06 Januari, 2012

CCTV Untuk orang rabun bahagian 1


Seperti yang saya janjikan, saya akan menyapkan satu tulisan yang berkaitan dengan CCTV!!



Inilah bentuk CCTV yang bersaiz besar. Bahagian luar CCTV unit ini terdiri daripada plastik dan besi. Oleh yang demikian,

alat ini berat bukan kepalang.

Untuk pengetahuan semua, CCTV juga mempunyai jenamanya yang tersendiri.


Secara umumnya, alat ini berfungsi untuk memperbesar perkataan.


Percayakah anda bahawa alat ini mampu membesarkan imej nyamuk sehingga sebesar tapak tangan budak sepuluh tahun?
Alat ini sebenarnya sangat membantu bagi orang kurang upaya katagori B2 iaitu rabun. Seperti kamera liter tertutup, alat ini
juga dilengkapi dengan alat pengimbasnya. Tetapi, alat pengimbasnya tidak menangkap imej secara langsung kerana terletak

di bahagian perut CCTV dan tidak boleh dilihat jika tidak dibuka skru dan badannya. Alat pengimbas yang menghala 90
darjah daripada bahan bacaan secara logiknya tidak mampu memerangkap imej. Hasilnya, prinsip seperti periskop telah
digunakan. Sebuah cermen diletakkan di penjuru pertemuan antara imej bahan bacaan dengan kawasan fokus alat pengimbas
dengan kecondongan 45 darjah. Susunan seperti tulisan L ini membolehkan imej bacaan dipantulkan ke alat pengimbas
dengan bantuan cermin!

Apabila CCTV dihidupkan, sepasang lampu (biasanya) akan turut dinyalakan. Jadi, jangan risau kalau CCTV ditempatkan di
kawasan yang gelap! Kebanyakkan CCTV bersaiz besar seperti ini yang saya temui menggunakan elektrik terus dari plag
elektrik. Tetapi, siapa tahu ada CCTV zaman ini yang boleh menggunakan cell kering?

Seperti telefon bimbit, CCTV juga berkembang maju selaras dengan perkembangan teknologi. Sebagai contoh, unit CCTV yang
lama menggunakan skrim kaca sementara CCTV pada masa kini kebanyakkannya dilengkapi dengan skrim plasma. Saiz
bacaan yang mahu dibaca boleh dilaras sehingga kita rasa selesa atau cukup besar untuk membacanya. Unit CCTV seperti
yang saya tunjukkan ini dilengkapi dengan 3 formasi Imej yang utama iaitu:
1. Warna biasa
~seperti warna bahan yang kita fokuskan
2. Tulisan hitam latar putih (Hitam dan putih sahaja)
~Seperti wayang lama yang tidak berwarna.
3. Tulisan putih latar hitam (Hitam dan putih sahaja)
~Yang putih akan berubah hitam dan yang hitam berubah menjadi putih, (Terbalik dengan fomasi 2)
Selaras dengan perkembangan teknologi, Warna tulisan dan warna latar pada fomasi 2 dan 3 boleh diubah kepada hijau,
merah, biru, kuning, ungu dan macam-macam lagi mengikut kesesuaian. Oh, sebelum terlupa, kebanyakkan CCTV generasi
baru bersaiz besar boleh dilaras skrimnya. Skrim tersebut bukan sahaja boleh bergerak ke hadapan dan belakang tetapi skrim
tersebut juga boleh mendongak dan menunduk! Malangnya, CCTV yang saya tunjukkan dalam gambar di atas tidak boleh
bergerak atau berpusing ke kiri dan ke kanan. Untuk kemudahan pembaca, papan (tempat meletak bahan bacan) boleh
bergerak secara fleksibal untuk memudahkan pembaca. Walau bagaimanapun, papan tersebut boleh dikunci!

Sekian sahaja tulisan buat kali ini. Sebenarnya inilah sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan. Harap-harap, tulisan ini

bermanfaat kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan