07 Februari, 2014

Secebis Pengalaman Selepas SPM

Cabaran yang sukar menjadi pendeta kedewasaan. Tetapi, kedewasaan yang cuba dididik pendeta ini tidak seperti silibus buku teks, dan skop dan mesej yang cuba disampaikan juga berbeza-beza mengikut tafsiran pelajarnya sendiri. Kedewasaan ini juga saya rasai sepanjangan perjalanan saya di dalam dunia pendidikan tinggi di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.

Berbalik kepada pengalaman saya selepas menerima keputusan SPM, saya menjadi kurang pasti dengan masa depan saya, termasuklah bidang apa yang bakal saya belajar. Malah, pekerjaan yang bakal saya cuburi juga diheret masuk ke dalam resipi yang menghasilkan lauk keputusan. Dengan tiada hala tuju, mereka-mereka yang berpengalamanlah saya rujuk. Namun begitu, mereka melontar kembali soalan ini kepada saya dengan sedikit pengubahsuaian. Mereka rata-ratanya bertanya kepada saya bidang apa yang saya berminat, dan dengan jawapan yang saya pilih, itulah jurusan yang sesuai untuk saya pelajari kelak.Itulah yang mereka katakan.

Pada masa yang sama, saya juga mempunyai minat yang berbagai-bagai. Tu yang tak bagus tu!! Kerana minat yang berbagai-bagai, pilihan pun bertambah banyak, dan lagi susahlah untuk buat keputusan. Namun begitu, kebanyakan bidang yang saya minat tidak sesuai dengan keadaan fizikal saya, dan ada juga bertopengkan alasan peluang pekerjaan kelak, dan ada juga kerana ketinggian nilai gaji yang bakal saya terima. Sesungguhnya, buat keputusan masuk IPT ini Memeningkan bagi saya apabila semua aspek ini telah dicampur aduk.

Akhirnya, dengan entah bagaimana, saya telah masuk ke Kolej Universiti Tungku Abdul Rahman dengan diploma jurusan komunikasi (perhubungan awam) atau Diploma in mass communication (Public Relations) seperti yang tertulis pada surat dan resit tawaran. (Mungkin ada masalah translation dari english kepada bahasa. Maaf ya.. hihi)
Mungkin saya patut kata dengan tanpa berfikir panjang dan bukan dengan entah bagaimana.

Untuk pengetahuan semua, bidang ini juga tiada dalam pilihan saya. Malah, bidang ini tidak juga saya pernah dengar! Mungkin sebab takut tidak ditawarkan oleh mana-mana IPT, saya pun terimalah tawaran ini dan mengambil risiko yang sesungguhnya besar. Oh ya, kepada anda yang sulung kali mendengar istilah "perhubungan awam", saya akan mengulas lebih lanjut dalam entry yang bakal anda baca nanti.

Sebelum saya memutuskan untuk pergi ke Kolej Universiti, saya ada menghantar surat dan mengisi borang permohonan kepada 3 institusi pendidikan, termaksuklah KTAR, Mungkin kerana KTAR sahaja yang menghantar surat balas menawarkan peluang pendidikan, saya pun dengan rasa gembira (kerana akhirnya ditawarkan) terimalah tanpa berfikir bidang apa yang mereka tawarkan iaitu bidang perhubungan awam.

Akhirnya, saya pun main taruklah. Lagipun, saya dah ambil keputusan masuk ke kolej itu. Menyesal dah tak boleh pakai dah. Baik fokus bagaimana mahu kekalkan diri dalam posisi selesa dalam kolej daripada memikirkan kesusahannya. Kepada para rakan yang belum pasti mahu fokus dalam apa-apa bidang, adalah lebih baik untuk anda bersekolah dalam tingkatan enam. Hal ini kerana Tingkatan Enam ini bukanlah kursus yang khusus. Jadi, anda masih punya kebebasan untuk memilih selain menyingkatkan tempoh pelajaran anda. Kalau tak berminat Form Six, boleh cuba A level! Tapi kalau anda sudah tahu dan jelas dengan minat anda, teruskanlah dengan fundation atau diploma dalam bidang yang anda berminat. Bagi saya, walau apa pun keputusan yang anda pilih, jangan sesekali menaruk syak wasangka atau berfikiran negatif dan kemungkinan untuk anda berasa menyesal. Kerana semua ini bukan sahaja menyusahkan proses memasak lauk keputusan malahan, membiarkan daging di tangan disambar helang. Time tu, nangis pun tak keluar air mata dah!!

(Sekadar berkongsi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan