28 September, 2011

Gerak Gempur Bahasa Melayu dan Sejarah

Pada 24 hari bualn september, saya dan rakan tingkatan lima yang lain telah menyertai pProgram Gerak Gempur Bahasa Melayu dan Sejarah. Oh, sebenarnya pelajar tingkatan tiga pun ada dalam program yang sama. Kami bertolak pada pukul tujuh suku pagi dan bersama-sama kami, En. Fikree, Pn. Zinaida, Pn. Liana, Cik Faziha, Pn. Shuhada dan Pn. Farida. Kami yang bertolak dengan kenderaan sekolah telah tiba Laman Bestari setengah jam ke atas daripada waktu kami meninggalkan sekolah. Saya sempat tidur dengan sangat selesa di atas bas.

Setelah tiba, Kami dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelajar tingkatan tiga dan pelajar tingkatan lima dan menuju ke tempat masing-masing. Program dimulakan dengan GerakGempur Bahasa Melayu di bawah pengurusan Puan Zinaida, Guru Bahasa Melayu merangkap Guru Panitia Bahasa di sekolah saya. Saya dan rakan-rakan setingkatan telah menerima ilmu yang berkaitan dengan teknik memjawab soalan kertas satu dan sebahagian daripada soalan kertas dua. Antara ilmu yang saya peroleh termasuklah:
Kertas 1 bahagian b
a. Isi haruslah disusun secara kronologi iaitu dimulakan dengan isi pokok soalan.
b. Isi haruslah mantap dan menepati soalan.
c. Susunan huraian yang kurang baik akan menjjejaskan markah apatah lagi untuk mendapat cemerlang.
d. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan kita dengan cara mengenal pasti isi-isi bagi setiap 5 soalan pilihan yang dibekalkan.
Kertas dua
a. Bagi soalan menentukan kesalahan Imbuhan dan ejaan serta soalan menentukan kesalahan tatabahasa dan istilah, JANGAN mengklasifikasikan kesalahan. Ini kerana klasifikasi yang salah menghilangkan markah.
b. Baca berulang kali untuk mengenal pasti kesalahan.

Ini adalah sebahagian yang saya rasa sangat penting untuk dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Pn. Zinaida juga menekankan bahawa sesuatu karangan yang baik haruslah dirangkakan dahulu (untuk mendapat gambaran awal). Karang yang cemerlang juga bukan hanya bergantung sepenuhnya dari segi bahasa tetapi juga susunan isi mengikut tema soalan.

Setelah tamat sesi yang pertama, saya dan rakan-rakan yang lain telah menyertai makan tengah hari bersama-sama rakan tingkatan 3 yang berada di Dewan Surau Terapung iaitu sebuah primis yang diperbuat daripada kayu. Apa yang unik tentangnya ialah primis ini dibina separuh berada di atas air. Lauk-pauk yang kami nikmati sangat menyelerakan tetapi sedikit pedas bagi saya!

Setelah tamatnya solat zohor, kami kembali meneruskan aktiviti kami iaitu gerak gempur subjek sejarah. Kali ini, saya tidak menggunakan komputer riba seperti gerak gempur Bahasa Melayu. Cikgu Liana, guru sejarah tingkatan 5 bestari telah mengendalikan program menimba ilmu tersebut. Cikgu Zakaria tidak turut serta kerana urusan negara katanya. Tetapi, Cikgu Zakaria tidak pernah untuk lupa datang memberi ilmu dalam kelas tambahan sejarah pada Rabu malam Khamis sekiranya tiada kenkangan. Kembali kepada gerak gempur sejarah. Cikgu Liana sekali lagi telah menekankan bahawa subjek sejarah ini boleh dipelajari dengan menjawab soalan-soalan peperiksaan sejarah. Teknik ini ternyata berkesan kerana pelajar-pelajar yang mendapat A+ dalam subjek ini belajar daripada soalan-soalan yang dihantar oleh Cikgu Zakaria melalui e-mel. Selain itu, Cikgu Liana turut menyatakan bahawa terdapat beberapa bab yang popular dalam kertas SPM sejarah tetapi saya tidak mahu menyatakan bab yang mana dalam tulisan ini kerana saya sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Saya tidak mempunyai maksud bahawa Cikgu Liana menyampaikan sesuatu yang tidak benar kerana tiada guru yang mahu pelajarnya menerima kegagalan dalam peperiksaan! Melalui cara penyampaian Cikgu Liana, saya merasakan bahawa dia sangat bersungguh-sungguh mahu kami berjaya. Sudah tentu bukan beliau seorang sahaja guru yang begitu!

Setelah tamat sesi gerak gempur tersebut, kami pulang dengan ilmu pengetahuan dan kepenatan. Sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk tidur di dalam bas. Secara keseluruhannya, saya berasa sangat berterima kasih kepada semua guru yang terlibat kerana merekalah saya memperoleh ilmu yang berguna. Tidak lupa juga kepada pihak sekolah yang mengizinkan kami semua menjalankan aktiviti ini di luar kawasan sekolah. Semoga ilmu yang kami peroleh ini akan kekal dalam ingatan sehingga SPM sekurang-kurangnya.
Terima kasih para guru!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan