Kisah bermula:
Seperti biasa, penyasat itu mengemukakan bukti untuk menunjukkan kebenaran. Dan seperti biasa juga, penjenayah yang terbukti bersalah diberkas pihak yang bertanggungjawab.
"Sesungguhnya, kebenaran berasal dariipada aku!" Bukti berasa bangga dengan pencapaianya kerana perkataan sepertinya membawa erti yang sangat mendalam khususnya dalam bidang siasatan. Tetapi jangan kita lupa, bukti juga antara perkataan yang sering muncul dalam bidang sains, sejarah, ilmu hisap (Mathematic) dan beberapa perkara lain dalam kehidupan kita.
"Mestikah kebenaran menjadi kunci kebenaran? Sebenarnya, kebenaran kadang-kadang tidak memerlukan bukti." Benar berkata-kata pula setelah menerima kenyataan Bukti. Mungkin sudah lama tidak berpuas hati agaknya.
"Kalau tiada bukti, kebenaran menjadi tidak benar. Ini kerana kebenaran diragui. Kenapa diragui? Ini kerana tiada bukti yang membuktikan kebenaran. Tak akanlah itu pun taktahu?" Mungkin bukti sudah tercabar agaknya.
"Kalau ada bukti sudah tentu benar. Tetapi jangan lupa bukti tidak semestinya membuktikan kebenaran. Kadang-kala, bukti membuktikan kesalahan." Benar cuba membalas tendangan kencang Bukti supaya tiada gol yang akan dijaringkan. Maklumlah, kebenaran.
"Kalau dah dapat buktikan yang salah, yang benar pun muncul-lah. Itulakeh yang dikatakan invers teknique. Tak akanlah benar tak tahu?
"Kalau kebenaran itu asal daripada bukti, bukti itu berasal daripada kebenaran?" Wal! Apa yang (perkataan Benar tu) cakap? Cuba fikirkan.
Kisah berakhir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan