Pernahkah anda mendengar orang memaki hamun atau mencarut? Bagi anda, makian mana yang paling berbisa? Maki dengan kuatkah? Maki
dengan suara garau? Maki dengan suara halus tapi dengan intonasi yang tajam dan nipis? Makian yang dihasilkan oleh seorang yang sering
mencarutkah? Makian orang yang berdarah sejukkah? Makian orang Barat, orang Timur atau yang lain? Pada saya, orang yang tidak memaki atau
mencarut melafaskannya akan mengalahkan segala carut yang ada. Mungkin makian itu seperti terpendam setelah sekian lama. Setelah bebas dari mulut, kepuasan gelombang peti suara manusia yang paling ghairah dan bererti dapat dibentuk dan mengambarkan eksprasi yang paling berkesan
Bagaimana pula dengan tangisan? Menangis yang macam mana yang paling sedih? Nangis teresak-esak, tangis yang senyap di dalam hati, tangis sebak yang kuat meraung atau tangis yang mengalirkan air mata tetapi ditapis oleh jiwa sekuat-kuatnya? Pada saya, tangis yang paling sedih ialah
tangis yang sekali-sekala, tangis yang menahan perasaan, mahu diluah tetapi tidak terkeluar, barangkali menyaksikan orang yang tersayang hilang atau mengorbankan dirinya di hadapan kita. Tangis itu lebih hebat apabila kita dapat dengar bahawa aset yang hilang itu menyatakan pesanan dan harapan kepada kita.
Tangis dalam apa jua bentuk juga sebenarnya menyedihkan hanya keadaan yang mencorakkannya lebih sedih daripada yang lain. Tetapi berbeza
dengan senyuman. Senyum yang paling bermakna dan paling gembira adalah seseorang yang memendam senyuman atau tidak gembira dalam suatu masa yang lama mengukir semula wajah agar kembali tersenyum. Pada saya, Senyuman itu paling gembira kerana berjaya menawan emosi yang mendung dan mengubahnya menjadi cuaca yang cerah-ceria.
Mangarut pula saya!!
Tak apala. Saja nak kongsi pendapat saya. Tapi, senyum yang selalu jika ditambahkan nescaya lebih bererti dan lebih gembira berbanding senyuman yang dapat mengundurkan kesedihan atau kemurungan seratus peratus. Bak kata pepatah, sedikit sedikit lama-lama jadi bukit.
(Jangan lupa, senyum pun sama konsep macam maki hamun juga!!!)
Jadi, jangan maki hamun selalu tetapi senyumlah selalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan