01 Ogos, 2011

Buah Melaka dan Karipap Dalam Pinggan yang sama

Apabila sepinggan yang berisi kuih (Buah Melaka dan Karipap), kuih yang manakah yang akan anda pilih? Kalau saya, saya akan pilih untuk makan Buah Melaka terlibih dahulu dan teruskan dengan Menjamah kariPap. Tetapi kenapa? Ini kerana karipap lebih sedap jika dibandingkan dengan Buah Melaka (Pada Saya Sahaja). Saya juga ajukan soalan yang sama kepada ramai pelajar dan semua yang ditanya memberikan respon yang sama dengan saya tetapi bukan Khrisman. Walau bagaimana pun,kesemua jawapan yang mereka berikan itu bertonggakkan satu alasan iaitu kerana mereka akan habiskan makanan yang kurang menarik dahulu. Kesimpulannya, semua orang mengamalkan prinsip bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian dalam pemakanan.

Jika kita kaitkan dengan kehidupan kita, kita perasan bahawa sesetengah daripada kita mengamalkan konsep bersenang-senang dahulu dan dikemudiankan dengan bersusah-susahan. Contoh yang terbaik ialah seorang pelajar malas belajar dan menjadi sampah pada masa hadapan. Mengapakah prinsip bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian tidak boleh diadaptasikan dalam kehidupan sebaliknya hanya digunakan di atas pinggan kuih yang berisi dua jenis pengisi perut sahaja?

Pada pendapat saya, ini kerana karipap dan Buah Malaka boleh dilihat dan boleh dibaya serta-merta rasa keenakkannya. Sebaaliknya, Susah senang dalam kehidupan sukar dibayangkan dan sudah tentu tidak boleh dilihat kerana sesuatu yang abstrak. Sekiranya susah senang kehidupan boleh dirasa, dilihat dan dibayangkan kesedapannya, saya percaya ramai daripada kita akan memilihh untuk melakukan kerja yang susah dahulu dan diteruskan dengan kesenangan.

Bukankah semua orang bergitu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan