04 Ogos, 2011

ISI hati meja/kerusi

Kerusi-kerusi mewah baru sahaja dibeli oleh orang kaya dan ditempatkan di dalam ruangan makan rumah mewah tersebut. Meja makan mewah yang sudah susut nilai itu sedikit cemburu dengan permukaan kayu kerusi yang licin lagi berkilat yang ditempatkan di sekekilingnya. Walau bagaimana pun, meja tersebut kembali bangga apabila melihat tuannya duduk di atas salah satu kerusi tersebut. Dia terlalu gembira kerana secantik dan semewah mana kerusi itu, akhirnya dihinggap punggung manusia juga. Padanlah dengan ciri-ciri dan fungsi kerusi yang sepatutnya diduduk manusia. Kalau nasib tidak baik, segala kentut dan air bisul pun menjadi pengunjung kepada permukaan kerusi tersebut.

Bagi meja, (meja dalam tulisan ini sahaja) darjatnya lebihh tinggi kerana manusia menggunakan meja untuk meletakkan bahan-bahan yang berguna seperti makanan, buku yang merupakan sumber ilmu, barang kemas, bahan hiasan dan bahan lain yang lebih berdearjat dan bukan seperti punggung! Dalam peradapan manusia pun menghanggap duduk di atas meja itu dihanggap kurang sopan. Sekiranya ada kanak-kanak yang duduk di atas meja seperti Dirinya, kanak-kanak tersebut akan dihukum oleh ibu bapanya atau paling kurang dimarahi oleh mereka.
"Bukankah darjat aku lebih mulia?" (ISI hati meja)

Karusi baru sahaja ditempatkan di sekeliling meja yang sedikit lama itu. Kerusi-kerusi berasa sedikit malu kerana didampingkan dengan sebuah meja yang sudah kelihatan sedikit calar sedangkan kerusi masih baru dan berkilat. Terasa mahu maki sahaja tuannya kerana mencucukkan bunga ros di atas tahi lembu ibaratnya. Tetapi segala keangkuhan kerusi hilang serta merta setelah punggung tuannya yang lebar itu berlabuh di atas dirinya. Karusi sudah hampir terasa dirinya hina kerana dilayan sebegitu. Tetapi, apabila tuan memuji kerusi itu sangat selesa untuk diduduk, perasaan angkuhnya terbit semula.

Walau pun kerusi diduduk manusia, tetapi penggunaannya dalam kehidupan khalifa bumi ini lebih meluas. Contohnya, kerusi akan menjadi sasaran orang yang penat berjalan. Karusi juga membantu orang yang mengalami kecacatan kaki untuk bergerak. Adakah orang akan mencari meja kalau penat berjalan atau cacat kakinya? Sudah tentu tidak. Meja yang kononnya tinggi darjatnya tidak berjaya mengaplikasikan fungsinya untuk membantu manusia. Jadi, setinggi mana darjatnya sekalipun meja mungkin hanya bahan letak barang manusia dan bukan tempat bantu manusia.
"Akulah yang lebih berguna" (ISI hati kerusi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan