02 Februari, 2012

Pakej Sakit Panas di Waktu Raya

Orang tua yang berbaki giginya tidak melibihi bilangan jari sangat menyeksakan apabila mengunyah. Jadi, mereka menasihati anak cucunya menjaga gigi agar tidak senasib dengan mereka. Tetapi, selain gigi, gusi yang bengkak juga mendatangkan masalah besar semasa proses mengunyah berjalan.

Selamat sejahtera kepada para pembaca. Maafkan saya kerana sudah beberapa hari tidak menambah coretan di laman MejaLogam walaupun saya masih di rumah. Untuk pengetahuan pembaca, saya telah mengalami sakit panas, (Pekej batuk, selesema, takut sejuk, sakit kepala dan GUSI BENGKAK). Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kepada guru-guru di St.Nicholas Home kerana memonting kelas.

Sepanjang waktu sakit ini mengamcam saya, saya telah buat kali pertamanya meludah kahak yang berbentuk pepejal (pada 30 januari ). Selain itu, saya masih belum boleh mengunyah menggunakan kesemua gigi saya kerana gusi yang bengkak tidak mengizinkan. Siapa sangka sakit gusi ini berlanjutan sehingga 5 hari lamanya (Termasuk hari ini). Disebabkan bengkaklah gigi saya tidak dapat menggigit dengan sempurna. Waktu makan saya juga lebih panjang daripada biasa. Itu pun lauk seperti ayam dan sayur berdaun terpaksa dikoyak kecil-kecil sebelum dimasukkan ke dalam rongga mulut saya. Pada saat saya mengunyah, saya teringat nenek yang hanya boleh memakan bubur jika tidak memakai gigi palsu.

Kepada pembaca di luar sana, minumlah air dengan secukupnya agar pakej penyakit panas yang saya kurungkan tadi tidak hinggap pada tubuh anda. Sekali hinggap, tualah jasat ini! Ingatlah, sakit gusi bukan sebarang sakit!

(Sekadar berkongsi pengalaman pahit di waktu raya)

1 ulasan:

  1. semoga mejalogam cepat sembuh dan jaga kesihatan...

    BalasPadam