07 Jun, 2013

Seorang lagi Blogger baru!

Baru beberapa hari yang lalu, saya telah menyertakan satu entry yang berkaitan dengan seorang ahli blogger baru. Dan hari ini, seorang lagi blogger akan saya perkenalkan. Beliau yang menjadi fokus dalam tulisan ini ialah saudara Yusri bin Azis. Beliau merupakan sahabat saya semenjak dari bangku sekolah rendah lagi dan kini sedang melanjutkan pendidikannya di tingkatan 6.

Sepanjang persahabatan saya dengan beliau, salah satu nilai dominan yang jelas boleh dilihat adalah usaha. Hal ini mungkin kerana beliau mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa berkeyakinan dalam perkara yang ingin dia lakukan. Beliau juga mempunyai semangat yang sukar untuk diruntuhkan kerana beliau jarang sekali berputus asa dalam apa jua halangan yang sedang dihadapinya.

Di sini, ingin sekali saya ucapkan tahniah kepada saudara Yusri kerana sudah memiliki laman blognya sendiri. Semoga anda saudara Yusri akan mendapat manfaat daripada aktiviti blogging.

Kepada anda yang mahu berkunjung ke blog beliau, silalah menggunakan URL berikut untuk memandu anda terus ke sana!
http://ketabahanoku.blogspot.com/

Oh ya, Beliau sudah pun memasukkan beberapa entries ilmiah yang menarik dan tidak ketinggalan juga maklumat tentang beliau sendiri. Jadi, tidak salah kalau anda meluangkan masa bukan?

(Sekadar berkongsi)

02 Jun, 2013

Blogger baru

Apa khabar kepada anda yang sedang meluangkan masa melawat Lama MejaLogam? Semoga sentiasa sihat dan sejahtera disamping segala keberkatan dari Yang Maha Esa. Tulisan kali ini akan memperkenalkan seorang lagi blogger baru dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (katagori penglihatan). Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Amirul Jalaluddin (maaf jika tersallah eja nama) dan kini sedang melanjutkan pendidikannya di St. John, Kuala Lumpur sebagai seorang pelajar tingkatan 6.

Untuk pengetahuan semua, beliau juga sahabat sepejuangan dan belajar setingkatan dengan saya semasa kami memburu ilmu di SMPK Setapak dahulu. Beliau seorang yang ceria dan juga penghibur. Kemesraannya merupakan salah satu kualiti yang terdapat pada diri beliau. Ini juga menjadikan beliau mudah bergaul dan menyesuaikan diri dalam masyarakat dan kawasan yang baru beliau pergi.

Kepada Amir, setinggi-tinggi ucapan taniah saya ucapkan kepada anda. Dengan penglibatan anda sebagai citizen journalism atau blogger nama mudahnya, semoga anda akan memperoleh faedah dan memperoleh pengalaman baharu.

Di sini, saya sertakan alamat URL blognya iaitu http://kilatman.blogspot.com/ untuk anda yang mahu berkunjung dan membaca beberapa entries sulung beliau.
Terima kasih.

(Sekadar Berkongsi)