29 November, 2011

Meja logam berehat seketika!

Setelah saya memegang gelaran "Calon" SPM, saya sudah meninggalkan gelaran murid SMPK. Itulah yang dikatakan oleh rakan-rakan saya yang lain. Pada saya, saya masih murid! Sebenarnya sudah lama saya menahan diri untuk menulis blog tetapi kali ini tidak terhalang pula. Kalau saya tidak menulis kali ini, saya tidak tahu bila lagi saya ada peluang. Cerita tentang SPM, saya tidak mahu menetapkan matlamat yang tinggi-tinggi kerana saya tidak mahu diri saya hampa dengan matlamat yang tidak tercapai itu. Ini tidak bererti saya tidak mahu berusaha. Setakat ini, saya rasa sangat besyukur kerana saya masih dalam keadaan sihat dari segi fizikal mahupun mental. Mungkin inilah dikatakan berkat daripada doa. Seperti biasa, saya tidak gementar semasa menghadapi peperiksaan. Soalan peperiksaan juga tidak terlalu susah (Jika saya sudah bersedia) dan tidak juga terlalu senang(Jika saya belum bersedia). Harap-harap, 3 subjek yang bakal saya habiskan ini akan menjadi mudah!

Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan JUTAAN terima kasih kepada semua guru yang mendidik saya dengan segala ilmu Tuhan, dan tidak ketinggalan juga pengorbanan masa dan tenaga untuk menjadikan saya berilmu. Mungkin saya sudah terlewat untuk mengucapkan yang demikian tetapi saya percaya guru-guru pasti menerimanya. Bukankah begitu? Semoga apa yang cikgu-cikgu doakan untuk kebaikan semua pelajarnya akan menjadi kenyataan. Terima kasih yang sama juga saya ungkapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Sesungguhnya, kalian semua (Ibu bapa dan guru guru) merupakan tonggak semangat saya untuk terus mengejar apa yang saya ingin kejar. (Macam ayat drama pula!!!) Uuppsss, saya rasa saya perlu berhenti sekarang.

Akhir kata, szaya harap saya boleh menulis lagi selepas ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan