Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah mengadakan satu majlis sambutan semperna bulan bahasa. Majlis ini sangat istimewa kerana guru-guru Bahasa Melayu akan berlakon, menyanyi dan menunjukkan demostrasi tentang kaedah yang menarik untuk memahami Kompenan sastera (KOMSAS). Seawal 7:30 pagi, kami terus memulakan majlis itu iaitu sejurus selepas perhimpunan pagi. Semua pelajar tidak kira tingkatan 5 mahupun pelajar tingkatan lain berhimpun di gelangang serba guna untuk melibatkan diri secara langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Mula-mula sekali, Cikgu Zinaida memulakan majlis dengan memperkanalkan guru-guru yang terlibat dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang waktu tersebut. Seterusnya, majlis teruskan dengan guru-guru membuat demostrasi tentang kaedah menarik untuk mempelajari (KOMSAS).
Kaedah-kaedah yang dimaksudkan ialah:
1. Kerusi panas
-Seorang akan memilih watak dan mengandaikan dirinya seperti watak tersebut. Kemudian, watak tersebut akan duduk di atas sebuah kerusi dan terdapat beberapa orang akan berdiri bertentangan dengannya untuk menyoal beberapa soalan yang berkaitan dengan watak tersebut. Jawapan akan diberikan bedasarkan perwatakan watak tersebut dalam cerpen atau drama yang telah dipilih.
2. Balang kaca
-Seorang akan memilih satu watak seperti mana kerusi panas tetapi watak ini akan dikepung dan pelbagai soalan akan ditanyakan. Individu tersebut tidak perlu menjawab sebaliknya melakukan aksi untuk menjawab setiap soalan yang ditujukan.
3. Teater pencerita
-Orang yang terpilih dikehendaki memegang watak tersebut dan melakonkan dan menghayatinya seakan-akan dialah watak dalam sesuatu cerpen, drama atau prosa.
4. Mestamu
-Melagukan sajak atau puisi
5. Teater pembaca
-Membaca dengan intonasi yang sesuai dengan watak yang dipilih tanpa melibatkan aksi (Tidak seperti teater pencerita)
6. Dekon
-Melakukan aksi untuk menunjukkan maksud sesebuah puisi seperti sajak sementara seseorang yang lain mendeklamasikannya.
7. Mono drama
-Seorang watak akan bermolog dengan penuh intonasi dan membayangkan dirinya seakan-akan watak tersebut dan memberikan imej bedasarkan perwatakannya.
8. Sidang meja bulat
-Satu perbincangan tentang sesebuah cerpen atau drama atau prosa yang melibatkan sekumpulan manusia. Seorang akan menjadi pengerusi dan bertanyakan soalan kepada ahli penanya.
Seterusnya, majlis ilmu ini telah diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu puisi. Kali ini, pelajar-pelajar tingkatan 5 berkesempatan menunjukkan bakat masing-masing dengan mengetuai nyanyian yang telah dibahagikan oleh Cikgu Zi tempoh hari. Nasib baik tiada berlaku kesilapan yang ketara. Kalau tidak, seperti ketam mengajar anak berjalanlah! setelah tamatnya nyanyian tersebut, kami mendapat nasi lemak dan air percuma. Ops, terlupa nak ambil gambar nasi lemak pula!
Secara keseluruhannya, majlis ini telah menyedarkan kita betapa pentingnya kita, generasi kini untuk mengekalkan budaya dan kedaulatan bahasa kita sendiri. Kalau bukan kita yang membela, siapa lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan