Meja dan kerusi tidak boleh berkomunikasi secara langsung tetapi sifat riak yang ditonjolkan cukup untuk kedua-kedua pihak memahami sifat bangga diri yang melampau antara satu dengan yang lain. Meja terus dengan pendiriannya, kerusi terus dengan pendapatnya, tiada pun pihak yang berganjak dan bertolak ansur.
Tidak lama kemudian, tuan punya eset sudah datang sekali lagi dengan membawa makanan dan seorang tetamu. Kedua-dua manusia itu duduk di atas kerusi dan meletakkan makanan di atas meja.
"Kerusi yang cantik dilayan dengan hina!! Memang padan dengan nama, ciri dan fungsi." Meja bermonolog dengan bongkak sementara kerusi masih tidak faham denan bahasa meja itu.
"Kau tahu tunjuk riak, aku pun tahu! Kau makilah aku dengan bahasa meja kau, aku tak hairan kerana aku lebih diperlukan oleh manusia bukan seperti meja yang perasan hebat tetapi tidak begitu berguna." Giliran kerusi menunjukkan belangnya meninggalkan meja penuh dengan seribu tanda tanya. Apa yang pasti, kedua-duanya sedang mempromosikan diri mereka dengan bongkak.
Kalau nak layan meja dan kerusi ini, tak habislah tulisan saya! Mari kita lihat meja dan kerusi di realiti kehidupan kita pula. Meja sebenarnya lebih menjadi perhatian ramai sementara kerusi pula tidak sepopular itu. Contohnya,
"Kepada para peserta pertandingan deklamasikan sajak, sila datang ke meja pendaftaran."
Sepanjang hidup saya yang selama 18 tahun ini, saya tidak pernah dengar orang mengunakan kerusi sebagai kata ganti nama bagi kawasan pendaftaran.
"Kepada peserta pertandingan mendeklemasikan sajak, sila datang ke kerusi pendaftaran sekarang."
Pelikkan bunyinya! Di restoran pula, orang akan bertanya meja mana yang kita hendak duduk. Perkataan kerusi tidak wujudpun sedangkan bilangan kerusi lebih banyak dibandingkaqn dengan meja.
Dalam konteks kerusi, manusia seakan akan engan menyebutnya. Bukan sebab ada mejapun. Contohnya,
"Encik duduk di tempat 1.A. dalam bas Transnasional."
Perkataan kerusi kadang-kala tidak mahupun digunakan oleh manusia. Pelikkan! Dalam bas tiada meja pun tetapi kerusi kadang-kala tidak mahu disebut. Nasib baik manusia masih menggunakan istilah KERUSI untuk pilihan raya. Kalau tidak, sedihlah kerusi!
Walau bagaimanapun, kerusi lebih popular dibina. Seperti mana yang saya nyatakan, kerusi lebih banyak digunakan oleh manusia. Di dalam bas, tak ada meja. Di dalam kereta api, meja bukan keperluan. Dalam dunia orang kelainan upaya, tiada istilah meja roda untuk orang yang cacat kakinya. Itulah dia perbezaan antara kerusi dan meja.
Sesungguhnya, setiap benda mempunyai kebaikan dan keburukannya. Seperti manusia juga.
(Sekadar untuk bermain dengan fikiran sahaja.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan