan label Karya/Creative Writing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karya/Creative Writing. Papar semua catatan

11 April, 2013

Sajak Aku Jua di penghujungnya

Adakah aku yang ego
membelakangkan mereka
dan kata aku ini masih
sihat dan tiada apa-apa?

Adakah aku yang engan
membuka tirai
mengalukan cahaya suria
sebaliknya guna dan percaya
kalimantan yang kononnya
paling terang di alam semesta?

Atau sebenarnya
adakah kau dan mereka
yang sebenarnya mahal
memberi muka, mata dan telinga
untuk aku yang dalam hati
yang sentiasa
mengimpikannya?

Sampai akhirnya,
aku jua penamatnya
bukan kau, dia dan mereka
bukan orang yang tiada kita kenal
bukan yang lain daripada diri ini.
yang punya kuasa
yang boleh memilih
untuk berlangkah susah atau mudah

Jadi biarlah aku
yang menanggungnya
tanpa menyusahkan
sesiapa.

(sekadar berkarya)

05 April, 2013

Pantun sindiran

Air tenang buaya ternganga
sesama kerbau dibaham biar
Aman damai negara tercinta
tersurat sopan tersirat liar

Jagung bayam kangkung peria
seibu sayur seanak beza
kata mereka kita Malasia
PADU UNIK berbilang bangsa

Daun kering dilihat tiada
dicampak angin masuk ke gua
Budi bahasa budaya kita
bertolak ansur PEGANGAN semua?

Mesra ceria cahaya sang suria
bertambah ceria sang rimau belang
hidup bersama masyarakat bahagia
malang malang wang yang dipandang

Hendak memecut si anak lembu
malang tubuh diikat Pak Lan
maju mesti kita maju
maju dengan tiada perubahan?

Bunga seribu akar yang satu
semuanya tiada yang tidak bermadu
berpecah lebih baik bersatu
yang musuh bukan sekutu!

(Sekadar berkarya)

01 November, 2012

Sajak Pada Takdir

Tunduklah dan patuh
kerana inilah takdir
yang sudah tetap
yang tidak berubah

Janganlah mencabar fitrah
kerana mencabar serupa
mencabar Yang Maha Esa
dan tiada manfaatnya
melainkan tulah
yang memakan roh dan jiwa.

Percaya pada takdir
jangan persoalkan
baik mahupun buruk
kerana segala-galanya
ada kerana.

Namun begitu
yang manakah takdir
yang manakah fitrah
yang manakah harus
terima diganti bantah?

Bukan naluri remaja
tetapi naluri manusia
yang lurus dibengkokkan
yang jernih dikeruhkan
yang elok diburukan
yang terang dimalapkan.

Dikurniakan akal
tetapi bernafsu
dikurniakan ilmu
tetapi buntu
diberi panduan
dipersoal sempadan
diberi ingatan
didengar hasutan

Bukan mudah
tunduk patuh
bak boneka
dan tidak mudah
menerima istilah
kerbau dicucuk hidungnya.

Juga tidak mudah
diri kita
mahupun mereka
senang menelan
takdir dan kekal
tunduk dan patuh
larangan dan sempadan
peraturan dan undang-dang.

kerana wujudnya
tidak suka tidak gemar
tidak puas tidak bebas
dan bbermacam corak
pemikiran dilema.

Keadaan
Pahit diatasi manis
pedih diatasi pelali
fakta diatasi dongeng
realiti diatasi fantasi
tidak kenal berhenti
mengusir pegangan

(Sekadar bekarya)

14 September, 2012

Tetamu Abu, Joyah

Alkisah, tersebutlah sebuah kisah entah hari berapa dan bulan berapa, di mana keluarga Pak Abu dilawati keluarga sepupunya, keluarga Mak Joyah. Maka, dikemaskanlah rumah itu bak istana gerangannya dengan hiasan bau-bauan yang indah-indah. Setelah sudah, maka tibalah Mak Joyahnya dengan anak beranak berserta laki tuanya dengan penuh tertipnya. Serba mula, Pak Abu pun berikanlah kerusi yang sedap-sedap beserta layanan VIP lakunya dengan bicara kononnya Mak Joyah penat datang berjuta pelaung jauhnya. Lagi mereka anak beranak sudahlah bersepupu dan tetamu pula. Lalu, malulah Mak Joyah dengan dilayan sedemikian rupa. Tidak berapa lamanya, manisan dan air mawar dihidanglah. Manis gula, manis di hati, tersenyum di muka, penuh berseri. Mak Joyah pun merahlah mukanya, malu-malu kucing. Lalu diperkatakanlah kepada Pak Abu yang mesra itu, "Hai Abu, tak payahla macam tu. Malulah aku. Tuan punya kerusi yang sedap ni, aku duduk. Air yang manis-manis ni, aku yang minum. Anak-beranak kau macam mana? Isteri-isteri kau macam mana? Kau pula macam mana?". Lantas tersenyum besarlah Pak Abu yang berbini tiga itu lalu berkata-kata. Begitulah bicaranya, "Tak apalah, anak-anak aku minum air biasa sudahlah. Lantai tu kan boleh duduk juga. Isteri-isteri aku tak kisah pun. Buatlah macam rumah sendiri.".
"Oh, begitu... Terima kasih lah. Abu. Aku duduk dan minum dulu ya!" Lantas, air pun diteguk dan kerusi pun diduk dan disandarlah.

Shahadan, bicaralah kononnya setahun pun berlalu sudah. Mak Joyah anak-beranak datanglah ke rumah Pak Abu. Maka, disambut mesralah oleh Pak Abu seperti masa-masa dahululah. Dilihatnya kasut dan selipar terlalu banyaklah bertempiaran. Lalu disoal Mak Joyah. Beginilah bunyinya, "Abu, rumah kau ada ttetamu lain ke?". Pak Abu pun senyumlah dengan manis lalu berkata, "Anak aku yang paling sulung dan keluarganya dah balik dari bandar. Katanya nak bercuti kat kampung.". Setelah sudah dengan berkata-kata, Mak Joyah pun disambutlah ke dalam rumah dengan mesranya. Tikar dibentang dan kuih dihidang. Air suam-suam demam bertakung bercawan-cawan dihidang bersama untuk Joyah sekeluarga. Maka, tiadalah puas hati Joyah itu dengan muka merah-merah. Lalu, diumpatlah yang duduk di kerusi yang sedap dengan air yang manis itu dengan sepenuh hatilah. Begini marahnya, "Hai celaka anak Abu, Aku juga tetamu. Bukan kau saja tetamu. Dulu, aku dapat semua tu tapi sekarang? Chis, Kerusi tu aku yang punya dan air manis tu aku yang punya!!!". Lalu dihampirilah Pak Abu lalu berkata -kata, "Hai, Joyah, maaflah, air manis dah habis. Kerusi pun tak cukup. Maaflah.". Namun, tidak mengapa di mulut joyah, panas berbahang dalam hatinya.
Begitulah mulutnya yang tidak berkata bahasa hatinya.

(Sekadar tulisan)

08 September, 2012

Sajak ingin sekali aku kembali memijak

Mungkin aku sudah
tinggi bak angkasa
jadi didukung bersama
angkuh, ego beserta bongkak.

Dahulunya,
angkasalah yang ku kejar
kerana di sana
kononnya
serupa surga yang indah lagi selesa.

Normah manusia
yang baik
bertuankan mereka
yang buruk
tinggal berbaki
kepada diri.

Kerana itulah
darat hijau berselit
biru, kuning, merah, ungu
dan mungkin emas dan perak
tiada pun hebat
bak langit angkasa
yang biru, putih dan kelabu itu.

tatkala diri itu tinggi
tinggilah jiwa setinggi langit
maka mabuk diseru arak
sebuah kejayaan.

aku berasal dari tanah
jasatku terapung disokong darat
kukuh kerana berkaki dua
ke langit sekali pun
merangkak mula
dari gumpalan
tanah begelar darat.

Aku di langit
dengan kemewahan kejayaan
terus pandang ke angkasa

Ingin sekali
aku kembali memijak
tanah yang lembut
dan menyegarkan itu.

(Sekadar berkarya)

31 Ogos, 2012

Syair Kemerdekaan

sebaya bapa seorang pemuda.
angka Lima beransur lima
Berumur lima puluh lima
merdeka sudah negara kita.

Ini negara tanah bertuah.
tak kanlah hidup sedekat dua
Kukuh kerana taat dan setia
Padu kerana berjiwa bangsa

Kibar bendera tinggi melayang
Merah putih jalur gemilang
Simbol bersatu generasi cemerlang
biru kuning raja dijulang.

Negara majmuk indah harmoni
kerana bersatu menjadi kunci
pecahnya padu negara mati
Sesudah lerai sukar dicari.

Mengapa kukuh mengapa berdaulat
mengapa aneka sehati bulat
kerana sepakat kerana muafakat
kerana aneka bukan mudarat

Selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55.
(Sekadar berkarya)

27 Julai, 2012

Cerpen: "Tidurlah sayang, hari esok masih menunggu."

"Tidurlah sayang, esok masih menunggu." Pesanan ayah yang masih tertanam dengan begitu mendalam dalam memoriku. Kini, aku sudah pun hidup separuh dekat. Kehidupan ku sudah ditemani oleh ahli baru, mengantikan ayah, ibu dan abang. ya, isteri dan anak-anak ku. Aku juga sedar bahawa aku akan tidur tidak berapa lama lagi. Tidur tanpa hari esok, tidak seperti mana yang dikatakan Ayah suatu ketika dahulu. Sekarang, aku mula memahami secebis kata yang diluahkan olehnya. Ianya begitu ermakna setelah aku tidur dan bangun pada hari esok setelah lahirnya kata-kata itu.

Ayah merupakan seorang tentera darat yang berpangkat leftenan. Beliau sungguh gagah. Tubuhnya tegap dan padad dengan ketulan otot yang berkilat. Sungguh bergaya jika berpakaian seragam dan lengkap dengan senjata. Semenjak dari kecil, beliau sering menceritakan kisah-kisah perjuangan tokoh dunia tidak kira perjuangan dari segi fizikal atau pejuangan dari segi mantal.

Ayah berkata, mereka yang sanggup berjuang adalah kerana tertanamnya perasaan ingin mengubah sesuatu. Tetapi apakah yang mendorong ke arah perubahan itu? Katanya, kasih sayang adalah salah satu daripadanya. Kerana kita sayangkan sesuatu, kita tidak mahu kehilangannya. Kerana tidak mahu kehilangannya, kita sanggup hilang kerananya. Itulah yang ayah hujahkan.

Pada malam itu, aku masih teringat wajah ayah seperti biasa, mempamirkan senyuman yang amat mesra dan menenangkan. Katanya kepada ibu yang dalam tangisan, dia akan pulang, pulang dengan kebahagian kepada keluarga. Aku masih tidak sedar apa yang bakal berlaku walaupun kata-kata itu terlebih dahulu sudah memberikan gambaran. Imbas mukalah katakan. Setelah ibu mula tenang, kami sekeluarga bersama-sama bermakan malam dengan begitu mesra, tanpa aku sedar apa yang bakal berlaku pada esok ari.

Malam itu juga, aku tidak dapat tidur lena. jadi, aku pun seperti biasa meminta ayah menceritakan kisah perjuangan tokoh dunia yang terkenal. Tetapi, kali ini, ayah mengunakan nama aku dan dikarangnya sebuah cerita. Kisah seorang anak tentera yang kelak menjadi seorang yang berjasa kepada tanah airnya. Cerita ini berbeza dengan kisah yang sebelum ini. kisah pejuang ini tidak diceritakan sampai habis. Sebaliknya, ianya berakhir dengan "tidurlah sayang, esok masih menunggu.". Ayah seperti biasa membelai rambut lembutku dan memberikan ciuman pada dahiku sebelum aku tidur. Aku lalai dengan belaiannya sehingga aku terlelap dengan begitu lena.

Esok sudah melangkah, menziarah semua penghuni yang menyedut nafas di muka bumi ini. Gelarannya bukan lagi esok tetapi hari ini. Aku telah ditinggalkan ayah. Ditinggalkan buat selama-lamanya. Aku sedih. Aku sangat sedih kerana aku masih belum puas bersama ayah. Aku masih mahu ayah melihat sendiri bahagian sambungan tokoh berjasa yang mengunakan nama aku itu. Tetapi ayah sudah tiada lagi. Sambungan itu akan dilihat oleh ibu pula, mungkin? Hari demi hari berlangkah pergi. Aku semakin dewasa dan kisah tokoh itu pun berkembang dengan rancak. Kisah itu tidak sehebat mana. Tokoh berjasa itu hanya seorang guru, pendidik bangsa yang tidak seberapa. Tetapi aku bangga dengan tokoh itu. Paling kurang, tokoh itu memberi sumbangan kepada negara.

Kata ayah benar. aku harus tidur dengan lena. Hari esok masih ada, menunggu aku untuk berjaya. Tetapi, kejayaan tokoh itu sebagai mereka yang berjasa adalah kerana keyakinan ayah. Setelah hari yang tiada esok itu tiba, aku juga akan berkata kepada anak-anak ku bahawa "tidurlah sayang, esok masih menunggu". Akan ku pulang, pulang dengan kebahagian kepada mereka.

(Sekadar berkarya)

06 Oktober, 2011

Pantun teka-teki

Bijak bestari lagi fatanah,
ilmu isap mengalahkan pendita.
Soal bahasa dijawabnya usah,
kalau tahu apa alatnya.

Jatuh menyembah ertinya hina,
terbit tinggi mulia negeri.
Jikalau tuan pencinta negara,
jawaplah soalan pemantun ini.

Adapun ciptaan yang Maha penyayang,
kebalnya mengalahkan tulang dan besi.
Tidak lut keris sang hulubalang,
tekalah teman batu sejati.

Bergigi enam sang jentera,
dimamah kertas tak pernah puas.
Adapun keras tubuh perkasa,
cubalah teka sejenis perkakas.

Tersebutlah sebuah negeri,
terlalu maju ilmu pengetahuan.
Adapun negeri tidak bertepi,
tekalah medium kepelbagaian.

Panas sejuk bukan masalah,
bila disuruh buat sahaja.
Selera makan sangat dasyatlah,
apakah jentera penhancur dunia.

Tersebutlah air harum kasturi,
menjadi teman orang bergaya.
Topeng kepada orang takmandi,
tekalah bahan pemikat jelita.

Sudah puas teman meneka,
sudah tentu mahu jawapan.
Pintu apa yang masih terbuka,
untuk orang kembali beriman.

Mudahkan teka-teki yang saya reka!
Jawapannya saya akan hantar pada masa yang akan datang.

29 September, 2011

Meja/kerusi 2

Meja dan kerusi tidak boleh berkomunikasi secara langsung tetapi sifat riak yang ditonjolkan cukup untuk kedua-kedua pihak memahami sifat bangga diri yang melampau antara satu dengan yang lain. Meja terus dengan pendiriannya, kerusi terus dengan pendapatnya, tiada pun pihak yang berganjak dan bertolak ansur.

Tidak lama kemudian, tuan punya eset sudah datang sekali lagi dengan membawa makanan dan seorang tetamu. Kedua-dua manusia itu duduk di atas kerusi dan meletakkan makanan di atas meja.

"Kerusi yang cantik dilayan dengan hina!! Memang padan dengan nama, ciri dan fungsi." Meja bermonolog dengan bongkak sementara kerusi masih tidak faham denan bahasa meja itu.
"Kau tahu tunjuk riak, aku pun tahu! Kau makilah aku dengan bahasa meja kau, aku tak hairan kerana aku lebih diperlukan oleh manusia bukan seperti meja yang perasan hebat tetapi tidak begitu berguna." Giliran kerusi menunjukkan belangnya meninggalkan meja penuh dengan seribu tanda tanya. Apa yang pasti, kedua-duanya sedang mempromosikan diri mereka dengan bongkak.

Kalau nak layan meja dan kerusi ini, tak habislah tulisan saya! Mari kita lihat meja dan kerusi di realiti kehidupan kita pula. Meja sebenarnya lebih menjadi perhatian ramai sementara kerusi pula tidak sepopular itu. Contohnya,
"Kepada para peserta pertandingan deklamasikan sajak, sila datang ke meja pendaftaran."
Sepanjang hidup saya yang selama 18 tahun ini, saya tidak pernah dengar orang mengunakan kerusi sebagai kata ganti nama bagi kawasan pendaftaran.
"Kepada peserta pertandingan mendeklemasikan sajak, sila datang ke kerusi pendaftaran sekarang."
Pelikkan bunyinya! Di restoran pula, orang akan bertanya meja mana yang kita hendak duduk. Perkataan kerusi tidak wujudpun sedangkan bilangan kerusi lebih banyak dibandingkaqn dengan meja.

Dalam konteks kerusi, manusia seakan akan engan menyebutnya. Bukan sebab ada mejapun. Contohnya,
"Encik duduk di tempat 1.A. dalam bas Transnasional."
Perkataan kerusi kadang-kala tidak mahupun digunakan oleh manusia. Pelikkan! Dalam bas tiada meja pun tetapi kerusi kadang-kala tidak mahu disebut. Nasib baik manusia masih menggunakan istilah KERUSI untuk pilihan raya. Kalau tidak, sedihlah kerusi!

Walau bagaimanapun, kerusi lebih popular dibina. Seperti mana yang saya nyatakan, kerusi lebih banyak digunakan oleh manusia. Di dalam bas, tak ada meja. Di dalam kereta api, meja bukan keperluan. Dalam dunia orang kelainan upaya, tiada istilah meja roda untuk orang yang cacat kakinya. Itulah dia perbezaan antara kerusi dan meja.

Sesungguhnya, setiap benda mempunyai kebaikan dan keburukannya. Seperti manusia juga.
(Sekadar untuk bermain dengan fikiran sahaja.)

05 September, 2011

No Body Will Know, No Body!

Terima kasih kepada Cikgu John kerana membantu membaiki tulisan saya. Kepada para pembaca, inilah short story yang saya gunakan semasa pertandingan menulis esei peringkat sekolah. Selamat membaca.

No Body Will Know
by Tan Ee Beng

Mr. Ziest is finally sealed in a brownish-black stone. At that moment, all the wizards hang a happy smile on their faces but not Ethraegn, a young wizard of about 10 or 11. The young boy is angry with everybody. He hates everyone there. Why can’t the Administration of Wizards Department stop this? Why should Mr. Ziest be punished? Many questions cloud his mind all of a sudden. Probably he is still young and do not understand many things. One thing for sure, he is sad with everything that has happened.

Ethraegn then goes to Phizard Jungle as usual to practice his magic skills. But this time, he is accompanied by the unpleasant feelings that make him unable to concentrate on what he wants to do. In the depth of his mind, he recalls the first time he met the left-handed wizard on a bright evening when he failed to handle his spell and almost fell victim to his incompetence. With excellent skills that the Mr. Ziest possessed, Ethraegn was saved from bad injury.

"Hi, little boy, are you all right?" A kind voice came out from the thin lips of an old gentleman with a beautifully carved walking stick on his left hand.
"Yes... I'm all right. Thank you for your help, Mister..."
"Mr. Ziest. And, what is your name?" He replied in a soft tone.
"I'm Ethraegn, and thank you for saving my life. I thought I was finished just now," A crooked smile appeared on the little boy's face. Both of them moved together and sat under a big tree.

Suddenly, Ethraegn remembered that he had heard the name of "Ziest" before but he could not pinpoint when and where.
"Mr. Ziest, can I ask you a question?" asked Ethraegn.
"Yes, why not!"
"You must be someone famous?" The man smiled at him. In his mind, the question sounds a little funny.
"Not really. But why do you ask it?"
"I have heard the name many times before although I had never seen the person himself."
"Ziest Yeugreet, the owner of Bright Blade magic stick." he enlightened Ethraegn.
The boy was pleasantly surprised and could only reply after a few seconds.
"Oh! I remember now! So, you are the wizard with the highest rank in Louphedia and the one who has mastered all the skills in the Louphedia Spells Book, right?"
He felt very happy sitting so close to him. The man smiled again.
"Could you be my teacher and teach me some skills? And share with me all your experience in wizardry, and...and" The boy was getting more excited.
"Slowly boy. I will tell you everthing you want to know." Ethraegn had never enjoyed a whole day like that before.

Ethraegn stops from his reverie. He looks around, clutching his magic stickfirmly. Slowly, he chants some spell and a yellow light emanates from his stick. The light strikes and burns a small tree in front of him.
"Why must he be punished? Why?" His heart cries heavily. He weakly drops onto the yellowed dry grass. The wind passes over his face and sprinkles some drops of rain on his cheeks. It is a sunny drizzle.

"Mr. Ziest! You are surrounded. You had better surrender to us. If not, you will be treated harshly." Mr. Greeskai, the captain of Special Duty Forces barked a serious warning to Mr. Ziest who had just come out from his fortress.
"What is happening, Capten Greeskai? Please explain it properly?" Mr. Greeskai’s army were standing by to launch an assault, and yet Mr. Ziest did not have a clue.

" Let me tell you some thing: You are the only one who has mastered the spell book. Nobody could do it. That means you have already exceeded the normal wizard's ability. As a result, you shall be eliminated to prevent bad things from happening to the citizens of Louphedia. And now that you already know my aim for being here, allow me to do my duty." The captain, with the help of all his followers cast magic spells to trap him but with the great powers he had acquired, Ziest managed to escaped.
"You are wrong! I am harmless. Please trust me. Although I have mastered all the spells in the book, I never use it for the wrong purpose," he tried to explain.
At that time, the three official wizards of Louphedia arrived.
"No body can confirm that. Nobody! shouted the captain. You have become a monster because your high magical abilities can destroy anything you wish. You may think it is too early for me and my army to catch you now, but how can we be sure? Perhaps your skills will be extremely developed tomorrow and then nobody can ever control your actions again. You have to give yourself up to me now!"
All the wizards nodded in agreement with the statement. Seeing that made Mr. Ziest depressed. Looks like everyone in Louphedia thinks he is harmful to the nation, although all he wanted to do was to create many good things for the people.
"If it is what you desire, just do it," Mr Ziest sighed heavily. Without mercy, he was then sealed in a brownish-black stone by the Special Duty Forces.

"Ethraegn! Ethraegn!" A voice suddenly awakens him from his trance.
"Don't be sad. It is fine," A voice he recognizes instantly stimulates his emotions. Spontaneously he turns to the source of the voice and looks at it.
"Mr Ziest! Is it you?" He cries for confirmation.
"It is not important anymore. But what captain Greeskai has done is whathe thinks is good for our nation. So, you should not be sad," replied the voice softly.
"But how? You are a kind man and I know it." Tears begin to flow like rain.
"Nobody will know that, but it’s enough that you do." The voice disappears altogether with the rain in the wind.

"Good bye, Mr Ziest."
Daya Ilham Ee Beng (dengan bantuan En. John dari segi tatabahasa dan klausa kata)

04 Ogos, 2011

ISI hati meja/kerusi

Kerusi-kerusi mewah baru sahaja dibeli oleh orang kaya dan ditempatkan di dalam ruangan makan rumah mewah tersebut. Meja makan mewah yang sudah susut nilai itu sedikit cemburu dengan permukaan kayu kerusi yang licin lagi berkilat yang ditempatkan di sekekilingnya. Walau bagaimana pun, meja tersebut kembali bangga apabila melihat tuannya duduk di atas salah satu kerusi tersebut. Dia terlalu gembira kerana secantik dan semewah mana kerusi itu, akhirnya dihinggap punggung manusia juga. Padanlah dengan ciri-ciri dan fungsi kerusi yang sepatutnya diduduk manusia. Kalau nasib tidak baik, segala kentut dan air bisul pun menjadi pengunjung kepada permukaan kerusi tersebut.

Bagi meja, (meja dalam tulisan ini sahaja) darjatnya lebihh tinggi kerana manusia menggunakan meja untuk meletakkan bahan-bahan yang berguna seperti makanan, buku yang merupakan sumber ilmu, barang kemas, bahan hiasan dan bahan lain yang lebih berdearjat dan bukan seperti punggung! Dalam peradapan manusia pun menghanggap duduk di atas meja itu dihanggap kurang sopan. Sekiranya ada kanak-kanak yang duduk di atas meja seperti Dirinya, kanak-kanak tersebut akan dihukum oleh ibu bapanya atau paling kurang dimarahi oleh mereka.
"Bukankah darjat aku lebih mulia?" (ISI hati meja)

Karusi baru sahaja ditempatkan di sekeliling meja yang sedikit lama itu. Kerusi-kerusi berasa sedikit malu kerana didampingkan dengan sebuah meja yang sudah kelihatan sedikit calar sedangkan kerusi masih baru dan berkilat. Terasa mahu maki sahaja tuannya kerana mencucukkan bunga ros di atas tahi lembu ibaratnya. Tetapi segala keangkuhan kerusi hilang serta merta setelah punggung tuannya yang lebar itu berlabuh di atas dirinya. Karusi sudah hampir terasa dirinya hina kerana dilayan sebegitu. Tetapi, apabila tuan memuji kerusi itu sangat selesa untuk diduduk, perasaan angkuhnya terbit semula.

Walau pun kerusi diduduk manusia, tetapi penggunaannya dalam kehidupan khalifa bumi ini lebih meluas. Contohnya, kerusi akan menjadi sasaran orang yang penat berjalan. Karusi juga membantu orang yang mengalami kecacatan kaki untuk bergerak. Adakah orang akan mencari meja kalau penat berjalan atau cacat kakinya? Sudah tentu tidak. Meja yang kononnya tinggi darjatnya tidak berjaya mengaplikasikan fungsinya untuk membantu manusia. Jadi, setinggi mana darjatnya sekalipun meja mungkin hanya bahan letak barang manusia dan bukan tempat bantu manusia.
"Akulah yang lebih berguna" (ISI hati kerusi)

