Petang tadi, sambil berjalan-jalan dalam taman Facebook dunia maya, terlintas pada pendengaran saya berita dari sebuah akhbar yang saya (like) yang bercerita tentang hebatnya kepanasan cuaca di Malaysia semenjak beberapa hari ini. Menurut lapuran itu, kekerapan panggilan kecemasan berkaitan dengan kebakaran telah melonjak 3 kali ganda dari kebiasaannya. Ini bukan serius lagi ke?
Pihak yang dipetik kata-katanya dalam lapuran itu menyeru agar Rakyat Malaysia tidak melakukan kebakaran secara terbuka dengan kerap. Hal ini kerana kebakaran itu mungkin boleh menghasilkan masalah sehingga dipanggilnya bomba. Selain itu, menurut beliau, terdapat juga kebakaran yang terhasil dengan hanya sebatang rokok dan ianya tidak mustahil dengan cuaca yang menggalakan ini. Pihak bomba juga telah mengenal pasti beberapa "hot spot" yang sukar dikawal situasinya apabila berlakunya kebakaran.
Memandangkan saya hanya membacanya sepintas lalu, saya pun ulas gitu gitu sahajalah. Tapi apa yang menjati perhatian saya ialah pembakaran terbuka. Untuk pengetahuan, saya benci bau asap. Ya la, siapa yang suka bau asap. Jin saja la yang makan asap! Tapi, entah tengkorak mana yang nak senang kerja suka sangat kasi jin makan. Bila saya lepak rumah waktu cuti semesta, saya juga tidak terlepas daripada menghidu aroma makanan jin! Asap mana tak tau la. Tapi yang pasti, hampir 2 kali setiap minggu lah. Kalau datang rezeki Jin dia nak kasi, habis sampai satu rumah saya aroma tu tawan. Sedih. Bukan boleh makan pun!
Apa yang lebih menghairankan saya bukan mengapa mereka mahu kesenangan yang begitu atau mereka suka pada bau asap tetapi mengapa cuaca panas pun mahu membakar seperti mahu melawan matahari! Sudahlah panas, berbau asap lagi. Mahu dimaki sahaja tetapi takut terlanjur kata pula. Atau yang lebih mengrisaukan, kerana mulut, badan binasa.
Sekarang, saya sudah berada di kolej dan saya tidak tahu sama ada tukang masak untuk jin itu masih berhajat memasak lagi. Harap-harap, mereka tahu tindakan mereka sekarang boleh mendatangkan masakan yang lagi besar sehingga jin-jin di seluruh taman perumahan saya itu datang berkenduri. Malangnya, saya yang berada di asrama ini pun tidak terlepas juga menghidu asap! Apa boleh buat? Oh ya, kira-kira 2 bulan dari sekarang, Tahun Melawat ke Melaysia ini mungkin dimeriahkan dengan lebih banyak jin kerana kebakaran yang lagi hebat dari negeri jiran akan datang seperti tahun sebelumnya. Tetapi, Saya tidak langsung mendoakan atau berharap kemeriahan yang sebegitu.
Janganlah menyokong pembakaran secara terbuka.
(Sekadar berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan