Kerana mahu mendapatkannya, kehilangan itu perkara biasa. Kerana takutkan kehilangan, takut untuk memilikinya. Tetapi kadang kala,kita yang takutkan kehilangan pun rela memilikinya. Untuk mendapatkannya, kita tidak sanggup hilangkan sesuatu. Jadi, hilangkan orang lainlah. Mahu atau tidak mahu, itulah kenyataan. Tetapi, kita tidak mungkin mahu hilangkan apa yang kita sayang, bukan? Sebaliknya, kita akan hilang untuk apa yang kita sayang.
Kelaka betulah! Cubalah pembaca mentafsir maksudnya dengan pandangan sendiri. Sesungguhnya, pandangan itu istimewa dan berbeza-beza. Tapi, tafsiran yang berbeza menghasilkan cabang. Cabang yang bukan sedikit bilangannya. Untuk mengelakan perang pendapat, satu piawai yang mendapat persetujuan diwujudkan kononnya boleh mengelakkan konflek. Akibatnya, yang asalnya banyak pun menjadi satulah. Yang lain pun dihanggap sesatlah. Mereka yang baik pendapatnya (yang dilahirkan selepas kelahiran piawai) hanya boleh tunduk walaupun mungkin mereka sebenarnya lebih tinggi daripada piawai yang telah dipersetujui itu. Kalau begitu, kita harus hapuskan piawai untuk melahirkan piawai yang lebih baik. Tetapi, ianya masih piawai yang mungkin atau telah menghapuskan kelahiran pendapat yang seterusnya. Piawai yang sering berubah hanya akan menimbulkan lebih banyak isu dan menimbulkan kekeliruan. Kalau sedemikian, tidak perlukan piawailah. Maka, perang pendapat pun munculah. Kitaran ini akan terus berpusing dan terus berpusing. Tak akan berhenti punya. Nasib baik keadaan ini di dunia kita sudah berhenti dengan kemenangan piawai. Jadi, rugilah kepada mereka yang lebih berbakat kerana tidak dapat mematuhi piawai yang telah dipersetujui masyarakat umum, selain pendapat mereka tidak dapat diterima dan diiktiraf umum dan dibiarkan basi begitu sahaja.
Jadi, apa yang anda terfikir sekarang?
(Sekadar tulisan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan