Pada 26 December yang lalu, saya telah pergi ke kilang ayah untuk membantu melicinkan permukaan kerusi-kerusi yang baharu saja dicat. Jika tidak silap, ini adalah kali kedua saya membantu ayah melakukan kerja bertukang di kilang sewa baharu itu. Di sana, saya bekerja bersama ibu dan adik lelaki saya atas arahan ayah. Walaupun penat, saya berasa sangat gembira kerana saya dapat meringankan beban ayah. Sedikit pun jadilah!
Setelah penat bekerja, kami menikmati air kelapa segar yang baharu sahaja dipetik dari pokoknya yang berhampiran dengan kilang ayah. Bukan ayah yang memetik tetapi pekerja Miamar dari kilang sebelah. Ini juga kali kedua saya memegang buah kelapa yang baru sahaja diturunkan dari pokoknya yang tinggi. Setelah tiba di rumah, ibu dan adik memetong kelapa dan isinya serta airnya dijadikan santapan. Rupa-rupanya, rasa air kelapa tulin sedikit masam dan bukan manis seperti gerai di luar.
Melalui pengalaman ini, saya sekali lagi dapat merasaai penat lelah ayah mencari rezeki untuk menyara hidup keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan