14 September, 2011

peperiksaan percubaan SPM!

Dalam sekelip mata sahaja, peperiksaan percubaan SPM sudah berlalu seminggu dan 3 hari. Saya telah jawab 8 daripada 9 kertas yang saya daftarkan. Susah? Tidak beberapa kalau saya membaca. Senang? Tidak beberapa juga kerana saya benar-benar kurang membaca. Hahaha!! Cara penulisan "hahaha" ini sebenarnya saya belajar daripada saudara kekasih alam. Lari tajuk lagi!

Sebenarnya, peperiksaan kali ini saya tidak berasa gementar. Barang kali bukan SPM yang sebenar. Seingat saya, PMR yang saya tempuh dahulu pun tidaklah gementar sangat tetapi, kalau menantikan keputusan yang bakal keluar, hai....! Gementar yang susah untuk diceritakan, walaupun ujian biasa dan mungkin kuiz biasa dalam kelas.

Kadang-kala, saya berasa keputusan yang saya peroleh adalah nasib. Ini kerana ilmu yang saya ada masih belum setanding dengan markah yang saya peroleh. Mungkin pendapat saya sahaja.

Saya rasa sudah sampai masanya saya berusaha untuk mencari tarikan atau pemikat untuk saya terus maju dalam pelajaran saya. Kalau boleh, saya boleh lihat rasa enak karipap pada masa hadapan dengan memakan kuih buah Melaka pada hari ini. Harap-harap saya bukan kata kosong walaupun saya banyak kali bersikap hangat-hangat tahi ayam.

Kepada rakan-rakan yang lain, saya berharap anda semua akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Jangan jadi macam saya yang HAI.....! Banyak pula saya mengumpat diri saya ini. Jangan takut semasa peperiksaan. Biar takut untuk dapat result agar tidak kelang kabut semasa menempuh peperiksaan. semuga rakan-rakan yang menempuh peperiksaan UPSR, PMR mahupun SPM akan mendapat keputusan yang padan dengan usaha, kepintaran dan ilmu yang rakan-rakan semua miliki. Rasuahlah kalau nak tambah dosa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan