28 Januari, 2012

Berhujah dengan Sel Darah Putih yang Dijangkiti Canser!

"Suatu hari nanti, perang ini akan tamat dengan kemenangan pihak lawan. Mungkin bukan tewas kerana tentera kita tidak cukup kuat tetapi ada faktor yang lain juga." Itulah kata salah sebutir sel darah putih yang sudah berpengalaman.
"Kalau begitu, untuk apa kita harus terus berjuang bermatian-matian? Kalau sudah ditakdirkan kalah, mengapa kita mahu lagi terus mati untuk melindungi sesuatu yang sudah pasti akan musnah?" Sel darah putih yang lebih muda meluangkan rasa kecewanya. Kecewa kerana dirinya mengusahakan sesuatu yang sia-sia.
"Kalau begitu, saya ingin bertanya. Mengapa kita harus hidup walaupun kita akan mati akhirnya?" Sel darah putih yang masih tidak cukup setahun jagung terdiam seribu bahasa.
"Kalau begitu, baik mati sahaja semenjak kita dilahirkan. Bukankah tidak sia-sia!" Tambah sel tua itu lagi.
"Situasi itu berbeza. Soal hidup dan melindungi sesuatu adalah dua benda yang sangat berbeza." Sel muda itu kembali bersuara.
"Hidup ini amanah Tuhan. Sudah tentu kita harus memeharanya," sel muda cuba mengukuhkan lagi idealoginya.
"Menehara tubuh manusia juga penting kerana ini adalah tanggungjawab, tugas hakiki dan kewajiban yang harus kita tunaikan." Nampaknya, debat bertambah rancak pula.
"Kau dengar sini sel tua. Aku tidak rela mengerjakan kewajiban yang tidak mendatangkan manfaat. Kerja ini teruk. Bagai mencurah air ke daun keladi. Manusia sendiri yang berakal pun mahu setiap usaha mereka mendapat hasil yang setimpal dengan titik peluh yang dikeluarkan. Sedangkan kebaikan yang mereka lakukan juga mempunyai pahala sebagai ganjaran. Berbanding kerja aku yang entah apa-apa. Usaha yang selama ini aku curahkan hanya mendatangkan kekosongan." Kali ini, sel muda itu benar-benar meluahkan isi hatinya tanpa sedikitpun tapisan.
"Kau salah. apa yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang mulia. Kita melindungi tubuh ini daripada serangan bakteria-bakteria jahanam. Dengan kitalah tubuh ini akan terus sihat dan sejahtera." Sel tua cuba mempertahankan pendiriannya walaupun isi yang dihujahkan tadi tidak kukuh dan banyak kelemahannya.
"Mulia kau kata? Kita ini seperti boneka. Buah catur yang dipergunakan sahaja. Satu lagi, Sejahtera untuk tubuh badan kita kau kata? Kalau tubuh ini mati, sejahterakah namanya?" Sel muda semakin berapi-api hujahnya.
"Kenapa kau diam? Kau balaslah!" tambah sel muda itu setelah mendapati sel tua kematian kata-kata.
Hai..... Kalau saya sel tua, mungkin saya mengalami kesusahan ang besar untuk merawat sel canser ini.
Untuk pengetahuan pembaca, tulisan ini dicoret secara spontan sahaja. Jadi, isinya dan mesejnya kurang mantap. Jika ada pembaikan, bolehlah pembaca tinggalkan pada ruangan yang bersesuaian dalam laman ini.
(Sekadar untuk memutarkan minda)

27 Januari, 2012

CCTV Untuk orang Rabun (Bahagian 2)






Apakah pendapat anda tentang rupa bentuk CCTV Portable ini? Adakah seperti PlayStation Portable (PSP)? CCTV unit ini sering dikenali dengan nama PICO.


Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, tulisan pada risit telah dibesarkan.
PICO juga berfungsi seperti CCTV yang bersaiz besar tetapi ianya lebih ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana.
Dimanakah penyelaras saiz skrimnya? Sebenarnya, PICO tidak mempunyai penyelaras yang khusus. Untuk membesarkan imej pada objek, kita hanya perlu mendekatkan alat pengimbas dengan objek. Begitu juga sebaliknya.

Seperti CCTV bersaiz besar, PICO juga mempunyai formasi imej yang berbeza. Berikut adalah keterangan berserta gambar:

Formasi 1



Formasi ini mempunyai warna imej yang sama seperti objeknya tetapi saiz sahaja yang berbeza.

Formasi 2



Formasi ini seperti wayang lama. Hanya putih dan hitam sahaja.

Formasi 3



Formasi ini merupakan formasi yang berlawanan dengan formasi 2. Yang putih akan bertukar hitam manakala yang hitam akan bertukar putih (Melibatkan Putih dan Hitam Sahaja)

Formasi 4



Formasi ini melibatkan warna biru dan kuning sahaja. Yang berwarna cerah bertukar kuning dan yang berwarna gelap bertukar biru.

Sekian sahaja untuk tulisan buat kali ini. Harap-harap bermannfaat.

25 Januari, 2012

Sambutan Tahun Baru di Tanah Kelahiran

Pada 23 hari bulan Januari yang lalu, saya telah pulang ke Teluk Intan, tempat kelahiran saya. Oh ya, tempat kelahiran ibu dan ayah serta 2 orang adik juga. Kami bertolak pada waktu 11 pagi dan tiba 4 jam kemudiannya kerana kami singgah di Sekenjang, rumah Mak Cik saya. Setelah kami menjejakkan tayar kereta ke dalam tanah Teluk Intan, perkara pertama yang kami lakukan ialah mengisi perut yang sudah lapar. Untuk pengetahuan semua, Teluk Intan merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan makanan yang lazat-lazat. Antaranya termasuklah Me Jawa dan Hawayi. Tahukah anda apakah itu Hawayi? Sebenarnya, makanan ini jarang dapat dilihat di mana-mana melainkan Teluk Intan. Bentuknya seperti Ais Batu Campur (ABC) tetapi temanya bukan kacang dan rasa yang manis. Bahan yang terdapat dalam Hawayi adalah bua-buahan seperti nanas, tembikai dan beberapa buah yang kurang saya pasti. (Sorry)
Tema rasa makanan ini ialah Masam manis yang menyegarkan. Percayalah bahawa makanan ini dapat merawat dahaga di hari yang panas.

Setelah kami pulang ke rumah tinggalan Aruah Atuk (sebelah ayah), kami menempatkan barangan kami dengan cermat dan teratur. Terdapat perubahan yang ketara di persekitaran rumah tua itu iaitu Pokok rambutan yang rendang di sebelah hadapan rumah sudah botak tanpa daun. Ini telah menjadikan kawasan itu bertambah panas.

Keesokan harinya, kami melawat rumah saudara mara yang lain tidak kira sebelah Ibu atau Ayah. Semua Angpau kami sapu sehingga puas. Malangnya, Angpau pada tahun ini sudah jauh kurang berbanding tahun sebelumnya. Sekitar 4 petang, kami bertolak pulang ke Puchong semula. Walaupun Tahun Baru Cina di kampung sekejap sahaja, saya tetap rasa gembira kerana dapat menghirup udara segar di tanah kelahiran saya selain melepas rindu pada Menara Condong Teluk Intan. Maafkan saya kerana tidak menampilkan gambar-gambar yang menarik. Maklumlah betri lebtop sudah kehabisan!

21 Januari, 2012

Kembali ke Ibu Kota

Selamat sejahtera kepada para pembaca yang sedang melawat www.mejalogam.blogspot.com! Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf kerana tidak berjaya menerbitkan apa-apa bahan untuk tatapan pembaca.

Merujuk kepada tajuk di atas, saya telah tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 4 pagi tadi. Apa yang istimewa tentang perjalanan buat kali ini adalah saya ditemani seorang rakan dan bukan ahli keluarga. Sebelum ini, perjalanan sejauh lebih daripada 300km dengan bas akan ditemani oleh ayah.

Sepanjang 2 minggu ini, saya telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baru dan salah seorang daripada mereka ialah rakan yang bertolak dari stasen bas Sg Nibung ke KL bersama saya. Di St. Nicholas Home, saya telah mengikuti kursus komputer dan macam-macam aktiviti seperti kelas muzik tradisional, latihan di dalam Jim, kelas programming dan kelas orentasi dan mobiliti. Bagi saya, semua aktiviti itu sangat menarik kerana merupakan sesuatu yang baru bagi saya.

Dari segi sosial pula, disiplin masih menjadi paksinya. Walau bagaimanapun, pergaulan masih boleh dikagorikan sebagai bebas (dengan batas).

Makanan di sana pula lazat dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Tetapi, pinggan, cawan dan perkakas untuk menghidangkan makanan haruslah diurus secara individu.

Pada minggu ini, saya akan menyambut Tahun Baharu Cina di rumah saya dan juga kampung. Tetapi, saya masih tidak tahu bila saya boleh pulang ke kampung untuk menghirup udara segar di sana. Apa yang pasti, saya akan pulang melawat nenek yang sudah berumur lapan dekat.

Sepanjang cuti ini, saya akan cuba untuk menerbitkan sebanyak mungkin tulisan saya untuk tatapan pembaca sekalian. Harap-harap MejaLogam tidak akan terus membisu tanpa tulisan baru.

07 Januari, 2012

Berangkat ke Pulau Mutiara

Pada malam ini, saya akan bertolak ke Pulau Pinang untuk menadah ilmu dan pengalaman baru di St. Nicholas'Home. Sedar

tidak sedar, sekali lagi saya terpaksa tinggalkan rumah dan ahli keluarga yang lain. Walau bagaimanapun, ada pepatah yang

menyatakan bahawa jauh perjalanan, luas pengalaman. Jadi, saya tidak berasa sedih atau hampa dengan keputusan saya

untuk mengikuti kursus komputer di sana. Jika mahu saya menjadi orang yang tidak produktif dan membazir masa, saya tidak

sampai hati.

Sekiranya perjalanan saya mengikut rancangan, saudara Kekasih Alam akan menjadi penyambut di sana. Sudah tentulah

saya tidak sehebat saudara Kekasih Alam yang boleh merdeka dengan sebatang tongkat putih. Buat kali pertama ini, saya

pergi dengan ditemani ibu dan untuk kali kedua dan ketiga pula saya ingin mencuba sendiri. Harap-harap saya boleh juga

bergerak bebas tampa kenkangan kecacatan seperti OKU penglihatan yang berada di luar sana.

Sepanjang tempoh saya di sana sehingga Tahun Baru Cina, saya mungkin tidak dapat menghantar bahan untuk tatapan para

pembaca. Tetapi, saya akan cuba mencari peluang! Semoga perjalanan pergi balik saya mahupun ibu saya selamat dan

dijauhi daripada kesukaran dan kecelakaan.

Senyum selalu!
Jangan marah ya, Saudara Kekasih Alam!

Terima Kasih?

"Terima kasih banyak-banyak, Ahmad. Sebab ada kaulah aku tak payah jalan kaki waktu tengahari panas ni. Terima kasih sekali lagi." Ali bersalaman dengan Ahmad yang baru sahaja membantu membaiki basikalnya yang tercabut rantai. Setelah sepatah terima kasih, sepatah lagi Ali sambung sehinggakan Ahmad meluahkan kata-kata seperti berikut
"Tak payahlah nak berterimakasih. Aku hanya membantu apa yang aku mampu. Lagi pun, kita kan dah lama berkawan!" Ahmad menepuk-nepuk bahu Ali dengan tangan yang tidak dicemari menyak hitam lagi. Senyuman juga digantungkan dengan mesra pada wajah yang ceria.

Setelah beberapa hari berlalu, Rantai basikal Ali tercabut lagi.
"Mad, Aaaaa... Rantai cabuut laagilah. Bboleh bantu?" Ali sekali lagi merujuk kesusahannya dengan Ahmad yagn sudah tentu dapat menyelesaikan masalahnya itu.
"Nah, Sudah siap!" Dalam masa yang singkat, pertolongan itu berjaya disempurnakan. Setelah ali menyembut basikalnya dengan wajah yang tersengeh-sengeh, Ali terus sahaja meninggalkan Ahmad dengan tangan yang sudah hitam bak arang.

Beberapa bulan berlalu. Rantainya tercabut lagi. Oh, (nya) itu sebenarnya Ali.
"Mad, Rantai cabut lagila, boleh tolong pasang?" Ahmad pun pergi seperti biasalah.
"Dah siap." Kali ini, ali terus menunggang seperti kali kedua dia meninggalkan Ahmad dengan tangan yang hitam legam. Dalam sudut hati, Ahmad tertanya-tanya mengapakah Ali bersikap terlalu buang tabiat. Terima kasih pun tidak diucap dan pergi terus sahaja. Hairan-hairan......

Pada beberapa hari yang saya pun tidak pasti, rantai yang menyusahkan Ahmadbuat hal lagi.
"Mad, boleh tolong baiki rantai aku tak?" Ahmad sedikit longlai. Wajah nya tidak semanis dahulu. Kini, Ahmad hanya membantu alah kadar sahaja.
"Nah, dah siap," Kata Ahmad dengan begitu lemah sekali. Setelah perkataan itu diluahkan Ahmad, ali terus menunggangnya tanpa memandang Ahmad pun. Sekali lagi Ahmad bertanya ke manakah budaya ketimuran yang dimiliki Ali.

Selang sehali, rantai Ali putus lagi. Ali datang kepada Ahmad dengan sengehan yang entah apa-apa.
"Mad, rantai," Ali membiarkan kata-katanya tergantung begitu sahaja. Ahmad sangat bosan, bosan untuk membantu. Kali ini, Ahmad tertanya-tanya mengapakah rantai itu cabut cepat sangat. Rupanya-rupanya, ini adalah hasil daripada tindakan alah kadarnya semalam. Mahu tidak mahu, Ahmad membaikinya dengan sempurna supaya rantai akan bertahan lebih lama, tidak cabut. Dengan muka yang tidak rela, Ahmad mengotorkan tangan dengan minyak hitam untuk memasang rantai yang menyusahkan itu.
"Terima kasih ya Mad." Tiba-tiba sahaja, Ahmad berubah wajah. Hatinya gembira bukan kepalang.
"Tak payalah, kita kan kawan!" bahu Ali sekali lagi ditepuk-puk setelah tangan kotornya dibersihkan.

06 Januari, 2012

CCTV Untuk orang rabun bahagian 1


Seperti yang saya janjikan, saya akan menyapkan satu tulisan yang berkaitan dengan CCTV!!



Inilah bentuk CCTV yang bersaiz besar. Bahagian luar CCTV unit ini terdiri daripada plastik dan besi. Oleh yang demikian,

alat ini berat bukan kepalang.

Untuk pengetahuan semua, CCTV juga mempunyai jenamanya yang tersendiri.


Secara umumnya, alat ini berfungsi untuk memperbesar perkataan.


Percayakah anda bahawa alat ini mampu membesarkan imej nyamuk sehingga sebesar tapak tangan budak sepuluh tahun?
Alat ini sebenarnya sangat membantu bagi orang kurang upaya katagori B2 iaitu rabun. Seperti kamera liter tertutup, alat ini
juga dilengkapi dengan alat pengimbasnya. Tetapi, alat pengimbasnya tidak menangkap imej secara langsung kerana terletak

di bahagian perut CCTV dan tidak boleh dilihat jika tidak dibuka skru dan badannya. Alat pengimbas yang menghala 90
darjah daripada bahan bacaan secara logiknya tidak mampu memerangkap imej. Hasilnya, prinsip seperti periskop telah
digunakan. Sebuah cermen diletakkan di penjuru pertemuan antara imej bahan bacaan dengan kawasan fokus alat pengimbas
dengan kecondongan 45 darjah. Susunan seperti tulisan L ini membolehkan imej bacaan dipantulkan ke alat pengimbas
dengan bantuan cermin!

Apabila CCTV dihidupkan, sepasang lampu (biasanya) akan turut dinyalakan. Jadi, jangan risau kalau CCTV ditempatkan di
kawasan yang gelap! Kebanyakkan CCTV bersaiz besar seperti ini yang saya temui menggunakan elektrik terus dari plag
elektrik. Tetapi, siapa tahu ada CCTV zaman ini yang boleh menggunakan cell kering?

Seperti telefon bimbit, CCTV juga berkembang maju selaras dengan perkembangan teknologi. Sebagai contoh, unit CCTV yang
lama menggunakan skrim kaca sementara CCTV pada masa kini kebanyakkannya dilengkapi dengan skrim plasma. Saiz
bacaan yang mahu dibaca boleh dilaras sehingga kita rasa selesa atau cukup besar untuk membacanya. Unit CCTV seperti
yang saya tunjukkan ini dilengkapi dengan 3 formasi Imej yang utama iaitu:
1. Warna biasa
~seperti warna bahan yang kita fokuskan
2. Tulisan hitam latar putih (Hitam dan putih sahaja)
~Seperti wayang lama yang tidak berwarna.
3. Tulisan putih latar hitam (Hitam dan putih sahaja)
~Yang putih akan berubah hitam dan yang hitam berubah menjadi putih, (Terbalik dengan fomasi 2)
Selaras dengan perkembangan teknologi, Warna tulisan dan warna latar pada fomasi 2 dan 3 boleh diubah kepada hijau,
merah, biru, kuning, ungu dan macam-macam lagi mengikut kesesuaian. Oh, sebelum terlupa, kebanyakkan CCTV generasi
baru bersaiz besar boleh dilaras skrimnya. Skrim tersebut bukan sahaja boleh bergerak ke hadapan dan belakang tetapi skrim
tersebut juga boleh mendongak dan menunduk! Malangnya, CCTV yang saya tunjukkan dalam gambar di atas tidak boleh
bergerak atau berpusing ke kiri dan ke kanan. Untuk kemudahan pembaca, papan (tempat meletak bahan bacan) boleh
bergerak secara fleksibal untuk memudahkan pembaca. Walau bagaimanapun, papan tersebut boleh dikunci!

Sekian sahaja tulisan buat kali ini. Sebenarnya inilah sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan. Harap-harap, tulisan ini

bermanfaat kepada semua.

04 Januari, 2012

Menziarahi SMPK Setapak

Semalam, saya mengikuti rombongan menghantar adik saya ke SMPK Setapak. Sebenarnya, tujuan saya adalah mengambil kembali buku bank saya. Walau bagaimanapun, kesempatan ini juga saya gunakan untuk bertanya khabar kepada warga sekolah itu. Oh, kepada sesetengah guru, saya sangat meminta maaf kerana tidak salam dan bertanya khabar pun. Sebenarnya, bukan niat saya menyombong dengan guru-guru sekalian tetapi saya tidak dapat melihat jauh melainkan mendengar jauh. Aduhai, habis tatabahasa saya rosakkan!

Di dalam hati, saya berasa sangat bersyukur kerana warga sekolah Setapak masih berada dalam keadaan baik pada pendengaran saya sepanjang saya melawat di sana.

Kepada warga SMPK Setapak, selamat menempuh hari-hari yang bakal datang dengan seribu ketabahan.

02 Januari, 2012

Selamat tahun baharu!

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada para pembaca kerana sudah agak lama tidak memaparkan bahan untuk tatapan pembaca. Sedar tidak sedar, tahun 2012 telah tiba. Semoga tahun baharu ini akan membawa semangat yang baru buat semua.

Penulis (cerpen)

Selamat tahun baru kepada para pembaca. Inilah karya cerpen pertama saya untuk 2012. Harap pembaca-pembaca suka.
Kisah bermula
Ada orang kata jadi penulis itu bagus. Bukan bagus kerana wang tetapi bagus kerana dapat mengawal jalan cerita seperti mana yang dimahukan. "Kalau boleh, janganlah jadi penulis. Kalau tak pandai menulis tak akan dapat cari makan!" Itulah yang selalu dipesan oleh mak dan ayah. Walau bagaimanapun, saya masih bercita-cita menjadi seorang penulis. Mungkin saya tidak pandai menulis tetapi saya boleh cuba. Tak salah, bukan?

Sehingga suatu hari, saya telah bertemu dengan Pak Ahmad. Beliau juga seorang yang sangat gemar dengan tulisan. Seperti saya! "Pak cik tak pandai menulis dan pak cik hanya menghanggap tulis cerita ini seperti hobi sendiri. Tapi, kalau Mat pandai dan benar-benar mahu cari rezeki dengan tulisan tak salah. Kalau rasa boleh, cubalah!"
"Tapi pak cik, penulis ini tak senang cari makan, bukan? Ayah dan Mak selalu pesan macam tu."
"Banar cakap mak ayah tu. Memang susah nak cari makan. Kalau Mat berani tanggung risiko, siapa tahu boleh kaya?" Kata-kata itu disertakan seribu senyuman dan harapan. Kata-kata itu jugalah yang saya jadikan peransang semangat untuk saya terus menuju ke arah cita-cita itu. Manalah tahu saya boleh mehasilkan novel seperti Harry Porter?

Setiap hari berlalu begitu sahaja dan saya pun semakin dewasa. disebabkan cita-cita ini, saya telah cuba menyertai beberapa pertandingan cerpen dan novel anjuran sekolah mahupun luar. Malangnya, saya sering gagal. Mungkin saya tidak berbakat dalam bidang penulisan tetapi saya masih boleh cuba, bukan? Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Suatu petang yang cerah dengan sinaran cahaya Mentari yang kekuningan, seorang lelaki datang kepada saya dan memanggil nama saya. Pada saat itu, saya sedikit terperanjat kerana sebelum ini, lelaki itu tidak pernah bercakap dengan saya walaupun kami belajar dalam kelas yang sama. "Saya tahu awak mahu jadi penulis bukan? Kalau awak bersetuju untuk ikut saya, awak boleh jadi penulis," katanya tanpa memberikan salam. Pertanyaan saya juga tidak dipedulikan. Dalam hati, hendak sahaja saya bersetuju dengan tawarannya. Asalkan cita-cita itu dapat ditunaikan. Lagipun, saya rasa dia tidak membahayakan! Walaupun hati saya berpendapat begitu, akal saya terlebih dahulu membantah kata hati itu. Siapa boleh bagi saya jadi penulis kalau saya ikut dia? Nampak sangat ini helah untuk tipu budak-budak.

Setelah saya sedar daripada tidur yang lena, saya perasan saya sudah berada di suatu ruangan yang lain daripada lain walaupun jasat saya ini sedang berada di atas katil empuk dalam kamar saya. Sarapan pagi juga seperti biasa dan ayah juga pergi kerja seperti biasa. Tiada apa yang janggal tetapi saya berasa saya sudah berada di tempat lain. Jauh daripada rumah. Mungkin perasaan saya sahaja. Hari itu, cuaca ceria sahaja. Mentari juga tersenyum menyinarkan cahaya dan haba. Memandangkan hari itu tidak bersekolah, saya pergi ke perpustakaan untuk membaca karya yang menarik. Dapatkan ilhamlah katakan! Tidak sangka, sekali lagi saya bertemu dengan lelaki itu. Kali ini, dia duduk di hadapan saya dan menyatakan saesuatu yang tidak masuk akal. "Nampak gayanya, keinginan awak itu telah terlebih dahulu menjadikan impian awak kenyataan. tapi awak masih tidak cukup matang untuk memegang cerita. Kalau awak nak pegang cerita, awak mesti hapuskan penulis yang lain. Cerita yang satu tidak boleh ada ada penulis yang 2, 3, 4 atau lebih daripada itu," kata-kata itu janggal bunyinya."Apa yang awak maksudkan?" saya bertanya."Kalau awak sangat inginkan cita-cita itu tercapai, awak harus kejar cita-cita itu sehingga dapat. Bukankah begitu? Awak akan faham nanti." Setelah melafaskan kata-kata itu, dia pun pergi begitu sahaja. Kata-kata itu sudah cukup untuk merosakkan akal saya untuk terus membaca. setelah peristiwa itu, saya terus berfikir tentang perkataan lelaki itu tetapi tidak ada hasil yang saya dapat.

Angin petang seperti biasa memberi salam kepada semua penghuni bumi. Salaman angin tidak sombong, tidak kenal hina atau mulia, kotor atau bersih, semua disapa, ramah dan berbudi bahasa. Pada saat itu, ketenangan angin petang tidak seperti biasa saya rasakan. Fikiran saya kusut, bercelaru. "Kalau perkara yang tidak dapat kita faham sekarang biarlah kita faham kemudian. Usahlah berfikir terlalu mendalam kalau hanya sesuatu yang tidak mungkin." Ayah sering berkata saya terlalu banyak berfikir. "Bukan semua perkara kita harus berdepan. Dan tidak semestinya melarikan diri adalah pengecut." Mungkin, kata-kata lelaki itu hanya kata-kata semata-mata.

"Kalau ada matlamat baharulah bagus." Encik Mavee, guru kaunseling sekolah kami memberikan ceramah motivasi. Setiap pelajar sangat gemar dengan nasihat dan ceramahnya, sungguh bersemangat dan bertenaga. "Sekarang, cikgu nak kamu semua berdiri seorang demi seorang dan menyatakan matlamatnya sekuat-kuat hati, biar gegar dewan ini." Semua pelajar menyatakan cita-cita mereka dengan penuh semangat tetapi tiada seorang pun yang sama seperti saya, mahu jadi penulis. Setelah saya melaungkan cita-cita saya, semua orang memandang kepada saya dengan wajah yang saya rasa tidak selesa. Cikgu Mavee sendiri pun sedikit tercengang. Entah apa yang dicengankan. Hanya wajah lelaki itu yang seperti biasa. Adakah saya tidak sesuai?

Pada suatu hari, sesuatu yang trajis berlaku di hadapan mata saya. Tulisan saya seakan-akan sumpah yang pasti akan terkena kepada sesiapa yang saya mahu. Husain, meninggal dunia akibat dilanggar kereta, seperti mana yang saya tulis pada sehelai kertas buangan tempoh hari. Selain berkarya, tulisan juga saya gunakan sebagai jentera melepaskan perasaan marah tetapi kesan peristiwa itu telah mengakibatkan saya sudah sedikit takut untuk menulis."Mat, baguslah. Husain dah dapat tulah. Lepas ini, kita tidak akan dibuli lagi!" Memang benar kata Asraf tetapi...

"Ini kebetulan. Hanya Tuhan yang akan tentukan kematian. Tulislah seperti biasa. Daripada awak balas dendam menyimpan dendam dan lain, lebih baik awak menulis untuk melepaskan perasaan." Itulah komen ayah. Ibu juga begitu. Tetapi, keadaan itu tidak bertahan lama. Dengan tak tahu kenapa, watak yang saya cipta dalam cerpen untuk pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah juga wujud di dunia. Sama seperti perwatakannya, zalim dan membunuh sesuka hati. Pihak polis juga tidak dapat membanterasnya seperti mana yang saya tulis dalam cerpen saya. Apakah maksudnya semua ini?

Akibat peristiwa itu, saya berhenti daripada menulis. Saya buntu. Benar-benar buntu. Seakan-aakan saya bukan berada di dunia sebenar. Semua yang terjadi ini sangat donging, tidak benar. Watak yang zalim itu terus membunuh dengan berleluasa, tiada orang yang dapat menjatuhkannya. "Sekiranya itu tulisan awak, awaklah yang harus menghapuskannya." Atas nasihat itu, saya mengambil keputusan untuk memadam tulisan yang sudah tercoret dalam cerpen saya dengan harapan watak itu akan hilang. Satu demi satu perkataan dipadam dengan kemas, tidak meninggalkan setitik dakwat pun. Tetapi,.....

"Sejarah tidak boleh dipadam bukan? Hanya padam tidak ada gunanya," kata lelaki itu kepada suatu petang di perpustakaan juga. "Kenapa?" Wajahnya masih menampilkan ketenangan seperti mana kali pertama, kedua atau seterusnya kami berjumpa. "Sebabnya, masa yang berlalu tidak mungkin berulang. Sama juga, apa yang dilahirkan mesti akan mati dan bukanya akan ghaib seperti belum lahir." Kata-kata itu sekali lagi mengganggu fikiran saya. Mungkinkah saya harus melakukan sesuatu?

"Kalau tidak dapat ubah kesalahan masa lampau, kita harus membaikinya agar keburukan itu akan mati pada masa hadapan." kata Cikgu Mavee sambil menguntumkan senyuman. "Jadi, maksud cikgu mengubah?"
"Ya, tepat sekali." Petang itu, saya kembali memegang pena untuk menyambung cerpen saya dengan ilham daripada nasihat guru kaunseling itu. Kali ini, saya meneruskan jalan cerita sehinggalah watak yang zalim itu ditangkap. Sekiranya masa lampau tidak dapat diubah, jadi, saya akan mengubah dari sekarang agar masa hadapan lebih baik. hasilnya, saya berjaya. Watak zalim itu dibanteras seperti mana yang saya tulis. Melalui peristiwa ganjil ini, saya bertekat untuk tidak menulis cerita lagi walaupun menulis ini adalah hobi saya dan mungkin kerjaya saya pada masa hadapan. Pada saya, tulisan saya hanya akan mengucar kacirkan jalan cerita.

("Awak bukan lagi penulis.")
Kisah berakhir.

Pergi ke MAB

Pada 28 December yang lalu, saya telah pergi ke Malaysian association of the blind (MAB) untuk mendapatkan lampu CCTV yang telah saya tempah. CCTV yang saya maksudkan ini bukan kamera litar terttutup tetapi sejenis alat bantuan orang bermasalah penglihatan. Perjalanan saya dengan ditemani ibu dan adik ke sana hanya menggunakan kenderaan awam sahaja. Oleh yang demikian, kami terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk tiba di MAB. Walau bagaimanapun, tambangnya tidak terlalu mahal.

Setelah tiba di sana, ibu membayar wang lampu tersebut dan kami pun pulang ke rumah dengan kenderaan awam juga. Oh ya, tulisan saya yang akan datang akan menerangkan CCTV (alat bantuan penglihatan) dengan lebih mendalam lagi. Sudah tentulah tidak taerlalu terperinci tetapi berdasarkan pengetahuan saya sahaja.

Membantu ayah

Pada 26 December yang lalu, saya telah pergi ke kilang ayah untuk membantu melicinkan permukaan kerusi-kerusi yang baharu saja dicat. Jika tidak silap, ini adalah kali kedua saya membantu ayah melakukan kerja bertukang di kilang sewa baharu itu. Di sana, saya bekerja bersama ibu dan adik lelaki saya atas arahan ayah. Walaupun penat, saya berasa sangat gembira kerana saya dapat meringankan beban ayah. Sedikit pun jadilah!

Setelah penat bekerja, kami menikmati air kelapa segar yang baharu sahaja dipetik dari pokoknya yang berhampiran dengan kilang ayah. Bukan ayah yang memetik tetapi pekerja Miamar dari kilang sebelah. Ini juga kali kedua saya memegang buah kelapa yang baru sahaja diturunkan dari pokoknya yang tinggi. Setelah tiba di rumah, ibu dan adik memetong kelapa dan isinya serta airnya dijadikan santapan. Rupa-rupanya, rasa air kelapa tulin sedikit masam dan bukan manis seperti gerai di luar.

Melalui pengalaman ini, saya sekali lagi dapat merasaai penat lelah ayah mencari rezeki untuk menyara hidup keluarga.