14 Februari, 2014

Asap dan Pembakaran Kasi Gua Panas

Petang tadi, sambil berjalan-jalan dalam taman Facebook dunia maya, terlintas pada pendengaran saya berita dari sebuah akhbar yang saya (like) yang bercerita tentang hebatnya kepanasan cuaca di Malaysia semenjak beberapa hari ini. Menurut lapuran itu, kekerapan panggilan kecemasan berkaitan dengan kebakaran telah melonjak 3 kali ganda dari kebiasaannya. Ini bukan serius lagi ke?

Pihak yang dipetik kata-katanya dalam lapuran itu menyeru agar Rakyat Malaysia tidak melakukan kebakaran secara terbuka dengan kerap. Hal ini kerana kebakaran itu mungkin boleh menghasilkan masalah sehingga dipanggilnya bomba. Selain itu, menurut beliau, terdapat juga kebakaran yang terhasil dengan hanya sebatang rokok dan ianya tidak mustahil dengan cuaca yang menggalakan ini. Pihak bomba juga telah mengenal pasti beberapa "hot spot" yang sukar dikawal situasinya apabila berlakunya kebakaran.

Memandangkan saya hanya membacanya sepintas lalu, saya pun ulas gitu gitu sahajalah. Tapi apa yang menjati perhatian saya ialah pembakaran terbuka. Untuk pengetahuan, saya benci bau asap. Ya la, siapa yang suka bau asap. Jin saja la yang makan asap! Tapi, entah tengkorak mana yang nak senang kerja suka sangat kasi jin makan. Bila saya lepak rumah waktu cuti semesta, saya juga tidak terlepas daripada menghidu aroma makanan jin! Asap mana tak tau la. Tapi yang pasti, hampir 2 kali setiap minggu lah. Kalau datang rezeki Jin dia nak kasi, habis sampai satu rumah saya aroma tu tawan. Sedih. Bukan boleh makan pun!

Apa yang lebih menghairankan saya bukan mengapa mereka mahu kesenangan yang begitu atau mereka suka pada bau asap tetapi mengapa cuaca panas pun mahu membakar seperti mahu melawan matahari! Sudahlah panas, berbau asap lagi. Mahu dimaki sahaja tetapi takut terlanjur kata pula. Atau yang lebih mengrisaukan, kerana mulut, badan binasa.

Sekarang, saya sudah berada di kolej dan saya tidak tahu sama ada tukang masak untuk jin itu masih berhajat memasak lagi. Harap-harap, mereka tahu tindakan mereka sekarang boleh mendatangkan masakan yang lagi besar sehingga jin-jin di seluruh taman perumahan saya itu datang berkenduri. Malangnya, saya yang berada di asrama ini pun tidak terlepas juga menghidu asap! Apa boleh buat? Oh ya, kira-kira 2 bulan dari sekarang, Tahun Melawat ke Melaysia ini mungkin dimeriahkan dengan lebih banyak jin kerana kebakaran yang lagi hebat dari negeri jiran akan datang seperti tahun sebelumnya. Tetapi, Saya tidak langsung mendoakan atau berharap kemeriahan yang sebegitu.

Janganlah menyokong pembakaran secara terbuka.

(Sekadar berkongsi)

Sexism, Opinion and Expression

When we say "Girls should be in the kitchen!", some may argue that "You are total sexist!" which is undeniably true! How about if "Female is emotional compare to male in general,"? Would you say the speaker as someone sexist too?

Recently, I have gone through some articles written by so call experts (which I am not pretty sure whether they are credible) that suggest “The female are emotional compare to their counterpart”. And I did read some of the arguments on the topic of Sexism. I have to say that if I am a pure innocence who have no idea what the world is, I will most probably interpret the psychology experts are all sexist for their claim I stated above, especially after I come to my own conclusion with all the arguments I read online.

If the scholars are fakes then, they are really sexist! If they are the real deals, they should be called sexist too? Or you would rather say they are not because of their so call scientific evidence then?

Anyway, we have absolute right to express any opinion of our own independently. Yet, as for me, opinion is still an opinion and it is inappropriate if we respond with bad emotions just because it is alien of our little world. We have our own choice on what is acceptable and what is not, but is not our right to judge what others’ thought is false or true based on our definition. But still, it is not absolute for some occasion.
So, what do you think?

(Just for sharing)

09 Februari, 2014

Sambutan Tahun Baru Cina 2014

Mungkin kerana sambutan tahun baru cina kali ini sedikit tawar kerana tiadanya bunyi riuh rendah seperti satu dekat yang lalu, ramai daripada saudara-mara dan sahabat handai yang meraikan perayaan bersejarah ini berpendapat bahawa Tahun Baru Cina sekarang tidaklah seistimewa mana.

Walau bagaimanapun, saya sedikit kurang bersetuju kerana saya merasai kemeriahannya. Pada hari pertama perayaan, kami sekeluarga baru bertolak dari rumah, pulang ke kampung kami yang terletak di bahagian selatan Negeri Perak, iaitu Teluk Intan. Kebiasaannya, kaum Cina akan memastikan memastikan mereka berada di kampung sebelum hari perayaan itu tiba kerana mereka mahu makan besar bersama semua ahli keluarga yang ada, tetapi keluarga kami sudah beberapa tahun meninggalkan kebiasaan ini. Dalam lagenda tahun baru cina, makan besar ini merupakan saat-saat penting untuk mengumpul kesemua ahli keluarga bersama sebelum mereka pergi ke puncak bukit atau gunung untuk mengelakan diri daripada diserang Raksasa yang akan datang tepat hadirnya tahun Baru. Saat-saat ini sungguh berharga kerana waktu kualiti dan hubungan siraturahim dapat dikuatkan semula. Ditambah pula dengan meja bulat yang melambangkan kesepaduan, makan besar ini bertambah nilai pentingnya.

Perjalanan kami bermula kira-kira 2 petang dan menghabiskan kira-kira 3 jam untuk sampai ke destinasi kami. Kami telah menggunakan jalan lama mengantikan Lebuh Raya kerana kami dapat menziarahi mak Uda kami yang tinggal di Sekinchan, iaitu sebuah pekan yang popular dengan Sawah Padi dan Makanan Laut! Tetapi malang, kami tidak ditakdirkan berjumpa di sana kerana tuan rumah sudah jauh pergi ke utara dan singgah bersantai di ibu negeri Perak itu.

Seterusnya, kami tumpukan perhatian kami dengan menghabiskan saki-baki bahan bakar kereta kami menuju ke Teluk Intan, iaitu tempat kelahiran kami sekeluarga. Seperti biasa, bangunan mercu tanda iaitu binaan menara condong ratusan tahun itu yang menjadi buruan mata kami sekeluarga! Ternyata, tiada apa yang banyak berubah tentang menara kenangan itu tetapi tidak bagi susunan dan struktul pekan itu. Beberapa jalan pun dah berubah dan hiasannya juga sudah tidak lagi serupa. Seterusnya, apa yang kami perhatikan adalah rumah aruah nenek yang sekarang ini dihuni Pak Lang. Selalunya, rumah itulah yang kami akan tinggal sepanjang perayaan yang bermakna ini. Bagi Ayah, rumah ini merupakan kenangan bagi segala-galanya kerana dua dekat yang sulung dalam perjalanan hidupnya dihabiskan di sini. Ayah pernah memberi tahu saya bahawa rumah ini tidak seperti apa yang saya lihat hari ini. Kerana kediaman ayah yang pertama ini merupakan rumah papan yang berkaki empat dan bukan rumah batu! Keadaan geografinya juga jauh lebih menarik sebelum ini. Ayah berkata rumah itu dikelilingi longkang besar yang dihubungkan dengan titi kecil. Bukan itu sahaja, di satu bahagian lagi, terdapat pokok buah-buahan yang berbagai-bagai. Udara pula nyaman dengan air tawar dari sungai Perak menghidupkan parit yang berikan itu. Embun sentiasa ada sahaja apabila hari menjelang senja.

Pada saya, keadaan sekeliling rumah itu sedikit berubah jika dibandingkan dengan apa yang terakam dalam memori saya. Pokok Rambutan yang besar lebat dengan daun sudah botak kering. Pagar zink pula diganti pagar dawai. Mantari juga boleh dilehat dengan jelas tanpa lagi diselindung daun-daun. Rumah itu pula bertambah usang seperti mana Wajah Pak Lang. Malam itu, kami tidak pergi ke mana-mana dan hanya menghabiskan masa bersama sepupu kami yang sudah lama tidak berjumpa. Oh ya, rumah Pak Lang juga sudah didatangi Pak Tam dan cucu-cucunya yang tinggal di Petaling Jaya. Dengan kehadiran gelak tawa dangan tangis budak-budak, dengan suara dewasa sembang sakan, rumah itu pun meriah seperti parti besarlah!!

Hari esoknya, kami pun mulakan misi sapu angpau dari semua ahli keluarga kembangan dari keluarga sebelah ayah mahupun ibu. Bagusnya tentang kedua-dua ahli keluarga kembangan ini adalah mereka tinggal sekampung dan tidak perlu pergi berpeluh Kilomiter untuk menziarahi satu rumah ke satu rumah. Ayah pula ada "event" istimewa iaitu pertemuan semula dengan semua bekas rakan sekelas semasa sekolah rendah dahulu. Kami juga berpeluang bertemu dengan Guru Kelas Ayah saya semasa dia masih budak mentah lagi. Beliau adalah Cikgu Lee dan kini sudah berumur 84 tahun!! Apa yang mengkagumkan saya adalah keadaan fizikal dan mentalnya yang masih tajam seperti seorang yang muda! Beliau bukan sahaja masih boleh berjalan dan duduk dengan tegak tetapi boleh melihat dan mendengar dengan jelas dan mengenali wajah-wajah bekas pelajarnya. Hebat bukan!! Semoga saya dapat bertemu dengan beliau lagi di tahun hadapan.

Setelah penat memburu angpau, kami pun kembali berehat pada sebelah malam. Oh ya, sebelum terlupa, saya dapat melihat dan menyentuh kelip-kelip pada malam semalam. Memang cahayanya terang pada penglihatan biasa tetapi bukan saya. Namun begitu, dapat membiarkan serangga comel itu singgah di telapak tangan sudah jauh daripada mencukupi bagi saya. Saya benar benar bersyukur kerana masih diberi peluang sebegini pada zaman yang sudah modern ini. Ayah dan Ibu pernah memberi tahu bahawa serangga ini bersepah sepah di mana-mana sahaja semasa zaman kecil mereka. Dan sekarang, bertemu dengan kelip-kelip ini seperti melihat gerhana mentari ibaratnya.

Keesokan harinya, kami bertolak awal untuk pulang ke rumah dan menyambung sambutan Tahun Baru Cina di rumah kami. Secara keseluruhannya, walaupun kami sudah tidak bermain mercun dan main kejar-kejar seperti mana pada zaman kecil dan pada perayaan tahun Baru Cina yang dahulunya, saya masih dapat merasakan riuh rendah dan suasana panas yang sepatutnya dirasai dalam permulaan tahun baru dalam kalender cina ini. Semoga tahun kuda ini akan menjadi lebih bermakna buat saya, semua ahli keluarga, guru-guru dan semua rakan-rakan saya! Akhir kata, selamat Tahun Baru Cina kepada semua!! (Maaf, mungkin sedikit terlambat hahaha)

(Sekadar Berkongsi)

07 Februari, 2014

Penggunaan Ayat Dalam Video Kangkung

Nampak gayanya, isu yang nak basi ni juga masuk dalam blog ini. Saya percaya ramai daripada kita sudah tahu tentang Sayur Kangkung. Malahan, ada golongan yang kreatif telah menghasilkan kangkung masak lawak dengan video lagu dan lirik tersendiri!! Sampaikan isu ini hebuh sedunia!! Dasyatkan!!

Apa yang saya akan bicarakan bukan berkaitan dengan perkataan Kangkung tetapi lebih kepada isi ucapan yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak dalam sebuah video kontroversi atau lebih dikenali dengan nama video kangkung! Di sini, saya sertakan transkripsi video itu untuk pembacaan dan perbincangan lanjut dari perspektif saya sendiri.

"Kalau harga sayur-sayuran naik! Sawi naik, Kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini, saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang ni dah turun.
Bila turun, kenapa tak puji kerajaan? Masa naik, dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil.
Sebab ini adalah keadaan.++++"

Berikut hanya sebahagian daripada ucapan beliau. Mungkin terlalu zalim sekiranya saya mengkritik Yang Berhomat Perdana Menteri Malaysia ini tidak memahami sensitiviti rakyat dengan hanya berpandukan "Framing" atau potongan kecil daripada ucapan panjang beliau. ini. Tetapi saya tidak menafikan bahawa terdapatnya penggunaan perkataan yang menimbulkan persoalan yang berbagai-bagai terhadap Beliau sendiri, khususnya daripada rakyat dan parti pembankang.

Saya percaya anda juga tahu apa yang tak sedap dalam skrip di atas bukan? Soal Kangkung turun satu hal, tetapi "kenapa tak puji Kerajaan?" juga satu hal. Ayat ini mungkin tidak berpaksikan niat tulen beliau tetapi ayat ini benar-benar mencalarkan imej beliau sebagai seorang perdana menteri! Apa yang rakyat mungkin tafsir ialah Perdana Menteri dan kerajaan pinpinan beliau berkhidmat untuk mendapatkan pujian. Dengan pandangan sebegini, macam-macam lagi pandangan dan syak wasangka yang negatif akan datang beransur. Rakyat akan mencurigai tahap keikhlasan perkhidmatan kerajaan dan beliau sepanjang pemerintahan kerajan BN. Adalah tidak mustahil sekiranya rakyat menyatakan bahawa kerajaan hanya mejalankan tugas untuk mendapatkan kepujian sahaja. Apa yang lagi membinbangkan, mereka juga boleh mentafsir bahawa Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pujian tanpa menimbang apa yang seharus dipertimbangkan. Ini juga boleh menjadi senjata dalam video Teresa Kok kelak!!

Melalui Pilihan Raya Umum, Rakyat diberi kuasa mengundi seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, dan calon yang berjaya mendapat undi terbanyak akan memegang kerusi atau kawasan bertanding sebagai seorang ahli dewan rakyat (parlimen) atau seorang Ahli Dewan Undangan Negeri. Seterusnya, badan eksekutif akan dibentuk dengan berpandukan konsep Simple Mejority, iaitu parti yang memperoleh lebih setengah bilangan kerusi dalan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Bayangkan, apakah kecewanya perasaan sekiranya kerajaan yang terbentuk hasil undian (walaupun bermasalah) ini memberi tahu penyokongnya bahawa "kami mahu pujian apabila kami berkhidmat untuk anda".

Kesimpulannya, Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.
Bukan mudah menjadi seorang peminpin. Teetapi susah lagi menjadi seorang peminpin yang bebas daripada pengaruh emosi.

(Sekadar Berkongsi)

Rantai Kekurangan dan Pengisian; Rantai Andaian Peribadi

Siapa yang mahu diperkosa? Kalau mahu, bukan perkosa namanya! Jadi, tidak melampaulah jika dikatakan "tiada kemahuan dalam istilah perkosa" dan "tiadanya istilah perkosa jika tiada paksaan". Tetapi, istilah kemahuan wujud pula kerana kemahuan disusuli paksaan dan diakhiri dengan pengisian!

Sebenarnya, bukan sahaja tindakan perkosa atau tindakan jenayah sahaja yang melibatkan paksaan tetapi boleh dikatakan kebanyakan perbuatan yang belatarbelakangkan kemahuan tersandarnya paksaan. Semakin kuat kemahuan itu, maka semakin kuatlah paksaan yang bakal datang. Mungkin dari segi psikologi, ayat ini bunyi kurang berbau fakta, tetapi ianya boleh menjadi hipotesis bagi sebuah eksperimen atau kajian saintifik untuk menjadikannya sebahagian daripada silibas ilmu itu.

Sebagai contoh, seorang yang sangat lapar akan paksa dirinya untuk mendapatkan makanan agar perutnya mendapat pengisian! Seorang yang sakit akan memaksa dirinya mencari ubat atau penyelesaian kepada sakit yang dialaminya itu. Jika si mamat yang lapar itu hanya sekadar lapar biasa, maka paksaan yang mendesak juga kurang! Tetapi, jika mamat yang sama sudah lapar 3 hari 3 malam tanpa makanan, paksaan pun datang dengan kadar daya yang lebih berskalar tinggi! Perkara yang sama juga berlaku kepada pesakit dalam contoh yang kedua.

Tetapi, sebelum semua itu, kemahuan juga terhasil daripada sesuatu. Kemahuan lahir mungkin kerana adanya kekurangan. Dengan kekurangan yang ada, kemahuan pun mengundang pengisian. Dengan pengisian, kekurangan pun kononya hilang pada persepsi individu yang menghadapinya itu. Untuk mendapatkan pengisian sesungguhnya bukan sesuatu yang senang. Tanpa daya yang cukup, kemahuan bererti sekadar perkataan dan bukannya penyeru pengisian. Dengan itu, paksaan pun datanglah. Tidak kira besar atau kecil skala atau daya paksaan yang terhasil untuk menyeru pengisian itu, paksaan tetap wujud. Jika tiadanya bantuan paksaan, daya pun bererti sekadar bunyi atau cantuman beberapa huruf sahaja. Maka, boleh disimpulkan bahawa aliran ini bermula dengan kekurangan dan diteruskan dengan kemahuan, daya, paksaan dan akhirnya pengisian.

Malang, malang, ini hanya tulisan pendapat tanpa eksperimen. Bukan ilmu psikologilah. Jadi, ambil ringan sahajalah falsafah yang tak formal ini!

(Sekadar Berkongsi)

Perhubung Awam; Pembuat imej dan Hubungan.

Orang putih berkata, :do not judge a book by its cover."
Tetapi penerbit bukan main habiskan wang untuk menjadikan "cover" cover line! Ini membuktikan imej mempunyai pengaruh yang tertentu dalam proses mencipta persepsi. Secara keseluruhannya, imej juga penting, walaupun banyak yang berkata "aku mahu isteri yang cantik perangainya,". menyedari kebenaran ini, pekerjaan Perhubung awam atau lebih dikenali sebagai Public relations practitioners pun munculah.

Di Amerika Syarikat, Pekerjaan "Perhubung Awam" merupakan bidang profesional, sama seperti pekerjaan seorang doktor atau seorang peguam. Malahan, peranan pekerjaan ini sangat besar dalam dunia modern ini. Ahli perhubungan Awam diperlukan dalam dunia politik, dalam dunia korperat, dalam dunia hiburan, dalam bidang perubatan dan banyak lagi. Mungkin anda tertanya tanya kenapa mereka berada di mana-mana sahaja. Jawapannya, adalah kerana mereka berkerja sebagai orang tengah antara orang awam dan organisasi. Tetapi, peranannya bukan sekadar orang tengah atau penyampai mesej, tetapi pemjaga, pembaiki dan pengekal imaj organisasi yang menjadi boss mereka. Sebagai contoh, dari segi bidang politik, ahli perhubungan awam haruslah menjaga hubungan dan imej baik antara ahli politik/parti politik nya dengan orang awam agar sokongan dan pengaruh mereka cukup untuk menjadikan, menguatkan atau memperbaiki posisi mereka pembuat polisi dan kerajaan, lebih-lebih lagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Tetapi bagaimana pula dengan bidang korperat? Seperti yang kita tahu, Korporat juga mempunyai sasaran pasaran dan Ahli perhubungan awam haruslah bertindak sebagai pengantara antara sasaran pasaran dan badan korperat. Tetapi, Para perhubung Awam juga memainkan peranan sebagai orang tengah antara badan korporat dengan pemegang saham. Begitu juga dalam bidang bidang lain yang memerlukan hubungan antara dua pihak. Secara ringkasnya, Perhubungan Awam ini akan wjud peluang pekerjaannya apabila terdapatnya organisasi yamg memerlukan imej baik dan menanamkan nama atau mempengaruhi golongan sasaran mereka.

Pada masa yang sama, mereka juga orang yang menguruskan hal hal yang berkaitan dengan hubungan media dengan organisasi mereka. Hal ini kerana media massa sangat penting untuk membentuk imej dalam kalangan mereka yang begelar orang awam. Saya percaya semua orang tahu bahawa media massa adalah speaker paling + amat + ter+lalu++++ sangat besar sekali (kesalahan tata bahasa) yang mampu menyebarkan berita kepada sejumlah bilangan manusia yang begitu besar. Bukan itu sahaja, sebarang perkara yang berkaitan dengan persembahan imej organisasi adalah berada dalam skop pekerjaannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang berhajat mahu menjadi seorang perhubung awam, hendaklah dia seorang yang sangat penyabar, yang kuat EQnya dan kuat mentalitinya. Kalau nak tau lebih lanjut berkaitan dengan skop pekerjaan Perhubung Awam, teruskanlah bacaan anda pada lain entry!

(Sekadar berkongsi)

Secebis Pengalaman Selepas SPM

Cabaran yang sukar menjadi pendeta kedewasaan. Tetapi, kedewasaan yang cuba dididik pendeta ini tidak seperti silibus buku teks, dan skop dan mesej yang cuba disampaikan juga berbeza-beza mengikut tafsiran pelajarnya sendiri. Kedewasaan ini juga saya rasai sepanjangan perjalanan saya di dalam dunia pendidikan tinggi di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.

Berbalik kepada pengalaman saya selepas menerima keputusan SPM, saya menjadi kurang pasti dengan masa depan saya, termasuklah bidang apa yang bakal saya belajar. Malah, pekerjaan yang bakal saya cuburi juga diheret masuk ke dalam resipi yang menghasilkan lauk keputusan. Dengan tiada hala tuju, mereka-mereka yang berpengalamanlah saya rujuk. Namun begitu, mereka melontar kembali soalan ini kepada saya dengan sedikit pengubahsuaian. Mereka rata-ratanya bertanya kepada saya bidang apa yang saya berminat, dan dengan jawapan yang saya pilih, itulah jurusan yang sesuai untuk saya pelajari kelak.Itulah yang mereka katakan.

Pada masa yang sama, saya juga mempunyai minat yang berbagai-bagai. Tu yang tak bagus tu!! Kerana minat yang berbagai-bagai, pilihan pun bertambah banyak, dan lagi susahlah untuk buat keputusan. Namun begitu, kebanyakan bidang yang saya minat tidak sesuai dengan keadaan fizikal saya, dan ada juga bertopengkan alasan peluang pekerjaan kelak, dan ada juga kerana ketinggian nilai gaji yang bakal saya terima. Sesungguhnya, buat keputusan masuk IPT ini Memeningkan bagi saya apabila semua aspek ini telah dicampur aduk.

Akhirnya, dengan entah bagaimana, saya telah masuk ke Kolej Universiti Tungku Abdul Rahman dengan diploma jurusan komunikasi (perhubungan awam) atau Diploma in mass communication (Public Relations) seperti yang tertulis pada surat dan resit tawaran. (Mungkin ada masalah translation dari english kepada bahasa. Maaf ya.. hihi)
Mungkin saya patut kata dengan tanpa berfikir panjang dan bukan dengan entah bagaimana.

Untuk pengetahuan semua, bidang ini juga tiada dalam pilihan saya. Malah, bidang ini tidak juga saya pernah dengar! Mungkin sebab takut tidak ditawarkan oleh mana-mana IPT, saya pun terimalah tawaran ini dan mengambil risiko yang sesungguhnya besar. Oh ya, kepada anda yang sulung kali mendengar istilah "perhubungan awam", saya akan mengulas lebih lanjut dalam entry yang bakal anda baca nanti.

Sebelum saya memutuskan untuk pergi ke Kolej Universiti, saya ada menghantar surat dan mengisi borang permohonan kepada 3 institusi pendidikan, termaksuklah KTAR, Mungkin kerana KTAR sahaja yang menghantar surat balas menawarkan peluang pendidikan, saya pun dengan rasa gembira (kerana akhirnya ditawarkan) terimalah tanpa berfikir bidang apa yang mereka tawarkan iaitu bidang perhubungan awam.

Akhirnya, saya pun main taruklah. Lagipun, saya dah ambil keputusan masuk ke kolej itu. Menyesal dah tak boleh pakai dah. Baik fokus bagaimana mahu kekalkan diri dalam posisi selesa dalam kolej daripada memikirkan kesusahannya. Kepada para rakan yang belum pasti mahu fokus dalam apa-apa bidang, adalah lebih baik untuk anda bersekolah dalam tingkatan enam. Hal ini kerana Tingkatan Enam ini bukanlah kursus yang khusus. Jadi, anda masih punya kebebasan untuk memilih selain menyingkatkan tempoh pelajaran anda. Kalau tak berminat Form Six, boleh cuba A level! Tapi kalau anda sudah tahu dan jelas dengan minat anda, teruskanlah dengan fundation atau diploma dalam bidang yang anda berminat. Bagi saya, walau apa pun keputusan yang anda pilih, jangan sesekali menaruk syak wasangka atau berfikiran negatif dan kemungkinan untuk anda berasa menyesal. Kerana semua ini bukan sahaja menyusahkan proses memasak lauk keputusan malahan, membiarkan daging di tangan disambar helang. Time tu, nangis pun tak keluar air mata dah!!

(Sekadar berkongsi)