Perhatian, Tulisan ini adalah cerita semata-mata. Watak yang telah saya gunakan ini juga tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah mati
Kisah Bermula:
Amirul sangat tidak berpuas hati dengan tuduhan pengawas itu. Bagi dirinya, apa yang telah dia lakukan adalah untuk kebaikan DUNIA.
"Kau tak faham bahasa? Kau dah buat salah! Apalah yang susah sangat untuk mengaku kesalahan sendiri?!" Begitulah tengkingan pengawas yang masih tidak hilang api kemarahannya.
"Aku tak bersalah. Kerja aku juga untuk kebaikan dunia." Amirul masih mempertahankan dirinya walaupun pengawwas itu masih dan terus menuduhnya dengan kesabaran yang serba hilang.
"Aku nak tanya, tutup air yang terbuka itu satu kesalahan?" Kali ini, Amirul sudah memulakan kata-kata dengan tujuan membela dirinya agar tidak disalah sangka.
"Tidak." Pengawas membalas ringkas.
"Habis tu?" sambung Amirul.
"Tutup air tak salah. Tetapi masuk tandas perumpuan itu salah." pengawas kembali melantangkan suaranya.
"Kau nak aku terangkan macam mana? Kalau air yang sedia ada dibiarkan terbuka, pembaziran akan berlaku. Oh ya, satu lagi. Kau tak tahu bahawa air yang 70% di permukaan bumi ini hanya boleh digunakan dalam 5% sahaja? Sebab selebihnya adalah air masin yang bukan murah untuk diproses. Jadi, apa salahnya kalau aku elakkan pembaziran?" Amirul pula melantangkan suara. Tetapi sedikit kurang kuat jika dibandingkan dengan pengawas yang bertubuh tegap itu.
"Hello Hello, masuk tandas perempuan tak salah ke?" pengawas itu cuba mengunci mulut Amirul dengan bukti yang dia ada.
"Kalau macam tu, aku nak tanya, Mencuri itu perbuatan yang salah?" Hai///// Apa yang cuba Amirul tu kata ya?
"Salah," Suara pengawas sedikit malas dan beserta keluhan. Mungkin dah malas nak layan pelajar bertubuh kurus itu.
"Kalau kita mencuri senjata daripada pengganas untuk mengelakkan keganasan bersenjata berlaku salah ke?" Well well, what he try to explain?
"Salah." pengawas itu membalas ringkas.
"Baguslah,kita biarkan pengganas itu menganas dengan menggunakan senjata walaupun kita boleh mencuri untuk menghentikan keganasan daripada belaku, begitu?" Berputar-putar pula kata Amirul tu.
"Sudah tentulah kita kena ambil daripadanya dan... itu bukan curi namanya." pengawas itu sedikit tergagap.
"Habis tu, kalau senjata itu mereka beli, bukankah kita yang ambil tanpa izin ini pencuri yang BERSALAH?" Amirul cuba menguji kemampuan mental pengawas itu pula.
"Sekarang kau jangan nak cuba lari tajuk. Keadaan itu berbeza. Okay... Sekarang, kau dah masuk tandas perempuan yang sepatutnya lelaki tidak patut masuk. Jadi, kesimpulannya, kau salah." Pengawas kembali memegang pen untuk mencatatkan nama. Barang kali itulah finishing move-nya.
"Tapi, kalau ada perempuan yang gemuk dan berat tersungkur dalam tandas dan perempuan-perempuan yang lain tidak dapat mengankatnya, yang lelaki tidak boleh masuk?" Amirul tidak hairan dengan gerakan itu. Yang dia fikir, dia mahu dirinya tidak dianyaya.
"Oh, kalau begitu, kenapa kau sibuk nak masuk tandas perempuan untuk tutup air dan kenapa tak biakan orang perempuan sahaja yang masuk tandas dan tutup air? Jawapannya, kau sengaja nak mengintai atau buat kerja jahat yang lain, bukan?" Pengawas itu menutup pen dan menyimpan dengan kemas dalam koceknya seakan-akan kerjanya sudah tamat seperti kata-katanya. (Chet Met)
"Pengawas oh pengawas, tadi kau tengok aku berlengah lama dalam tandas tu? Kalau aku nak buat jahat sekalipun, kenapa aku masuk waktu perempuan tak ada?" Oops, belum chet met lagi ke?
"Dah-dah. Tak payah nak bela diri lagi,"
"Kalau aku masuk dengan niat jahat, kenapa aku tutup pili air dan terus berambus sahaja?" Amirul oh amirul!
"Senang aja, jawapannya ialah kau tahu aku dekat luar dan pura-pura tutup air." pengawas oh pengawas.
"Sebenarnya, kau boleh tunggu perempuan yang lain untuk tutup air kalau kau nak JIMATkan air yang kau sayang sangat tu. Ni tidak. Kau masuk dengan memandai, kononnya hero yang akan menyelamatkan dunia yang sudah serba kekurangan air,,,,:" mengejek-ejak pula pengawas itu seakan-akan memperkecilkannya.
"Kalau nak suruh aku tunggu, sampai bila? Nak biarkan tunggu sampai air yang bersih tidak digunakan itu masuk ke loji pemprosesan semula?" Amirul mula marah pula.
"Kalau begitu, biarkan kau masuk tandas perempuan sesuka hati?" Pengawas pun apa kurangnya.
"Kalau ada perempuan dekat dalam, sudah tentu aku akan suruh dia tutup air tu. Ini sebab tak ada oranglah aku tutupkan. Aku nak cakap macam-mana baru kau nak faham? Niat aku hanya mengurangkan pembaziran tetapi kenapa niat aku ang baik tidak kau lihat sebaliknya mengambil keputusan menuduh yang buruk?" Amirul melantangkan suara (lebih lantang daripada pengawas) sehingga pengawas pun sedikit tercengang.
"Kalau begitu, kau masuklah tandas perempuan sesuka hati bertopengkan alasan nak tutup air. Tak payah aku peduli, macamtu?" (belakulah pergaduhan yang sangat dasyat)
Memandangkan pencerita sudah malas nak sambungkan cerita yang pening ini, maka cerita ini telah terhenti dengan sendirinya.
Maafkan saya....(nada melankolik)
Kisah berakhir.
'Aku tutup air salah ke?' Monolog Amirul
(Sekadar tulisan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan