Selamat sejahtera kepada para pembaca yang sedang melawat www.mejalogam.blogspot.com! Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana tidak berjaya menerbitkan apa-apa bahan untuk tatapan pembaca.
Merujuk kepada tajuk di atas, saya telah tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 4 pagi tadi. Apa yang istimewa tentang perjalanan buat kali ini adalah saya ditemani seorang rakan dan bukan ahli keluarga. Sebelum ini, perjalanan sejauh lebih daripada 300km dengan bas akan ditemani oleh ayah.
Sepanjang 2 minggu ini, saya telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baru dan salah seorang daripada mereka ialah rakan yang bertolak dari stasen bas Sg Nibung ke KL bersama saya. Di St. Nicholas Home, saya telah mengikuti kursus komputer dan macam-macam aktiviti seperti kelas muzik tradisional, latihan di dalam Jim, kelas programming dan kelas orentasi dan mobiliti. Bagi saya, semua aktiviti itu sangat menarik kerana merupakan sesuatu yang baru bagi saya.
Dari segi sosial pula, disiplin masih menjadi paksinya. Walau bagaimanapun, pergaulan masih boleh dikagorikan sebagai bebas (dengan batas).
Makanan di sana pula lazat dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Tetapi, pinggan, cawan dan perkakas untuk menghidangkan makanan haruslah diurus secara individu.
Pada minggu ini, saya akan menyambut Tahun Baharu Cina di rumah saya dan juga kampung. Tetapi, saya masih tidak tahu bila saya boleh pulang ke kampung untuk menghirup udara segar di sana. Apa yang pasti, saya akan pulang melawat nenek yang sudah berumur lapan dekat.
Sepanjang cuti ini, saya akan cuba untuk menerbitkan sebanyak mungkin tulisan saya untuk tatapan pembaca sekalian. Harap-harap MejaLogam tidak akan terus membisu tanpa tulisan baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan