Kurang dari sebelas hari lagi, saya akan berhadapan dengan peperiksaan akhir semesta enam, atau semesta terakhir saya dalam deploma di TAR UC. Dan tiga kertas terakhir ini boleh dikatan agak kebal. Salah satunya merupakan undang-undang communikasi (Communication Law). Sebelum ini, pernah juga saya mengambil salah satu subjek yang berkaitan dengan perundangan iaitu subjek Perlembagaan Malaysia, dan saya benar-benar berhadapan dengan sedikit masalah untuk bertarung dengan subjek tersebut memandangkan saya ini jenis yang kurang suka membaca dan menghafal. Kesannya, saya nyaris nyaris fail dalam peperiksaan akhir subjek itu. Mujurlah markah kerja kursus dapat menampung kekurangan yang dihasilkan oleh kemalasan saya.
Dalam subjek Law, kami dibenarkan membawa masuk "statute" atau buku perundangan yang lengkap dengan semua undang-undang dari Section 1 sampailah Schedules yang terakhir. Namun, buku itu akan menjadi tidak berguna sekiranya kami tidak tahu bagaimana cara untuk mengaplikasikan isi kandungnya kepada kes yang dibentang dalam kertas peperiksaan. Apa yang lebih teruk adalah apabila kami sendiri tidak memahami apa yang diperkatakan oleh ayat-ayat perundang yang berbelit-belit itu. Semasa saya menjawab kertas Perlembagaan Malaysia semesta lalu, saya sudah menghabiskan banyak masa untuk menjawab satu soalan dan kesannya 3 soalan yang lain dibiarkan tidak sempurna. Salah satu faktor yang mengambil banyak masa adalah mencari artikal yang bersesuaian untuk menyokong hujah. Memandangkan saya tidak menghafal kedudukan artikal-artikal yang berkaitan, jadi saya pun terpaksa meminta bantuan daripada guru bertugas untuk mencari dan membaca untuk saya, dan banyak masa yang dihabiskan disana. Tambahan pula, saya terpaksa meminta guru bertugas itu ulang beberapa kali memandangkan bahasanya berputar putar dan bersambung sambung dalam bahasa Ingeris yang dalam dan tidak biasa digunakan secara umum. Itulah yang bakal saya alami untuk Communication Law sekiranya saya tidak bersedia dari sekarang.
Subjek yang kedua pun membenarkan saya membawa masuk buku. Tetapi buku ini bukan sebarang buku. Buku ini beribu halaman tebalnya. Subjek yang saya maksudkan ialah tafsiran Bbahasa Malaysia dan Bahasa Ingeris) dan buku tebal itu ialah kamus. Mungkin saya akan mengalami masalah masa lagi untuk subjek ini memandangkan saya memerlukan bantuan pembaca. Tetapi, jika dibandingkan dengan kertas Perundangan, subjek ini lebih tidak formal dan kurang tekanan bagi saya. Bagi saya, tafsiran merupakan subjek yang sangat menarik memandangkan subjek ini bukan sahaja membicarakan tentang bahasa semata-mata tetapi juga kepelbagaian budaya luar, terutamanya antara budaya Melayu dan Budaya Orang Putih. Hal ini kerana bahasa dipengaruhi budaya dan budaya juga dipengaruhi bahasa, dan apabila tafsiran berlaku antara dua bahasa, kebudayaan yang dibawa bersama bahasa tersebut haruslah ditafsir. Di sini, satu masalah yang mesti akan berlaku adalah perbezaan antara dua budaya, di mana salah satu bahasa tidak dapat mengambarkan maksud yang cuba dibawa oleh bahasa yang hendak ditafsir. Mungkin saya harus berbicara tentang topik ini dengan lebih mendalam dalam entri yang akan datang!
Subjek yang terakhir merupakan subjek yang berkaitan dengan pengiklanan. Memandangkan Perhubungan Awam sangat berkait rapat dengan media massa, subjek pengiklanan tidak terlepas daripada skop pelajaran kami. Malah, sebagai seorang perhubung awam, pengiklanan juga merupakan sebahagian daripada pekerjaan kami walaupun bukan pekerjaan yang utama. Dalam banyak institusi-institusi yang bersaiz besar, para perhubung awam harus bekerjasama dengan jabatan pengiklanan institusi mereka untuk menghasilkan iklan yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelonjak pasaran, malahan mencipta, membaiki atau mengekalkan imej dan reputasi institusi. Sebenarnya, kesemua elemen yang terdapat pada sesebuah iklan mempunyai alasannya yang tersendiri terutamanya membina tafsiran message pada minda sasaran pasaran secara lebih berkesan. Tetapi, elemen-elem ini bukan sesuatu yang boleh ditetapkan melalui "common sense" kerana pengguna di luar sana kadang-kalanya memiliki ciri ciri dan kehendak yang tidak sama dengan tangapan kita. Ops, Mungkin saya harus juga mengulas dengan lebih mendalam dalam entri yang lain.
Walau apa pun, saya akan berhadapan juga dengan 3 subjek ini tidak kira hujan atau ribut datang melanda. Mudah-mudahan, saya akan berjaya dalam peperiksaan akhir ini. Oh ya, kepada rakan-rakan yang berjaya dalam SPM di SMPK Setapak, tahniah yang tidak terhingga saya ucapkan kepada anda dan tidak ketinggalan juga kepada barisan guru-guru yang menjadi rasia di sebalik kejayaan itu. Semoga SMPK Setapak akan terus menghasilkan anak-anak bangsa yang cemerlang pada masa yang akan datang!
(Sekadar berkongsi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan