24 Julai, 2016

Langkah Demi Langkah

Walaupun diri ini melihat dunia dengan sisa penglihatan yang tidak seberapa, mata yang sepasang ini melihat masa depan dengan penglihatan yang sama.  Tidak jelas, tidak juga kabur.  Sekadar cukup untuk mengetahui hari esok dan lusa. 

Lumrah manusia dan binatang bernyawa.  Ditakutnya api, digemarnya cahaya.  Desenangi dingin, degeruni kegelapan.  Begitu juga hidup ini yang penuh suka dan duka.  Langkah demi langkah tenpa hala bukan senang dirasa melainkan ramuan manis gula masam cuka yang mewarnai selera. 

Mereka melangkah, aku juga melangkah.  Kita seakan sama namun tak serupa.  Akhirnya, langkahku akan terhent jua.  Sehingga hari itu, aku tak akan tahu apa yang menunggu.

(Sekadar Menyeru Ilham)

21 Julai, 2016

Imbas kembali Pengalaman Manis di KTAR

Sedar tidak sedar, saya sudah menamatkan pengajian saya di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Esok pula saya akan menghadiri sesi temu ramah di Dialogue in the Dark Malaysia untuk memulakan langkah pertama di dunia pekerjaan.  Perubahan yang ketara ini kadang kalanya sungguh menakutkan.  Tetapi sampai bila diri ini terus dihambakan perasaan  sendiri?

Sedar tidak sedar juga, blog ini sudah saya tinggalkan berbulan bulan lamanya tanpa sebarang pembaharuan.  Walaupun saya berhajat untuk mengonsikan pengalaman saya yang menarik di sini, kemalasan yang mencemari diri ini telah berakar besar.  Jadi sampai hari ini barulah saya jumpa kembali kerajinan yang suatu ketika dahulu berpohon dan berbuah. 

Sepanjang pengajian saya di K TAR, saya telah memperoleh pengalaman untuk bergaul dengan masyarakat yang berbeza-beza, dengan kebudayaan yang berbeza juga.  Sebelum ini, saya bergaul bersama sama dengan masyarakat cacat penglihatan sahaja, dan pengalaman bersama rakan rakan di Ktar mengizinkan saya memahami masyarakat muda di luar (yang sebaya) dengan lebih jelas lagi.  Apa yang lebih penting, saya telah ditemukan dengan hobi baharu saya iaitu permainan go dan Erhu. 

Pengalaman mengetuai sebuah kempen juga pengalaman yang sangat bermakna buat saya.  Sebelum ini, saya cuma tahu perkataan kempen ini sebagai isi yang menjanjikan markah di dalam karangan.  Setelah menguruskannya sendiri, saya bukan sahaja belajar bagaimana untuk mengurus dan mengetuai sesebuah kempen tetapi juga belajar pentingnya pengurusan emosi dan tenaga kerja.  Saya percaya pengalaman ini akan memberi manfaat kepada saya dalam jangka masa yang panjang. 

Pengalaman bermain alat muzik secara berkumpulan dan melatih junior juga sesuatu yang sukar saya lupakan.  Setiap kali kami habis berlatih, kami selalunya akan pergi makan beramai-ramai.  Bila diimbas kembali, perasaan seronok yang tidak terhingga dapat dirasai.  Tidak ketinggalan juga sekumpulan rakan yang berkongsi hobi bermain catur Go yang sama.  Kami juga pernah bermain catur sampai lewat malam.  walaupun penat, tetapi seronok.

Dari segi akedemik pula, saya telah mempelajari banyak perkara yang berkait dengan media.  sebelum ini, saya tidak tahu pun yang media dan perhubungan awam adalah satu bidang yang menarik.  Malahan, saya hampir hampir berasa menyesal kerana mengambil satu bidang yang tidak pernah saya tahu. isi kandungannya.

Kini, saya sudah menamatkan pengajian tetapi saya harus melangkah ke hadapan walaupun diri ini berasa sangat rindu dengan kehidupan di universiti. 

(Sekadar Berkongsi)