Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan satu lawatan ke Genting Highland di bawah subjek Bahasa Ingeris. Rombongan yang diketuai oleh Encik John dan disertai oleh 26 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring itu bertolak dari sekolah sekitar jam pukul 8.30 pagi dengan cuaca yang dingin. Sepanjang perjalanan, kami telah dihiburkan dengan drama yang dimainkan di dalam bas. Hampir semua pelajar gembira dan menunjukkan reaksi yang baik kepada aktiviti yang bakal kami jalankan di puncak sebuah gunung yang penuh dengan pelancong sepanjang tahun.
Kami berhenti di Genting Strawbery Leisure Farm iaitu ladang Strobari yang terbesar di Malaysia. Walaupun kami disambut dengan cuaca yang lembab, suhu di sana masih tidak terasa kesejukkannya. Barang kali tidak berada di puncak! Di pintu masuk, kami telah dipasang iaitu antara yang rabun (B2) dengan yang tidak berpenglihatan, (B1). Kami juga diberi taklimat secara ringkas tentang struktul ladang tersebut termasuklah kedudukan tandas, ladang, tempat makan dan kedai-kedai cendera mata. Setelah kami ditampal dengan pelekat atau lebih dikenali sebagai tiket masuk, kami dihalalkan masuk untuk melawat sahaja walaupun kami sebenarnya boleh memetik buah tersebut untuk dinikmati. Sudah tentulah apa yang dipetik harus dibayar mengikut berat. Setelah kami puas memandang, barulah kami diberi izin untuk memetik buah-buah tersebut. Untuk pengetahuan, setiap 100g akan dikenakan caj sebanyak 6 Ringgit Malaysia bukan Rupiaah atau Dolar Amarika. Setiap pasang dibekalkan satu bakul dan sebilah gunting untuk memetik buah tersebut.
Setelah menjelaskan bayaran, kami membawa strobari tersebut dan bergerak ke tempat makan dan duduk menikmati sarapan yang telah guru bawa bersama mereka iaitu nasi lemak sambal sotong. Ada juga antara kami yang membeli ais krim strobari (RM 2) di sana. Sesungguhnya, ianya sangat menyegarkan! Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan setelah puas makan sarapan untuk aktiviti yang seterusnya iaitu kemahiran dalam Bahasa Ingeris. Kami diberikan sebuah artikal untuk dibaca dan difahami segala isi kandungnya. Perkataan yang baharu kami belajar juga dibentangkan beserta ayat contoh sebagai salah satu cara pembelajaran.
Aktiviti diteruskan dengan membeli belah di kedai-kedai berhampiran. Tetapi harga yang ditawarkan oleh pekedai tidak beberapa sesuai dengan corak harga barangan di kawasan biasa. Barang kali sasaran pasarannya ialah orang putih yang berambut perang atau orang berjanggut tebal, beserban dan berjubah.
Perjalan kami tidak terhenti di situ. Kami berkesempatan melawat ladang cendawan. Sudah tentu kawasan tersebut gelap gelita sahaja kerana fungi tidak hidup jika bersahabat dengan matahari. Apa yang lebih menarik ialah terdapat papan tanda yang menceritakan hasiat cendawan tersebut apatah lagi namanya. Selepas itu, kami sekali lagi dihimpunkan untuk menjalanankan aktiviti yang terakhir iaitu membuat bantal dengan menggunakan benang, gabus, kain merah dan hijau dan manila kad. Seperti biasa, beberapa kumpulan telah dibentuk untuk menjalankan aktiviti tersebut. Kami diberikan tunjuk ajar sebelum melakukannya.
Sekitar jam 3 petang, kami pulang dengan kenangan yang pada saya manis. Sebenarnya, saya terasa sangat kagum dengan pengasas Genting Highland kerana berjaya membuka tanah yang sehebat ini. Saya juga kagum dengan kehebatan-Nya yang telah mencipta pemandang yang terlalu indah di lereng bukit tanah tinggi tersebut. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, kita harus bersyukur dan cuba sedaya upaya untuk memelihara keindahan ini sehingga anak cucu kita boleh merasainya. Ingat, alam sekitar ini bukan kita warisi dari nenek moyang tetapi kita pinjam dengan anak cucu kita!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan