02 Ogos, 2011

Selamat menempuh peperiksaan percubaan PMR

Pada hari esok, peperiksaan percubaan PMR akan dilangsungkan. Sesungguhnya, pepereksaan bukan sesuatu yang menyusahkan. tetapi sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Salah satunya adalah tiadanya kerja rumah!!! Bukankah waktu petang dan malam anda lebih lapang? Gurau sahaja.

Melalui peperiksaan, kita boleh menguji kemampuan kita dalam pengetahuan yang telah kita terima daripada para guru. Sekiranya hebat pencapaian kita, maka tidak sia-sialah titik peluh guru kita mendidik kita. Tidak ketinggalan juga usaha kita. Bak kata pepatah, apa yang ditanam, itulah hasil yang dipetik. Kepada rakan-rakan tingkatan 3 yang sudah bersedia, saya mengucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar. Kepada yang belum bersedia, ambil peluang ini untuk mengenal pasti kelemahan diri dan berusaha untuk memantapkannya. Masih belum terlewat. Akhir kata, semoga semua rakan-rakan tingkatan 3 khususnya rakan sepejuangan di SMPKS dapat menjawab dengan baik selaras dengan pengetahuan yang anda miliki.

Selamat menjawab!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan