Kisah bermula
Sultan Dewa sakti telah berangkat dengan segala angkatan hulubalangnya yang garang lagi gagah perkasa. Titah baginda, "Wahai hulubalang-hulubalang sekalian, adapun Beta ini tidak tahu bertarung bermain senjata. Maka, kalianlah yang memelihara beta ini daripada sebarang kecelakaan. Barang siapa yang tidak berani petaruhkan nyawa, maka akan beta turunkan tulah yang terlalu besar kekpadanya." Dengan perkataan itu, segala hulubalang-hulubalang pun terlalu takutlah. Kata hati masing-masing, "Jikalau tidak aku jaga Sultan seorang ini elok-elok, maka tempiasnya akan mengancam keluargaku. Lebih baik nyawaku dipetaruhkan untuk baginda daripada keluargaku tergadai."
Tidak beberapa lama, sekumpulan pemberontak kecil mengepung Sultan Dewa Sakti dengan lengkap bersenjata. Bilangan mereka tidak ramai dan kepungan mereka sangat lemah. Secara spontannya, hulubalang-hulubalang bertindak menyerang penderhaka Sultan itu dengan garangnya. Sekali serang sahaja, penderhaka itu tewas. Maka, sultan seorang ini pun berkatalah dalam hati "Sungguhlah berada dalam kepungan ini adalah yang terlalu selamat. Akan beta gunakan kepungan ini untuk menentang musuh yang mengusir beta kelak."
Seperti yang dijangkakan, Sultan Balewar Paksi dari negeri Indera Gemala Besi datang melangar negeri Kurna Gambar Bergangga. "Ampun tuanku beribu-ribu ampun. adapun balah tentera yang terlalu besar dari Indera Gemala besi (IGB datang melangar negeri kita ini,") Laksamana Kial Menggigit datang menghadap dengan wajah yang sangat gementar sekali. "Wahai Laksamana, kerah semua tentera mengepung negeri kita ini dan jangan beri peluang kepada musuh. Sesiapa yang engkar, maka akan beta turunkan bencana yang terlalu besar kepadanya dengan keluarga sekali," titah baginda dengan penuh ketegasan. Seperti yang dititahkan, hulubalang-hulubalang dan segala balah tentera yang gagah lagi berani pun mengepunglah negeri Kurna Gambar Bergangga itu menentang musuh.
Serba mula, kedua-dua pihak samar-samar sahaja dan tidak menampakkan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Tidak lama kemudian, tentera IGP itu pun mula memakan benteng pihak musuh seperti harimau makan kambing lakunya. Kata hati balah tentera Sultan Dewa Sakti, "Sekiranya aku membelut, aku akan dijatuhkan tulah. Tetapi jika aku tidak belut, aku mungkin akan dibunuh dan keluargaku juga akan teruk dikerjakan. Lebih baik aku membelut." Kesannya, mereka yang membelut ini pun menyerah kepada Sultan Balewar Paksi dan menjadikan negeri Kurna Gambar Bergangga seteru walaupun mereka memakai uniform negeri itu. Akhirnya, Sultan Dewa Sakti yang terkepung dengan angkatan sendiri, tidak dapat melarikan diri lagi. Maka, mangkatlah baginda dalam strateginya sendiri.
Kisah berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan