30 Jun, 2012

Bagaimana, maka

Apabila sebuah puisi dilihat sebagai cantuman huruf, maka puisi itu hanyalah cantuman huruf semata-mata
Apabila puisi yang sama dilihat sebagai cantuman ayat, maka puisi itu tidak lebih daripada cantuman ayat.
Apabila puisi itu dilihat sebagai hasil seni yang bererti, maka puisi itu pun berertilah sebagaimana sebuah hasil seni

Apa yang dapat anda tafsir? Sebenarnya, tiga ayat di atas ini hanyalah kiasan semata-mata jika anda melihatnya sebagai kiasan. Jika anda mentafsirnya sebagai ayat yang ditulis bersahaja, jadi, tiga ayat ini hanyalah sekadar tulisan yang bersahaja. Kalau ayat-ayat di atas ini ditafsir sebagai sesuatu yang memiliki maksud tersirat, mungkin ayat-ayat ini akan lebih bererti dengan maksud tersirat. Tetapi bagaimanakah maksud itu dicari? Maksud tersebut boleh dikaji dengan logik akal. Maksud tersebut boleh menjadi simbolik, dan maksud tersebut juga boleh menjadi pemikiran dan pendapat individu atau respon yang lahir selepas penghayatan. Tetapi maksud-maksud tersebut tidak piawai pun. Sangat serabut. Tiada yang pasti betul atau salah. Jadi fikirkan pun tiada feadah. Walau bagaimanapun, jika ayat-ayat tersebut dilayan sebagai ayat, maka ayat itu hanya beerti sebagai sebuah ayat sahajalah. Sekurang-kurangnya, ayat-ayat tersebut dicarikan maksudnya yang dikatakan tidak berpiawai itu. Ayat yang bermaksud dengan tidak pasti itu lebih baik daripada ayat itu bererti setakat cantuman huruf yang membentuk perkataan, cantuman perkataan yang menbentuk frasah, cantuman frasa yang menbentuk ayat dan bererti setakat itu.

Pening membacanya? Jangan risau tentang maksud yang hendak saya sampaikan. Hanggaplah ini adalah cantuman ayat-ayat yang membentuk perenggan!

(Sekadar tulisan jika ianya ditafsir sebegitu)

29 Jun, 2012

Diari Pesakit

29 March
Saya berkenalan dengan dia. Dia tu seorang pesakit cancer, macam saya. Tapi, dia sangat ceria. Ceria seakan-akan tiada apa pun yang berlaku ke atas dirinya. Dia kata untuk apa nak sedih? Kalau sedih, sehari pun akan berlalu begitu sahaja. Kalau gembira, sehari itu pun akan berlalu jua. Lebih baik gembira daripada bersedih! Kata-kata itu benar-benar memberi perubahan kepada saya. Sebelum tiba hari tersebut, saya terasa malang, sedih dan hilang harapan dengan kehidupan. Cancer tiada ubat penawar. Usia akan dipendekkan. Tidak sempat untuk saya membalas jasa ibu bapa. Hahahaha. Kelakar benar. Sebelum saya sakit, tidak pula saya fikir tentang sikap biadap saya dengan orang tua. Mungkin sakit ini membuka peluang saya mendapat pahala! Hahahaha. Tapi, saya masih sangat berharap untuk kembali sihat. Jadi, gembiralah sentiasa. Mudah-mudahan saya boleh pulih.

2 April
Saya mungkin ada peluang! Doktor kata jika saya sentiasa dalam keadaan gembira, sel cancer mungkin menjadi sedikit terbantut aktivitinya. Ini telah menjadikan saya mahu menjadi lebih gembira. Kalau saya pulih, dapatlah saya buat banyak benda lagi. Sebab umur saya mungkin lebih panjang. Waktu itu, saya boleh balas jasa ibu yang penat membesarkan saya. Saya boleh membalas jasa ayah yang penat bekerja untuk besarkan saya. Sebenarnya diari, saya pernah mengintai ibu menangis dalam dagapan ayah. Ayah turut tumpas pada saat itu. Mereka menangis buat kali pertama di hadapan mata saya. Mengapa menangis saya tak tahu. Tapi tangisan itu adalah selepas saya sakit cancer. Mungkin ada kaitan dengan saya yang sakit ni kut. Tak apalah. Kalau saya terus gembira, Cencer akan hilang. Ayah dan Ibu tak payahlah nak sedih lagi.

14 April
Hari ni merupakan hari jadi saya yang ke 12. Satu majlis yang besar telah diadakan semberna ulang tahun kelahiran saya ini. Semua orang datang memberi ucapan hari jadi dan disertakan dengan semoga pulih dengan segera. Semua rakan sekelas saya juga datang untuk sama-sama meraikannya. Mereka semua bertanya tentang keadaan saya dan menyediakan macam-macam hadiah yang menarik. Antara hadiah yang paling saya suka adalah bola sepak yang berkualiti, dihadiahkan oleh Shafree, rakan karib saya. Dia kata kalau saya dah pulih nanti, saya dan dia akan bermain di padang kat taman sebelah nanti. Fight dengan kumpulan Bob. Saya akan tunggu sampai hari tu.

20 April
Saya jumpa dengan dia lagi. Tapi kali ni, saya jumpa sepintas lalu sahaja. Dia masuk wat dan bunyi macam serious sahaja. Dalam hati, saya teringin nak tahu apa keadaan dia sekarang. Sepatutnya, dia akan lebih baik. Dia yang mengajar saya perlu gembira sentiasa. Tak apalah. kalau ada rezeki, saya akan jumpa dan sembang lagi dengan dia. Semoga dia akan terus pulih.

24 April
Berkat doa, saya telah dapat sekali lagi bertemu dengannya. Saya dapat sembang dengan dia juga. Pada mulanya, dia seperti biasa, gembira dan sentiasa senyum. Tapi, tidak beberapa lama, dia menangis pula. Bila saya tanya, dia kata dia takut mati. Dia benar-benar takut mati. Saya pun jadi hairanlah. Kalau dia gembira macam tu, sel cancer sepatutnya lemah dan dia akan pulih. Ni, dia kata macam dia akan mati tak lama lagi. Setelah lama kami bersembang, tenyata benar. Doktor dah kata dia hanya tinggal masa sebulan sahaja. Saya juga menjadi takut secara tiba-tiba. Saya juga takut kalau doktor kata saya hanya tinggal sebulan lagi untuk hidup. Tolonglah jangan berlaku macam tu.

1 May
Hari ini, dia dah pergi. Pergi selama-lamanya. Dia pergi lebih awal daripada apa yang doktor cakap. Saya bertambah takut. Kalau doktor cakap sebulan, mungkin saya akan mati dalam tempoh yang lebih awal. Saya tak dapat tidur. Tak dapat gembira lagi. Kalau macam tu, macam mana saya nak main bola dengan Shafree? Saya masih belum dewasa dan belum boleh balas jasa ibu dan ayah. Kalau saya mati, ibu dan ayah akan menangis lagi. Saya tak nak semua ni berlaku. Tuhan, tolonglah saya.

7 May
Hari ni, saya jumpa dengan doktor lagi. Nasib baik dia tak kata saya tinggal sebulan lagi. Sebelum pergi jumpa doktor, saya sangat takut kalau doktor kata macam tu. Waktu saya sembang dengan doktor, dia kata dia bukan Tuhan. Kalau dia kata sebulan, belum tentu sebulan. Mung kin lebih, mungkin kurang. Jika saya terus gembira dan lalui kehidupan seperti biasa, tak fikir perkara yang mengarut seperti akan mati tak lama lagi, saya akan menjadi gembira. Kalau gembira, saya akan pulih. Macam tulah kut. Atas nasihat itu, saya cuba kembali gembira, tak fikir berapa hari. Saya percaya saya akan pulih. Semoga macam tu lah.

(Sekadar berkarya)

17 Jun, 2012

Selamat Hari Bapa

Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa di dunia!

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang masih lagi sudi memilih MejaLogam Blogspot sebagai bahan santapan
mata mahupun telinga. Dalam tulisan ini saya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk menghadiahkan ucapan iklas "Selamat Hari Bapa" kepada semua bapa tidak kira di mana jua anda berada. Dalam hadiah yang berbentuk ucapan ini, terdapatnya satu yang paling istimewa iaitu ucapan untuk bapa saya. Sebenarnya seorang bapa merupakan pejuang senyap yang tidak menunjukkan rasa prihatinnya dan kasih sayangnya secara langsung kepada ahli keluarganya. Seorang bapa akan menympan kelembutan jiwanya di dalam hati dan sentiasa mempamirkan wajah yang biasa sahaja. Lelakilah katakan! Seorang bapa akan bertungkus lumus mencari rezeki untuk memastikan keluaganya dalam keadaan serba lengkap dari aspek keperluan fisiologi dan ekonomi. Sesungguhnya, kerja-kerja ini sangat menguji tenaga.

Oleh yang demikian, ucapan Selamat Hari Bapa merupakan salah bentuk penghargaan kepada jasa dan tenaga mereka yang begelar bapa, yang sentiasa bekorban untuk keluarga. Untuk pengetahuan semua, Bapa saya merupakan seorang yang keras di luar tetapi lembut di dalam. Beliau sering bersifat tegas pada keadaan tertentu tetapi memiliki jiwa yang tenang dan penyayang. Beliau selalunya akan menjadi mereka yang terlebih dahulu menempuh kesukaran sebelum kami, ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana pengalamannya dalam kehidupan adalah yang paling kaya antara kami sekeluarga. Bapa sering bercerita tentang keadaan masyarakat, pergaulan dalam masyarakat, dan macam-macam lagi cabaran yang mungkin atau bakal kami tempuhi dengan tujuan agar kami mendapat suatu gambaran umum tentang cabaran yang bakal mendatang. Tidak ketinggalan juga beliau sering memberikan motivasi kepada saya dalam hidup. Boleh dikatakan beliau merupakan salah satu sumber utama inspirasi saya.

Untuk itu, Hadiah ini harus saya berikan kepada Beliau yang banyak berjasa
Bapa, I love you!

16 Jun, 2012

Sajak Sesejuk Panas, Sepanas Sejuk

Katanya dia akan
menjadi mereka yang
sepatutnya menjaga
mereka
yang perlu dijaga

Niatnya haba
tindak tanduknya embun
katanya bara
dibuatnya salji

Katanya kerana itu hanya kata,
jadi tiada perlu sepanas sejuk
Katanya kerana itu adalah tindakan,
jadi tiada perlu sesejuk panas.

Kata hanya kata,
pedang pemikat
hati dan jiwa
Tindakan adalah tindakan
biar lali
tiada sensara

Biar sesejuk panas
seperti haba
sangat selesa
biar sepanas sejuk
seperti embun
sangat menyegarkan

Tetapi
sesejuk panas
adalah kata-kata
hanya bertopengkan
haba
sepanas sejuk
adalah tindakan
hanya diselaputi
embun

Bila haba tiada,
kata-kata tiadalah
bergitu indah,
bila embun tiada,
sedarlah mereka
sakit dan sensara.

Sesejuk panas
mahupun sepanas sejuk
katanya hanya pemikat
tindakan hanya pelali.

(Sekadar berkarya)

08 Jun, 2012

Akan saya kongsikan nanti!

Apa khabar pembaca-pembaca sekalian? Sudah agak lama saya tidak memuatkan apa-apa tulisan dalam Blog ini. Oh,ya. Untuk pengetahuan semua, saya sudah berjaya menyapkan kerja kursus saya yang pertama di kolej ini. Sudah tentulah saya berasa sangat gembira kerana saya berjaya melakukannya walaupun masih banyak lagi kerja kursus yang masih menunggu saya.

Semenjak saya mengambil course Public Relation (PR) di Tungku Abdul Rahman College (TARC), saya berpeluang mempelajari ilmu baharu yang saya sendiri tidak pernah ada sebelum ini. Sebelum saya teruskan, tahukah anda apakah itu PR? Mengikut apa yang saya ketahui, PR atau bahasa Malaysianya (Perhubungan Awam) sebenarnya merupakan suatu badan dalam sesebuah organisasi yang berfungsi mewujudkan hubungan positif antara organisasinya kepada masyarakat umum. Walaupun course ini bernama PR, saya masih tidak belajar subjek yang bernama PR dalam 5 subjek pada semesta ini. Subjek-subjek yang saya pelajari termasuklah
1. AELE 1133 English Languish,
2. AHLA 1023 Introduction to Drama (seakan-akan Kesusasteraan Melayu tetapi fokus pada drama sahaja dalam bahasa English)
3. AHMC 1074 Introduction to Mass Communication (tentang media massa)
4. AEMS 1022 Hubungan Etnik (wajib untuk semua IPTA)
5. AACS 1613 Introduction to Information Technology (IT)
(Jangan terlalu ambil kisah dengan kod gabungan huruf dan nombor)

Sebenarnya, saya merancang untuk menulis sesuatu dalam blog berkaitan dengan apa yang telah saya pelajari. Ini juga merupakan salah satu daripada cara untuk saya mengulang kaji! Rancangan selalunya cantik tetapi hasilnya sukar diramal! (sindiran untuk diri sendiri.) Tetapi, sekurang-kurangnya saya mempunyayi niat! Mudah-mudahan saya diizinkan untuk menyempurnakan rancangan ini.

Jadi, adakah anda berasa ingin tahu/menarik/tertarik dengan ilmu-ilmu yang bakal saya kongsikan ini? Katakanlah yang benar, walaupun ia pahit untuk didengar! (Disalin daripada www.besiwaja.blogspot.com)

(Sekadar kembali menceriakan alam maya)

Kerjasama bagus ke?

"Kerjasama itu menjadikan kita lebih kuat"
"Kerjasama menyusahkan saya sahaja."
"Pepatah menyatakan bersatu kita tegoh, bercerai kita roboh."
"Pepatah juga menyatakan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga."
"Bukankah kesusahan dapat dibahagikan sesama kita apabila bertindak dalam suatu kumpulan?"
"Bukankah kerana adanya kumpulan kita perlu bertolak ansur dan mengikut kata mejoriti? (walaupun tidak benar)"
"Kerjasama dapat mengatasi lebih banyak masalah."
"Kerjasama menimbulkan lebih banyak lagi masalah."
"Kerjasama memupuk hubungan siraturahim yang lebih baik."
"Kerjasama menghakis personiliti baik seseorang."
"Kerjasama adalah suatu bentuk sokongan."
"Kerjasama juga suatu bentuk pengabaian."
"Alangkah baiknya jika kita mengamalkan kerjasama untuk umat sejagat?"
"Alangkah baiknya jika kerjasama itu tidak menghalang kebaikan daripada terus berkembang?"
"Orang yang tidak mahu bekerjasama tidak boleh hidup di dunia."
"Orang yang sentiasa bekerjasama akan berhadapan dengan masalah jika ditinggalkan keseorang."
"Kita sentiasa berteman."
"Teman bukan sentiasa di sisi kita."