29 Mei, 2011

Cadangan Ahmad

Segala isi dewan mesyuarat telah mengalami satu kejutan yang amat basyat. Pengerusi mesyurat hanya ternganga-nganga setelah menerima cadangan yang agak berlainan itu. Setiausaha yagn tadinya mahu tertidur terus segar dan menjadi sirius. Tak jadi tidur pula!
"Kau biar betul, Ahmad!" Syed Mustafa mula menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap cadangan Ahmad itu. Mengeleng-geleng kepalanya.
Semua pihak menunggu keterangan daripada Ahmad berikutan daripada cadangannuya yang dihanggap mengarut itu.
"Sebenarnya, cadangan saya berasas. Ini juga akan menyebabkan syarikat kita untung! Percayalah!" Ahmad sedikit tersenyum.
"Ahmad, kau jangan main-main! Model kita juga yang menghidupkan peniagaan ini. Nanti lingkok kau nak tanggung model kami?" Anuariza sedikit beremosi semasa melafaskan kata-kata itu.
"Saya tak akan tanggung apa-apa sebab kita mesti untung punya. Apa salahnya kalau kita cuba fikir dari aspek lain! Aspek yang akan mendatangkan wang!" Ahmad kini lebih galak tersenyum.
"Tolonglah Mad, saya betul-betul tak tahu apa yang awak fikir. Mana orang nak beli kotak? Tak cukup dengan yang itu, awak kata nak gantikan penjualan komputer dengan binatang kulit yang orang tak pandang sebagai bahan jualan syarikat. Tak masuk akal" Pak Badin sudah mengeluh.
"Lagi pun, tak kan lah kita nak jual kotak sahaja? Kalau begitu, buat apa kita tubuhkan syarikat komputer ini? Tak cukup dengan yang itu, awak kata nak jual kotak harga tinggi-tinggi. Macam mana nak untung?" Ruhaiza mula mengeluarkan pendapat. Mahal pendapatnya.
"Saya tak kata kita tak keluarkan komputer. Kita cuma jual kotak kosong tetapi buat komputer sekali."komputer yang kita tawarkan kepada mereka Ahmad terus tersenyum. Adakah anda rasa nak pukul sahaja Ahmad tu?!
"Sebenarnya, kita jual kotak ni bagus. Sebabnya, ia memang bagus!" Terbahak-bahak Ahmad ketawa setelah tamat bercerita.
"Mad, jangan buat saya bertindak kasar. Awak main-main ya! Biar saya ajar awak macam mana adap dalam mesyuarat." Jusoh meradang. Membara api kemarahannya. Kalau rebus telur, nescaya masak!!!
"Sabar, Jusoh, Bawa bertenang. Sekarang saya bercakap yang sebenar. Saya sirius. Saya serius." Ahmad sudah takut dengan kemarahan orang lain!
"Sebenarnya, saya nak jual kotak. Kalau orang taknak beli, saya buat promosi. Tapi apa promosi yang boleh kita buat? Komputerlah jawapanya. Memandangkan syarikat kita menghasilkan komputer, kita boleh jadikan ia sebagai bahan perangsang kepada nafsu pembeli. Pendek kata, beli kotak RM 1000 hingga RM3000 dan percuma komputer." Ahmad kini memberi keterangan yang entah apa-apa pula.
"Habis tu apa bezanya dengan jualan kita yagn sebelum ini? Sama sahaja macam kita jual komputer." Syed Mustafa mula menyampah dengan Ahmad.
"Awak ni memang tak kenal apa itu serius dan apa itu main-main." Soleha pula berkata-kata dengan nada yang marah setelah lama terdiam. Mungkin baru putus cinta. Siapa tahu!
"Sebenarnya tak sama. Kalau kita jual komputer, komputerlah subjek utama. Kalau kita jual kotak, kotaklah subjek utama." Anda tahu apa maksudnya? Mari kita dengar apa yang dia nak cakap seterusnya.
"Ini bermakna kotak yang dijual mengalami kerosakan, pelangan boleh hantar kepada kita untuk dibaiki. Sebab kotak adalah barang yang dijual dan komputer hanya barang percuma! Bukankah worenti jualan komputer lebih merugikan kita jika dibandingkan dengan kotak? Kotak rosak, gantilah dengan yang baru, TAK RUGI BESAR!!! Kalau pelanggan worenti komputer, kita tak layan sebab itu barang percuma! Sebab barang percuma selalunya tak boleh diworenti! Baguskan cadangan saya!!!"

Aduhai! Teruk betullah Ahmad tu. Kalau benci Ahmad, tinggalkanlah komen. Jangan jadi Ruhaiza yang mahal pendapatnya!
(Hanya untuk TUJUAN menghiburkan hati sahaja. Jangan ambil serius tau!)

19 Mac, 2011

Kisah rumput

Petang itu, padang rumput masih penuh dengan peperangan. perang antara rumput pendek dan rumput panjang. Bukan kerana dendam tetapi cemburu. Rumput pendek sangat marah kerana rumput panjang telah menutup cahaya Mata Hari. Lalu, kesemua rumput pendek menunjukkan protest kerana hak mereka
untuk mendapat cahaya tidak boleh diabaikan bergitu sahaja.
"Kami rasa kamu, rumput panjang telah terlalu melampau." Salah sehelai rumput tua yang pendek mengetuai laungan hati rumput pendek yang lain.
"Kami juga rasa kamu telah melampau." Kali ini sehelai rumput panjang muda pula mewakili suara hati rumput panjang sekalian. Suara-suara halus, garau dan macam-macam lagi bercampur aduk membentuk kekecuhan. Sejurus selepas itu, perang pun berlakulah! Perang yang tidak seperti manusia yang banyak mengorbankan tenaga, nyawa dan sumber tetapi perang yang banyak menghabiskan air liur walaupun rumput sebenarnya tidak boleh mengeluarkan air liur.
"Rumput sekalian, kalian tolonglah bawa bertenang!" Tiba-tiba, suara belalang menguasai keadaan. Lantas, semua rumput pun berpaling ke arah belalang, pemakan rumput yang handal itu.
"Kalian dengarlah perintah hamba ini. Kalau kalian terus menjerit, penyelesaian pun akan takut dan lari. Akhirnya, penyelesaian akan merajuk dengan kalian." Entah kuasa apa yang menyebabkan sekalian rumput panjang dan pendek tidak takut kepada belalang seperti biasanya.
"Tetapi kalau kami berdiam, rumput panjang akan rampas semua cahaya. Macam mana kami nak makan?" rumput pendek marah. Suara melaung dari kedua-dua pihak kembali mencemarkan keadaan.
"Kalian bawa bertenang! Bawa bertenanglah! Jangan ikutkan perasaan!" Belalang cuba menenangkan keadaan. Belalang yang tabinya mahu bersantap pun termasuk dalam masyarakat rumput tersebut.
"Hai belalang, jika kau cukup arif, kau selesaikanlah masalah kami!" Laung suara rumput yang berada di celah-celah kekusutan suara itu. Sinis bunyinya.
"Wahai rumput sekalian, kalau bergitu, benarlah kalian tidak hendakan penyelesaian. Biarlah kalian terus bertenkar dan penyelesaian merajuk dan membawa diri." Sirus suara belalang yang termakan kata-kata suara sinis tadi.
"Habis, kau, belalang boleh panggil penyelesaian datang?" Sinis juga suara itu. Selalunya, rumput tidak berani bersindir-sindiran dengn belalang. Tetapi kali ini lain pula jadinya.
"Tak apalah, kalau itu pilihan kalian, hamba ini berundur diri sahaja." Belalang bersuara kesal bercampur hampa.
"Janganlah bergitu, belalang. Kalian rumput, berilah peluang kepada belalang." Suara garau simpati daripada pihak rumput pendek. Secara tiba-tiba, semua rumput sependapat pula. Mana-mana pihak rumput pun diam dan memberi perhatian termasuklah yang menyindir.
"Baiklah. Kalau bergitu, kalian boleh panggil semula penyelesaian." kata belalang dengan suara yang gembira.
"Apa yang harus kami buat?" Rumput panjang yang tua bersuara sejurus selepas belalang tersenyum puas. entah apa yang disenyumkannya.
"Kita bermusyawara untuk mencari penyelesaian. Apa kata kalau rumput pendek ceritakan apa yang menggangu kehidupan rumput pendek sekalian." Belalang seperti pengadil pula.
"Sebenarnya, kami tak puas hati dengan rumput panjang yang rampas cahaya daripada kami," Rumput pendek yang paling panjang meluahkan ketidakpuasan hatian.
"Kami rasa kami tidak melampau seperti mana yang digambarkan oleh rumput pendek. Cahaya itu kan barang percuma. Semua rumput boleh guna. Tak kena bayar pun. Kalau cahaya itu percuma, kenapa kami dikatakan merampas cahaya pula? tambahan pula, kalau rumput pendek nak cahaya, ambil sahajalah. Apa susah!" Rumput panjang yang paling panjang berhujah dengan rasa marah. Semua rumput panjang ghairah dan bersorak-sorak. Pada masa yang sama rumput pendek sekalian kecuh juga. kecuh kerana tidak puas hati dengan penerangan rumput panjang itu.
"Bawa bertenang, rumput-rumput sekalian." Suasana kembali aman.
"Sekarang, berilah giliran kepada rumput pendik berbicara." Belalang kembali berperanan.
Kami tidak kisah pun rumput panjang ambil cahaya tetapi bukankah melampau namanya kalau sudah masuk kawasan kami. Rumput panjang kan ada kawasan sendiri. Tapi kenapa tamak sangat sampai nak ambil cahaya di kawasan kami? Satu lagi. Kalau kata barang percuma, rumput panjang boleh habiskan tanpa mempedulikan rumput lain?" Rumput yang paling pendek pula bersuara lantang.
"Sekarang, rumput panjang yang nampak bersalah." Belalang membuat kesimpulan sendiri.
"Siapa kata kami bersalah! Dan rumput pendek sekalian! Tidak tahu sesuatu baik jangan buat macam tahu," kata rumput panjang yang paling pendek pula.
"Apa maksud kamu?" rumput pendek yang paling pendek kehairanan.
"Kalau kalian nak tahu, rumput panjang buakn sengaja nak masuk ke zon rumput pendek. Ini semua disebabkan pokok besar yang berada atas kami ini telah menutup cahaya daripada sampai kepada kami. Kalau kami tidak masuk ke zon rumput pendek, kami tak boleh hidup." Rumput panjang yang paling pendek bersuara sayu. Ada juga rumput pendek yang simpati dengan nasib rumput panjang.
"Tapi, bukankah kamu rumput panjang sudah panjang? Kalau begitu, sudah tentu kalian rumput panjang sekalian ini dapat cahaya, bukan? Sebenarnya, kerana kalian rumput panjang yang datang daripada keturunan yang kurang ajar!" Rumput pendek yang palin panjang cuba mempertahankan ideologinya.
"Kami pun sama keturunan dengan kamu,rumput pendek." Rumput panjang yang paling pendek masih bersayu-sayu suaranya.
"Habis itu kenapa kalian rumput panjang tidak seperti kami?" Belalang hanya memerhatikan keadaan itu dari tepi. Rumput pendek menyoal soalan itu tanpa berselindung.
"Ini kerana kami terpaksa berusaha lebih gigih untuk mendapat cahaya. Oleh yang demikian, kami paksa diri untuk tumbuh dengan panjang dan bukannya kami nak rampas cahaya." Rumput panjang menjawab sementara belalang menganguk tanda faham.
"Tak mungkin. Kita rumput yang sama keturunan.Macam mana kau rumput panjang boleh kata macam itu. Kalau dah sama, mesti saiz pun lebih kurang. Ini tidak. Kalian jauh lebih panjang. Inikah namanya sama KETURUNAN!!?"Rumput yang pendek masih tidak berpuas hati.
"Kan hamba sudah nyatakan tadi, kalian rumput panjang paksa diri untuk tumbuh panjang." Rumput panjang yang paling pendek membalas.
"Ah, kau pembohong!" Rumput pendek membuat hipotesis sendiri.
"Sebenarnya, kalian rumput pendek tidak nampak kami bersusah tetapi nampak kami bersenang. Kami sebenarnya tidak senang untuk panjang tetapi kerana desakan yang memaksa kami untuk meneruskan hidup dengan cahaya." Rumput panjang yang lain pula memperkukuhkan kata-kata rumput panjang yang paling pendek itu.
"Baguslah! Berusaha untuk diri sendiri dan mengambil hak orang lain!" Sinis pula Sang rumput pendek.
"Mestilah. Kami pun nak hidup juga." Kata rumput panjang yang muda.
"Hidup dengan mengorbankan rumput lainkah cara kau sekalian rumput panjang teruskan hidup?" Belalang mengangup bersetuju dengan rumput pendek pula.
"Kalau bergitu, mana penyelesaiannya?" Burung pipik menyampuk secara tiba-tiba. Belalang tersentak lalu berubah pula rentaknya. Lantas, belalang mengangakan mulutnya dan menggigit sehelai rumput panjang disisinya."Hai belalang, bukankah kau nak bantu kami cari semula penyelesaian? Ini makan kami pula!" Rumput panjang yang paling panjang kembali bersuara. Tiba-tiba, sekalian rumput pun berpaling ke arah belalang. Masing-masing dengan perasaan masing-masing. Ada yang takut, ada yang marah dan ada yang sudah bersedia untuk dimakan. Belalang tersenyum dan diikuti dengan tawa yang terlalu terbahak-bahak tanda gembira.
"Bukankah Hamba ini telah membawa kepada penyelesaian? Kalian rumput pendek mahu rumput panjang jadi pendek dan sekarang, hamba ini sedang menyeru penyelesaian kembali." Kata belalang penuh lagak.
"Kau jahanam belalang! Ini penyelesaian jenis apa! Ini tidak adil kepada Rumput panjang!" Hampir kesemua rumput panjang meradang. Yang takut berubah tidak takut pula.
"Lepas ini, hamba ini akan makan daun di pokok pula. Bila daun sudah tiada, cahaya pun sampai kepada kalian rumput panjang. Bukankah ini namanya penyelesaian?" Terang belalang sambil berpindah kepada rumput panjang yang lain.(meninggalkan rumput panjang yang sudah pendek dalam kesakitan)
"Ini tidak adil! Ini tidak adil!!!" Rumput-rumput panjang semakin amarak dengan belalang.
"Rumput pendek tak perlu buat pengorbanan tapi kami pula yang dijadikan bahan bertolak ansur. Kenapa?" sambung rumput panjang.
"Ini sebab kalian rumput tidak dapat mencari penyelesaian. Hamba hanya membantu. Kalau hamba tidak ada, nescaya kalian masih berperang." Belalang terus mengigit rumput panjang yang lain. Rumput pendek yang lain terasa marah pula.
"Hai belalang, kau jangan ambil kesempatan ke atas rumput panjang. Kau ingat kami ini bodoh! Kau hanya mahu jadikan ini sebagai alasan untuk kau makan kaum rumput seperti kami. Tidak cukup dengan itu, Kau tamak dan mahu pula makan daun pokok pula. Kau celaka belalang." Rumput pendek mula meradang. Secara tidak sengajanya rumput pendek dan panjang berkawan pula.
"Kalian rumput takguna! AKUini mahu membantu, kalian mencelakakan AKU pula. Sekarang lihat! Siapa yang celaka!" Belalang mula bertindak memakan rumput pendek dan panjang. Burung pipit hanya menyaksikan sandiwara semula jadi itu dengan hati yang suka. Suka kerana belalang yang belagak akan dimakannya nanti.

29 Januari, 2011

kisah nasi

Kini, nasi dan lauk sudah tiba di tong sampah yang serba gelap. Sekurang-kurangnya,, tong sampah tidak pandai memilih jika dibandingkan dengan sesetengah manusia yang kurang bersyukur. Tong sampah sangat mesra. Mesra dengan sesiapa pun tidak kira busuk, kotor, buruk dan sebagainya yang telah mengalami kecacatan serta hilang nilainya. Pada waktu inilah nasi pun bercerita dengan lauk tentang kisahh hidupnya yang amat menyedihkan itu.

Pada mulanya, nasi berasal dari sawah. Nama nasi pada waktu itu bukannya nasi tetapi dipanggil padi. Semasa padi berada di bawah jagaan pesawah, padi menghangap masa depannya sangat indah walaupun pesawahnya kurang menyayanginya. Pesawahnya selalu menjerit kepadanya dengan kata-kata yang berunsur menghalau iaitu
"Wahai padi, cepatlah kau menguning supaya aku boleh jual dan dapat wang Ringgit."
Padi menyangka tuan yang menyambut kelahirannya itu akan memberi kata-kata yang baik seperti mana tuannya menyambut kelahiran anaknya sendiri. Tetapi semua itu hanya sekadar harapan sahaja. walau bagaimana pun, Padi dapat melihat pesawahnya tersenyum gembira setelah padi sudah masak dan boleh dijual.

Setelah padi diproses, namanya pun bertukar kepada beras. Kini rumahnya pun sudah bertukar dari sawah kepada gudang. Beras dibungkus dan dilebel seterusnya disusun dengan kemas. Pekerja gudang yang menguruskannya bukan sahaja tiidak pernah mengeluarkan kata-kata yang baik sebaliknya memaki hamun dan merungut bahawa beras sangat menyusahkan kerana berat. Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah apabila bungkusan padi yang telah siap dibungkus disusun dengan cara yagg agak kasar. Harapan beras sekali lagi dikecewakan. Tetapi harapan beras tidak putus bergitu sahaja. Beras masih mengharapkan kebahagiaan dalam kehidupannya.

Setelah singgah di gudang, beras yang dibungkus telah idihantar ke pasar raya untuk dijual kepada pelanggan. Pelanggan-pelanggan pula memilih beras yang dibungkus kemas untuk dijadikan makanan. Sekali lagi beras bertukar nama iaitu menjadi nasi setelah direbus dalam periuk. Kali ini,, nasi berasa dia akan menikmati kebahagiaan dengan dihargai oleh manusia. Wajah-wajah yang menuju ke ruangan makan semuanya menampilkan kegembiraan. Setelah sampai di meja makan, mereka-mereka yang tersenyum tadi berubah secara drastik dengan menunjukkan wajah yang kurang suka. Ada antara mereka yang mengeluh dan ada juga yang menghina tetapi bukan kepada nasi. Makian dan hinaan itu diteju kepada lauk yang menjadi dampingan nasi semasa santapan. Kesannya secara tidak langsung telah mengakibatkan nasi turut dibuang bersama-sama lauk. Akhirnya, nasi habiskan hidupnya dengan tidak dipandang dan dihargai.
Setelah nasi habis bercerita, lauk dan tong sampah pun memujuk nasi supaya tidak bersusah hati. Nasi sebenarnya ditemani oleh banyak sahabat lain seperti tin, biskut, bekas makanan dan macam-macam lagi sampah yang lain.

Sebenarnya, bukan semua manusia tidak menghargai nasi tetapi hanya sesetengah manusia yang kurang senang dengan memberi kebahagiaan kepada nasi.