17 Mac, 2013

Dalam semesta tiga

Hampir sebulan lamanya meja logam ini ditinggalkan tanpa dikemas kini. Sudah berhabuk sedikit pun. Tapi, habuk-habuk ini akan pergi tidak lama lagi memandangkan meja ini akan dikemas kini dengan tulisan ini.

Selamat sejahtera dan apa khabar kepada anda yang sedang melayan MejaLogam? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Dalam sebulan ini, banyak sibuk la. hihi, (tak formal pula). Sepanjang bulan ini iaitu pertengahan semesta pendek atau semesta ketiga, banyak perkara yang telah saya alami. Sudah tentunya semua peristiwa ini berkaitan dengan segala kerja-kerja di kolej.

Salah satu kerja kursus yang telah saya dan rakan-rakan sekumpulan kerjakan dalam subject Modern Electronic Media ialah menyediakan proposal rancangan TV. Dalam kerja kursus berkumpulan ini, kami dikehendaki mereka sebuah program TV yang tidak melibatkan penceritaan atau tidak naratif dalam bahasa formalnya. Jadi, habislah segala idea yang gila-gila lahir hasil perbincangan kami. Malangnya, semua yang gila tu tak boleh pakai sebab tak logik dan susah nak jawab jika tutor melancarkan serangan dalam bentuk soalan secara bertubi-tubi di hadapan kelas semasa perbentangan. Atas masalah yang wujud, kami telah mengambil langkah yang lebih selamat dengan mengambil program yang sedia ada dan mengubah suai dari segi konsep dan idea. Ops, saya tak boleh bonkarkan konsep tu, mana tau kena curi dan kata yang konsep group saya ni dia yang punya. (masalah copyright. haha).

Satu lagi kerja kursus pula berkaitan dengan kaum serani di Malaysia. Kerja kursus ini membolehkan kami mendalami budaya dan adat isti adat orang serani. Sejujurnya, saya tidak mempunyai pengetahuan yang luas tentang etnik yang unik ini sehinggalah kerja kursus ini diamanahkan. Ingin tahu apa yang kami dapat? Haha, saya akan kongsikan ilmu yang kami peroleh dalam entry lain kelak. maklumlah, campur dalam ni macam pelik la pula. Lagi satu, tajuk pun payah nak tulis. hihi.

Apa yang paling menarik dan mencabar ialah subjek tangkap gambar. Subjek basic photography ni yang saya maksudkan. Tak pasal-pasal saya kena sentuh DSLR camera dan tangkap gambar untuk kerja kursus. Tapi menarik la keseluruhannya. Dalam subjek ini, saya telah didedahkan dengan beberapa teknik menangkap gambar selain cara menggunakan DSLR. Oh ya, lain kali saya akan kongsikan beberapa gambar yang telah saya tangkap. Bunyi macam pelik sikit, sebab yang rabun tangkap gambar. hihi. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. ce ce ce!

Setakat ini dahulu buat perkembangan saya di kolej. Apa apa pun, peperiksaan hanya tinggal seminggu dari sekarang. Dah habis peperiksaan kali ni tandanya saya dah senior hihi. Oh ya, nantikan entry baru lepas 28 March ya!

(Sekadar berkongsi)