25 Ogos, 2011

Lawatan ke Muzium Negara

Pada minggu yang lalu, saya dan rakan perpustakawan telah mengadakan satu lawatan sambil belajar yang ringkas ke Muzium negara semperna Minggu Pusat Sumber sekolah. Kami seramai 18 orang pelajar dan 2 orang guru peniring telah bertolak pada kira-kira 9 pagi dengan bas sekolah. Setelah kami tiba, kami disambut oleh seorang pegawai berbangsa India di sana. Beliau sangat menjaga kami semasa kami dalam perjalanan memasuki pintu muzium dari tempat letak kereta.

Pemandangan pertama yang berjaya saya saksikan di luar muzium itu ialah sebuah kapal karam buatan manusia. Panjang kapal itu kira-kira 10 meter panjang dalam dipenuhi dengan batu-bata di dalamnya. Walau bagaimanapun, lawatan kami bukan fokus kepada kapal tersebut tetapi isi kandung yang berada dalam muzium tersebut. Sebelum kami memasuki tempat yang penuh dengan ilmu sejarah itu, kami telah diberi taklimat serta sedikit sejarah muzium itu. Tapak bangunan tersebut merupakan bekas tapak muzium Selangor. Muzium Selangor yang lama itu pernah menjadi mangsa bom semasa peperangan. Kesannya, banyak bahan arkeologi telah musnah.
Alamak, lari tajuk pula! Seterusnya, lawatan kami diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk bergerak ke 4 gereli utama yang terkandung dalam muzium yang dirasmikan pada 31 Ogos 1963. Kumpulan saya telah bergerak ke geleri kerajaan lama Melayu. Dalam geleri ini, terdapat 2 bahagian utama iaitu Kerajaan Melayu yang dipengaruhi agama Hindu-Buddha dan pengaruh agama Islam. Bukti kehadiran agama Hindu telah dibuktikan dengan kewujudan Candi Lembah Bujang. Apa yang berjaya saya dan rakan merasa ialah sebuah batu yang diperbuat daripada batu granik yang dinamai Makara, sebuah batu yang diukir dengan bermacam-macam corak seperti haiwan dan tumbu-tumbuhan. Menurut peggawai yang bertanggungjawab kepada kumpulan saya, batu itu terletak di pintu masuk rumah ibadat penganut agama Hindu.Seterusnya, kumpulan saya telah bergerak ke bahagian kedua dalam geleri tersebut iaitu kerajaan Melayu setelah kedatangan Islam. Seperti yang kita sedia tahu, Kesultanan Melayu Melakalah yang paling terkenal. Saya dan rakan-rakan yang lain berkesempatan menyentuh perahu sago iaitu perahu kecil yang membawa muatan ke tongkang atau kapal pesisir pantai yang tidak dapat sampai ke pelabuhan. Kayunya sedikit terkopak dan permukaannya kurang licin. Ia masih mempunyai corak kayu semula jadi yang terdapat di atas permukaannya. Selain itu, saya telah diberi peluang untuk melihat singahsana Sultan Melaka. Salah seorang daripada rakan saya, Kavinthran bertanya tentang fungsi 3 anak tangga di bahan yang penuh dengan sejarah itu. Pegawai yang memimpin kami telah memberi tahu bahawa anak tangga yang pertama di singgah sana adalah untuk pembesar-pembesar. Selain sementara anak tangga ke dua adalah untuk dayang-dayang yang bersedia untuk memberikan layanan kepada Sultan seperti menuangkan air atau mengipaskan sultan. Anak tangga yang ke tiga iaitu anak tangga yang tertinggi adalah untuk kera bat diraja seperti pemaisuri putera dan puteri. Kami juga berkesempatan untuk menyentuh "lela", sejenis meriam untuk meruntuhkan tembok. Badan meriam tersebut diperbuat daripada tembaga mampat dan pelurunya menggunakan batu. Tembakan dihasilkan melalui letupan belerang untuk memaksa batu (peluru) ditembak ke arah sasaran.

Untuk sesi yang seterusnya, kami telah dikumpulkan dalam satu bilik untuk sesi mengenali artifak yang telah dibawa. Bahan yang pertama yang kami sentuh ialah meriam tembaga kecil. Antara ciri utamanya adalah diperbuat daripada tembaga yang bewarna keemasan, terdapat 4 roda yang sebesar kira-kira saiz 50 sen dan lebar 2 cm, badan meriam yang panjang kira-kira 15 cm dan boleh dilaras ke atas dan ke bawah. Meriam yang sekecil ini sudah tentu tidak sesuai untuk berperang. Tetapi, ia juga boleh menembak. Bunyi tembakan yang dihasilkan adalah untuk menandakan isyarat kepada sesuatu kecemasan atau sesuatu berita. Macam locing kecemasan! Selain itu, meriam ini juga menjadi bahan untuk pertukaran seperti wang. Hebatkan.

Bahan kedua yang kami sentuh adalah bakul berduri. Bakul ini berbentuk silinder dan dindingnya penuh dengan duri. Kaum yang mengasaskannya adalah orang asli yang dikenali sebagai Temuan dan Mahmeri. Bakul itu dianyam dengan baun pandan sementara duri-duri pada dindingnya dipercayai dicucuk oleh sesuatu yang tajam dari dalam. Duri ini juga dipercayai berfungsi sebagai penghalang kepada semangat jahat yang mahu merosakkan bahan yang terletak di dalam. Tetapi bahan apa? Jawapannya, benih-benih buah.

Ada dua bahan lagi yang saya belum nyatakan. Kalau nak tahu, lihatlah blog saya walaupun saya masih kurang aktif dalam penulisan blog.

04 Ogos, 2011

ISI hati meja/kerusi

Kerusi-kerusi mewah baru sahaja dibeli oleh orang kaya dan ditempatkan di dalam ruangan makan rumah mewah tersebut. Meja makan mewah yang sudah susut nilai itu sedikit cemburu dengan permukaan kayu kerusi yang licin lagi berkilat yang ditempatkan di sekekilingnya. Walau bagaimana pun, meja tersebut kembali bangga apabila melihat tuannya duduk di atas salah satu kerusi tersebut. Dia terlalu gembira kerana secantik dan semewah mana kerusi itu, akhirnya dihinggap punggung manusia juga. Padanlah dengan ciri-ciri dan fungsi kerusi yang sepatutnya diduduk manusia. Kalau nasib tidak baik, segala kentut dan air bisul pun menjadi pengunjung kepada permukaan kerusi tersebut.

Bagi meja, (meja dalam tulisan ini sahaja) darjatnya lebihh tinggi kerana manusia menggunakan meja untuk meletakkan bahan-bahan yang berguna seperti makanan, buku yang merupakan sumber ilmu, barang kemas, bahan hiasan dan bahan lain yang lebih berdearjat dan bukan seperti punggung! Dalam peradapan manusia pun menghanggap duduk di atas meja itu dihanggap kurang sopan. Sekiranya ada kanak-kanak yang duduk di atas meja seperti Dirinya, kanak-kanak tersebut akan dihukum oleh ibu bapanya atau paling kurang dimarahi oleh mereka.
"Bukankah darjat aku lebih mulia?" (ISI hati meja)

Karusi baru sahaja ditempatkan di sekeliling meja yang sedikit lama itu. Kerusi-kerusi berasa sedikit malu kerana didampingkan dengan sebuah meja yang sudah kelihatan sedikit calar sedangkan kerusi masih baru dan berkilat. Terasa mahu maki sahaja tuannya kerana mencucukkan bunga ros di atas tahi lembu ibaratnya. Tetapi segala keangkuhan kerusi hilang serta merta setelah punggung tuannya yang lebar itu berlabuh di atas dirinya. Karusi sudah hampir terasa dirinya hina kerana dilayan sebegitu. Tetapi, apabila tuan memuji kerusi itu sangat selesa untuk diduduk, perasaan angkuhnya terbit semula.

Walau pun kerusi diduduk manusia, tetapi penggunaannya dalam kehidupan khalifa bumi ini lebih meluas. Contohnya, kerusi akan menjadi sasaran orang yang penat berjalan. Karusi juga membantu orang yang mengalami kecacatan kaki untuk bergerak. Adakah orang akan mencari meja kalau penat berjalan atau cacat kakinya? Sudah tentu tidak. Meja yang kononnya tinggi darjatnya tidak berjaya mengaplikasikan fungsinya untuk membantu manusia. Jadi, setinggi mana darjatnya sekalipun meja mungkin hanya bahan letak barang manusia dan bukan tempat bantu manusia.
"Akulah yang lebih berguna" (ISI hati kerusi)

Hargailah sementara masih ada

Selepas cuti pertengah tahun, kelas saya telah terputus bekalan elektrik dan dipercayai kesan daripada kilat yang dasyat semasa cuti sekolah. Kesan tersebut tidak tamat dalam beberapa hari tetapi berpanjangan sehingga mengambil masa 7 minggu. Puaslah lampu dan kipas berehat. Pada masa inilah kami merasai pengalaman baru iaitu ber-PNP dalam gelap dan panas. Sekiranya cuaca mendung, pelajar rabunlah yang menjadi mangsa. Sebagai manusia yang berakal, kami tidak terus duduk diam dan menunggu badan dipenuhi peluh. Kami menjalani proses pembelajaran secara nomat. Macam orang paleolitik pula.

Sepanjang tempoh tersebut, kami menyedari betapa pentingnya kipas dan lampu. Kehilangannya benar-benar terasa. Memang menjadi adat kehidupan bahawa sesuatu barang atau hidupan tidak akan dihargai sehinggalah baran atau hidupan tersebut hampir hilang atau terus hilang. Sebagai contoh, pernahkah anda mencari barang x tetapi y pula yang muncul? sebaliknya bila kita memerlukan y, x pula sibuk muncul. Dari situasi ini, barang x yang dinantikan itu hilang pada saat yang kami memerlukan tetapi bukan y. dengan erti lain, barang y tidak dihargai sangat jika dibandingkan dengan x. Walau bagaimanapun, barang y yang hilang kemudiannya terasa kepentingannya setelah menyedari kita memerlukannya. Pada masa ini, barang x tidak senilai dahulu.
Kesimpulannya, hargailah setiap apa yang kita miliki sekarang kerana apa yang kita ada mungkin akan membantu kita pada masa hadapan! Apabila tibanya saatnya nanti, anda tidak akan tercari-cari barang yang mengalamani kenaikan kepentingan untuk diri anda sendiri

02 Ogos, 2011

Selamat menempuh peperiksaan percubaan PMR

Pada hari esok, peperiksaan percubaan PMR akan dilangsungkan. Sesungguhnya, pepereksaan bukan sesuatu yang menyusahkan. tetapi sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Salah satunya adalah tiadanya kerja rumah!!! Bukankah waktu petang dan malam anda lebih lapang? Gurau sahaja.

Melalui peperiksaan, kita boleh menguji kemampuan kita dalam pengetahuan yang telah kita terima daripada para guru. Sekiranya hebat pencapaian kita, maka tidak sia-sialah titik peluh guru kita mendidik kita. Tidak ketinggalan juga usaha kita. Bak kata pepatah, apa yang ditanam, itulah hasil yang dipetik. Kepada rakan-rakan tingkatan 3 yang sudah bersedia, saya mengucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar. Kepada yang belum bersedia, ambil peluang ini untuk mengenal pasti kelemahan diri dan berusaha untuk memantapkannya. Masih belum terlewat. Akhir kata, semoga semua rakan-rakan tingkatan 3 khususnya rakan sepejuangan di SMPKS dapat menjawab dengan baik selaras dengan pengetahuan yang anda miliki.

Selamat menjawab!!!

01 Ogos, 2011

Laporan ke Genting Highland

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan satu lawatan ke Genting Highland di bawah subjek Bahasa Ingeris. Rombongan yang diketuai oleh Encik John dan disertai oleh 26 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring itu bertolak dari sekolah sekitar jam pukul 8.30 pagi dengan cuaca yang dingin. Sepanjang perjalanan, kami telah dihiburkan dengan drama yang dimainkan di dalam bas. Hampir semua pelajar gembira dan menunjukkan reaksi yang baik kepada aktiviti yang bakal kami jalankan di puncak sebuah gunung yang penuh dengan pelancong sepanjang tahun.

Kami berhenti di Genting Strawbery Leisure Farm iaitu ladang Strobari yang terbesar di Malaysia. Walaupun kami disambut dengan cuaca yang lembab, suhu di sana masih tidak terasa kesejukkannya. Barang kali tidak berada di puncak! Di pintu masuk, kami telah dipasang iaitu antara yang rabun (B2) dengan yang tidak berpenglihatan, (B1). Kami juga diberi taklimat secara ringkas tentang struktul ladang tersebut termasuklah kedudukan tandas, ladang, tempat makan dan kedai-kedai cendera mata. Setelah kami ditampal dengan pelekat atau lebih dikenali sebagai tiket masuk, kami dihalalkan masuk untuk melawat sahaja walaupun kami sebenarnya boleh memetik buah tersebut untuk dinikmati. Sudah tentulah apa yang dipetik harus dibayar mengikut berat. Setelah kami puas memandang, barulah kami diberi izin untuk memetik buah-buah tersebut. Untuk pengetahuan, setiap 100g akan dikenakan caj sebanyak 6 Ringgit Malaysia bukan Rupiaah atau Dolar Amarika. Setiap pasang dibekalkan satu bakul dan sebilah gunting untuk memetik buah tersebut.

Setelah menjelaskan bayaran, kami membawa strobari tersebut dan bergerak ke tempat makan dan duduk menikmati sarapan yang telah guru bawa bersama mereka iaitu nasi lemak sambal sotong. Ada juga antara kami yang membeli ais krim strobari (RM 2) di sana. Sesungguhnya, ianya sangat menyegarkan! Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan setelah puas makan sarapan untuk aktiviti yang seterusnya iaitu kemahiran dalam Bahasa Ingeris. Kami diberikan sebuah artikal untuk dibaca dan difahami segala isi kandungnya. Perkataan yang baharu kami belajar juga dibentangkan beserta ayat contoh sebagai salah satu cara pembelajaran.

Aktiviti diteruskan dengan membeli belah di kedai-kedai berhampiran. Tetapi harga yang ditawarkan oleh pekedai tidak beberapa sesuai dengan corak harga barangan di kawasan biasa. Barang kali sasaran pasarannya ialah orang putih yang berambut perang atau orang berjanggut tebal, beserban dan berjubah.

Perjalan kami tidak terhenti di situ. Kami berkesempatan melawat ladang cendawan. Sudah tentu kawasan tersebut gelap gelita sahaja kerana fungi tidak hidup jika bersahabat dengan matahari. Apa yang lebih menarik ialah terdapat papan tanda yang menceritakan hasiat cendawan tersebut apatah lagi namanya. Selepas itu, kami sekali lagi dihimpunkan untuk menjalanankan aktiviti yang terakhir iaitu membuat bantal dengan menggunakan benang, gabus, kain merah dan hijau dan manila kad. Seperti biasa, beberapa kumpulan telah dibentuk untuk menjalankan aktiviti tersebut. Kami diberikan tunjuk ajar sebelum melakukannya.

Sekitar jam 3 petang, kami pulang dengan kenangan yang pada saya manis. Sebenarnya, saya terasa sangat kagum dengan pengasas Genting Highland kerana berjaya membuka tanah yang sehebat ini. Saya juga kagum dengan kehebatan-Nya yang telah mencipta pemandang yang terlalu indah di lereng bukit tanah tinggi tersebut. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, kita harus bersyukur dan cuba sedaya upaya untuk memelihara keindahan ini sehingga anak cucu kita boleh merasainya. Ingat, alam sekitar ini bukan kita warisi dari nenek moyang tetapi kita pinjam dengan anak cucu kita!

Jamuan Makan Beradap

Sekolah saya telah mengadakan jamuan makan bradap buat kali ke-2 pada 28 Julai. Sudah tentu ramai tidak pasti apa sebenarnya objektif majlis

itu apatah lagi diadakan di sekolah saya yang menempatkan orang kelainan upaya seperti saya. Sebenarnya, makan beradap ini merujuk kepada

makan secara bersopan dengan mengunakan peralatan pemakanan (sudu, garfu dan pisau) yang sedang hangat digunakan oleh semua restoran yang

formal. Walaupun kami mengalami kesukaran dalam mengunakan peralatan tersebut kerana tiada sentuhan secara langsung, tetapi kami boleh

berlatih untukng menggunakannya. Sebenarnya, saya berasa hairan juga kerana ada dalam kalangaan rakan saya yang boleh memakan dengan

menggunakan sudu dan garfu tanpa menumpahkan makanan keluar daripada pinggan.

Sebenarnya, majlis ini akan diadakan sebanyak 3 kali setahun. Semua pelajar terlibat dan tidak ada pengecualian. Kami diberi penerangan tentang

majlis ini oleh ketua waden, En Ahmad Zaini sebelum memulakan santapan. Antaranya termasuklah adap susun atur peralatan memakan dan adap

semasa memakan. Kami tidak diizinkan untuk menggunakan tangan memegang makanan kerana dihanggap tidak sopan. Kami juga disuruh

kurang bersuara semasa makan dan digalakkan keluar serentak bersama-sama penghuni meja yang sama selepas meminta izin. Setelah doa makan

dibaca, kami menikmati makan yang enak di sedia terhias kemas di atas meja.

Sesungguhnya, jamuan yang memberi mananfaat kepada kita ini tidak mencapai objektifnya sekiranya kita tidak melaksanakannya mengikut

peraturan yang telah ditetapkan.

Buah Melaka dan Karipap Dalam Pinggan yang sama

Apabila sepinggan yang berisi kuih (Buah Melaka dan Karipap), kuih yang manakah yang akan anda pilih? Kalau saya, saya akan pilih untuk makan Buah Melaka terlibih dahulu dan teruskan dengan Menjamah kariPap. Tetapi kenapa? Ini kerana karipap lebih sedap jika dibandingkan dengan Buah Melaka (Pada Saya Sahaja). Saya juga ajukan soalan yang sama kepada ramai pelajar dan semua yang ditanya memberikan respon yang sama dengan saya tetapi bukan Khrisman. Walau bagaimana pun,kesemua jawapan yang mereka berikan itu bertonggakkan satu alasan iaitu kerana mereka akan habiskan makanan yang kurang menarik dahulu. Kesimpulannya, semua orang mengamalkan prinsip bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dalam pemakanan.

Jika kita kaitkan dengan kehidupan kita, kita perasan bahawa sesetengah daripada kita mengamalkan konsep bersenang-senang dahulu dan dikemudiankan dengan bersusah-susahan. Contoh yang terbaik ialah seorang pelajar malas belajar dan menjadi sampah pada masa hadapan. Mengapakah prinsip bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian tidak boleh diadaptasikan dalam kehidupan sebaliknya hanya digunakan di atas pinggan kuih yang berisi dua jenis pengisi perut sahaja?

Pada pendapat saya, ini kerana karipap dan Buah Malaka boleh dilihat dan boleh dibaya serta-merta rasa keenakkannya. Sebaaliknya, Susah senang dalam kehidupan sukar dibayangkan dan sudah tentu tidak boleh dilihat kerana sesuatu yang abstrak. Sekiranya susah senang kehidupan boleh dirasa, dilihat dan dibayangkan kesedapannya, saya percaya ramai daripada kita akan memilihh untuk melakukan kerja yang susah dahulu dan diteruskan dengan kesenangan.

Bukankah semua orang bergitu?