04 Ogos, 2011

Hargailah sementara masih ada

Selepas cuti pertengah tahun, kelas saya telah terputus bekalan elektrik dan dipercayai kesan daripada kilat yang dasyat semasa cuti sekolah. Kesan tersebut tidak tamat dalam beberapa hari tetapi berpanjangan sehingga mengambil masa 7 minggu. Puaslah lampu dan kipas berehat. Pada masa inilah kami merasai pengalaman baru iaitu ber-PNP dalam gelap dan panas. Sekiranya cuaca mendung, pelajar rabunlah yang menjadi mangsa. Sebagai manusia yang berakal, kami tidak terus duduk diam dan menunggu badan dipenuhi peluh. Kami menjalani proses pembelajaran secara nomat. Macam orang paleolitik pula.

Sepanjang tempoh tersebut, kami menyedari betapa pentingnya kipas dan lampu. Kehilangannya benar-benar terasa. Memang menjadi adat kehidupan bahawa sesuatu barang atau hidupan tidak akan dihargai sehinggalah baran atau hidupan tersebut hampir hilang atau terus hilang. Sebagai contoh, pernahkah anda mencari barang x tetapi y pula yang muncul? sebaliknya bila kita memerlukan y, x pula sibuk muncul. Dari situasi ini, barang x yang dinantikan itu hilang pada saat yang kami memerlukan tetapi bukan y. dengan erti lain, barang y tidak dihargai sangat jika dibandingkan dengan x. Walau bagaimanapun, barang y yang hilang kemudiannya terasa kepentingannya setelah menyedari kita memerlukannya. Pada masa ini, barang x tidak senilai dahulu.
Kesimpulannya, hargailah setiap apa yang kita miliki sekarang kerana apa yang kita ada mungkin akan membantu kita pada masa hadapan! Apabila tibanya saatnya nanti, anda tidak akan tercari-cari barang yang mengalamani kenaikan kepentingan untuk diri anda sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan