Pada 6 hari bulan Disember, saya telah menamatkan kertas SPM saya yang terakhir iaitu kertas Ekonomi Asas (EA). Siapa sangka hari itu juga hari terakhir saya berada di asrama Aspura dan SMPK Setapak. Setelah habis kertas EA, saya terasa sangat gembira seakan-akan boleh bebas dari segala masalah. Perasaan saya itu tidak bertahan lama kerana kini saya berasa hilang matlamat pula.
Pada tahun 2012 yang akan datang, saya akan mengikuti kursus komputer di St. Niclus Home untuk mengisi ilmu! Keputusan ini juga disokong sepenuhnya oleh ayah dan ibu selain rakan-rakan.
Sejak saya pulang ke rumah, saya cuba menyebukkan diri dengan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian dan memasak (masih belajar untuk bermesra dengan sudip). Ibu juga sangat gembira untuk mengajar saya. Semalam, saya telah menyentuh sudip untuk memasak kerang dengan bimbingan ibu yang sentiasa disisi saya. Sudah tentu bukan saya yang masak sepenuhnya. Bagi saya, memasak itu sesuatu yang menarik dan seronok. Kalau saya boleh memasak, saya rasa saya sudah boleh berdikari sepenuhnya! Oh, mungkin belum lagi sebab saya belum ada sumber pendapatan!
Kepada rakan-rakan setingkatan, hargailah masa bersama keluarga sepanjang cuti ini. Sesungguhnya, masa-masa ini mungkin hanya wujud sekali sahaja dan tiada versi ulangan pada masa hadapan. Kepada guru-guru yang sangat saya hormati dan kasihi, sekali lagi saya ucapkan Jutaan terima kasih atas ilmu yang dicurahkan. Saya ingin meminta Sejuta keampunan kepada semua guru atas kesalahan saya yang sengaja atau tidak di sengajakan. Sesungguhnya, saya bukan seorang murid yang baik dan sentiasa mengharapkan tunjuk ajar. Semoga guru-guru yang saya sanjung akan terus berjuang dengan tabah untuk melahirkan model insan yang produktif dan berdaya maju. Tetapi, apa yang lebih penting ialah kesihatan. Saya berharap cikgu-cikgu semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dari semua segi walaupun sibuk dengan amanah yang wajib dikerjakan.
Sekian sahaja tulisan saya buat kali ini. Semoga saya akan menulis lagi pada masa hadapan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan