16 Jun, 2012

Sajak Sesejuk Panas, Sepanas Sejuk

Katanya dia akan
menjadi mereka yang
sepatutnya menjaga
mereka
yang perlu dijaga

Niatnya haba
tindak tanduknya embun
katanya bara
dibuatnya salji

Katanya kerana itu hanya kata,
jadi tiada perlu sepanas sejuk
Katanya kerana itu adalah tindakan,
jadi tiada perlu sesejuk panas.

Kata hanya kata,
pedang pemikat
hati dan jiwa
Tindakan adalah tindakan
biar lali
tiada sensara

Biar sesejuk panas
seperti haba
sangat selesa
biar sepanas sejuk
seperti embun
sangat menyegarkan

Tetapi
sesejuk panas
adalah kata-kata
hanya bertopengkan
haba
sepanas sejuk
adalah tindakan
hanya diselaputi
embun

Bila haba tiada,
kata-kata tiadalah
bergitu indah,
bila embun tiada,
sedarlah mereka
sakit dan sensara.

Sesejuk panas
mahupun sepanas sejuk
katanya hanya pemikat
tindakan hanya pelali.

(Sekadar berkarya)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan