16 Disember, 2013

Winamp akan Pergi Tak lama Lagi

Selamat sejahtera kepada anda yang masih setia memilih MejaLogam sebagai laman bacaan anda. Sudah agak lama saya tidak memperbaharui entri saya pada blog ini. Maklumlah, sedikit sibuk dalam semesta ke lima Tapi, semesta ini bakal tamat dan saya akan kembali mengulas sedikit demi sedikit pengalaman manis pahit sepanjang masa 2 bulan lebih ini.

Tampa membebel panjang, saya teruskan kepada isu yang telah dinyatakan seperti tajuk di atas. Benar, memang benar bahawa software Pemain media (mediaplayer software) yang berjenama Winamp, yang suatu ketika dahulu menjunjung mahkota, sebagai player yang mantap akan tamatkan rewayat perkhidmatannya selama lebih daripada satu dekat pada 20 hari bulan 12, iaitu dalam masa kurang daripada 4 hari lagi. Sebagai pengguna Winamp, saya benar benar terasa penangan kehilangan Winamp atas beberapa sebab.

Pertamanya, Winamp merupakan software yang mesra pengguna, terutamanya seperti saya yang mengalami masalah penglihatan terhad. Keduanya, setiap file MP3, WAV, FLAC dan extension music yang lain dapat dimainkan dengan bunyi yang sangat cantik. Tapi bergantung jugalah pada kualiti rakaman! hahaha. Ketiganya, Winamp telah menjadi kebiasaan saya, dan atas kebiasaan ini, kehilangannya mendatangkan masalah. Yang saya boleh ibaratkan adalah seperti kehilangan tangan kanan dan terpaksa menggunakan tangan kiri untuk menulis. (wow, macam dah terlalu melampau la pulak)! Mungkin tak begitu serious kut. hahaha. Tetapi kenyataan tetap kenyataan bahawa saya banyak bergantung kepada Winamp atas fungsinya, atas kelajuannya, dan beberapa lagi alasan yang telah atau belum saya nyatakan. Namun begitu, seorang daripada rakan saya yang mengendalikan laman blog Sum zero telah memberikan saya satu pautan yang membolehkan saya menandatangani tindakan sokongan untuk membatalkan operasi penutupan Winam. Sehingga awal pagi hari ini, sudah lebih kurang 40 ribu orang menandatangani gerakan sokongan itu tetapi masih terkurang kira kira 5000 tanda tangan.

Berdasarkan beberapa pembacaan saya, alasan di sebalik tindakan penutupan Winamp adalah kerana masalah business! Memandangkan sekarang terdapat pelbagai ciptaan baru dan persaingan hebat daripada iTunes dan beberapa jenama lagi, Winamp terpaksa berundur untuk mengelakan diri daripada terus menjadi mangsa peperangan perniagaan.

Oh ya, mungkin saya patut sertakan pautan yang boleh membawa anda ke laman yang menawarkan gerakan menghalang penutupan syarikat yang menghasilkan Winamp. Tapi mungkin bukan sekarang lah kut.

Jumpa lagi di lain hari (dalam masa terdekat)

(Sekadar berkongsi)