Pada malam ini, saya akan bertolak ke Pulau Pinang untuk menadah ilmu dan pengalaman baru di St. Nicholas'Home. Sedar
tidak sedar, sekali lagi saya terpaksa tinggalkan rumah dan ahli keluarga yang lain. Walau bagaimanapun, ada pepatah yang
menyatakan bahawa jauh perjalanan, luas pengalaman. Jadi, saya tidak berasa sedih atau hampa dengan keputusan saya
untuk mengikuti kursus komputer di sana. Jika mahu saya menjadi orang yang tidak produktif dan membazir masa, saya tidak
sampai hati.
Sekiranya perjalanan saya mengikut rancangan, saudara Kekasih Alam akan menjadi penyambut di sana. Sudah tentulah
saya tidak sehebat saudara Kekasih Alam yang boleh merdeka dengan sebatang tongkat putih. Buat kali pertama ini, saya
pergi dengan ditemani ibu dan untuk kali kedua dan ketiga pula saya ingin mencuba sendiri. Harap-harap saya boleh juga
bergerak bebas tampa kenkangan kecacatan seperti OKU penglihatan yang berada di luar sana.
Sepanjang tempoh saya di sana sehingga Tahun Baru Cina, saya mungkin tidak dapat menghantar bahan untuk tatapan para
pembaca. Tetapi, saya akan cuba mencari peluang! Semoga perjalanan pergi balik saya mahupun ibu saya selamat dan
dijauhi daripada kesukaran dan kecelakaan.
Senyum selalu!
Jangan marah ya, Saudara Kekasih Alam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan