28 Disember, 2011

Pulih daripada penyakit kronik

Beberapa hari yang lalu, Pak Cik saya sekali lagi datang ke Kuala Lumpur untuk membuat rawatan terakhir selepas pembedahan jantung. Saya berasa sangat bersyukur kerana doktor menyatakan beliau telah stabil dan pembedahannya telah berjaya merawat penyakitnya, iaitu salur darah tersumbat.

Beberapa bulan yang lalu, Pak Cik hampir-hampir bertemu ajal berikutan keparahan penyakit itu. Menurut ibu, 3 salur darah utama telah tersumbat dan mengakibatkan beliau tidak dapat bertindak seperti orang biasa. Ibu juga menyatakan bahawa beliau sering mengeluarkan najis yang bercampur darah. Tubuhnya pula terlalu kurus dan tidak bermaya untuk berdiri apatah lagi berjalan.

Setelah beliau dicadangkan untuk mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur, beliau telah berjaya dipulihkan dengan satu pembedahan. Melalui peristiwa ini, saya telah berjaya menyaksikan betapa pentingnya kesihatan kepada kita. Pak Cik juga berpesan kepada kami sekeluarga bahawa tubuh yang sihat harus dipehara elok-elok terutamanya dari segi pemakanan. Dalam tulisan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor yang mengerah tenaga mental dan fizikal untuk merawat Pak Cik saya yang sakit tenat itu sehingga pulih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan