"Suatu hari nanti, perang ini akan tamat dengan kemenangan pihak lawan. Mungkin bukan tewas kerana tentera kita tidak cukup kuat tetapi ada faktor yang lain juga." Itulah kata salah sebutir sel darah putih yang sudah berpengalaman.
"Kalau begitu, untuk apa kita harus terus berjuang bermatian-matian? Kalau sudah ditakdirkan kalah, mengapa kita mahu lagi terus mati untuk melindungi sesuatu yang sudah pasti akan musnah?" Sel darah putih yang lebih muda meluangkan rasa kecewanya. Kecewa kerana dirinya mengusahakan sesuatu yang sia-sia.
"Kalau begitu, saya ingin bertanya. Mengapa kita harus hidup walaupun kita akan mati akhirnya?" Sel darah putih yang masih tidak cukup setahun jagung terdiam seribu bahasa.
"Kalau begitu, baik mati sahaja semenjak kita dilahirkan. Bukankah tidak sia-sia!" Tambah sel tua itu lagi.
"Situasi itu berbeza. Soal hidup dan melindungi sesuatu adalah dua benda yang sangat berbeza." Sel muda itu kembali bersuara.
"Hidup ini amanah Tuhan. Sudah tentu kita harus memeharanya," sel muda cuba mengukuhkan lagi idealoginya.
"Menehara tubuh manusia juga penting kerana ini adalah tanggungjawab, tugas hakiki dan kewajiban yang harus kita tunaikan." Nampaknya, debat bertambah rancak pula.
"Kau dengar sini sel tua. Aku tidak rela mengerjakan kewajiban yang tidak mendatangkan manfaat. Kerja ini teruk. Bagai mencurah air ke daun keladi. Manusia sendiri yang berakal pun mahu setiap usaha mereka mendapat hasil yang setimpal dengan titik peluh yang dikeluarkan. Sedangkan kebaikan yang mereka lakukan juga mempunyai pahala sebagai ganjaran. Berbanding kerja aku yang entah apa-apa. Usaha yang selama ini aku curahkan hanya mendatangkan kekosongan." Kali ini, sel muda itu benar-benar meluahkan isi hatinya tanpa sedikitpun tapisan.
"Kau salah. apa yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang mulia. Kita melindungi tubuh ini daripada serangan bakteria-bakteria jahanam. Dengan kitalah tubuh ini akan terus sihat dan sejahtera." Sel tua cuba mempertahankan pendiriannya walaupun isi yang dihujahkan tadi tidak kukuh dan banyak kelemahannya.
"Mulia kau kata? Kita ini seperti boneka. Buah catur yang dipergunakan sahaja. Satu lagi, Sejahtera untuk tubuh badan kita kau kata? Kalau tubuh ini mati, sejahterakah namanya?" Sel muda semakin berapi-api hujahnya.
"Kenapa kau diam? Kau balaslah!" tambah sel muda itu setelah mendapati sel tua kematian kata-kata.
Hai..... Kalau saya sel tua, mungkin saya mengalami kesusahan ang besar untuk merawat sel canser ini.
Untuk pengetahuan pembaca, tulisan ini dicoret secara spontan sahaja. Jadi, isinya dan mesejnya kurang mantap. Jika ada pembaikan, bolehlah pembaca tinggalkan pada ruangan yang bersesuaian dalam laman ini.
(Sekadar untuk memutarkan minda)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan