Sekolah saya telah mengadakan jamuan makan bradap buat kali ke-2 pada 28 Julai.  Sudah tentu ramai tidak pasti apa sebenarnya objektif majlis 
itu apatah lagi diadakan di sekolah saya yang menempatkan orang kelainan upaya seperti saya.  Sebenarnya, makan beradap ini merujuk kepada 
makan secara bersopan dengan mengunakan peralatan pemakanan (sudu, garfu dan pisau) yang sedang hangat digunakan oleh semua restoran yang 
formal.  Walaupun kami mengalami kesukaran dalam mengunakan peralatan tersebut kerana tiada sentuhan secara langsung, tetapi kami boleh 
berlatih untukng menggunakannya.  Sebenarnya, saya berasa hairan juga kerana ada dalam kalangaan rakan saya yang boleh  memakan dengan 
menggunakan sudu dan garfu tanpa menumpahkan makanan keluar daripada pinggan.  
Sebenarnya, majlis ini akan diadakan sebanyak 3 kali setahun.  Semua pelajar terlibat dan tidak ada pengecualian.  Kami diberi penerangan tentang 
majlis ini oleh ketua waden, En Ahmad Zaini sebelum memulakan santapan.  Antaranya termasuklah adap susun atur peralatan memakan dan adap 
semasa memakan.  Kami tidak diizinkan untuk menggunakan tangan memegang makanan kerana dihanggap tidak sopan.  Kami juga disuruh 
kurang bersuara semasa makan dan digalakkan keluar serentak bersama-sama penghuni meja yang sama selepas meminta izin.  Setelah doa makan 
dibaca, kami menikmati makan yang enak di sedia terhias kemas di atas meja.  
Sesungguhnya, jamuan yang memberi mananfaat kepada kita ini tidak mencapai objektifnya sekiranya kita tidak melaksanakannya mengikut 
peraturan yang telah ditetapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan