Anda tahu, apabila seseorang itu semakin serba tahu, dia sudah tentu akan perasan bahawa dia semakin banyak tidak tahu. Sebaliknya, apabila seseorang itu kurang tahu, maka dia akan berasa dirinya serba tahu. Tetapi, ada juga mereka yang serba tahu mengetahui dirinya sudah serba tahu maka tiadalah perlu untuk dirinya lebih tahu. Tidak kurang juga bilangan mereka yang tidak tahu mahu terus tidak tahu kerana malas nak tahu. Sebilangan daripada mereka iaitu manusia yang serba tahu sudah tahu ada yang kurang tahu jadi terus buat taktahu. Ada juga antara mereka yang tak tahu pula buat-buat tahu walaupun ada yang tahu mahu menjadikannya lebih tahu. Tahukah anda bahawa yang serba tahu juga mengimpikan diri mereka sebagai seseorang yang tidak tahu kerana yang tahu tidak baik untuk diketahui. Jadi, ada yang tidak tahu mahu terus tidak tahu kerana takut kepada apa yang bakal dirinya tahu. Tetapi, perkara buruk yang tidak mahu diketahui itu membuka kunci pengetahuan yang akan menjadikan kita serba tahu. Oleh itu, tahu lebih baik berbanding tak tahu? Siapa tahu? Disebabkan tahu benda yang tidak patut tahu menjadikan manusia belagak serba tahu dan melakukan perkara yang dirarang walaupun mereka tahu. Ada juga mereka yang kurang tahu mahu menjadi lebih tahu kerana mahu mengatasi yang serba tahu. Bukan mereka tidak tahu bahawa pengetahuan terlalu banyak dan mereka tidak mungkin menjadi yang paling tahu. Hanya kerana mereka mahu orang lain kurang tahu. Kalau sudah terlalu serba tahu, rupa-rupanya merekalah yang paling tak tahu merekalah yang menindas mereka yang serba tahu atau melemahkan mereka yang mahu menjadi lebih tahu. Jadi, kita semua haruslah tahu siapakah kita yang kita tahu dan haruslah mengetahui kita hanya sebahagian pengetahuan yang terlalu kecil daripada yang Maha Tahu.
(Sekadar menyeru ilham)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan