Memaparkan catatan dengan label Budaya/Culture. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Budaya/Culture. Papar semua catatan

07 Februari, 2015

Memulakan Permainan Go

Pelihara Tradisi, Tegakkan Identity.

Dalam tulisan kali ini, saya akan menyambung cerita tentang Go, sebuah sukan minda yang sudah saya tulis sekiaan lama dahulu.  DI atas medan perang bertitik 361 itu, anda bukan sahaja mempunyai motif utama iaitu mengepung musuh dan membentuk tanah jajahan tetapi juga memusnahkan strategi penjajahan pihak lawan.  Apa  yang anda perlu adalah meneliti setuasi di atas papan secara menyeluruh sebelum meletakkan batu anda sendiri.  Ops, mungkin Benih lebih sedip di dengar jika dibandingkan dengan batu.

Untuk pengetahuan, sekali kita melepaskan benih kita daripada sentuhan maka, benih itu akan  berposisi di situ sehinggalah permainan itu tamat.  Namun, benih itu boleh dikeluarkan daripada papan jika ia ditawan.  Cara untuk menawan benih adalah dengan mengisi semua tempat kosong yang berada di sekeliling benih tersebut.  Tempat kosong ini diistilahkan sebagai "liberty" dan dipanggil "Chi" dalam Bahasa Manderin.  Dalam tulisan ini, saya akan menggunakan istilah Nafas untuk mewakili tempat kosong tersebut. 

Sebelum memulakan permainan Go, kita harus memberi hormat kepada pihak lawan kita dengan menundukkan kepala.  Seterusnya, process untuk menentukan siapa yang memulakan langkah yang pertama pun bermula.  Proses ini bermula dengan salah seorang mengengam benih putih dan ditempatkan di atas papan tanpa dilihat oleh pihak lawan tentang bilangannya.  Permain yang seorang lagi pun perlu meneka dengan mengam satu (ganjil) atau dua (genap) benih hitam untuk meneka sama ada benih putih yang berada dalam gengaman itu bernombor genap atau ganjil. Sekiranya tekaannya tepat, maka dia akan mendapat giliran yang pertama (menggunakan benih hitam).   Selain ditawarkan gilaran pertama, pihak yang tepat meneka itu juga diberikan pilihan untuk menggunakan benih putih jika dia tidak mahu menggunakan benih hitam (gilaran pertama).  Namun, keadaan ini jarang sekali dipraktikkan.  Seterusnya, kedua-dua permain akan menempatkan satu benih dalam satu giliran sehinggalah kedua-dua pihak memberikan giliran (pass) mereka kepada pihak lawan. Permainan pun tamat dan process kira kira pun berlaku.  Setelah kedua-dua pihak menyetujui dan berpuas hati dengan kiraan yang diputuskan, maka pihak yang menang akan diistiharkan.

Untuk menentukan pemenang, kita akan mengira berapa tempat kosong yang dijajah dan berapa benih yang ditawan, dan seterusnya membandingkan markah yang telah diperoleh kedua-dua pihak.  Pihak yang mempunyai markah yang lebih banyak dikira sebagai pemenang.
Memandangkan sesiapa yang memiliki gilaran pertama (bermain sebagai Benih hitam) mempunyai kebaikan yang lumayan, maka sesiapa yang memiliki benih putih akan mendapat markah ganti rugi sebanyak 5.5 sehinggalah 8.5, bergantung kepada peraturan dan saiz papan. Markah ganti rugi ini tidak digunakan pada zaman dahulu tetapi ramai permain profesional cenderung untuk menang dengan menggunakan benih hitam. Untuk menyelasaikan masalah ini, peraturan Go pun diubah dari semasa ke semasa sehinggalah apa yang kita gunakan hari ini. 

Berbalik kepada process menawan benih. sekiranya terdapat satu benih ditempatkan di tengah tengah papan 3 kali 3 atau berkoordinasi (2,2), maka benih itu akan mempunyai 4 nafas iaitu petak yang berada di timur, barat, Utara dan selatannya (koordinasi 1.2, 2.1, 3.2 dan 2.3).
Secara ringkasnya, nafas ini merupakan tempat kosong bersebelahan dengan benih. Tempat kosong ini tidak termasuk benih yang terletak di posisi diagonal.  Hanya benih yang berkedudukan rurus atau melingtang bersebelahan dengan mangsa tawaran diambil kira.  Satu atau sekumpulan benih akan dikira mati / ditawan ababila kesemua nafas telah diisi pihak musuh.

Dalam tulisan yang akan datang, kita akan melihat tentang kumpulan hidup atau mati. Bersambung lagi.

(Sekadar Berkongsi)

22 Januari, 2015

Erhu : Alat Muzik yang Bersaudara-mara

Pelihara Tradisi, Teggakkan Identity

Tahukah anda bahawa erhu mempunyai beberapa saudara seperti mana violin? Dalam sebuah orchestra, kategori String  instrument sahaja sudah mempunyai 4 jenis alat music yang berbeza iaitu violin, viola, cello dan double bass untuk menghasilkan kombinasi harmonik yang memukau telinga.  Dalam orchestra Cina pula, kita akan mempunyai erhu, zhong hu, Gaohu dan kadang kalanya banhu, jinghu dan beberapa alat yang lain (i.e. bergantung kepada music yang akan dimainkan).  Apa yang membezakan "hu " ini adalah kenyaringannya.  Gaohu mempunyai key yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan erhu.  Zhonghu pula jauh lebih rendah berbanding erhu.  Jadi, alat alat ini akan dapat menghasilkan kombinasi yang menarik apabila dimainkan bersama. 

Saya sendiri tidak beberapa pandai bermain gaohu dan zhonghu kerana teknik bermain alat alat ini berbeza.  Sebagai contoh, Zhonghu memerlukan tenaga yang lebih kuat untuk menghasilkan nada yang stabil.  Gaohu pula memerlukan tenaga yang sedikit tetapi tegas untuk mengekalkan kejelasan bunyi.  Kedua-dua alat memerlukan kecekapan yang tertentu untuk memanipulasi tenaga tangan kanan kita untuk menghasilkan output yang terbaik.  Tidak sama seperti Erhu, Zhonghu mempunyai nada yang dalam dan sangat sesuai untuk memainkan lagu yang bernada sedih.  Malah, bunyi yang dihasilkan seperti menangis bak kata cikgu saya.  Peti bunyinya pula lebih besar saiznya.  Ini bermakna ia menggunakan kulat ular sawa yang lebih besar.  Selalunya, alat ini lebih berat dan talinya juga lebih tebal.  Gaohu pula mempunyai nada yang tinggi dan bunyinya mirip violin.  nadanya lebih tajam dan jelas; dan ini menjadikannya sengat sukar untuk melindung sebarang kesilapan semasa bermain.  Peti bunyinya lebih kecil dan saya percaya talinya juga lebih nipis.  Kedua-dua alat ini (zhonghu dan gaohu) akan dilaras pada "tune" asas pada D (Tali luar) dan G (Tali dalam).  Banhu pula tidak menggunakan kulat sawa seperti mana erhu, gaohu dan zhonghu.  sebaliknya, ia dihasilkan menggunakan kayu dan papan.  "tune" asasnya sama seperti erhu iaitu menggunakan note A (tali luar) dan D (tali dalam) dan bunyinya lebih tajam dan nyaring jika dibandingkan dengan gaohu.  Seperti Gaohu, alat ini sukar dikawal bunyinya.  Fizikalnya pula lebih pendek jika dibandingkan dengan erhu, zhonghu dan Gaohu.  Malah, busur yang digunakan juga berbeza. 

Kesemua "hu" yang saya nyatakan tadi pernah saya main tetapi bukan jinghu dan yang lain-lain memandangkan bilik muzik di kolej tidak mempunyai alat alat tersebut.  Jika ada peluang, saya akan tangkap beberapa gambar alat ini untuk tatapan bersama:)

(Sekadar Berkongsi)

19 September, 2014

Go; Sebuah permainan intelektual

Pelihara Tradisi, Teggakkan Identity

Apa khabar kepada semua pembaca sekalian? Sedar tidak sedar, sudah lebih kurang dua bulan saya tidak menulis apa-apa yang baharu di sini.  Oh, segmen ini juga agak lama saya tinggalkan tanpa apa-apa pembaharuan.  Saya masih ingat lagi entri terakhir segmen ini berkaitan dengan violin China iaitu Erhu.  Tetapi kali ini, saya akan memperkenalkan benda lain pulak.  Sebelum bercerita dengan lebih lanjut, benda ini dikatakan sudah wujud kira-kira 4000 tahun dahulu, berasal dari Tanah Besar China.  Ianya bukan alat muzik tetapi ia merupakan sejenis hiburan juga, seperti Congkak.  Tetapi concep dan permainannya  tidak seperti conkak.  Ia memerlukan strategi dan taktik seperti catur, tetapi tidak juga dimainkan seperti mana permainan catur.  Permainan ini dipanggil Go.  Dalam bahasa Cina, ianya dipanggil Wei Qi. Dalam Bahasa Korea, ianya dipanggil Baduk.  Dan Dalam bahasa Jepun, ianya dipanggil Igo.

Permainan ini dikatakan berasal dari seorang raja yang mahu menjinakkan puteranya yang sangat nakal dan gemar bermain di luar istana.  Ada juga lagenda yang menyatakan bahawa permainan ini berasal dari dewa-dewa di langit.  Walau bagaimanapun, Go sudah pun mula dimainkan oleh masyarakat biasa pada zaman dahulu dengan tujuan hiburan dan/atau perjudian, hinggalah golongan bangsawan dan pemerintah / atasan di istana diraja.  Pada zaman sekarang, Go sudah menjadi salah satu permainan intelektual. 

Di Malaysia, permainan ini tidaklah terkenal seperti mana Catur dan Congkak.  Begitu juga di negara Barat seperti negara Eropah, Negara AS, Timur Tengah dan benua-benua lain.  Tetapi badan-badan berskala global sudah pun ditubuhkan.  Di Malaysia sendiri, kita juga mempunyai persatuan Go yang tersendiri.  Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 2003, dan dinamakan Malaysia Weiqi Association (MWA).  

Okay, berbalik kepada infomasi umum permainan ini.  Mulakan dengan peralatannya.  Untuk bermain Go, kita memerlukan Papan, batu dan Mangkuk.  Papan harus mempunyai garisan melintang dan menegak membentuk petak-petak empat segi  sama ada 9 kali 9, 13 kali 13 atau 19 kali 19.  Batu-batu pula berbentuk seperti piring dan seragam saiznya, dan hanya mempunyai warna hitam atau putih sahaja.  Sementara mangkuk itu pula adalah untuk mengisi batu batu tersebut.  Satu mangkuk hanya untuk satu warna sahaja.  Semasa permainan, batu-batu ini akan diposisikan di atas titik pertembungan antara garis melintang dan menegak.  Ini bermakna batu-batu ini tidak ditempatkan dalam kotak tetapi di atas garisan.  Seperti Catur dan Congkak, permainan ini melibatkan 2 orang sahaja dan kedua-dua permain akan menempatkan satu batu dalam satu giliran di atas papan.  Proses ini akan berulang sehinggalah kedua-dua permain bersetuju bahawa permainan ini sudah  tamat dengan memberikan giliran kepada pihak lawan, atau lebih dikenali sebagai "Pass".

Hmm, mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana permainan yang sebegini memerlukan strategy dan pemikiran, sedangkan ianya hanyalah satu permainan yang meletakan batu di atas papan.  Bunyi pun semacam bosan.  Sebenarnya, seperti Catur dan Conkak, permainan go mempunyai motif dan objektifnya.  Dalam Catur, kita harus mematikan Raja, sementara Congkak pula adalah untuk memaksimumkan bilangan batu dalam rumah kita.  Dalam Go, kita harus memaksimumkan keluasan tanah jajahan kita di atas Papan.  Ini bererti permain yang menang haruslah mempunyai tanah jajahan yang lebih luas berbanding pihak lawan.  Pada masa yang sama, kita juga boleh memerangkap batu pihak musuh dan menjadikan  batu-batu itu tawanan kita.  Secara singkatnya, kita boleh makan buah / batu pihak musuh kita dengan mengeluarkan mereka dari gelangang/papan sementara kita meperluas dan memburu kawasan jajahan yang baru.  Gayanya ada sedikit macam dam Apit, cuma cara dan peraturannya membezakan kedua-dua permainan ini.  Sesetengah pihak termasuk permain catur terkemuka pernah menyatakan bahawa permainan  ini adalah antara BoardGame yang paling kompleks memandangkan permainan ini mempunyai probability yang tinggi.  Jadi, tidaklah  keterlaluan jika kita katakan bahawa permainan ini memerlukan strategi dan perancangan yang baik untuk menang! 

Kerumitan permainan ini juga terbukti apabila pakar penulis program komputer sehingga hari ini masih tidak dapat menghasilkan satu software yang dapat menandingi permain-permain bertaraf dunia seperti mana deep blue dalam permainan Catur.  Tidak seperti minda manusia yang boleh bertindak secara spontan dan mengatur langkah seterusnya tanpa diprogram, sebuah software harus dilengkapi dengan arahan bagi setiap tindakan.  Ini juga bererti tindakan yang diambil oleh komputer tidak akan lari daripada apa yang diprogram.  Memandangkan kemungkinan dalam Go bergitu banyak sekali, maka arahan yang harus diprogramkan dalam software Go akan menjadi berkali ganda jika dibandingkan dengan Catur.  Ini belum termasuk dengan pemilihan langkah yang paling baik untuk giliran yang seterusnya.  Semua ini menyukarkan lagi penghasilan software yang kuat dalam masa terdekat.  Namun begitu, usaha-usaha ke arah menghasilkan software yang terbaik sudah bermula beberapa tahun dan usaha-usaha ini tidak akan berhenti sekerat jalan. 

Bersambung lagi~~

(Sekadar berkongsi)

05 April, 2013

Busur Erhu

Pelihara tradisi, tegakkan identiti!
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sudi menjenguk dan mendengar lagi tulisan di MejaLogam. Seperti mana tajuk yang tertera dii atas, saya akan kongsikan sedikit maklumat lagi tentang Erhu, iaitu sejenis alat tradisional Cina yang masih kekal sehingga hari ini. Bedasarkan beberapa sumber di internet yang saya terbaca tempoh hari, rerambut busur itu diambil daripada ekor kuda. Tetapi, apa yang saya akan sentuh dalam tulisan ini bukannya rambut tetapi makanisma atau sistem yang digunakan untuk mencekangkan atau melendurkan kecekangan rerambut pada busur.

Untuk pengetahuan semua, rerambut pada busur harus dalam keadaan yang tidak terlalu cekang tetapi tidak juga terlalu kendur. Terlalu keras mahupun lembut sangat mempengaruhi bunyi. Sekiranya terlalu cekang, bunyi yang terhasil sedikit keras manakala terlalu kendur pula susah dikawal dan mengeluarkan bunyi yang tidak stabil. Pada permulaannya, saya juga terasa hairan dengan cara yang digunakan untuk mencekangkan rerambut busur kerana cara mencekangkan dan melendurkannya hanya memutarkan skru yang terletak di hujung busur. Tetapi setelah saya cuba menerokanya, barulah saya tahu kaedah yang digunakan.

Bahagian hujung rerambut pada busur sebenarnya terlekat pada batang busur dan hujung sebelah lagi pula dilekatkan pada sejenis plastik yang boleh dimasukkan ke bahagian batang busur yang mempunyai skru. Apabila skru diputarkan mengikut pusingan jam, skru itu akan semakin membenam ke dalam batang busur dan pada masa yang sama, plastik yang terlekat pada rerambut itu turut diangkat oleh skru yang semakin membenam. Sebenarnya, lubang yang ditembusi skru itu hanya terdapat pada plastik yang melekat rerambut busur. Kesannya, semakin ketat skru di pusing, semakin cekang rerambut. Skru itu juga boleh dikeluarkan daripada batang busur. Itulah sedikit ilmu saya yang dapat saya kongsikan bersama.

(Sekadar berkongsi)

18 Oktober, 2012

Ilmu Baru Saya tentang Erhu.

Apa khabar kepada para pembaca yang sedang mengunjungi Halaman MejaLogam? Semoga dalam keadaan sihat dan sejehtera disamping kegembiraan. Untuk pengetahuan semua, saya sedang melibatkan diri dalam pancaragam Muzik Cina, (Chinese Orchestra) dan berperanan sebagai pemain Erhu. Walau bagaimana pun, masih terlalu jauh untuk saya bermain bersama-sama mereka yang membuat persembahan di atas pentas.

Pada masa yang sama, saya berpeluang belajar ilmu baharu berkaitan dengan Erhu daripada seorang "senior" yang juga seorang pemain Erhu. Saya telah mempelajari cara yang betul untuk mengikat Qian Jin pada Erhu dan saya mendapati cara ikatannya sangat unik. Malang sekali, saya tidak tahu bagaimana untuk terangkan langkah-langkah tersebut dalam ayat. Pada masa yang sama, saya juga telah didedahkan tentang langkah penyelaras kenyaringan bunyi dengan mngunakan ikatan benang selain daripada menggunakan penyelaras. Cara ikatannya tidaklah seperti qian jin tetapi tidak boleh diikat terlalu ketat. Ikatan itu harus kuat dan tidak mudah tertanggal. Kedudukan ikatannya adalah pada bahagian atas daripada ikatan qian jin dan harus berasingan mengikut tali. Tidak seperti Qian Jin yang diikat 15 lilitan atau lebih, dan 5 lilitan atau keatas pada kedua-dua tali di bahagian lehir Erhu, ikatan penyelaras ini adalah sedikit dan sekadar untuk mengubah kenyaringan bunyi sahaja.

Untuk bunyi Erhu yang sangat kuat sehingga boleh menganggu jiran bilik sebelah beradu, terdapat alat pengecil suara yang khusus untuk Erhu. Alat ini mengepit pada plastik yang terletak di atas kulit Sawa dengan tujuan mengurangkan getaran. Apabila getaran hasil geseran rerambut busur berkurang, bunyi Erhu pun pelahanlah. Malang sekali, pengecil suara ini tidak boleh dilaras macam pembesar suara. Bunyi Erhu akan dipelahangkan sebanyak 90% dan tidak lagi mengganggu orang lain semasa anda beraksi pada lewat malam.

Oh, ya. Sebelum itu, ingin saya bercerita tentang benang yang digunakan untuk mengikat Qian Jin. Sebaiknya, janganlah gunakan benang yang nipis. Tepal tak apa tapi janganlah tebal sangat. Tentang panjangnya, ukuran yang disarankan adalah satu depa orang dewasa. Sebenarnya, ukuran ini sudah lebih daripada cukup. Jadi, janganlah risau kalau tangan anda bukan panjang sangat macam tangan saya. (tangan panjang bukan bererti kuat mencuri tau). Seterusnya, tali itu akan mengikat lehir Erhu dengan 2 tali Erhu. Nak cerita caranya, masih seperti ayat saya di atas tadi, susah nak digambarkan pada ayat.

Sebelum tamatkan tulisan kali ini, saya ingin meminta maaf kepada anda yang sedang membaca kerana saya tidak dapat menulis sekerap bulan lalu. Kalau nak tahu lagi tentang erhu, teruslah membaca MejaLogam. (macamlah MejaLogam ni pandai sangat pasal Erhu.)

(Sekadar berkongsi)

12 Ogos, 2012

Keunikan Erhu

Pelihara tradisi, tegakkan identiti!
Selamat sejahtera kepada para pembaca yang sangat-sangat saya hargai. Tulisan saya kali ini akan membincangkan tentang keunikan ciri-ciri Alat tradisional Cina, Erhu. Senarai keunikkan di bawah ini adalah rujukan saya di beberapa laman web yang sudah saya lupa alamatnya dan pendapat peribadi saya sendiri. Harap-harap para pembaca tertarik untuk membacanya!

Tidak seperti alat muzik bertali yang moden, Erhu tidak mempunyai tanda pemisah yang menjadi sempadan sesuatu not. Sebaliknya, sempadan itu bergantung sepenuhnya kepada kecekapan pemain itu sendiri. Pemain Erhu haruslah masak dengan kedudukan yang ada agar mereka dapat bermain dengan melodi yang tepat dan tidak sumbang didengar orang. Jarak-jarak tersebut sebenarnya telah pun dikenal pasti tetapi tiada petanda yang mengambarkannya sahaja. Jadi, latihan semestinya perlu untuk melatih kecekapan tersebut.

Dari segi teknik menekan pada tangan kiri, Erhu adalah yang paling unik kerana talinya tidak perlu ditekan sehingga rapat kepada lehirnya seperti guitar dan violin serta juga alat muzik tradisional cina yang lain seperti pipa. Pemain hanya perlu menyentuh tali tersebut dengan kadar tenaga yang sedikit tetapi padu untuk mengubah kenyaringan bunyi yang terhasil sahaja.

Pada masa yang sama, Erhu juga merupakan salah satu alat yang sangat fleksibel kerana ia boleh disesuaikan dengan saiz tangan pemainnya. Ops, jangan terkeliru dengan ayat ini. Badan Erhu sebenarnya tidak berubah saiz tetapi Qian Jin, iaitu tali yang mengikat tali erhu dengan lehirnya boleh diubah jarak mengikut panjang tangan penmainnya. Jarak ini diukur dengan cara berikut:
1. Siku si permain ditempatkan di atas peti bunyi dan sejajar dengan lehirnya.
2. qian jin ditempatkan pada paras hulu ibu jari (bahagian percantuman ibujari dan tapak tangan.
3. Qian jin diikat dengan rapi dan pastikan kedua-dua tali erhu bersentuhan.
Jadi, tiadalah masalah untuk seseorang pemain yang kecil tapak tangannya bermain erhu! Hal ini kerana apabila tangan seseorang itu pendek, jari jemari juga secara logiknya pendik juga. Tetapi apa rasionalnya dengan kelebihan erhu dan apa yang dikatakan dengan penyesuaian pemainnya itu? Jawapannya ialah jarak sempadan antara not. Seperti yang saya pernah terangkan pada tulisan sebelum ini, semakin dekat kawasan yang ditekan dari peti bunyi, semakin nyaringlah bunyi yang terhasil. Untuk pengetahuan semua, qian jin merupaan garis pemisah antara zon yang boleh ditekan dan zon kawasan yang tidak boleh ditekan. Jika qian jing diselaraskan dengan tangan sipemain yang pendek, zon yang boleh dimain menjadi pendek juga. Secara langsung, sempadan antara not menjadi singkat dan mudahlah untuk si pemain yang pendek jarinya menekan not-not tersebut! Inilah flexibility yang saya maksudkan. Unik bukan?

Semoga tulisan ini membawa manfaat walau sekecil kuman sekalipun. Maafkan saya sekiranya tulisan ini sedikit memeningkan kerana penguasaan Bahasa saya masih tidak mantap. Harap-harap pembaca menyukainya.

(Sekadar berkongsi)

03 Ogos, 2012

A brief look about Erhu playing techniques

Pelihara tradisi, tegakkan identiti
Selamat sejahtera kepada para pembaca. Tulisan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada foleo Koko saya di tarc. Jadi, dalam bahasa Ingerislah. Nak tahu teknik yang ada, bacalah (teknik yang terlalu ringkas) ini!

Erhu is one of the Chinese popular music instrument which survive until now. Since this instrument requires a regular education, Erhu possess a lot of skills of playing. Generally, the playing techniques are divided in to two main section, which is the left hand techniques and the write hand techniques. Before we discuss further, let us see about the basics of it.
Basically, Erhu is a string instrument which a little similar to the violin. Erhu consists of a pair of vertical strings which attach to the tuners and the bottom of the sound box, a bow with hairs placed horizontally between the strings, a tuner for each strings, a neck and a sound box which covered with Python skin. The Erhu player (who play while sitting) require 1/3 region of the chair sitting space. The sound box placed on the top of the left thigh while the left hand hold the neck lightly with 45 degrees from the player’s body.
The left hand technique is basically pressing the strings in order to perform different notes. The nearer the pressing region on the strings to the sound box, the higher the pitch produced. There are specific points for every note according to the key. Besides pressing the strings, there are several advance skills which are finger sliding skills, vibrato technique and changing the position. Those techniques are used to create various wonderful sound.
The right hand plays a very important role. The technique is basically about pushing and pulling the bow. The energy required must be extremely balance and very fluent in order to produce a clean and clear sound. It cannot be too light, yet cannot too strong. To fully master these two basic skills, we must train frequently for a very long time. For the advance player, the energy of the hand controls can be manipulated to adjust its volume. It’s also can perform the emotion of the melody itself. Hopefully, my writing provides at least a little values to you, MejaLogam readerS!

(just for sharing purpose)