Selamat tahun baru kepada para pembaca. Inilah karya cerpen pertama saya untuk 2012. Harap pembaca-pembaca suka.
Kisah bermula
Ada orang kata jadi penulis itu bagus. Bukan bagus kerana wang tetapi bagus kerana dapat mengawal jalan cerita seperti mana yang dimahukan. "Kalau boleh, janganlah jadi penulis. Kalau tak pandai menulis tak akan dapat cari makan!" Itulah yang selalu dipesan oleh mak dan ayah. Walau bagaimanapun, saya masih bercita-cita menjadi seorang penulis. Mungkin saya tidak pandai menulis tetapi saya boleh cuba. Tak salah, bukan?
Sehingga suatu hari, saya telah bertemu dengan Pak Ahmad. Beliau juga seorang yang sangat gemar dengan tulisan. Seperti saya! "Pak cik tak pandai menulis dan pak cik hanya menghanggap tulis cerita ini seperti hobi sendiri. Tapi, kalau Mat pandai dan benar-benar mahu cari rezeki dengan tulisan tak salah. Kalau rasa boleh, cubalah!"
"Tapi pak cik, penulis ini tak senang cari makan, bukan? Ayah dan Mak selalu pesan macam tu."
"Banar cakap mak ayah tu. Memang susah nak cari makan. Kalau Mat berani tanggung risiko, siapa tahu boleh kaya?" Kata-kata itu disertakan seribu senyuman dan harapan. Kata-kata itu jugalah yang saya jadikan peransang semangat untuk saya terus menuju ke arah cita-cita itu. Manalah tahu saya boleh mehasilkan novel seperti Harry Porter?
Setiap hari berlalu begitu sahaja dan saya pun semakin dewasa. disebabkan cita-cita ini, saya telah cuba menyertai beberapa pertandingan cerpen dan novel anjuran sekolah mahupun luar. Malangnya, saya sering gagal. Mungkin saya tidak berbakat dalam bidang penulisan tetapi saya masih boleh cuba, bukan? Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Suatu petang yang cerah dengan sinaran cahaya Mentari yang kekuningan, seorang lelaki datang kepada saya dan memanggil nama saya. Pada saat itu, saya sedikit terperanjat kerana sebelum ini, lelaki itu tidak pernah bercakap dengan saya walaupun kami belajar dalam kelas yang sama. "Saya tahu awak mahu jadi penulis bukan? Kalau awak bersetuju untuk ikut saya, awak boleh jadi penulis," katanya tanpa memberikan salam. Pertanyaan saya juga tidak dipedulikan. Dalam hati, hendak sahaja saya bersetuju dengan tawarannya. Asalkan cita-cita itu dapat ditunaikan. Lagipun, saya rasa dia tidak membahayakan! Walaupun hati saya berpendapat begitu, akal saya terlebih dahulu membantah kata hati itu. Siapa boleh bagi saya jadi penulis kalau saya ikut dia? Nampak sangat ini helah untuk tipu budak-budak.
Setelah saya sedar daripada tidur yang lena, saya perasan saya sudah berada di suatu ruangan yang lain daripada lain walaupun jasat saya ini sedang berada di atas katil empuk dalam kamar saya. Sarapan pagi juga seperti biasa dan ayah juga pergi kerja seperti biasa. Tiada apa yang janggal tetapi saya berasa saya sudah berada di tempat lain. Jauh daripada rumah. Mungkin perasaan saya sahaja. Hari itu, cuaca ceria sahaja. Mentari juga tersenyum menyinarkan cahaya dan haba. Memandangkan hari itu tidak bersekolah, saya pergi ke perpustakaan untuk membaca karya yang menarik. Dapatkan ilhamlah katakan! Tidak sangka, sekali lagi saya bertemu dengan lelaki itu. Kali ini, dia duduk di hadapan saya dan menyatakan saesuatu yang tidak masuk akal. "Nampak gayanya, keinginan awak itu telah terlebih dahulu menjadikan impian awak kenyataan. tapi awak masih tidak cukup matang untuk memegang cerita. Kalau awak nak pegang cerita, awak mesti hapuskan penulis yang lain. Cerita yang satu tidak boleh ada ada penulis yang 2, 3, 4 atau lebih daripada itu," kata-kata itu janggal bunyinya."Apa yang awak maksudkan?" saya bertanya."Kalau awak sangat inginkan cita-cita itu tercapai, awak harus kejar cita-cita itu sehingga dapat. Bukankah begitu? Awak akan faham nanti." Setelah melafaskan kata-kata itu, dia pun pergi begitu sahaja. Kata-kata itu sudah cukup untuk merosakkan akal saya untuk terus membaca. setelah peristiwa itu, saya terus berfikir tentang perkataan lelaki itu tetapi tidak ada hasil yang saya dapat.
Angin petang seperti biasa memberi salam kepada semua penghuni bumi. Salaman angin tidak sombong, tidak kenal hina atau mulia, kotor atau bersih, semua disapa, ramah dan berbudi bahasa. Pada saat itu, ketenangan angin petang tidak seperti biasa saya rasakan. Fikiran saya kusut, bercelaru. "Kalau perkara yang tidak dapat kita faham sekarang biarlah kita faham kemudian. Usahlah berfikir terlalu mendalam kalau hanya sesuatu yang tidak mungkin." Ayah sering berkata saya terlalu banyak berfikir. "Bukan semua perkara kita harus berdepan. Dan tidak semestinya melarikan diri adalah pengecut." Mungkin, kata-kata lelaki itu hanya kata-kata semata-mata.
"Kalau ada matlamat baharulah bagus." Encik Mavee, guru kaunseling sekolah kami memberikan ceramah motivasi. Setiap pelajar sangat gemar dengan nasihat dan ceramahnya, sungguh bersemangat dan bertenaga. "Sekarang, cikgu nak kamu semua berdiri seorang demi seorang dan menyatakan matlamatnya sekuat-kuat hati, biar gegar dewan ini." Semua pelajar menyatakan cita-cita mereka dengan penuh semangat tetapi tiada seorang pun yang sama seperti saya, mahu jadi penulis. Setelah saya melaungkan cita-cita saya, semua orang memandang kepada saya dengan wajah yang saya rasa tidak selesa. Cikgu Mavee sendiri pun sedikit tercengang. Entah apa yang dicengankan. Hanya wajah lelaki itu yang seperti biasa. Adakah saya tidak sesuai?
Pada suatu hari, sesuatu yang trajis berlaku di hadapan mata saya. Tulisan saya seakan-akan sumpah yang pasti akan terkena kepada sesiapa yang saya mahu. Husain, meninggal dunia akibat dilanggar kereta, seperti mana yang saya tulis pada sehelai kertas buangan tempoh hari. Selain berkarya, tulisan juga saya gunakan sebagai jentera melepaskan perasaan marah tetapi kesan peristiwa itu telah mengakibatkan saya sudah sedikit takut untuk menulis."Mat, baguslah. Husain dah dapat tulah. Lepas ini, kita tidak akan dibuli lagi!" Memang benar kata Asraf tetapi...
"Ini kebetulan. Hanya Tuhan yang akan tentukan kematian. Tulislah seperti biasa. Daripada awak balas dendam menyimpan dendam dan lain, lebih baik awak menulis untuk melepaskan perasaan." Itulah komen ayah. Ibu juga begitu. Tetapi, keadaan itu tidak bertahan lama. Dengan tak tahu kenapa, watak yang saya cipta dalam cerpen untuk pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah juga wujud di dunia. Sama seperti perwatakannya, zalim dan membunuh sesuka hati. Pihak polis juga tidak dapat membanterasnya seperti mana yang saya tulis dalam cerpen saya. Apakah maksudnya semua ini?
Akibat peristiwa itu, saya berhenti daripada menulis. Saya buntu. Benar-benar buntu. Seakan-aakan saya bukan berada di dunia sebenar. Semua yang terjadi ini sangat donging, tidak benar. Watak yang zalim itu terus membunuh dengan berleluasa, tiada orang yang dapat menjatuhkannya. "Sekiranya itu tulisan awak, awaklah yang harus menghapuskannya." Atas nasihat itu, saya mengambil keputusan untuk memadam tulisan yang sudah tercoret dalam cerpen saya dengan harapan watak itu akan hilang. Satu demi satu perkataan dipadam dengan kemas, tidak meninggalkan setitik dakwat pun. Tetapi,.....
"Sejarah tidak boleh dipadam bukan? Hanya padam tidak ada gunanya," kata lelaki itu kepada suatu petang di perpustakaan juga. "Kenapa?" Wajahnya masih menampilkan ketenangan seperti mana kali pertama, kedua atau seterusnya kami berjumpa. "Sebabnya, masa yang berlalu tidak mungkin berulang. Sama juga, apa yang dilahirkan mesti akan mati dan bukanya akan ghaib seperti belum lahir." Kata-kata itu sekali lagi mengganggu fikiran saya. Mungkinkah saya harus melakukan sesuatu?
"Kalau tidak dapat ubah kesalahan masa lampau, kita harus membaikinya agar keburukan itu akan mati pada masa hadapan." kata Cikgu Mavee sambil menguntumkan senyuman. "Jadi, maksud cikgu mengubah?"
"Ya, tepat sekali." Petang itu, saya kembali memegang pena untuk menyambung cerpen saya dengan ilham daripada nasihat guru kaunseling itu. Kali ini, saya meneruskan jalan cerita sehinggalah watak yang zalim itu ditangkap. Sekiranya masa lampau tidak dapat diubah, jadi, saya akan mengubah dari sekarang agar masa hadapan lebih baik. hasilnya, saya berjaya. Watak zalim itu dibanteras seperti mana yang saya tulis. Melalui peristiwa ganjil ini, saya bertekat untuk tidak menulis cerita lagi walaupun menulis ini adalah hobi saya dan mungkin kerjaya saya pada masa hadapan. Pada saya, tulisan saya hanya akan mengucar kacirkan jalan cerita.
("Awak bukan lagi penulis.")
Kisah berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan