12 Februari, 2012

Peluang!

Siapa sangka saya dapat menulis di Pulau Mutiara ini? Selamat sejahtera kepada para pembaca. Maafkan saya kerana sudah lebih kurang seminggu tidak menulis apa-apa di laman MejaLogam. Untuk pengetahuan pembaca, saya telah diberi peluang untuk bermain guitar dalam satu kumpulan Ben yang terdiri daripada guru dan pelajar. Kesempatan ini juga saya gunakan untuk menambah ilmu bermain guitar dengan salah seorang guru yang bermain dalam kumpulan yang sama. Beliau seorang yang sangat mahir dan mempunyai banyak teknik yang boleh saya pelajari. Semoga saya boleh menjadi sehebat dirinya.

Oh, tukar cerita lain pula. Sebenarnya, tulisan saya kali ini juga bertujuan berterima kasih kepada pihak yang tertentu kerana memberikan saya peluang mengekses internet. Sebagai tanda penghargaan, saya tidak akan salah gunakannya. Ribuan beterima kasih saya ucapkan kepada pihak tersebut.

Siapa yang makan madu, manislah terasa di lidahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan