Siapa yang mahu diperkosa? Kalau mahu, bukan perkosa namanya! Jadi, tidak melampaulah jika dikatakan "tiada kemahuan dalam istilah perkosa" dan "tiadanya istilah perkosa jika tiada paksaan". Tetapi, istilah kemahuan wujud pula kerana kemahuan disusuli paksaan dan diakhiri dengan pengisian!
Sebenarnya, bukan sahaja tindakan perkosa atau tindakan jenayah sahaja yang melibatkan paksaan tetapi boleh dikatakan kebanyakan perbuatan yang belatarbelakangkan kemahuan tersandarnya paksaan. Semakin kuat kemahuan itu, maka semakin kuatlah paksaan yang bakal datang. Mungkin dari segi psikologi, ayat ini bunyi kurang berbau fakta, tetapi ianya boleh menjadi hipotesis bagi sebuah eksperimen atau kajian saintifik untuk menjadikannya sebahagian daripada silibas ilmu itu.
Sebagai contoh, seorang yang sangat lapar akan paksa dirinya untuk mendapatkan makanan agar perutnya mendapat pengisian! Seorang yang sakit akan memaksa dirinya mencari ubat atau penyelesaian kepada sakit yang dialaminya itu. Jika si mamat yang lapar itu hanya sekadar lapar biasa, maka paksaan yang mendesak juga kurang! Tetapi, jika mamat yang sama sudah lapar 3 hari 3 malam tanpa makanan, paksaan pun datang dengan kadar daya yang lebih berskalar tinggi! Perkara yang sama juga berlaku kepada pesakit dalam contoh yang kedua.
Tetapi, sebelum semua itu, kemahuan juga terhasil daripada sesuatu. Kemahuan lahir mungkin kerana adanya kekurangan. Dengan kekurangan yang ada, kemahuan pun mengundang pengisian. Dengan pengisian, kekurangan pun kononya hilang pada persepsi individu yang menghadapinya itu. Untuk mendapatkan pengisian sesungguhnya bukan sesuatu yang senang. Tanpa daya yang cukup, kemahuan bererti sekadar perkataan dan bukannya penyeru pengisian. Dengan itu, paksaan pun datanglah. Tidak kira besar atau kecil skala atau daya paksaan yang terhasil untuk menyeru pengisian itu, paksaan tetap wujud. Jika tiadanya bantuan paksaan, daya pun bererti sekadar bunyi atau cantuman beberapa huruf sahaja. Maka, boleh disimpulkan bahawa aliran ini bermula dengan kekurangan dan diteruskan dengan kemahuan, daya, paksaan dan akhirnya pengisian.
Malang, malang, ini hanya tulisan pendapat tanpa eksperimen. Bukan ilmu psikologilah. Jadi, ambil ringan sahajalah falsafah yang tak formal ini!
(Sekadar Berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan