Pada 23 hari bulan Januari yang lalu, saya telah pulang ke Teluk Intan, tempat kelahiran saya. Oh ya, tempat kelahiran ibu dan ayah serta 2 orang adik juga. Kami bertolak pada waktu 11 pagi dan tiba 4 jam kemudiannya kerana kami singgah di Sekenjang, rumah Mak Cik saya. Setelah kami menjejakkan tayar kereta ke dalam tanah Teluk Intan, perkara pertama yang kami lakukan ialah mengisi perut yang sudah lapar. Untuk pengetahuan semua, Teluk Intan merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan makanan yang lazat-lazat. Antaranya termasuklah Me Jawa dan Hawayi. Tahukah anda apakah itu Hawayi? Sebenarnya, makanan ini jarang dapat dilihat di mana-mana melainkan Teluk Intan. Bentuknya seperti Ais Batu Campur (ABC) tetapi temanya bukan kacang dan rasa yang manis. Bahan yang terdapat dalam Hawayi adalah bua-buahan seperti nanas, tembikai dan beberapa buah yang kurang saya pasti. (Sorry)
Tema rasa makanan ini ialah Masam manis yang menyegarkan. Percayalah bahawa makanan ini dapat merawat dahaga di hari yang panas.
Setelah kami pulang ke rumah tinggalan Aruah Atuk (sebelah ayah), kami menempatkan barangan kami dengan cermat dan teratur. Terdapat perubahan yang ketara di persekitaran rumah tua itu iaitu Pokok rambutan yang rendang di sebelah hadapan rumah sudah botak tanpa daun. Ini telah menjadikan kawasan itu bertambah panas.
Keesokan harinya, kami melawat rumah saudara mara yang lain tidak kira sebelah Ibu atau Ayah. Semua Angpau kami sapu sehingga puas. Malangnya, Angpau pada tahun ini sudah jauh kurang berbanding tahun sebelumnya. Sekitar 4 petang, kami bertolak pulang ke Puchong semula. Walaupun Tahun Baru Cina di kampung sekejap sahaja, saya tetap rasa gembira kerana dapat menghirup udara segar di tanah kelahiran saya selain melepas rindu pada Menara Condong Teluk Intan. Maafkan saya kerana tidak menampilkan gambar-gambar yang menarik. Maklumlah betri lebtop sudah kehabisan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan