Siapa yang dapat tidur lena kalau perasaan resah, takut, gelisah, sedih dan perasaan tertunggu-tunggu datang menguasai emosi? Semua orang mesti pernah merasai kehilangan apabila mereka mempelajari apa itu berkenalan. Setelah berkenalan, memori akan tercipta. Apabila memori tercipta, ia akan dikenang semula dan kenangan itu akan hadir setelah kehilangan diseru datang.
Tiada orang boleh ketawa riang berdepan dengan kehilangan mereka atau benda yang mereka sayang. Tiada juga yang boleh menghalang kehilangan apabila ianya sudah hilang. Walaupun kita semua memahami, kita tetap sukar menerima. Mereka yang sudah kehilangan mempelajari penghargaan, namun begitu, penghargaan kadang-kalanya tiada berguna sedangkan penghargaan itu sudah luput kerana kehilangan sudah lama pergi menjauh.
Tetapi, kadang-kalanya masih terlalu awal untuk kita menyatakan bahawa ia sudah hilang. Walaupun tidak kelihatan. Ia sentiasa di sana. Sentiasa di sana, di hati kita. Sebelum itu, doakanlah kepulangannya. Kepulangan yang memadamkan ratusan tangisan dan ratusan keresahan. Doakanlah kepulangan mereka.
(Sekadar Perkongsian)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan