Sepuluh sen pun tidak cukup,
sudah betis mahukan peha.
Tamak jadikan panduan hidup,
hidup berpaksikkan wang dan harta.
Sudah betis mahukan peha,
kerana tamak tak takut mati.
Hidup berpaksikkan wang dan harta,
jawat tugas tidak diperduli.
Kerana tamak tak takut mati,
katanya rasuah adalah takdir.
Jawat tugas tidak diperduli,
adil disorok zalim dipamir.
Katanya rasuah adalah takdir,
gembira di dunia akhirat tak apa.
Adil disorok zalim dipamir,
wang disembah Tuhan dilupa.
Gembira di dunia akhirat tak apa,
tidak takut llepak di neraka.
Wang disembah Tuhan dilupa,
makan rasuah berasa bangga!
Pedasss
BalasPadam