Rasanya masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa di dunia!
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca yang masih lagi sudi memilih MejaLogam Blogspot sebagai bahan santapan
mata mahupun telinga. Dalam tulisan ini saya ingin mengambil kesempatan yang ada untuk menghadiahkan ucapan iklas "Selamat Hari Bapa" kepada semua bapa tidak kira di mana jua anda berada. Dalam hadiah yang berbentuk ucapan ini, terdapatnya satu yang paling istimewa iaitu ucapan untuk bapa saya. Sebenarnya seorang bapa merupakan pejuang senyap yang tidak menunjukkan rasa prihatinnya dan kasih sayangnya secara langsung kepada ahli keluarganya. Seorang bapa akan menympan kelembutan jiwanya di dalam hati dan sentiasa mempamirkan wajah yang biasa sahaja. Lelakilah katakan! Seorang bapa akan bertungkus lumus mencari rezeki untuk memastikan keluaganya dalam keadaan serba lengkap dari aspek keperluan fisiologi dan ekonomi. Sesungguhnya, kerja-kerja ini sangat menguji tenaga.
Oleh yang demikian, ucapan Selamat Hari Bapa merupakan salah bentuk penghargaan kepada jasa dan tenaga mereka yang begelar bapa, yang sentiasa bekorban untuk keluarga. Untuk pengetahuan semua, Bapa saya merupakan seorang yang keras di luar tetapi lembut di dalam. Beliau sering bersifat tegas pada keadaan tertentu tetapi memiliki jiwa yang tenang dan penyayang. Beliau selalunya akan menjadi mereka yang terlebih dahulu menempuh kesukaran sebelum kami, ahli keluarga yang lain. Hal ini kerana pengalamannya dalam kehidupan adalah yang paling kaya antara kami sekeluarga. Bapa sering bercerita tentang keadaan masyarakat, pergaulan dalam masyarakat, dan macam-macam lagi cabaran yang mungkin atau bakal kami tempuhi dengan tujuan agar kami mendapat suatu gambaran umum tentang cabaran yang bakal mendatang. Tidak ketinggalan juga beliau sering memberikan motivasi kepada saya dalam hidup. Boleh dikatakan beliau merupakan salah satu sumber utama inspirasi saya.
Untuk itu, Hadiah ini harus saya berikan kepada Beliau yang banyak berjasa
Bapa, I love you!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan