13 Oktober, 2011

Bersahabat

Mengapakah kita sukar untuk mencari seorang insan yang begelar rakan baik? Mengapakah sikap rakan yang lain sering sahaja tidak sesuai kepada kita? Atau mungkin sebenarnya mengapakah sikap kita yang tidak sesuai dengan rakan kita? Sebenarnya, perkara sebegini terlalu kompleks. Pada pendapat saya, kita boleh ringkaskan apa yang kompleks walaupun sebenarnya hubungan persahabatan ini terlalu rumit. Fomular yang paling ringkas yang boleh saya cadangan ialah kita kenal rakan kita dan rakan kita kenal dengan kita. Bila kita bersamanya, kita rasa selesa dan begitu juga dengan rakan kita.

Dari sudut kita sendiri, kita cuba sedaya upaya mencari rakan yang dikatakan teman sejati dengan menaruh satu piawai kepada kualiti seorang rakan baik. Pada masa yang sama, orang lain juga telah menetapkan kualiti seorang rakan baik seperti mana kita lakukan. Semestinya piawai itu berbeza-beza. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Oleh yang demikian, kita mahupun mereka tidak pernah jumpa seorang rakan yang dikatakan baik kerana tiadanya kemahuan serentak seperti mana berlaku di dalam sistem barter.

Selain itu, kita berusaha menjadi yang terbaik kepada orang lain disamping mengharapkan pulangan daripada apa yang dikatakan dengan istilah rakan itu. Pada masa yang sama, orang lain juga begitu. Apabila mereka tidak mendapat balasan yang sepatutnya mereka dapat seperti mana perasaan kita juga, sekali lagi tiada keserentakan berlaku. Hasilnya, hubungan persahabatan tidak terjalin.

Secara keseluruhannya, tiada keseimbangan yang berlaku antara apa yang diharapkan dengan apa yang diterima. Faktor ini telah mengakibatkan hubung jalin itu tidak pernah sempurna. Pada pendapat saya, Kita harus cuba memahami daripada meminta atau mengharapkan apa atau menetapkan kreatiria rakan baik kepada kita. Hal ini kerana terlalu mengharap akan mengakibatkan kekecewaan. Sebaliknya, kita boleh cuba untuk memahami rakan kita yang kita rasa berpotensi menjadi rakan baik kepada kita. Memahami ini termasuklah mengambil kkisah, menunjukkan perhatian dan bertolak ansur. Sekiranya rakan itu membalas dengan menindas dan memijak kepala, janganlah jadikan dia rakan baik. Kalau rakan itu memberikan respon yang baik dengan membalas perbuatan kita tanpa diharap, dia adalah sebenarnya rakan yang sejati. Semestinya kita memahami orang lain adalah dengagn cara yang iklas tanpa mengharapkan balasan dan berharap yang terbaik untuk rakan kita.

Sebenarnya, cara ini hanya boleh digunakan secara umum sahaja untuk mencari rakan sejati dan bukan sesuai dalam semua keadaan. Cara yang saya cadangan ini juga bukan pasti menjamin anda senang mencari seorang rakan yang baik tetapi mengurangkan kesukaran untuk mencari rakan karib yang boleh berkongsi dengan anda. Harapan saya, pembaca sekalian akan bertemu dengan rakan baik yang benar-benar "Baik" untuk diri pembaca sendiri. Sesungguhnya, rakan baik adalah aset yang paling beharga dan bernilai untuk diri kita seperti mana keluarga kita.

Bukan senang nak cari mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan